Chapter 17

Romance Series 11726

Seminggu kemudian

Luth mengetuk pintu bilik Aira. Lama dia menunggu tapi tiada sebarang respon. Dia terus menolak pintu bilik tersebut. Benar apa yang disangka, Aira ada di dalam biliknya. Luth terus masuk dan duduk di kerusi yang berada di hadapan Aira.

"Marah lagi ka?"

Tiada respon. Aira langsung tidak menghiraukan Luth. Aira sibuk membuat kerjanya.

"Kenapa tak angkat call? Setiap hari abang call Aira masa abang outstation tau. Sekali pun Aira tak angkat."

Hari selepas Luth dan Aira bergaduh, Luth terpaksa menggantikan babanya untuk memantau projek di Langkawi. Hampir seminggu juga dia berada di sana. Hatinya gelisah untuk pulang cepat ke Kuala Lumpur apabila mengenangkan dia dan Aira masih belum berbaik.

"Tak dengar bunyi phone."

"Yelah tu."

"Iya la. Abang Ian nak apa ni?"

"Abang minta maaf."

"Okay." jawab Aira sepatah.

"Okay macam ni, kalau Aira betul-betul nak tahu, abang boleh cerita. Tapi bukan sekarang." Luth mengalah.

"Tak apa la Abang Ian, Aira dah tak nak ambil tahu." kata Aira dalam rajuknya.

Luth menghela nafas berat. Baru sekarang dia nampak sisi lain Aira. Selalunya dia faham yang Aira seorang yang hati batu. Tiada perasaan. Kerana masa mula-mula mereka berjumpa, Luth sering bergaduh dengan Aira, tapi waktu itu Aira cool sahaja. Tak sangka Aira ni kuat merajuk.

"Sudah-sudah la tu Aira. Aira ni dah lain eh?" Luth sudah penat memujuk cara baik, dia cuba memggunakan cara lain pula untuk buat Aira bercakap.

"Apa yang dah lain?" soal Aira ingin tahu dan matanya sudah terarah kepada Luth.

Luth tersenyum. Nampaknya caranya berjaya menarik perhatian Aira.

"Takde la, dulu abang nampak Aira ni macam orang yang tak ada perasaan. Tapi sekarang.." Luth tidak menghabiskan ayatnya.

"Tapi apa?" marah Aira, dia dapat merasakan yang Luth ingin mengejeknya.

"Tapi sekarang baru abang nampak yang Aira sejenis yang ada perasaan juga rupanya."

"Abang Ian Aira ni apa? Batu jalan? Hey abang, binatang pun ada perasaan tau!" protes Aira.

Luth hanya ketawa.

"And sekarang baru abang nampak yang Aira ni sebenarnya manja and sensitif orangnya." ujar Luth lembut.

Muka Aira yang putih gebu sudah bertukar menjadi merah.

"Abang Ian jangan nak memandai eh! Mana ada!" marah Aira.

"Adaa." sengaja Luth membuat Aira bertambah marah.

"Tak ada! Hisy Abang Ian keluar dari bilik Aira sekarang!" bentak Aira.

Namun Luth hanya keras di tempatnya tadi sambil ketawa.

"Abang dengar tak Aira cakap ni. Jangan sampai Aira heret Abang Ian keluar!" marah Aira. Geram apabila Luth langsung tidak mengendahkan kata-katanya.

"Abang tak nak keluar. Kalau Aira rasa Aira kuat sangat nak heret abang, buatlah." duga Luth. Dia tahu, dengan saiz badan Aira yang kecil itu, pastinya Aira tidak mampu berbuat demikian.

"Malas la layan abang. Abang duduk la kat kerusi tu sampai magrib esok!"

Aira sudah malas bertekak. Dia membiarkan Luth buat sesuka hati. Dia kembali menyambung kerjanya semula.

"Aira dah masuk waktu lunch ni, jom makan." kata Luth. Memang tujuan asalnya masuk ke dalam bilik Aira untuk mengajaknya makan tengah hari bersama.

"Taknak." Aira masih membuat kepala batunya.

"Jom la." Luth masih sabar memujuk.

"Aira diet."

"Alah tu alasan klise orang nak mengelak la."

"Kisah pula Aira klise tak klise. Kalau Abang Ian nak pergi makan, pergi makan sorang. Tak pun ajak Kak Aisy."

"Aira jangan menyesal kalau abang betul-betul ajak dia." duga Luth. Luth sengaja bergurau. Dia tidak terfikir langsung untuk keluar bersama Aisy.

"Tak kisah pun la." jawab Aira tanpa memandang wajah Luth.

"Cepat la Aira. Jangan sampai abang dukung Aira turun bawah. Biar semua staff nampak." kata Luth sambil berpura-pura bangun untuk mengendong Aira.

"Ish abang tak nampak ka Aira tengah banyak kerja. Abang pergi je la makan." marah Aira pada Luth.

"Apa yang Aira busy sangat ni ha?" tanya Luth sambil memusingkan skrin computer menghadapnya.

Aira terkejut dengan kelakuan Luth lalu terus memusingkan kembali skrin menghadapnya. Mukanya merah menahan malu. Dia cepat mematikan computer.

"Erm patut la Aira busy sangat ka. Busy main game!" Luth berpura-pura marah. Luth sedaya upaya menahan ketawa apabila memandang wajah polos Aira. Tahu pun takut, ada ka main game waktu kerja.

"Bukan selalu pun Aira main." kata Aira perlahan.

"Ye la tu bukan selalu. Abang bagitau baba nanti tau la." sengaja Luth mengugut.

"Eleh baba takkan marah Aira punya. Baba sayang Aira la." yakin Aira berkata.

"Kalau abang bagitau mummy daddy?" Dia tahu Aira lebih takutkan mummy dan daddynya berbanding CEO Luq's Buildings.

"Abang jangan nak macam-macam eh, hal office settle dekat office la. Tak payah la report dekat mummy daddy pulak." bentak Aira. Bimbang jika orang tuanya tahu. Pasti dia akan dimarahi kerana tidak bekerja dengan betul walaupun bekerja di syarikat sahabat baik mereka. Tuan Zahil tidak suka Aira mengambil kesempatan di atas kebaikan orang lain.

"Okay kalau tak nak abang report, jom turun makan." Luth memberi pilihan.

"Hisy yela-yela. Pergi la keluar dulu, Aira nak kemas meja kejap." kata Aira. Dia sudah mengalah.

"Ha macam tu la good girl. Takpa, take your time. Abang tunggu sini." ujar Luth dengan senyuman di wajahnya. Tak ada la keras mana hati bakal isterinya itu.

Siap mengemas, Aira terus mencapai beg tangannya. Dia membetulkan bajunya yang sedikit kedut akibat duduk tadi. "Dah jom."

Luth hanya mengikut belakang Aira. Tersenyum dia melihat kelakuan Aira yang ramah menegur semua staff yang dia jumpai. Bangga dia dengan sikap rendah diri Aira, walaupun Aira mempunyai jawatan yang agak tinggi berbanding yang lain, Aira langsung tidak menunjukkan sikap sombong.

"Aira drive sendiri. Abang jalan dulu, Aira ikut ja Abang Ian nak makan dekat mana." kata Aira sambik mengatur langkah untuk menuju ke keretanya.

Luth lantas menarik tangan Aira dan membawa Aira menuju ke keretanya. Luth membuka pintu penumpang lalu terus mengarahkan Aira masuk.

"Hisy Aira nak naik kereta Aira lah!" kata Aira dengan nada marah, yela siapa suruh main heret ja orang. Ingat dirinya itu haiwan peliharaan yang menurut semua kelakuan tuannya.

"Aira kena bersyukur tau, abang dah lama tak berlembut macam ni dengan perempuan lain selain umi. So boleh tak Aira tak membantah." ujar Luth lembut. Entah kenapa, bila bersama Aira, dia akan menjadi seorang yang sangat penyabar.

"Aira tak suruh pun abang berlembut dengan Aira." Aira masih berkeras.

Luth hanya menarik nafas dalam lalu menolak Aira masuk ke dalam keretanya. Luth hanya memekakkan teliga apabila mendengar bebelan Aira. Luth menolak kaki Aira yang sengaja Aira keluarkan dari kereta bagi menghalang Luth menutup pintu. Namun tidak berhasil kerana Aira mengeraskan kakinya.

"Hey kenapa keras hati sengat ni. Cepat masukkan kaki tu." tegur Luth sedikit keras. Aira-Aira, macam-macam kerenahnya.

Dengan muka tidak puas hati, Aira menarik kakinya masuk. Luth memakaikan tali pinggang keselamatan pada Aira lalu terus menutup pintu penumpang.

"Hisy dah macam nak hantar anak pergi sekolah." kata Luth dalam hati. Dia tersenyum. Dia sentiasa momohon pada Tuhan agar bukakan pintu hatinya untuk mencintai Aira dan tetapkanlah Aira sebagai penyeri hidupnya.

Luth masuk ke tempat duduk pemandu lalu terus menghidupkan enjin. Dia memasukkan gear lalu menekan pedal minyak perlahan.

"Aira nak makan dekat mana?"

"Dekat London." jawab Aira bersahaja.

Luth terus memalingkan mukanya menghadap Aira dan menjengelkan mata pada Aira.

"Ha marah-marah. Aira dah cakap tadi kan ikut abang nak makan dekat mana. Yang tanya banyak kali kenapa." kata Aira sebelum Luth sempat bercakap.

"Fine."

Kelihatan Aira menyembunyikan senyuman. Seronok apabila Luth mengalah dengannya.

Luth memilih restauran yang agak berhampiran dengan pejabat mereka. Selepas sepuluh minit memandu, Luth mematikan enjin keretanya di parkin.

"Jom."

Mereka keluar dari kereta dan berjalan menuju ke Bless Cafe. Cafe ini adalah tempat yang Luth selalu datang sewaktu lunch. Sedang mereka berjalan, telefon Aira tiba-tiba berdering.

"Abang masuk dulu, abang nak jawab call. Tolong orderkan sekali, apa-apa ja."

"Okay." Luth terus menolak pintu cafe itu.

Luth memesan dua pinggan spageti cabonara dan dua gelas jus epal. Dia juga memesan aiskrim coklat untuk Aira sebagai desert. Dia teringat kata-kata Aira bahawa dia gemar makan aiskrim apabila hatinya marahkan seseorang. Dia berharap agar marah Aira akan reda apabila dia membelikan Aira aiskrim.

"Lamanya Aira on call. Makanan pun dah sampai." bimbang keselamatan Aira di luar seorang diri, Luth bangun untuk mencari Aira. Baru dia hendak melangkah, Aira sudah terjengul di pintu cafe. Luth kembali duduk. Dia mengangkat tangan agar Aira melihat dirinya.

Aira terus melangkah masuk apabila melihat Luth.

"Abang orderkan makanan yang sama dengan abang, okay tak?"

"Okay ja, terima kasih." kata Aira ikhlas.

Mereka makan sambil berbual-bual kosong. Luth merasakan yang Aira sudah semakin cool down.

"Aira marah lagi tak?" takut-takut Luth bertanya.

"Malas la nak marah."

"Betul ni." ujar Luth gembira.

"Hisy betul la, tak payah nak excited sangat boleh?"

"Hehe sorry-sorry. Okay kalau macam tu abang ada present untuk Aira." kata Luth yang kebetulan nampak waiter membawa aiskrim yang dipesan tadi.

"Yeke? Mana?" Aira sudah kembali ceria. Lega hati Luth melihat Aira begitu.

Pelayan itu meletakkan aiskrim di atas meja. Luth terus menolak aiskrim itu pada Aira.

"Ni hadiah Aira." kata Luth sambil tertawa.

"Wow, yeayy bestnya." Aira terus mengambil sudu lalu menikmati aiskrim kesukaannya itu.

"Suka?" tanya Luth.

"Of course la, thank you abang!" kata Aira ceria.

"Abang minta maaf ya atas apa yang berlaku sebelum ni." pinta Luth lembut.

"It's okay la, Aira acah-acah ja marah abang." kata Aira sambil tertawa.

"Amboi dapat ja aiskrim, terus mood berubah tiga ratus enam puluh darjah ya. Aira-Aira." kata Luth sambil menggosok kepala Aira.

Sedang ralit mereka menikmati aiskrim bersama, tiba-tiba ada seseorang menepuk bahu Luth Arriyan dari belakang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience