Chapter 25

Romance Series 11726

"Alhamdulillah semua dah selesai, lepas ni Luth dan Aira boleh plan pergi honeymoon pulak. Ke kamu berdua dah tau nak pergi mana?" tanya mereka Puan Dhia.

Mereka semua sedang duduk bersantai di ruang tamu, menghilangkan penat lelah menyambut kedatangan tetamu di majlis tadi. Malam itu, Luth dan Aira memilih untuk tidur di rumah Tuan Zahil dan Puan Dhia. Umi dan Baba Luth telah pulang dahulu.

"Haah akak abang, korang plan nak pergi mana. Boleh ikut tak?" celah Faid yang kepoh itu.

"Ish apa pulak nak ikut. Diorang honeymoon, mana boleh ganggu." marah Puan Dhia.

"Faid gurau ja mummy." sengih Faid.

"Luth takda plan apa-apa lagi mummy. Yela sebab sebelum ni pun kami busy buat persiapan wedding, so tak sempat. Lagipun Luth okay ja pergi mana pun, mummy tanya la anak mummy ni."

"Betul ka abang tak kisah? Berapa lama abang cuti?"

"Dua minggu ja, tapi kalau Aira rasa sekejap sangat. Abang boleh ja tambah cuti lagi. Kenapa Aira nak pergi mana?"

"Abang...Aira teringin nak bercuti dekat kampung." kata Aira dengan membuat wajah manjanya.

Jujur dia teringin sangat untuk pergi ke kampung yang mempunyai sawah padi, ada sungai dan dusun buah-buahan. Maklumlah lama menetap di luar negara.

"Kampung? Kampung sapa pulak yang kita nak pergi ni wife?" keliru jadinya Luth.

"Kampung Nek Lang abanglah. Masa majlis tadi dia ada ajak Aira pergi sana. Macam-macam ada dekat sanam Nek Lang cakap abang tau dekat mana rumah dia. Jomlah abang."

"Apalah akak ni, orang honeymoon pergi oversea. Akak sibuk nak pergi kampung." sampuk Faid lagi. Puan Dhia hanya menggeleng melihat tingkah anak bujangnya.

"Tak silap daddy rumah Nek Lang tu dekat Perak kan Luth. Nama dia Nek Arpah?" Daddy pernah pergi sana dulu. Cantik tempat dia."

"Haah daddy dekat Perak, tapi betul ni Aira nak pergi kampung. Taknak pergi tempat lain?"

"Betul! Aira teringin sangat nak pergi sana. Boleh kan abang."

"Hm yela, dah Aira yang nak pergi situ. Jangan salahkan abang pulak nanti kalau abang dah takda masa nak bawak Aira pergi tempat jauh-jauh. Lusa kita pergi.."

"Yeayy thankyouu abang !! Best la husband Aira ni." jerit Aira lalu terus bangun memeluk Luth.

Luth yang dipeluk buat pertama kali oleh wanita itu sudah susah menelan air liur. Luth hanya membalas dengan mengelus-elus lembut rambut Aira. Haih memang selamba bin tak tahu malu betul isteri aku ni.

Puan Dhia dan Tuan Zahil hanya tersenyum memandang antara satu sama lain. Bersyukur mereka kerana rancangan mengahwini mereka berdua tidak salah. Mereka berdua sangat sepadan.

__________

Luth yang baru keluar dari bilik air bilik isterinya itu hanya memandang pelik Aira yang bertingkah aneh.

"Wife, kenapa?" tegur Luth.

"Takda apa-apa."

"Abang tengok serba tak kena ja ni?"

"Takda apalah abang, Aira okay ja. Aira penat ja." kata Aira sambil tangannya menguis-nguis cadar katil.

Sebenarnya, si Aira ni nervous. Mana taknya, malam pertama dia tidur sebilik dengan lelaki. Yang Si Luth ni pun satu, beriya sangat wangi-wangi malam ni.

"Kalau macam tu tak apalah. Abang nak tutup lampu ni, Aira nak bangun lagi tak?"

"Hah tutup lampu? Kenapa kena tutup pulak?"

"Hahaha Aira dah kenapa ni? Nak tidur mestilah kena tutup lampu. Ke Aira memang biasa tidur tak tutup lampu? Lena ka?"

"Haah betul jugak kan hehe." ujarnya sambil menggaru-garu kepala.

Luth bergerak menutup lampu lalu merebahkan badan di sebelah Aira. Luth tahu, Aira sebenarnya takut dengannya. Takut dengan malam pertama mereka. Ingatkan selamba sangat sebab syok ja peluk dia dekat bawah tadi. Tapi apakan daya, masing-masing dah berjanji untuk menunaikan kewajipan masing-masing dah tidak mempermainkan perkahwinan. Namun sekiranya Aira tidak bersedia, dia terima.

"Aira.."

"Dah tidur ke?.."

"Aira.."

Melihat tiada respon, Luth terus mengoncang perlahan badan Aira.

"Ish abang ni nak apa?" kata Aira lalu kalih memandang Luth. Dia tahu salah jika dia mengelak. Namun malunya kali ini menguasai diri.

"Hye tak baik tau marah suami macam tu." tegur Luth lembut.

"Sorry husband." pinta Aira, sedar akan salahnya.

"It's okay, memang tugas abang untuk tegur salah Aira kan." kata Luth sambil tangannya mengelus lembut seluruh muka Aira.

Aira hanya tersenyum dan mengangguk walaupun dirinya sangat berdebar.

"Nak tidur dah kaa?"

"Yela dah malam kan. Esok nak pergi rumah umi pulak." kata Aira sambil menepis tangan Luth yang sedang bermain dengan bibirnya.

"Alah bukannya kita nak pergi awal pagi. Sembang la dulu dengan abang." kata Luth dengan tangan yang sudah merata meliar.

"Alah abang ni pun, sembang jela. Tangan tu tak payah nak meliar sangat. Aira kepak tangan abang ni nanti ha." marah Aira yang sudah tidak tahan menahan rimas dengan pergerakan tangan Luth.

"Amboi dia, nak kepak tangan kita tu. Garangnya." kata Luth lalu mengucup pipi Aira geram.

"Ish suka hati ja main cium-cium orang!" marah dia sambil mengesat-gesat bekas ciuman suaminya itu.

"Marah ka?.." segaja Luth mahu mengusik.

"Marah laa.."

Cup

Ambik kau ciuman di bibir terus dapat.

"Emphh...abang!! Apa ni main langgar ja." cis habis sudah ciuman pertamanya diragut.

"Lagi Aira marah lagi la abang kemam bibir Aira tu lama-lama. Tak percaya cuba la."

"Abang ingat Aira taku...."

Belum sempat habis bicara Luth telah memagut bibirnya, kali ini lebih dalam dan lebih lama. Aira yang tadi meronta untuk melepaskan diri sudah terdiam mengikut rentak permainan suaminya.

Setelah lama mereka bercumbu akhirnya Luth melepaskan ciuman. Dia memandang dalam dan membelai wajah Aira. Satu kucupan di dahi dihadiahkan kepada Aira yang sudah membatu itu.

"Lain kali jangan garang sangat. Kan dah dapat hadiah. Anyways thanks sayang for the dessert. Jom tidur."

Kata Luth lalu menarik Aira tidur di atas dadanya. Tidak lupa juga dia memeluk erat isterinya sehinggalah lama-kelamaan wanita itu tertidur di dalam dakapannya.

"Terima kasih Allah atas jalan hidupku yang telah cantik Engkau atur ini. Semoga Aira akan menjadi milikku dan pemilik hatiku selamanya."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience