Chapter 9

Romance Series 11726

Luth menyapu yapu baju melayu bewarna greynya yang telah basah. Dia tidak menyalahkan orang yang melaggarnya itu, salah dia juga jalan laju sangat. Tapi bila mendengar suara maaf itu buat kali kedua darahnya terus menyirap.

"Buta ke. Mata letak dekat mana? Tak nampak ka orang nak cepat ni ? Habis basah baju aku." bentak Luth kepada Aisy.

"Ika mintak maaf Ian. Ika tak sengaja." pinta Aisy ikhlas.

"Eh kau tak payah nak ber Ika Ian sangat la dengan aku. Ian tu hanya orang yang tertentu ja boleh sebut. Dan orang tu bukan kau." kata Luth tanpa sedikit pun mengawal amarahnya.

"Abang Ian, kenapa ni. Basah habis baju. Abang Ian pergi berenang dalam air oren ke apa ni ?" tanya Aira bersahaja sambil membelek belek baju Luth.

Luth meluku kepala Aira dan membawa bekas gulai daging yang telah bercampur dengan air oren ke dapur semula . Kemudian dia bergegas ke bilik air untuk membersihkan bajunya. Aira mengaduh sakit lalu mengusap perlahan kepalanya.

"Akak, kenapa dengan singa jadian tu?" tanya Aira kepada Aisy.

"Takde apa Aira. Cuma akak tertumpahkan air dekat baju Ian. Itu yang dia marah." terang Aisy dalam nada bersalah.

Aira memujuk Aisy agar tidak mengambil hati dengan kelakuan Luth. Dia mengajak Aisy ke dapur dan memintak makcik Sal mengemop lantai yang basah disebabkan tumpahan air oren tadi.

"Dah akak tak payah fikir sangat. Abang Ian memang macam tu. Mood dia macam roller cooster. Jom makan. Akak tak makan lagi kan." pujuk Aira dengan senyuman comelnya.

-------

Jam telah menunjukkan pukul tiga petang. Kunjungan tetamu sudah mulai kurang. Hanya tinggal keluarga terdekat sahaja belum pulang. Puan Dhia mengambil kesempatan itu untuk mengumpulkan semua ahli keluarganya yang datang dari jauh dan keluarga sahabat sahabatnya. Puan Dhia memberi isyarat kepada Datin Hani untuk memulakan majlis.

"Assalamualikum semua, sebenarnya tujuan kami datang hari ini bukan sahaja untuk meraikan kejayaan Aira memperoleh pengiktirafan sebagai akauntan profesional. Sebenarnya saya sekeluarga juga berhajat untuk merisik Aira untuk menjadi isteri kepada anak tunggal saya dan Dato' Luqman, Luth Arriyan. Keluarga saya dan Puan Dhia sudah setuju, sekarang hanya tunggu jawapan daripada Aira. Aira sudi tak nak teruskan hidup Aira bersama anak Umi lepas ni ? kata Datin Hani dengan penuh harapan.

Hampir semua tetamu yang ada disitu agak terkejut dan sudah tentu yang paling terkejut dan tidak senang duduk mendengar perkara tersebut ialah Luth dan Aira. Semua mata memandang kepada mereka. Mereka berdua hanya menunduk dan diam membisu. Dalam hati Luth dan Aira sudah tidak sabar untuk menyoal kedua ibu bapa mereka setelah selesai majlis nanti.

"Aira ?"

Aira mengangkat muka memandang wajah mummynya yang memanggilnya tadi. Dia menunjukkan muka tidak rela. Ingin saja dia menyatakan bahawa dia tidak setuju sama sekali. Tetapi apabila melihat wajah mummy, daddy, umi dan baba. Dia jadi tidak sampai hati untuk memalukan mereka.

Aisy dari tadi hanya memerhatikan kedua pasangan yang ingin disatukan itu. Dia berharap Aira tidak menerima Ian. Dia masih cintakkan Ian dan dia tahu Ian masih sayangkan dia. Cuma Ian masih marahkan dia.

"Mummy, can I talk with Abang Ian for a while ?" pinta Aira kepada mummynya.

Luth yang sedari tadi hanya menunduk telah mengangkat muka. Hatinya sudah tidak sedap memikirkan Aira akan memarahinya. Dia tahu yang Aira sudah ada kekasih. Dia bimbang Aira berfikir bahawa dia yang merancang semua ini. Luth mengumpal gumpal penumbuknya. Bukannya marah, dia cuma tidak suka cara baba dan uminya. Buat apa apa tanpa berbincang dengan dirinya dahulu.

"Okay, jangan lama sangat." balas Puan Dhia.

Aira mengajak Luth ke kolam renang rumahnya. Dia berjalan mendahului Luth. Tangan dan kakinya sudah sejuk memikirkan apa yang bakal terjadi. Sampai di kolam renang, dia berdiri tegak dan memeluk tubuhnya menunggu Luth.

"Aira serius I tak tahu apa apa pasal plan ni. You tahu kan yang I tahu you dah ada boyfriend. Takkan la I nak buat you gaduh dengan boyfriend you." terang Luth panjang.

"Habis tu kalau Abang Ian tak tahu, kenapa umi cakap yang satu keluarga abang dah setuju. Abang dah tahu pasal plan ni kan. Sebab tu abang tak terkejut langsung. Serius Aira tak ready lagi la nak kahwin. I'm still young. Kalau Abang Ian nak kahwin sangat pergi la kahwin dengan orang lain." kata Aira panjang lebar dengan perasaan marah.

"You dengar ke tak I cakap apa tadi. I cakap I tak tahu langsung pasal plan ni kan. Pekak ka apa. I macam nak luruh jantung bila dengar umi cakap macam tu tahu tak !" jerit Luth kepada Aira.

Dia turut naik angin melihat Aira yang asyik menyalahkan dirinya. Jujur dia tak tahu langsung.

Melihat Aira yang hanya mendiamkan diri selepas dia meninggikan suara tadi. Terus dia rasa bersalah. Dia tahu pada waktu begini tiada siapa yang harus dipersalahkan. Mereka berdua mangsa keadaan. Kedua dua tidak mampu menahan perasaan. Dia mintak maaf dengan ikhlas dan meminta supaya mereka dapat berbincang dengan baik.

"Okay Aira pun minta maaf sebab tuduh abang Ian macam tu tadi. Habis sekarang ni macam mana. Aira nak bagi jawapan apa dekat umi abang." tanya Aira dengan suara resah.

"Aira sanggup tak nak malukan diorang? tanya Luth.

Aira menggeleng.

"Kalau macam tu I think Aira cakap setuju ja dekat my mom. And lepas dah selesai semua majlis ni kita berdua slow talk dengan perents kita. Mintak batalkan." plan Luth.

"Tapi abang Ian.." Aira berkata perlahan ingin membantah.

"Okay listen Aira. Kita buat ni just untuk jaga air muka diorang depan tetamu ja. Please. I sure kita akan ada masa untuk bincang dengan diorang. Lagipun umi I baru nak merisik. Bukan bertunang lagi. Kalau kita tak jadi kahwin pun takde sapa nak kecoh." kata Luth cuba memujuk.

"Hm okaylah." Aira memutuskan kata setuju.

Mereka berjalan beriringan ke ruang tamu. Aira mengambil tempat di sebelah mummynya dan Luth berdiri di sebelah babanya. Kelihatan Dato' Luqman sedang menepuk nepuk belakang anaknya sambil senyum.

"Mummy, just untuk tak malukan mummy. Aira terima." perlahan Aira membisikkan itu kepada mummynya.

"Thankyou sayang." luah Puan Dhia syukur. Dia mengucup dahi anaknya lembut lalu mengusap usap rambut Aira.

Puan Dhia memberi isyarat okay kepada rakannya Datin Hani. Melihat itu semua yang berada di situ meluahkan rasa syukur. Kecuali Aisy, dia amat terkejut mendengar perkara itu tadi. Dia bimbang tak sempat menjelaskan perkara sebenar kepada Luth.

"Okay kalau macam tu kita akan buat majlis akad nikah three month from now." ujar Datin Hani gembira.

Disambut pula sokongan daripada orang lain.

"Wait, mummy takkan terus nikah. Bagi la kami tunang ke dulu. Kenapa nak cepat sangat ni." rugut Aira perlahan kepada mummynya.

Puan Dhia hanya menggelang lalu meminta Aira diam supaya tidak memalukan dia.

Aira memandang Luth yang sedari tadi hanya diam. Tak faham dia. Selalunya Luth ni kuat sangat membantah. Kali ini lain pula.

"Aira, since Aira dah setuju. Boleh tak umi sarungkan cincin ni. Sebagai tanda korang berdua ni macam dah bertunang. Boleh ?" soal Datin Hani penuh harapan.

Sumpah Aira keliru. Tadi cakap baru nak merisik. Sekarang tunang pulak. Kenapa tak kahwinkan ja sekarang. Dia melihat Luth, meminta pertolongan. Luth hanya mengangguk dan meminta Aira menerima cincin itu.

Dengan hati yang penuh terpaksa, Aira memandang wajah umi Luth dan mengangguk. Semua di situ tersenyum. Dengan lembut Datin Hani menyarungkan cincin emas putih bertahtakan sebutir berlian di jari manis Aira. Di memeluk dan mencium dahi Aira dengan penuh kasih.

"Terima kasih Aira.."

"Sama sama umi." balas Aira sambil cuba memaniskan muka.

-------

Aira melipat sejadahnya lalu membuka telekung dan menyimpannya di dalam almari setelah selesai solat isyak. Sejak dari habis majlis tadi dia langsung tidak turun ke bawah. Terasa hati dengan tindakan orang tuanya. Makcil Sal panggil untuk makan malam tadi pun dia tak turun.

Dia malas mahu berfikir sekarang. Tunggu la esok baru dia akan berbincang dengan mummy dan daddynya seperti yang diminta Luth. Sedang dia menyandarkan kepalanya di katil sambil memejam mata, tiba tiba telefonnya berbunyi menandakan ada pesanan masuk.

Dia memeriksa telefonnya. Mesej daripada Luth.

Abang Ian ?? : I just nak cakap jangan fikir sangat pasal tadi. Take rest first. InshaAllah everything going to be okay. Sleep well. Salam.

Dia tersenyum seketika lalu membalas mesej daripada Luth. Selesai menaip dia terus menutup mata dan tidur.

-------

"Why are you doing like this to me umi. Umi tahu kan Luth taknak dan takkan berkahwin buat masa terdekat ni. You know right yang Luth amik masa bertahun untuk lupakan Aisy and untuk sayang dan cinta orang lain tu memang amik masa umi."

"Umi buat ni sebab nak tengok Luth bahagia, itu ja. Umi dapat rasa Aira orang yang terbaik untuk Luth." balas Datin Hani lembut. Dia tidak mahu marah, bimbang Luth lagi mengamuk.

"How do you know? Macam mana kalau Luth lagi tak bahagia bila dengan Aira. Luth baru ja kenal dia umi. Dan umi tahu Luth susah nak rapat dengan orang lain."

"Ya memang susah sebab Luth tak boleh lupakan Aisy lagikan. Betul tak. Luth taknak terima Aira sebab Luth still tak boleh move on dengan cinta lama Luth kan ?" bukan sengaja dia mahu mengungkit mengenai Aisy. Tapi dia sakit hati melihat Luth yang susah sangat nak mendengar cakap. Dia tidak pernah meminta Luth apa apa. Cuma ini pertama kali yang dia minta.

"No. Bukan sebab Aisy. Between Luth dengan Aisy dah takda apa apa. Pada Luth kami tak pernah kenal dan bercinta pun. So umi jangan nak kaitkan dia dalam hal ni."

"Jadi kalau betul apa yang Luth cakap ni buktikan dekat umi dan baba. Buktikan yang Luth dah tak cintakan dia dengan berkahwin dengan Aira. Umi tak pernah minta apa apa dari Luth. Cuma ini ja. Tolong Luth. Umi dah taknak tengok Luth sedih sedih dan benci semua perempuan dekat luar sana hanya sebab Luth takboleh move on dengan Aisy. Be a man son. Bukan Aisy sorang ja wanita yang baik dalam dunia ni." kata Datin Hani tegas lalu meninggalkan Luth dengan suaminya.

Luth tahu uminya marah. Dia kenal uminya. Susah sangat nak marah, tapi kalau dah marah macam ini la jadinya. Kalau tak dipujuk tu mesti lama jugak la dia nak merasa belaian manja dari uminya. Aduh serabut.

"Ba..baba tak boleh tolong Luth ka? tanya Luth kepada babanya yang hanya diam dari tadi.

"Sorry son. Baba taknak masuk campur hal ini. Tak pasal umi kamu merajuk dengan baba sekali." Dato Luqman memberi kata putus.

"Memang la semua tak sayang Luth." kata Luth yang sudah berjauh hati.

"Luth. Dengar ni baba nak cakap. Takda seorang ibu pun dalam dunia ni yang nak tengok anak dia menderita. Semua nak yang terbaik untuk anak anak mereka. Macam tu la umi Luth. Naluri seorang ibu ni kuat tau. Mungkin umi Luth dapat rasakan yang Aira is the right person. Lagipun baba tengok Aira tu okay ja dengan Luth. Baik, cantik, hormat orang. Sesuai la dengan anak baba yang handsome ni." pujuk Dato' Luqman panjang lebar.

Luth menghembuskan nafas berat. Sejujurnya dia amat menyayangi kedua orang tuanya. Dia juga tak sanggup membiarkan uminya merajuk lama.

"Okay macam ni baba. Luth akan setuju kahwin dengan Aira kalau dia pun betul betul setuju kahwin dengan Luth."

"Eh tadi bukan ka dia dah setuja ka ?"

"Tadi tu just our plan untuk tak malukan umi, baba, mummy and daddy."

"Ouh okay. I'm sure yang Aira akan setuju. I know her. Dia takkan sakitkan hati orang tua dia. Dia anak yang sangat taat." ujar Dato' Luqman bangga.

"Habis Luth ni bukan anak yang baik la." tanya Luth tak puas hati.

"Eh tak. Luth pun anak yang sangat baik. Sebab tu kami semua rasa Luth sangat sepadan dengan Aira." kata Dato' Luqman sambil menepuk bahu anaknya.

"Dah jom tidur. Baba dah mengantuk ni." ajak Dato' Luqman.

Mereka berjalan beriringan menuju ke bilik masing masing.

"I'm sorry Aira. I tak dapat pujuk my parents. Now semua keputusan terletak di tangan Aira." kata Luth dalam hati.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience