Chapter 15

Romance Series 11726

Luth dan Aisy sedang duduk santai di tasik kegemaran mereka. Kedua-dua mereka hanya diam sambil menikmati udara segar pada waktu petang itu. Mereka memang kerap berjumpa pada waktu petang kerana sebelah pagi kedua-dua mereka sibuk dengan pelajaran masing-masing. Luth tiba-tiba bersuara memecahkan kesunyian.

"Ika, what if kita tunang habis belajar nanti. Ian rasa dah lama kita kawan. Since diploma until now. So I decided nak minta umi pinang Ika lepas kita dapat degree. Ika okay tak?"

"Ian tak rasa cepat sangat ka? Kita muda lagi kan." ujar Aisy lembut.

"Ian just takut Ika tinggalkan Ian. Ian tak dapat bayang macam mana hidup Ian kalau Ika takda. I love you so much." rayu Luth. Perkenalannya dengan Aisy yang sudah lama membuatkan dia takut untuk kehilangan Aisy.

"Yaa Ika tahu Ian sayangkan Ika. I love you more. Tapi why not kita focus on our career dulu after habis belajar. After semua dah stabil baru kita fikir next step about our relationship." lembut Aisy memujuk. Memang dia sayangkan Luth. Tapi dia ingin membalas budi orang tuanya terlebih dahulu.

"That why la Ian nak kita tunang ja dulu. Ian takut la ada orang lain kebas Ika dari Ian. Ian janji Ian takkan halang apa saja yang Ika nak buat." kata Ian sambil mengangkat lima jarinya seperti berikrar.

"Ika cuma nak Ian percayakan Ika. Ika takkan berpaling dari Ian. You're the first and last. Datangla beribu lelaki yang lagi handsome, baik or kaya dari Ian, Ika takkan layan sesiapa pun. Sebab hati Ika ni Ian dah kunci dengan cinta Ian. Ian takkan keluar dari hati ni melainkan Ian sendiri yang inginkanya. Sebab kunci hati ni hanya ada pada Ian. Hanya Ian yang layak jadi pemegang kunci tu."

"Bos? Bos?"

Lamunan Luth terhenti apabila mendengar suara seseorang. Sejak kebelakangan ini dia kerap terkenang kenangan indah bersama Aisy. Semalam dia tidak boleh tidur teringatkan kata-kata Aisy. Betul ka Aisy ada sebab tersendiri. Perlu ke Aisy diberi peluang untuk menjelaskan segalanya. Luth benar-benar buntu.

"Bos?" Amy memanggil bosnya lagi apabila tidak mendapat sebarang respon.

"Ya, Amy. Ada apa?"

"Saya cuma nak remind bos pasal appointment bos harini. Pagi ni bos ada meeting dengan Encik Akif Danial projek manager Berjaya Sdn Bhd. Dia akan datang sini dalam pukul sembilan setengah. After that, waktu lunch nanti Cik Aisy Zulaikha akan datang. PA dia dah buat temujanji semalam. Ada perkara yang nak dibincang mengenai projek di Krabi katanya. Waktu petang pula bos ada meeting dengan ahli lembaga pengarah Luq's Buildings."

"Okay." balas Luth pendek. Hatinya gusar apabila Amy memberitahu Aisy bakal ke sini.

"Ada apa-apa yang bos nak tukar. Mana tahu bos ada hal lain pada waktu-waktu tersebut?" soal Amy, ingin meminta kepastian.

"No, saya free harini. Nanti setiap sejam sebelum meeting inform saya semula. Awak boleh keluar." kata Luth lalu menghidupkan laptopnya. Dia ingin membuat kerja. Sudah lama dia termenung mengingatkan Aisy.

"Baik bos." kata Amy lalu terus keluar dari bilik besar itu.

Mulut Amy tidak habis-habis mengomel mengenai Luth. Bengang dia dengan sikap bosnya yang memanjang serius itu. Cuba la sesekali bermesra dengan staf. Amy mengheyakkan punggungnya di atas kerusi empuk miliknya. Dia masih bertahan untuk bekerja dengan syarikat ini kerana sikap tolak ansur dan mementingkan kebajikan pekerja yang dipraktikkan oleh setiap pegawai tinggi Luq's Buildings. Jika tidak, sudah lama dia berhenti kerana tidak tahan menghadap Luth Arriyan yang tiada perasaan itu.

"Hah Amy, awak mengumpat siapa tu!" tegur Aira yang sedari tadi memerhati Amy.

Amy mengurut-urut dadanya kerana terkejut.

"Eh cik Aira. Mana ada saya mengumpat. Saya tengah buat senaman mulut ni." ujar Amy sambil tersengeh.

"Banyak la awak punya senaman mulut. Ni, saya nak pinjam bos awak waktu lunch nanti. Dia free kan, saya dah inform dia semalam." tanya Aira. Semalam dia sudah memaklumkan kepada Luth. Dia ingin berbincang mengenai majlis perkahwinan mereka.

"Eh bos tak free lunch ni. Dia ada meeting dengan Cik Aisy. Pengurus projek di Krabi. Saya ada tanya bos tadi sama ada dia busy atau tak waktu lunch, tapi dia cakap di free ja. Maybe dia lupa kot."

"Hesy kurang asam betul. Dia ni kan. Tula makan semut banyak sangat. Baru semalam dia deal dengan aku. Memang nak kena lastik dengan aku." kata Aira dalam hati.

"Erm, pagi ni dia ada temujanji tak?" tanya Aira.

"Ada, dengan Encik Akif Danial." jawab Amy.

"Bila habis?"

"Ikutkan e-mail yang saya dapat dari pembantu En. Akif, dalam sejam setengah ja. Start pukul 9:30 and habis pukul 11:00 mungkin. Kalau Cik Aira nak jumpa bos better pukul sebelas dan ke atas." terang Amy.

"Okay thank you. Awak boleh sambung buat kerja. Jangan sambung senaman mulut awak tu pulak. Tak ada faedah pun. Bye." ujar Aira lalu kembali masuk ke biliknya.

Amy tersengeh sendiri. Malu pula bila terkenangkan Cik Aira nampak dia mengomel tadi. Mujur Aira seorang yang sporting.

-------

"Bos, En. Akif dah sampai." maklum Amy kepada bosnya. Melihat isyarat yang dibuat oleh Luth, Amy lantas membenarkan lelaki kacak itu masuk ke dalam. Lelaki itu menghadiahkan senyuman kepada Amy sebelum masuk ke dalam bilik Luth.

"Haih Amy, jangan syok terlebih sangat. Ingat kau tu dah kahwin." pesan Amy kepada dirinya sendiri.

"Hello Mr Akif Danial. Sila duduk." kata Luth sambil tangannya menunjuk ke arah sofa yang ada di biliknya. Dia masih tidak memandang muka lelaki itu. Matanya ralit mencari fail berkaitan projek barunya dengan Syarikat Berjaya Sdn Bhd.

Akif mengambil tempat duduk di sofa. Dia hanya senyum memerhati Luth. Ingin melihat reaksi sepupunya itu tentang kehadirannya. Pelik dia dengan Luth. Takkan tak perasan sebut nama sepupu sendiri tadi. Tahula mereka sudah lama tidak berjumpa. Akif yang sebelum ini menetap di Johor bersama ibu bapanya sudah berhijrah ke Kuala Lumpur apabila mendapat tawaran kerja di Syarikat Berjaya Sdn Bhd.

"Sorry saya lambat. So.." Luth baru memandang wajah sepupunya. Dia tersengih sendiri.

"Yes Mr Luth Arriyan. Baru perasan tengah bercakap dengan cousin sendiri ka?" ujar Akif dalam tawa.

"Ya Allah Akif. Bila kau datang sini?" kata Luth sambil menepuk kasar bahu Akif. Dia juga sudah tertawa. Bukan senang ya Luth Arriyan nak ketawa. Patutlah macam pernah dengar ja nama Akif Danial. Rupanya, nama sepupu merangkap best friendnya.

"Lama dah, dekat tiga bulan dah aku kerja dekat sini. Takda masa lagi nak datang jumpa kau dengan your parents. Aku usya ja kau tadi, bila la nak perasan aku."

"Hisy kau ni, bukannya nak roger. Kalau tak boleh lepak."

"Alah, ada masa nanti kita lepak la. Kau ni pun."

"Okay, now kita settlekan kerja dulu. After this kita sambung borak balik. Boleh ?" usul Luth. Sepupu, sepupu juga. Tapi kerja kena jalan.

"Okay no problem."

Mereka mula berbincang mengenai kerja. Kedua-dua mereka sangat serius dalam kerja. Untuk projek kali ini, mereka berkerjasama untuk membaik pulih sebuah pasar raya yang telah usang. Berjaya Sdn Bhd berperanan untuk mencari syarikat yang ingin menguruskan pasar raya itu setelah siap dibina semula. Urusan jual beli tanah dari pemilik lama telah diuruskan oleh Berjaya Sdn Bhd.

"Okay nice to work with you. Aku harap tak ada masalah sepanjang projek ni jalan. Kalau ada sebarang masalah kau boleh contact syarikat ni." ujar Luth menamatkan perbincangan.

"Ya, aku pun harap tak ada masalah yang timbul. So, coffee?"

"Boleh, tapi kopi buatan staff aku la. Sebab aku tak boleh keluar, takut lambat pulak balik. Aku ada lunch meeting."

"Bolehlaa." kata Akif. Baru dia bercadang untuk lunch bersama Luth. Dia sudah memaklumkan kepada pembantunya bahawa dia akan pulang selepas waktu lunch.

"Sorry okay, after this kita jumpa dekat luar. Boleh lepak lama-lama."

"Takpa. So, paklong dengan maklong sihat? Lama aku tak jumpa diorang."

"Alhamdulillah sihat ja, sayangla kau tak boleh jumpa baba aku. Dia tak masuk office harini. Outstation. Nanti bila-bila datang la rumah. Aku sure diorang happy." Umi dan Babanya sudah menganggap Akif seperti anak mereka sendiri. Dahulu Akif sering tidur di rumahnya apabila cuti semester.

"Mesti la aku pergi. Rindu sangat dah dengan diorang ni. Nanti kalau ada dah free, confirm sampai punya rumah kau. Jangan risau."

"Eleh kau. Apa yang busy sangat? Busy dengan awek la tu. Bila la kau ni nak berubah."

"Hish mana ada. Aku memang banyak kerja la." sangkal Akif.

"Ye la tu."

"Kau macam mana sekarang? Still tak boleh move on?" tanya Akif. Dia memang mengetahui segala masalah Luth.

"Aku dah lama move on. Cuma belum jumpa pengganti." Luth teragak-agak untuk berkata begitu. Kenapa dia tidak boleh menganggap Aira sebagai pengganti Aisy. Jika Aira dengar, pasti dia kecil hati.

"Kalau la aku jadi kau. Dah lama aku cari perempuan lain. Buat apa bazirkan usia kau untuk dia. Tu, dekat luar tu bersepah staff kau yang cantik-cantik."

"Eleh, kau sembang ja. Kau pun sama, sampai sekarang tak kahwin-kahwin lagi. Kata girlfriend keliling pinggang. Takkan tak ada yang boleh buat isteri kot." gurau Luth.

"Aku lain. Aku cakap untuk pihak kau. Satu lagi, girlfriend tu semua untuk fun ja. Cinta aku limited edition okay. Khas untuk orang yang betul-betul kena dengan cita rasa aku. Kalau aku dah jumpa, aku takkan lepaskan. Sekali aku nak, aku akan tetap buat dia jadi milik aku walau dengan apa cara sekali pun." balas Akif. Jujur dia memang tidak tertarik dengan mana-mana perempuan buat masa sekarang. Yang ada sekarang pun semuanya plastik. Hanya nampak duitnya.

Luth hanya menggeleng. Sudah faham dengan sikap Akif yang suka bertukar-tukar perempuan.

"Habis tu kau nak cakap cinta aku ni murah la. Excuse me, aku pernah bagi hati aku ni dekat seorang ja tau."

"Fine." kata Akif sambil ketawa.

"Apa cerita eh makwe lama kau? Dah balik Malaysia ?"

"Dah." jawab Luth sepatah.

"So, apa plan?"

"Plan apa pulak kau ni."

"Tak nak balik dengan dia ke? saja Akif menduga Luth. Dia tahu Luth sangat marahkan Aisy. Tak mungkin Luth akan balik pada Aisy.

"Nonsens. Dia yang buang aku tau." Luth mula angin.

"Chill la, aku cakap ja. Kalau.."

Perbualan mereka terhenti apabila ada seseorang masuk ke dalam bilik Luth.

"Abang, lunch nanti..eh sorry Aira tak tahu tetamu abang Ian tak balik lagi." Aira memang main masuk saja tadi apabila melihat Amy tiada di mejanya.

Belum sempat Luth menjawab, Akif yang bersuara terlebih dahulu.

"It's okay. I nak balik dah. By the way, who are you?"

Aira tidak jadi menjawab apabila Luth tiba-tiba berdehem.

"Aira keluar dulu. Kejap lagi abang panggil masuk." kata Luth. Dia perasan yang Akif memandang Aira lain macam. Bakal isteri dia tu.

"Okay." Aira terus berpaling keluar dari bilik Luth.

"Weh siapa tu. Cantik." kata Akif dengan nada teruja. Dia seolah-olah berminat dengan Aira.

"Sibuk la kau ni. Kau jangan nak try pulak. Anak kawan umi aku tu. Bapak dia serius garang." Luth sengaja mereka-reka cerita. Bimbang pula dia.

"Alah, setakat garang. Okayla aku balik dulu. Lepasni lagi kerap la aku datang sini." Akif sudah tersenyum. Suka pula dia melihat perempuan yang baru dia jumpa tadi.

"Kau ni, tadi bukan main cakap limited edition lah. Poyo ja." ejek Luth.

"Yela, limited untuk that girl ja. Okay balik dulu." Akif berjabat tangan dengan Luth lalu terus keluar dari bilik itu.

Luth hanya menghantar sepupunya dengan pandangan mata. Hatinya mula resah. Dia berharap kata-kata Akif itu hanya gurauan sahaja.

Thanks readers. Sorry kalau banyak typing error yaa. Love all, as always.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience