Chapter 32

Romance Series 11726

"Apa lagi yang kau nak dari hidup aku Aisy. tak puas ke kau sakitkan hati aku? Tak cukup ka kau buat aku jadi macam orang gila sebab tak mampu terima kenyataan dulu? Kau dah cukup banyak susahkan hidup aku Aisy? Sekarang kau nak kacau hubungan aku dengan Aira pulak!"

"I takda niat langsung nak buat macam tu Luth. You takda hak nak tuduh I macam-macam. You tu yang keras kepala langsung tak nak dengar apa yang I nak cakap!"

"After aku dah boleh terima hakikat Aisy! After aku dah ada hidup yang better baru kau sibuk yang explain itu ini. Kalau kau explain dulu, aku dengan berbesar hati nak dengar Aisy. Sekarang kalau aku tau pun, dah takda makna. Cukup aku tau kau ni sejenis perempuan yang selfish and suka mainkan lelaki!"

"You know what Luth? The way you talk macam kita ni langsung tak pernah bersama, tak pernah kenal. I Aisy Zulaikha, Luth Arriyan. The same women that you loved long time ago. Tak pernah berubah. I love you so much, tapi you. Senang ja kan berubah hati. Tengok la sekarang, dah ada wife kan." menahan getar suara Aisy.

Hatinya sakit, Luth seakan langsung tidak mengenali. Langsung tidak ingatkah Luth bagaimana sayangnya dia pada lelaki itu. Sedaya upaya dia menahan air mata daripada gugur di hadapan lelaki ego itu.

"Kau tak payah nak buat drama sedih. Like I said, benda dah lepas kan. Benda ni jadi pun bukan salah aku. Kau pun tahu apa punca. Kau tak boleh terima perangai aku kan. So enough la. Jangan kacau hidup aku lagi."

Luth betul-betul marah kali ini. Dia risaukan Aira. Risau Aira berjauh hati dengannya.

"I tak kacau hidup you Luth Arriyan!" marah Aisy. Lelah sudah dia bersabar.

"Tak kacau kau cakap, habis apa yang kau cakap dekat Aira. Tak payah nak buat macam kau kenal aku sangat la. Aku yang dulu dah tak sama dengan yang sekarang Aisy. Kau dah tak kenal aku siapa!"

"You boleh tak kita settle benda ni dekat luar office? Nanti apa cakap semua staff kalau dengar you jerit-jerit macam ni." pujuk Aisy. Lebih risau dia kalau papa atau adiknya yang dengar.

"Keluar pulak! Lepas tu kau nak bagitau Aira yang kita berdua keluar dating. Kau sengaja nak aku gaduh teruk dengan Aira kan!"

"I takda niat langsung nak buat macam tu lah Luth. Kenapa you ni negatif sangat? Find, kalau I punca you dengan Aira gaduh. Tunggu, lepas habis kerja ni I terus jumpa dia mintak maaf. Puas hati you?!"

"Tak payah nak buat baik pulak sekarang ni. Ingat apa aku nak cakap ni Aisy Zulaikha. Jangan kacau Aira. Sekali lagi air mata dia jatuh sebab kau. Kau tunggu la apa aku nak buat."

"Sayang betul you dekat Aira kan. Macam mana kalau one day terbukti yang I tak salah. Apa yang you akan buat waktu tu? You yakin yang you dah takda sikit pun rasa sayang pada I Luth? I boleh lepaskan you pada Aira. Tapi I taknak Aira yang kena tempias bila anything happen nanti."

"Sudahlah Aisy. Terima ja kenyataan. Jangan tunjuk sangat kau terhegeh-hegeh dekat aku. Jangan nampakkan diri kau ni murah depan aku. Aku dah penat nak hidup macam ni. Bagi aku ruang untuk aku bahagia Aisy, kali ni aku minta tolong dekat kau." selesai melontar kata-kata itu, Luth langsung keluar dari bilik Aisy.

Agak terkejut dia melihat Izz Mikail ada di hadapan bilik Aisy. Dengan hanya melirik ke arah Izz, Luth langsung membuka langkah untuk pulang.

Izz Mikail yang sudah merah muka menahan marah lantas menerjah masuk ke dalam bilik kakaknya. Aisy yang kelihatan menyeka air mata itu terkejut melihat adiknya di depan pintu.

"Kenapa akak biar ja dia hina akak? Cakap macam-macam dekat akak. Akak kena bagitau benda yang betul dekat mamat tu! Biar dia sedar sikit!"

"Izz buat apa kat sini? Dah lama ka Izz dekat luar?"

"Akak bagi adik settle dengan dia. Lelaki tak guna tu tak ada hak nak cakap akak perempuan murah lah!"

"Adik...sudahlah. Akak penat dah. Biar la dia nak fikir apa pun. Kita tak payah kacau dia okay. Lagipun, hati akak dah terluka dengan dia adik. Akak macam dah tawar hati nak berbaik dengan dia."

"Tapi dia kena tahu ni semua salah papa, bukan akak." ujar Izz masih tidak berpuas hati.

"Please, jangan kusutkan lagi keadaan." rayu Aisy.

"Tak faham la dengan akak ni. Biar ja orang pijak kepala akak." kata Izz lalu beredar dari bilik Aisy.

__________

Luth masuk ke ruangan kerjanya untuk meletak beg kerja sebelum pergi menemui Aira di bilik kerja isterinya itu. Sudah dia maklumkan pada isterinya bahawa dia akan masuk lambat ke pejabat. Atas urusan apa, dia tidak kongsikan.

Ketika tangannya hendak menolak pintu, ada tangan lain yang lebih laju menarik pintu dari luar. Tersentak dia melihat keadaan Amy yang tercungap-cungap itu.

"Amy, dah kenapa ni?"

"Boss, nasib boss dah masuk. Cik Aira.." tersekat-sekat suara Amy menahan lelah.

"Kenapa dengan Aira, kau ni kenapa nak buat aku risau. Cakapla cepat!" Luth sudah naik angin.

"Cik Aira pengsan." balas Amy setelah selesai mengumpulkan oksigen dalam badannya.

"Allahhuakhbar!" lantas berlari Luth menuju ke bilik Aira.

"Eh boss tunggu-tunggu!" sekali lagi dia perlu berlari mengejar orang. Tadi dia sudah berlari mengejar Aira yang digendong Hakim untuk masuk ke kereta dan dibawa ke hospital.

"Mana bini aku takda pun sini. Kau nak tipu aku ka Amy!" bengang Luth melihat Aira tiada di biliknya.

"Saya bukan nak tipu, tapi boss tu ha. Saya belum habis cakap lagi boss dah menonong lari keluar." kata Amy membela diri.

"Dah tu mana dia, kau cakap dia pengsan." tanya Luth cuba bertenang.

"Macam ni, tadi Cik Aira tengah ada discussion dengan Hakim. Lepas tu Hakim cakap Cik Aira nak pergi toilet. Tapi tiba-tiba jatuh. Hakim terus panggil saya yang kebetulan lalu dekat bilik Cik Aira waktu tu." dia berhenti seketika menarik nafas.

"Ish kau ni nak stop-stop pulak. Cerita la cepat!"

"Kejap la boss, tau la tengah risau. Lepastu Cik Aira jatuh tu Hakim cuba kejut tapi Cik Aira tak sedar, then dia pun decide nak gendong Cik Aira bawak pergi hospital. Saya dah cakap saya nak inform boss dulu, tapi dia cakap boss tu siapa yang kena bagitau dia dulu." ayat hujungnya agak teragak-agak untuk dia katakan. Mengetap gigi dia menunggu balasan Luth.

"Budak Hakim tu memang dah lama tunggu kan nak sentuh isteri aku. Tunggu la dia nanti. Dia pergi hospital mana?"

"Hospital Jaya la kot, yang paling dekat dengan pejabat kita."

Tanpa berkata apa-apa, Luth terus keluar untuk bergegas ke hospital Jaya. Berombak dadanya memikirkan apa yang terjadi pada Aira.

"Ya Allah semoga takda apa-apa yang buruk jadi pada Aira. Aira mesti stress kan. Abang mintak maaf Aira."

Sampai di hospital, dia tidak langsung menuju ke kaunter apabila melihat Hakim berdiri di hadapan wad kecemasan.

Hakim agak terkejut melihat bosnya. Tidak menjangka langsung bosnya begitu prihatin terhadap pekerja.

"Terima kasih bawak isteri saya ke sini. Awak boleh balik office sambung buat kerja." ucap Luth yang tidak berapa ikhlas, dia hanya ingin menekankan perkataan isteri itu. Dia tahu Hakim terkejut.

"Isteri?" tanya Hakim bingung.

"Ya, Cik Aira tu wife saya. Lepas ni awak boleh stop la nak try dia. Sekali lagi awak boleh balik." bukan niat nak menghalau tapi memang menghalau.

"Baik boss, saya balik dulu." pasrah Hakim.

Tidak lama kemudian doktor keluar dari bilik rawatan.

"Waris Puan Aira Zulaikha?"

"Saya doktor." jawab Luth yang bingkas bangun.

"Tahniah, isteri Tuan pregnant 6 minggu. Puan Aira pengsan kerana tubuh badannya sedang menyesuaikan diri dengan hormon baru. Jangan risau lepas ni kami pindahkan Puan Aira ke wad biasa untuk tambah air."

"Alhamdulillah syukur, ya Allah. Terima kasih doktor." menitis air mata lelakinya mendengar berita itu. Bagai mimpi? Ya. Dia tidak pernah terbayang akan menerima cahaya mata secepat ini. Tapi jujur dia bahagia.

Aira selesai dipindah masuk ke wad biasa. Aira masih lagi tidur. Mungkin kesan ubat. Disebabkan teruja, dia lantas berkongsi berita gembira itu dengan keluarganya dan Aira. Mereka semua juga sepakat untuk melawat Aira selepas ini.

"Sayang, dah bangun?" tegur Luth yang melihat Aira bergerak.

Melihat Luth, Aira lantas memalingkan wajah. Masih marah mungkin.

"Marah abang lagi ya?" langsung Luth tidak terasa. Dia yakin perubahan sikap Aira mesti kerana kesan kehamilan isterinya sekarang ini. Seperti yang dia selalu dengar, ibu mengandung sangat sensitif.

"Baby, cuba pujuk mommy. Minta mommy pandang daddy sayang." Luth cuba memancing Aira. Dua yakin Aira masih belum tahu.

Bingo. Aira kalih melihatnya. Ada sinar bahagia di matanya.

"Baby?"

"Yela, baby dalam perut ni." kata Luth sambil mengusap perut Aira.

"Aira pregnant abang?" masih tidak percaya.

"Ya Aira pregnant. Enam minggu dah. Tahniah sayang dan terima kasih sudi kandungkan zuriat abang. Lepas ni dah kena banyak rehat tau. Tak boleh banyak buat kerja." lembut selembutnya dia bercakap dengan Aira. Sambil tangannya mengelus-elus rambut isteri.

Tidak membalas,namun hanya air mata yang terlihat keluar dari mata redup Aira. Air mata bahagia.

"Jangan nangis sayang, Aira suka kan. Kita nak ada baby." pujuk Luth.

"Mestilah suka. Tapi Aira taknak dia panggil Aira mommy. Aira suka kalau anak Aira panggil Aira ibu, lembut ja rasanya. Boleh abang?" memang itu angannya dari dulu.

"Boleh sayang, terpulang pada Aira. Marah abang lagi tak sekarang ni."

"Malaslah nak marah. Buat potong mood happy ni ja nanti."

"Alhamdulillah, selamat abang. Abang janji lepas ni abang akan jaga hati Aira baik-baik."

"Eh Aira nak telefon mummy daddy!" laju dia mencari telefon di meja sebelah katil.

"Werk-werk lambat. Abang dah bagitau semua. Kejap lagi semua nak datang." usik Luth.

"Ish tamak la abang ni. Tunggu la Aira dulu hish." marah Aira.

"Sorry la abang excited sangat tadi. Takpa lepas ni abang bagi chance Aira call Nek Lang. Nek Lang tak tahu lagi."

"Iyalah, abang jangan diam-diam pergi call Nek Lang eh. Aira marah nanti." amaran Aira.

"Sayang, abang happy sangat. Terima kasih." ujar Luth lalu lantas memeluk isterinya.

Aira bahagia.

"Semoga anak ini mampu kukuhkan kasih sayang dan pupuk cinta Luth pada aku." doa Aira sendiri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience