Chapter 14

Romance Series 11726

Aisy menolak selimut yang menutupi seluruh tubuhnya perlahan apabila mendengar bunyi jam loceng yang nyaring. Dia meraup-raup wajahnya yang sembam itu. Sesekali dia teringat kata-kata Luth semalam. Air matanya laju sahaja mengalir apabila terkenangkan peristiwa itu. Dia dapat rasakan yang harapannya untuk bersama Luth kembali kian kelam. Malas untuk melayan perasaan, Aisy bingkas bangun dari katilnya lalu menuju ke bilik mandi.

Usai mandi, Aisy mendirikan solat subuh dengan kyusuk sekali. Dia juga memanjatkan doa kepada Yang Maha Agung. Dia memohon agar tuhan kuatkan hatinya dalam menghadapi segala cabaran dan kuatkan imannya agar tidak melakukan perkara yang tidak baik. Lama dia berteleku di atas sejadah sambil melafazkan kalimah memuji Allah SWT.

Setelah hampir setengah jam dia berkeadaan begitu, Aisy bangun lalu melipat telekungnya. Siap mengemas, dia terus menuruni tangga untuk menuju ke dapur. Dia bercadang untuk membantu mamanya menyiapkan sarapan. Ketika menuruni tangga, dia terserempak dengan adiknya yang baru sahaja pulang.

"Hai kak, awal turun. Tu kenapa mata akak dah macam mata panda. Kerja sampai lewat malam ka ?"

Aisy tidak mengendahkan adiknya. Dia terus sahaja turun menuju ke dapur. Dia tiada mood untuk berbual-bual kosong.

Sampai sahaja di dapur, Aisy terus melakukan kerja. Melihat Aisy seperti tidak mahu bercakap, Puan Aisyah hanya membiarkan Aisy melakukan kerja tanpa menegur anaknya itu. Aisy membantu mamanya membancuh air kopi di dalam teko. Siap membancuh dia terus meletakkan teko tersebut di meja makan. Selepas itu, dia membantu Puan Aisyah menyenduk mi goreng yang telah siap ke dalam mangkuk besar.

Aisy terlebih rajin apabila dia sempat membuat roti bakar untuk keluarganya. Aisy yang sedang menunggu roti siap dibakar ralit termenung. Apa lagi kalau bukan teringatkan Luth. Aisy sibuk termenung sehingga tidak sedar roti yang dibakarnya sudah hampir hangus. Mujur Puan Aisyah menyedari, jika tidak meletup pembakar roti itu mungkin. Aisy yang menyedari kelalaiannya terus memohon maaf. Dia mengambil roti yang baru untuk dibakar. Kali ini dia fokus terhadap kerja yang dia lakukan. Siap semuanya, Aisy terus menghidangkan roti tersebut di meja makan. Melihat tiada lagi kerja yang perlu dilakukan, dia terus membuka langkah untuk menuju ke bilik. Ingin bersiap ke office.

Puan Aisyah sudah tidak tahan melihat kelakuan anaknya itu lantas menegur. Bimbang dia dengan keadaan Aisy. Malam semalam okay sahaja.

"Aisy okay tak ni ?"

Aisy tidak jadi meneruskan langkah apabila mendengar suara mamanya. Rasa bersalah pula kerana tidak menghiraukan mamanya daripada tadi. Aisy lantas menghadiahkan senyuman kepada mamanya.

"Aisy okay mama. Mama jangan risau eh. Aisy cuma mengantuk ja sebab semalam settlekan kerja sikit." bohong Aisy. Tidak mahu membuat mamanya bimbang.

"Kerja ni sampai bila pun tak habis sayang. Rehat tu penting. Jangan sibuk sangat kerja sampai kesihatan tu terabai. Banyak kali dah mama pesan." leter Puan Aisyah. Dia sudah sedia maklum dengan perangai anaknya yang seorang ini. Kalau dah berkerja tu, langsung tak fikir rehat. Sejak kecil lagi Aisy berperangai begitu. Dahulu selagi tugasan yang diberi oleh gurunya tidak siap, Aisy tidak akan tidur walaupun dia mempunyai masa yang panjang untuk menghantar tugasan tersebut.

"Yaa mama, Aisy faham. Lepas ni Aisy tak buat lagi okay. Aisy naik tukar baju dulu eh?" kata Aisy kepada mamanya.

"Hm yelah. Jangan lama sangat, kejap lagi turun makan." pesan Puan Aisyah.

Aisy mendaki tangga dengan longlai. Sampai sahaja di bilik dia terus menukar baju kerja. Dia hanya bersiap ala kadar. Selesai mengenakan tudung yang warna senada dengan bajunya, Aisy terus mengambil beg kerja serta handbegnya lalu turun ke bawah.

Ketika dia turun, dia melihat papanya dan Izz Mikail sudah sedia berada di meja makan.

"Morning." sapa Aisy. Dia cuba menceriakan dirinya. Dia mengambil tempat duduk di sebelah adiknya.

"Morning." ahli keluarganya menjawab serentak.

"Aisy busy tak hari ini, kalau Aisy free papa nak Aisy ikut papa dan Izz pergi lunch appointment dengan TR Berhad. TR Berhad tu syarikat besar tau, diorang nak buat projek dengan kita. Kalau boleh papa nak Aisy terlibat sekali dengan projek ni." ujar Tuan Malik. Bukan main gembira dia apabila mendapat offer untuk bekerjasama dengan syarikat besar itu. Dia bersyukur kerana rezeki syarikatnya sekarang tidak putus-putus.

"Erm sorry paa, papa pergi dengan adik jela. Aisy nak ke Luq's Buildings. Ada hal nak bincang dengan Luth. Pasal projek di Krabi." Aisy menolak. Dia memang bercadang untuk menemui Luth. Ingin berbincang mengenai projek yaa, bukan soal hati.

"Bukan ka baru kemarin Aisy ke sana, ada masalah ka dengan projek tu."

"Takda masalah paa, cuma Aisy ada new idea and Aisy nak minta pandangan and approvel Luth." jelas Aisy.

Inilah sebab Aisy menghubungi Luth semalam, tetapi tidak dilayan pula. Harap-harap Luth tidak menolak untuk berjumpa dengannya. Dia sudah meminta kak Erya membuat temu janji dengan Luth semalam.

"Owh kalau macam tu takpelah. Papa pergi dengan Izz ja. Lagi satu.." Tuan Malik tidak jadi meneruskan kata apabila isterinya mencelah.

"Sudah-sudah la tu. Ini rumah bukannya office. Hal office bincang dekat office la. Now all of you, eat." Puan Aisyah sudah bersuara. Penat dia mendengar perbualan anak beranak itu. Di rumah pun berbual soal kerja.

"Okay puan besar." kata Tuan Malik dan Aisy serentak.

Izz yang sedari tadi diam sudah tergelak. Sengaja mahu mengusik si kakak dengan mengangkat ibu jarinya menunjukkan tanda best.

"Itulah, tak menyempat-nyempat nak kerja. Kan dah kena sound." kata Izz Mikail.

"Diam la kau. Sibuk ja." marah Aisy.

Izz hanya ketawa melihat kakaknya yang sedang mengenggam penumbuk. Pasti geram dengan kata-katanya.

"Izz Mikail, eat." tegur Puan Aisyah. Anaknya yang seorang itu, pantang ada peluang untuk menyakat.

Aisy menyenduk mi goreng buatan mamanya kedalam pinggan lalu makan tanpa sebarang suara. Selesai makan dia terus meminta diri untuk ke tempat kerja. Dia menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan papa dan mamanya.

"Aisy pergi dulu eh." kata Aisy lalu berpaling untuk keluar dari rumah.

"Akak, tunggu adik. Nak tumpang." kata Izz lalu bergegas bersalam dengan Tuan Malik dan Puan Aisyah. Kemudian dia berlari mengekori kakaknya. Dia membuka pintu sebelah penumpang lalu meloloskan diri ke dalam kereta.

"Dah kenapa tiba-tiba nak tumpang ni. Kereta adik mana?" kata Aisy sambil menekan pedal minyak untuk mengerakkan keretanya. Aisy memandu dengan tenang pada hari ini kerana dia keluar awal dari rumah.

"Kereta adik rosak. Pagi tadi tak boleh start. Tak tahu la kenapa. Balik tadi pun Mateen yang hantarkan. Akak tak perasan ka kereta adik takda di garaj?" terang Izz. Dia pun pening memikirkan hal keretanya. Mungkin kerana sudah lama dia tidak menghantar keretanya ke bengkel untuk servis.

"Tak perasan la pulak. Tengah hari nanti nak pergi appointment macam mana? Kereta takda. Kau jangan nak minta akak hantarkan pula yaa. Akak banyak lagi kerja nak buat." Aisy sudah memberi amaran.

"Adik naik kereta papa la. Kecoh la akak ni. Macamla orang nak sangat naik kereta akak ni. Bukan cantik pun." kata Izz, sengaja ingin menyakitkan hati kakaknya.

"Tak cantik pun kau tumpang jugak." balas Aisy. Adiknya itu memang tidak berubah. Suka sangat mengusik.

Agak lama suasana dalam kereta itu sunyi. Hanya kedengaran suara DJ radio sedang bercakap di corong radio. Lama Izz berfikir sebelum dia berani menyuarakan perkara yang berlegar dalam kepalanya. Dia memperlahankan radio sebelum menegur kakaknya.

"Lah kenapa perlahankan. Akak nak dengar diorang tu cakap apa. Macam ada benda menarik ja." ujar Aisy sambil tangannya menguatkan kembali radio.

"Ish akak ni, adik ada benda nak cakap ni." marah Izz.

"Hm yelah, apa bendanya?" kata Aisy sambil memperlahankan semula radio.

"Akak dengan Abang Luth macam mana? Dah berbaik?" soal Izz. Dia sudah tahu mengenai masalah kakaknya dengan Luth Arriyan.

"Kau rasa?" Aisy memulangkan soalan pada Izz semula.

"Tak kot. Yela adik tengok Abang Luth tu macam keras kepala ja." tembak Izz.

"Tau pun."

Aisy diam. Dia sedang berkira-kira untuk berkongsi sesuatu dengan satu-satunya adiknya itu.

"Kalau akak cerita sesuatu dekat adik, boleh tak adik janji takkan bagitau sesiapa tentang hal ni?" Aisy ingin berkongsi perasaanya dengan Izz. Sudah tidak sanggup untuk memendam perasaanya seorang diri.

"Okay adik janji. Apa dia?"

"Akak sebenarnya betul-betul cintakan Abang Luth."

"I know akak. Izz boleh nampak riak muka akak bila papa dan mama cerita pasal abang Luth."

Aisy hanya berdehem. Tak tahu apa yang perlu dia cakap. Tak sangka adiknya seorang yang sangat prihatin.

"Kenapa akak perlu siksa diri akak? Kenapa tak terus terang ja dengan papa dan mama? Kenapa tak cerita hal sebenar pada abang Luth?" Izz terus mempersoal kakaknya.

"Adik tak faham. Kakak terpaksa. Kau tahu kan Abang Luth dah nak berkahwin." ucap Aisy lemah.

"Tapi kakak still boleh terus terang. Sampai bila akak nak dia pandang serong dekat akak? Sampai bila nak dia salah faham? At least korang boleh berkawan bila akak cerita perkara sebenar dekat Abang Luth."

"Tak mudah nak buat Abang Luth dengar penjelasan akak. Dia tu ego. Akak dah kenal dia lama. Tahu sangat perangai dia."

"Nak adik tolong?" ikhlas Izz bertanya. Dia sudah tidak sampai hati melihat kakaknya terus bersedih. Terus dipersalahkan, walhal apa yang terjadi bukan kehendak Aisy.

"It's okay adik. Akak taknak susahkan sesiapa pun dengan masalah akak ni. Biarlah, akak yakin satu hari nanti mesti abang Luth akan tahu cerita sebenar. Dah, kita tutup topic ni okay?"

"Okay, akak juga yang bring out this topic. So, what is the next topic?" selamba Izz berkata.

"Adik bila nak kahwin? Sofia apa cerita?" soal Aisy, sengaja mahu mengusik adiknya. Dia tahu adiknya sudah lama putus dengan Sofia kerana tiada persefahaman. Lagipun Sofia tidak jujur dengan Izz selama mereka bercinta. Izz ceritakan semua yang terjadi kepada Aisy sewaktu Aisy pulang ke Malaysia beberapa bulan lepas.

"Ish akak ni. Jangan sebut lagi nama dia boleh tak. Terus panas hati ni." marah Izz. Jujur dia tidak boleh mendengar nama Sofia. Rasa nak maki orang ja.

Aisy tertawa. "Sorry akak tak sebut lagi eh. Ni bila nak kahwin. Awak tu dah tua. Nak akak carikan calon?"

"No thankyou. Nanti entah siapa-siapa akak kenalkan dengan adik. Biar adik ja cari sendiri. Lagipun adik ni lelaki. Lainlah akak tu. Akak minat tak dekat Mateen. Dia tu syok dekat akak tau. Dia cakap dia tolak semua perempuan yang nak try dia masa dekat Perth dulu sebab dia tunggu akak tau. Adik pun tak faham, apa la yang dia minat sangat dekat akak ni." ujar Izz. Teringat pula dia pada kawan baiknya Mateen yang sering bertanya tentang kakaknya. Naik rimas pun ada kadang-kadang.

"Hah adik jangan nak mamandai. Akak malas nak fikir soal tu sekarang. Akak nak settlekan masalah dengan Abang Luth dulu."

"Ha itulah. Sapa suruh akak sembang bab kahwin ni. Adik bagi phone number akak dekat dia boleh?" sengaja Izz menduga.

"Kalau kau nak rasa kasut akak saiz 6 ni kau cuba lah." warning Aisy.

Izz hanya ketawa nendengar amaran kakaknya itu. Tak mungkin la dia serahkan number kakaknya itu. Dia tahu itu privasi kakaknya.

Aisy memarkirkan keretanya di parkin khas. Dia mematikan enjin lalu meneruskan bicara.

"Okay, next topic is kerja. Dah-dah keluar. Kalau diajak bersembang, terus lupa dunia kau ni kan. Macam perempuan. Ingat eh, jangan bagitau sesiapa tentang hal tadi. Termasuk mama and papa." Aisy sudah keluar dari kereta. Dia menekan punat lock di kunci keretanya selepas Izz Mikail keluar dari kereta.

"Kecoh la akak ni, serius sangat. Orang sebelum mula kerja kena happy-happy dulu tau tak. Pasal tadi tu Izz janji tak kasi tau sesiapa. Okaylah adik naik dulu, bye." selesai mencium tangan kakaknya dia terus masuk ke dalam banggunan besar Malik Holdings.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience