Chapter 13

Romance Series 11726

Aisy menumbuk perlahan meja kerjanya untuk melepaskan geram. Awalnya memang dia tidak mahu menggangu waktu rehat Luth, tapi disebabkan dia tetap ingin menyiapkan kerjanya pada malam itu, Aisy beranikan diri juga untuk menghubungi Luth. Tetapi seperti yang telah dia jangkakan, Luth Arriyan langsung tidak menghiraukannya. Inilah sebabnya dia malas untuk menguruskan projek yang berkait dengan Luq's Buildings.

Aisy memang seorang yang suka menyiapkan sesuatu kerja sebelum tiba deadline. Dia bimbang jika dia akan melakukan kesalahan apabila melakukan kerja pada saat akhir. Tidak dapat dinafikan bahawa semua kerja yang diurusnya adalah sangat lengkap dan kemas. Oleh sebab itulah dia pernah mendapat anugerah mahasiswi cemerlang di kolejnya dulu.

Aisy terus menutup laptopnya dan keluar dari bilik. Moodnya untuk membuat kerja telah hilang dek kerana sikap Luth. Aisy mengambil tempat di sebelah mamanya di ruang tamu yang sedang menonton televisyen.

"Mama, dah pukul berapa ni. Kenapa mama tak tidur lagi? Dengan usia mama yang sekarang ni tak elok tau tidur lambat. Mama kena cukup rehat. Dah banyak kali kan Aisy pesan pasal ni pada mama. Degil betul la mama ni. Ni kalau jadi..." Aisy tidak dapat meneruskan leterannya apabila mamanya sudah menutup mulutnya dengan telapak tangan. Aisy memandang pelik Puan Aisyah yang sedang tertawa sambil memandang dirinya.

"Apa la Aisy ni. Kuat betul berleter. Kalah mama tau. Kesian la dekat bakal suami Aisy nanti, mesti setiap hari kena dengar Aisy membebel." ujar Puan Aisyah dengan tawa yang masih tersisa.

"Maaa," Aisy sudah manarik muncung panjang. Dia cuma pentingkan kesihatan mamanya tapi diketawakan pula.

Puan Aisyah kelihatan sudah menyambung kembali menonton dramanya di televisyen. Melihat Puan Aisyah sudah tidak berminat melayannya, Aisy terus bangun dan menuju ke dapur untuk membancuh air. Dia membancuh dua cawan air coklat panas. Siap membancuh Aisy terus membawa kedua-dua mug tersebut ke depan.

Aisy menghulurkan satu mug kepada mamanya dan satu lagi dia tiup sebelum disisip perlahan.

"Haa sentap-sentap Aisy pun buatkan juga air untuk mama eh. Baiknya princess mama sorang ni. Thank you sayang." kata Puan Aisyah sambil menyambut mug yang dihulur Aisy.

Aisy tidak menjawab apa apa. Tahu sangat yang mamanya tidak puas-puas lagi mengusiknya. Sedang dia ralit melihat televisyen, tiba-tiba dia teringatkan papanya.

"Mama, mana papa. Selalunya both of you tak boleh langsung berenggang. Mana ada mama situ la ada papa. Papa buat kerja dekat atas ke?" tanya Aisy hairan. Baru dia perasan sejak balik kerja tadi dia langsung tidak melihat papanya di rumah.

"Papa tak ada. Dia pergi jumpa Uncle Luq and Uncle Zahil. Ada la tu hal yang diorang bincangkan. Papa terus jumpa kawan-kawan dia lepas balik dari ofis. Sebab tu mama duduk bawah ni. Tunggu papa la." terang Puan Aisyah.

Kebiasannya waktu begini memang Puan Aisyah sudah tidur. Dia hanya akan tidur lambat jika suaminya pulang lambat. Memang ciri-ciri isteri mithali.

"Owh. Patutla mama tidur lambat. Hehe sorry ya maa sebab bebel dekat mama tadi." Aisy memeluk lengan mamanya untuk mengambil hati. Ingin membuang rasa bersalah selepas meleteri mamanya tanpa usul periksa.

"It's okay. Aisy takkan tak perasan yang papa tak balik lagi?"

Aisy hanya menggeleng.

"Anak mama ni okay ka tak? Serabut ja mama tengok. Ada masalah ka?"

"Takde apa la mama. Penat kerja sikit ja. Kan Aisy baru masuk office. Lepas tu papa dah bagi projek besar untuk Aisy handle. Tu yang pening sikit. Don't worry, I'm okay." ujar Aisy untuk sedapkan hati mamanya. Yang sebenarnya dia resah memikirkan tentang Luth. Tapi biarlah dia menyelesaikan masalahnya sendiri.

"Aisy jangan la stres sangat. Kalau stress soal kerja, minta tolong adik. Mesti Izz boleh tolong Aisy."

Aisy tertawa sebelum membalas kata-kata mamanya. "Maa tau tak, Izz tu lagi suka tengok Aisy ada banyak kerja tau. Projek yang Aisy handle sekarang ni pun sebenarnya projek dia. Lagi satu, bukan adik yang tolong Aisy. Aisy yang tolong adik. Tak boleh harap la anak bujang terlajak mama tu."

"Lah yaka? Bertuah betul budak tu. Orang minta dia tolong kakak, tapi terbalik pulak. Takpelah Aisy. You love your brother right." ujar Puan Aisyah sambil menepuk lembut bahu anak perempuanya.

"Ya of course. Sebab tu la Aisy tolong dia. Tapi mama jangan bagitau adik pulak. Nanti perasan terlebih pulak dia. Nanti lagi macam-macam dia minta Aisy buat."

"Haish anak mama ni. Ego tak habis-habis kan. Ni tak mengantuk lagi ka? Esok kerja kan." soal Puan Aisyah.

"Belum lagi. Lagipun Aisy nak teman mama."

Puan Aisyah tersenyum senang.

"Erm maa, bila majlis nikah Luth dengan Aira?"

"Kenapa Aisy nak tahu?"

"Tak boleh ka Aisy nak tahu?"

"Dua bulan selepas family Aunty Dhia balik dari Jepun." Puan Aisyah menjawab juga pertanyaan anaknya. Malas mahu bersoal-soal lagi.

"Diorang nak buat apa ke Jepun? Bila diorang pergi?"

"Kenapa yang banyak tanya sangat ni?"

"Aisy nak tahu ja maa." Aisy sudah menarik muncung kerana mamanya seperti tidak mahu melayan pertanyaannya.

"Sikit-sikit nak merajuk. Aisy ni. Diorang pergi next month. Dua minggu dari sekarang. All of them pergi sebab nak attend majlis konvo anak bongsu Uncle Zahil and Aunty Dhia, Zariff Faid. Bakal doktor tu. Aisy cuba la kenal-kenal. Mana tau sangkut." terang Puan Aisyah panjang lebar. Sempat lagi dia mengusik Aisy.

"Haish mama ni. Ke situ pulak. Erm Luth ikut tak?"

"Kenapa pulak dia nak ikut. Mereka berdua tu bukannya nikah lagi."

"Mana la tahu. Mama ni jangan la serius sangat. Takut Aira."

"Dah kamu tu, yang pelik-pelik ditanyanya. Lagipun tak silap mama, papa ada bagitau yang Luth kena ke Krabi next month. Untuk uruskan projek dekat sana."

Lantas Aisy teringat akan projek yang sedang dia uruskan. Projek pembinaan sebuah resort di Krabi. Projek tersebut adalah projek yang sangat besar. Bukan senang nak bina sebuah resort ni negara orang. Oleh sebab itulah Aisy sangat fokus dalam projek ini.

"Yaa, betul jugak. Sebab Aisy pun kena ke Krabi jugak next month. Lupa pulak."

"Kenapa Aisy kena ke sana juga. Jangan buat hal Aisy. Nak lari lagi kaa?" soal Puan Aisyah bimbang. Puan Aisyah sudah mengubah posisi duduknya menghadap ke arah Aisy.

"Apa mama ni. Aisy pergi kerja la. Kan Aisy bagitau tadi yang Aisy kena handle projek besar. Projek tu usaha sama dengan company Uncle Luq."

"La yaka. Okayla macam tu." Puan Aisyah kembali membetulkan duduknya menghadap televisyen.

Sedang mereka rancak berborak, kedengaran enjin kereta masuk dalam garaj rumah. Pastinya Tuan Malik kerana Izz Mikail sudah memaklumkan dari awal bahawa dia tidur di rumah kawan rapatnya yang baru pulang dari luar negara. Esok pagi baru Izz pulang ke rumah.

"Okaylah maa, papa dah balik tu. Aisy naik dulu eh. Mengantuk dah ni. Goodnight." ujar Aisy. Sempat dia mencium kedua belah pipi mamanya sebelum naik ke bilik.

"Goodnight."

_______

Jam sudah menunjukkan pukul satu pagi. Sudah dua jam Aisy berguling guling di atas katilnya. Tadi mengantuk sangat. Tapi selepas terkena air wuduk, terus segar matanya. Mengambil wuduk sebelum tidur memang menjadi rutin Aisy sejak kecil.

Aisy mencapai telefon pintarnya di meja sisi katil. Dia membuka aplikasi whatsapp. Sengaja dia melihat profile photo Luth. Dia tersenyum melihat gambar Luth yang sentiasa segak itu.

"Ika tahu apa yang Ika buat pada Ian tu kejam. Tapi Ika terpaksa Ian. I'm sorry." Aisy berkata sendiri sambil memerhati gambar Luth. Ingatan Aisy mula terbayang kembali peristiwa kali pertama papanya meminta Aisy mendekati Luth.

Lima tahun lepas

Aisy baru sahaja pulang dari berjumpa dengan rakannya. Dia dan rakan-rakannya merancang untuk pergi bercuti pada hujung minggu ini. Mereka berpakat untuk pergi ke Pulau Tioman. Ya, destinasi mereka hanyalah di dalam negara. Untuk mendapat keizinan papanya melancong ke luar negara, memang tidaklah jawapannya. Aisy pula malas untuk berdebat dengan papanya, untuk mengambil jalan mudah, Pulau Tiomanlah destinasi mereka. Mujur sahabat-sahabatnya memahami.

Tuan Malik adalah seorang bapa yang tegas dan acap kali mengongkong kehidupan anak-anaknya. Tuan Malik paling tidak suka anak-anaknya melakukan perkara yang membuang masa. Aisy dan adiknya, Izz memang langsung tidak mempunyai peluang untuk menentukan keputusan hidup mereka sendiri. Semua dengan aturan Tuan Malik. Aisy yang meminati seni reka fesyen juga sudah lama mengkuburkan hasratnya kerana mendapat tentangan yang keras daripada papanya.

Mujurlah ibu mereka,Puan Aisyah seorang yang sangat penyayang dan sangat memahami. Soal percutian ini juga dia akan kongsi terlebih dahulu bersama mamanya dan meminta Puan Aisyah untuk memujuk papanya agar melepaskan dia pergi bercuti.

"Assalamualaikum." Aisy memberi salam sebelum masuk ke dalam rumah. Langkahnya terhenti daripada terus mendaki anak tangga menuju ke bilik apabila melihat papanya di ruang tamu. Dia berjalan menuju ke arah papanya untuk bersalam. Walaupun dia kurang rapat dengan papanya, dia tetap menghormati papanya sebagai insan yang telah bersusah payah membesarkan dirinya.

Aisy menghulurkan tangan untuk bersalam dengan papanya. Tuan Malik menyambut huluran tangan anaknya lalu meminta anaknya duduk di sofa terlebih dahulu. Aisy yang ingin menuju ke tangga kembali tidak jadi meneruskan langkahnya. Dia mengambil tempat di sofa yang hanya memuatkan dirinya seorang.

"Why paa?"

"Where are you from?"

"Jumpa kawan."

"Okay. I don't want to ask why because I have an important things for you. Papa nak Aisy ikut papa this weekend."

"Hah! This weekend?"

"Yaa, why?"

"Sorry, Aisy tak boleh ikut papa. Aisy dah apa plan lain." Aisy terus menolak. Dia tidak mahu menghampakan kawan-kawannya.

"Kenapa pulak? Aisy ada apa weekend ni?" tanya Tuan Malik. Suaranya mula berubah.

"Aisy dah plan dengan kawan-kawan nak pergi bercuti. Tak elok la kalau Aisy tiba-tiba batalkan." ujar Aisy sopan. Dia mahu berlembut dengan papanya.

"Kenapa papa tak tahu pun pasal ni. I don't care, papa nak Aisy cancelkan holiday Aisy then ikut papa. Benda tu buang masa Aisy saja."

"Paa, mana boleh macam tu. Apa pula kata kawan Aisy nanti. Papa juga ajar Aisy untuk jadi orang yang pegang pada janji kan."

"Fine. If you taknak cancel, tunda your trip pada hari lain. Papa taknak dengar apa-apa alasan. Aisy kena juga ikut papa weekend ni."

"Kenapa papa nak sangat Aisy ikut papa? Selalu papa akan bawa mama kan. Kenapa kali ni papa nak bawa Aisy pula? Apa pulak plan papa kali ni? Apa lagi yang papa nal Aisy buat?" Aisy sudah masak sangat dengan sikap papanya. Pasti ada sesuatu jika papanya mendesak begini.

Tersenyum Tuan Malik mendengar pertanyaan anaknya itu.

"Papa nak pergi rumah Uncle Luq hujung minggu ni. Papa nak Aisy berkenalan dengan anak Uncle Luq. Kalau boleh, papa nak Aisy buat sampai anak dia cintakkan Aisy. Boleh?"

"Memang tak boleh la papa! Kenapa papa ni? Apa yang papa nak sebenarnya? Kenapa sampai nak mempermainkan hati dan perasaan orang lain? No! Aisy taknak buat." bangkang Aisy. Kali ini dia memang betul-betul tidak mahu menurut kehendak papanya.

"Berani Aisy nak ingkar arahan papa. Ingat sikit, I'm your father. Papa bukan suruh Aisy bercinta dengan budak tu betul-betul. Just buat dia percayakan Aisy. And you tak perlu tahu kenapa papa buat semua ni. Yang Aisy perlu tahu adalah apa yang papa buat untuk kebaikan kita semua."

"Paa, dia anak best friend papa tau. Kenapa papa ni?" marah Aisy. Dia tahu mengenai persahabatan orang tuanya bersama Uncle Luq dan Aunty Hani. Kenapalah mamanya tiada di rumah waktu ini. Jika tidak, pasti mamanya akan membantu dirinya.

"Jangan banyak tanya Aisy. Ikut saja cakap papa. And one more thing, jangan bagitau mama pasal ni. Just between us. Papa naik dulu bilik dulu. Jangan lupa weekend ni." Tuan Malik terus bangun lalu mendaki anak tangga menuju ke bilik dan meninggalkan Aisy yang sedang serabut seorang diri.

Aisy tersentak apabila terdengar bunyi guruh yang kuat di luar. Aisy manarik selimut bagi menutup seluruh badannya bagi mengurangkan rasa sejuk tambahan pula di luar sedang hujan lebat. Aisy kembali menatap skrin telefon. Dia terkejut apabila Luth tiba-tiba berada di dalam talian. Sangkanya Luth telah tidur. Mungkin Luth terjaga kerana semasa mereka bersama dahulu, Luth kerap mengadu yang dia sering terjaga pada pukul satu ke dua pagi. Mungkin perkara itu berlarutan hingga sekarang.

Entah kenapa tangan Aisy gatal untuk menaip mesej kepada Luth. Setelah fikir berulang kali, Aisy hantar juga mesej tersebut kepada Luth.

Aisy Zulaikha : Still face same problem? Terjaga dari tidur lagi ?

Luth Arriyan : Kalau ya kenapa? Jadi masalah untuk you? I don't think so.

Aisy hanya menarik nafas panjang untuk bersabar.

Aisy Zulaikha : I still care about you. I tahu you dah ada Aira. Tapi tak salah kan I ambik berat as friend.

Luth Arriyan : Siapa yang nak berkawan dengan you?

Aisy Zulaikha : Kenapa you perlu dingin dengan I? I cakap baik-baik kan ni.

Luth Arriyan : You sendiri tahu kenapa I dingin dengan you. So stop ask stupid questions.

Aisy Zulaikha : I am sorry Ian. Ika tahu salah Ika. Tapi please trust me. Ika buat bersebab. Ika terpaksa. Ika still cintakan Ian. Tak pernah sedetik pun Ika lupakan Ian. I'm not like you, yang senang-senang ja boleh buang cinta pertama.

Luth Arriyan : You yang buat I buang cinta I untuk you. You cakap you buat bersebab. Apa sebabnya? Bertahun I tunggu penjelasan you. You tak tahu macam mana I kecewa. You tak tahu berapa lama I ambik masa untuk ubat hati I. Mungkin you're my first love, tapi yang pertama tak semestinya terakhir Aisy Zulaikha. I have Aira now. She's my everything, and I will make sure she's the last one.

Air mata Aisy sudah tidak dapat ditahan lagi. Dia menangis teresak esak. Dengan air mata yang laju mengalir dia menaip mesej untuk Luth.

Aisy Zulaikha : Please give me space to explain everything. Please Ian. Give me another chance. I love you soo much. Tolong jangan buat macam Ian sorang ja yang tersiksa. Ika lagi tersiksa. Ian tak tahu macam mana nak hadap perasaan bersalah yang menggunung dalam diri. Ian tak tahu macam mana perasaan bila kita buat orang yang paling kita sayang kecewa. Ian tak pernah tahu macam mana rasanya kena paksa. Ian tak tahu macam mana rasanya kena berjauhan dengan orang yang kita sayang. At least you have your family to give you support. Tapi Ika, Ika tak ada sesiapa Ian. You never know apa rasanya dibenci, dipandang hina oleh yang yang kita cinta. Plus Ian tak tahu macam mana hancurnya hati ni bila dapat tahu orang yang paling kita cinta akan kahwin dengan orang lain. You know what Ian, Ika balik sini dengan penuh harapan untuk dapatkan Ian semula. Ika dah tekad untuk explain everything and I really hope that you will back to me. Percayalah Ian, ada sebab kenapa Ika buat macam tu.

Luth Arriyan : I need time. Bagi I ruang untuk hadam semua ni. Goodnight.

Air mata Aisy semakin laju mengalir apabila membaca mesej terakhir dari Luth. Dia dapat rasakan yang cinta Luth memang benar benar sudah mati untuknya. Dia tahu yang Luth tidak akan mendengar penjelasannya. Luth sudah buang nama Aisy Zulaikha di dalam hatinya.

"Aira, you sangat beruntung sebab dapat kasih lelaki yang bernama Luth Arriyan." kata Aisy sendiri dapat tangisan.

Mata Aisy bengkak kerana terlalu banyak menangis. Konfem bilangan panda dalam ofis esok bertambah. Aisy tertidur dalam tangisan.

Thankyou kepada semua pembaca. Keep supporting me okay. Love

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience