Dua bulan kemudian
"Abang Ian betul ni setuju kahwin dengan Aira?"
"Kenapa Aira tanya macam tu tiba-tiba, lusa kita dah nak nikah kan." tanya Luth keliru.
Namun perhatiannya terhadap panduan kereta tetap baik. Mereka baru sahaja pulang dari mengambil baju nikah dan juga baju majlis resepsi mereka. Semua persiapan sudah selesai berkat bantuan keluarga besar mereka sendiri.
Hati Luth Arriyan semakin hari semakin berbunga membayangkan bahawa dia akan menjadi suami kepada Aira Zulaikha. Walaupun belum sebagai gadis yang dicintainya, tetapi Aira ialah gadis yang dia sayangi.
Selepas Aira menjelaskan salah fahamnya mengenai Faid, adik Aira. Hubungan mereka semakin rapat. Hampir lima hari jugalah Aira berusaha memujuknya, akhirnya hatinya lembut juga. Tahu sajalah kerenah Aira, mana boleh sentap lama-lama dengannya.
Mengenai Akif, sampai sekarang dia tidak tahu siapa wanita yang bakal Luth kahwini. Bukan hendak berahsia, tetapi risau Akif membuat sesuatu yang boleh merosakkan hubungannya dengan Aira. Dia kenal sangat dengan Akif, kalau sekali lelaki itu cakap suka, memang dia akan cuba sedaya upaya untuk memilikinya. Sudahlah banyak rahsia Luth dan Aisy berada dalam poket Akif.
Dan kerana itu jugalah setiap kali Akif hendak datang ke office untuk berbincang mengenai projek usahasama mereka, Luth memberi alasan untuk berbincang di luar office sahaja. Biarlah Akif tahu sewaktu majlis nikah dia dan Aira.
"Abang Ian dengar tak ni Aira cakap?!" bentak Aira sedikit kuat yang mengejutkan Luth.
"Sorry Aira, abang tengah berkhayal pasal Aira tadi hehe. Aira cakap apa tadi?"
"Ish abang Ian ni makin mengada kan!" marah Aira.
Luth hanya tersengih melihat Aira.
"Aira cakap yang lepas ja abang kahwin dengan Aira, means abang akan jadi hak Aira. You like it or not, Aira akan cintakan abang dan buat abang cintakan Aira. Aira taknak main-main dengan perkahwinan ni. Suka atau tak, abang kena hadap apa yang Aira akan buat nanti. Sebab tu Aira tanya abang Ian for the last time, abang Ian betul setuju ka dengan benda ni?"
"Okay Aira, listen here. Lepas ja abang lafaz akad dengan Aira nanti, abang ni Aira yang punya okay? Abang pun takkan mainkan benda macam ni, since abang cakap abang setuju nikah dengan Aira. Aira dah tak perlu risau pasal hati abang, hati ni akan jadi milik Aira jugak. Cuma masa yang menentukan cepat atau lambat. Abang akan jalankan tanggungjawab abang sebaik dan sebetulnya. Sesuai dengan hak Aira sebagai isteri abang. Dan Aira janji kena tolong abang untuk abang boleh cintakan Aira sepenuh hati abang. Abang buat ni memang sebab umi, tapi sumpah abang ihklas."
Buat pertama kalinya, mata Aira bergenang di hadapan Luth Arriyan.
"Lah jangan nangis, kita dah sampai ni, nanti mummy ingat abang buli Aira pulak. Dah lap air mata tu."
"Abang janji?"
"Ya janji."
"Abang tau kan kenapa Aira tak pernah bercinta?"
"Ya tau, sebab Aira takut untuk rasa kehilangannya kan. Sebab Aira ni kalau dah mula sayangkan seseorang, Aira nak dia ada dengan Aira sampai bila-bila. Betul tak?"
"Ish abang Ian ni, Aira tak suruh pun abang Ian ulang sebijik-sebijik macam yang Aira cakap dulu. Tapi Aira terharu la, sebab Abang Ian ingat hehe." kata Aira yang sudah kembali tersenyum.
"Okay sudah eh, taknak sedih-sedih. Kalau Aira sedih, abang macam dah tak kenal dah siapa sayang abang. Yela Aira kan selalu happy ja."
"Eh kejap, abang Ian panggil Aira apa tadi?" tanya Aira sejurus mendengar perkataan sayang itu.
"Buat-buat pekak pulak, dah turun. Tolong angkat sekali barang dekat belakang ni." kata Luth yang malas melayan sakat Aira lalu terus turun dari kereta.
"Oh betul lah abang Ian panggil Aira sayang hahaha. Alah melting pulak hati ni." jerit Aira kepada Luth yang sudah laju mengatur langkah masuk ke dalam rumah.
"Malu la tu."
__________
"Aku terima nikahnya Aira Zulaikha binti Zahil dengan mas kahwin sebanyak RM 22,000 tunai."
Mendengar ucapan sah daripada saksi-saksi, maka rasmi lah Aira Zulaikha sekarang milik Luth Arriyan. Semua hadirin menadah tangan mengaminkan doa yang dibaca oleh tok kadi. Selesai doa, Luth bersalaman dengan baba dan daddynya lalu meminta izin untuk mengerjakan solat sunat.
Suasana dia dalam dewan yang dihiasi dengan tema warna putih, dan juga wangian beribu kuntuman bunga ros putih mendominasi ruang dewan menjadi lambang kepada kesucian hati dua mempelai yang baru sahaja dinikahkan.
Usai mengerjakan solat sunat, Luth menghampiri isterinya untuk melakukan upacara membatalkan air wuduk. Pertama kali melihat Aira bertudung, cukup membuat hatinya begitu tidak keruan.
Cincin bertatahkan berlian itu disarungkan ke jari manis Aira dan selepas itu Luth menyambut huluran salam pertama dari isterinya. Hanya tuhan tahu betapa bahagianya hati saat dia pula mengucup dahi Aira selepas Aira menyarungkan cincin kepadanya.
"Abang sayangkan Aira, terima kasih terima abang, wife." bisik dia perlahan di telinga kanan Aira.
Usai mengambil gambar kenang-kenangan, mereka masuk ke bilik hotel masing-masing untuk menyalin baju resepsi. Luth mengenakan suit hitam putih dan Aira pula mengenakan dress cantik kombinasi warna putih dan cream.
Mereka duduk bersanding di atas pelamin yang begitu indah dan saling berpandangan antara satu sama lain. Jelas terpancar riak bahagia di wajah masing-masing.
Namun ada dua mata yang memandang mereka dengan perasaan yang berbeza iaitu Aisy yang penuh sayu dan Akif yang penuh amarah.
Share this novel