Chapter 4

Romance Series 11726

Selesai sahaja Aira bercakap dengan rakannya melalui telefon untuk memberitahu bahawa dia tidak dapat menyertai mereka untuk lunch, dia berjalan menuju ke meja makan utama di rumah majikannya Dato' Luqman.

Dalam perjalanan menuju ke meja makan, dia nampak yang anak majikannya seperti tidak puas hati dengan dirinya. Entah kenapa dia berasa semakin seronok untuk membuli anak majikannya itu. Bukan dia tidak tahu bahawa Luth Arriyan seorang yang sangat serius. Mungkin kerana hal itu jugalah yang membuatkan Aira semakin nekad untuk menaggalkan skru skru yang telah terkunci ketat di muka Luth Arriyan.

"Hei ini Aira Zulaikha lah, lembu dekat US tu pun boleh dengar cakap aku supaya tak buang najis merata, inikan pulak Tuan Ian yang cukup sempurna akal fikiran. Senang ja nak brainwash. Kau ingat aku tak sakit hati bila umi asyik mengadu yang dia susah hati bila kau ni selalu sangat moody tak tentu pasal. Wait and see yah." Kata Aira dalam hatinya yang kini sarat dengan plan plan nakal.

"Umi,kenapa ajak dia lunch sekali. Dah la banyak cakap. Ian pelik la umi,setahu Luth Uncle dengan Aunty takdela banyak cakap sangat. Ni kenapa anak diaorang mulut macam murai tercabut ekor." Bisik Luth kepada uminya sewaktu Aira menghampiri mereka.

Dengan lembut uminya membalas, "Luth sikap orang tua ni tak selalunya diwarisi oleh anak anak. Macam Luth jugak, mana ada dalam family kita perangai budak budak macam Luth. Luth ikut perangai siapa ? Umi rasa mummy and daddy dia lagi bersyukur ada anak yang banyak cakap macam ti. Takdelah diaorang sunyi. Macam yang umi dan baba rasa masa Luth berperangai macam tu dulu. Luth nak tahu tak, umi rasa kan Luth dengan Aira akan jadi kawan baik sebab perangai korang sama. Cuma Luth tu ja acah acah garang."

Mendengar sahaja uminya berkata begitu,Luth terus memintas, "Ish umi ni memang takla nk kawan baik dengan dia. Nanti wayar dalam otak ni putus macam wayar dalam otak dia."

"Amboi amboi Encik Luth Arriyan. Sesedap rasanya mengutuk saya macam tu yea. Encik Ian nak tahu tak lebih baik jadi wayar putus macam saya daripada ada banyak skru yang ketat dekat muka lepastu tak boleh nak tanggalkan sebab penutar skru tu dah kena telan dengan gajah." Kata Aira selamba sambil menarik kerusi di sebelah Datin Hani untuk duduk.

"Suka hati I la nak cakap apa pun. This is my home. Ni yang nak duduk sebelah umi orang ni kenapa. Bangun bangun, I nak duduk sebelah umi I. You duduk dekat tempat I ni." Kata Luth sambil bangun dari duduknya.

"Eh taknak taknak, nanti kalau saya duduk dekat tempat tu takut nanti saya terkenan dengan perangai En Ian. Taknak saya,nanti mummy daddy saya dah tak kenal siapa saya. En Ian tak payah nak kedekut sangat la dengan saya. Bukannya saya nak kidnap umi En Ian ni balik rumah saya pun. Nanti saya balik En Ian peluk la umi En Ian ni puas puas." Balas Aira Zulaikha.

"Luth Arriyan sudah sudah la tu. Kenapa ni,tak baik tau layan tetamu kita macam ni." Tegur Datin Hani kepada anak bujangnya.

"Okay sorry umi." Balas Ian.

"Aira jangan ambik hati dengan apa yang Ian cakap tadi ya. Ian ni memang, manja sangat. Entah macam mana la bila dia berkahwin nanti." Kata Datin Hani kepada Aira dalam masa yang sama mengenakan Luth.

"Umii,please don't start. Luth tak makan nanti." Ugut Luth kepada uminya.

"Hey, you tahu tak tak baik cakap dengan umi macam tu. Mintak maaf sekarang." Tegas Aira berkata.

"Eleh lebih je you ni. Umi I ni dah biasa la dengan I. Bukannya I maksudkan apa yang I cakap pun. She know me." Balas Luth.

"No matter what, she still you mom. You should watch your word when talk with her. Sekali ibu kita kecil hati, kita berdosa tau." Balas Aira tegas.

Dia memang tegas soal ini. Walaupun dia berperangai kebudak budakkan. Tetapi dia amat menghormati orang tua. Terdiam Luth mendengar kata kata Aira. Dia tidak menyangka Aira begini. Ada sedikit rasa kagum di hatinya.

"Umi, Luth mintak maaf. I did't mean to hurt your feeling. Forgive me pelase." pinta Luth ikhlas.

"Luth sayang it's okay. Umi tak marah. Dah jangan fikir sangat. I love you son." ujar Datin Hani dengan penuh kasih sayang.

"Thankyou umi. I love you too." Kata Luth sambil memberikan fyling kiss kepada uminya.

"Umi umi, Aira love umi jugak." Aira mencelah lalu terus mencium dahi Datin Hani.

Datin Hani membalas dengan mencium kedua dua belas pipi Aira.

"I love you more my sweety." kata Datin Hani sambil megosok gosok kepala Aira.

"Hek eleh dia ni. Ada je nak mencelah. Nak berlove love dengan umi orang. Tunggu la I datang rumah you nanti. I curi mummy daddy you. Mesti diaorang rindu sangat sangat dengan I. Nanti mesti diaorang tak layan and sayang you dah." kata Luth ingin menakut nakutkan Aira.

"Will see. I know my parents. Werkk." Kata Aira sambil menjelir lidah ke arah Luth.

"Umi bila nak boleh makan ni. Aira lapar. Perut ni dah berbunyi sakan dah ni. Ke nak tunggu baba balik. Kalau nak tunggu Aira okay je." tanya Aira.

"Alah kesianya anak umi yang sorang ni. Tak tak umi tak tunggu baba pun. Biasanya kalau melawat site baba dah makan dulu. Umi nak tunggu Luth dengan Aira habis bergaduh dulu baru nak mula makan. Ni dah habis begaduh la ni. Kalau dah habis jom la kita makan. Ambil nasi tu. Lauk biasa biasa ja Aira." ujar Datin Hani sambil menuangkan air ke dalam gelas mereka bertiga.

"Lah kenapa tak bagitau yang nak tunggu kitaorang habis bargaduh baru nak makan. Kalau Aira tau awal awal lagi Aira stop layan abang Ian gaduh. Takdela tersiksa perut ni." ujar Aira sambil ketawa.

Dia terus mengambil mangkuk besar yang berisi nasi lalu memasukkan nasi ke dalam pinggan mereka bertiga. Semasa hendak menyendukkan nasi ke dalam pinggan Luth. Luth bersuara,

" Kenapa you panggil I abang? " tanya Luth.

"Biar la Luth." ujar Datin Hani lembut.

"Actually macam ni. Mummy saya yang suruh. Dia selalu cerita pasal abang Ian dekat US dulu. Dia cakap abang Ian ni dah macam anak dia. Dia cakap automatik macam abang Aira. Jadi Aira kena panggil abang la. Faham?" terang Aira.

"Haah betul tu. Luth pun panggil Uncle dengan Aunty mommy daddy kan dulu." ujar Datin Hani sekali gus menyokong Aira Zulaikha.

"Dah dah jom makan Aira lapar."katanya selamba dan disambut tawa oleh Datin Hani dan Luth.

Luth ? Ya dia semakin terhibur dengan telatah Aira. Mungkin benar kata umi. Dia dan Aira boleh berkawan. Tapi, takkan secepat ni.

"Ahh biarlah. Aku just selesa dengan sikap dia yang berterus terang dan tetap pendirian tu." kata Luth dalam hati.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience