Chapter 16

Romance Series 11726

"Bos, saya just nak remind bos pasal meeting dengan Cik Aisy. Sejam dari sekarang." beritahu Amy.

"Okay."

"Saya keluar dulu ya bos?" soal Amy.

"Awak boleh keluar. Tapi sebelum tu, tolong panggil Aira masuk. Thank you." kata Luth pada setiausahanya.

"Baik bos." jawab Amy lalu terus keluar menuju ke bilik Aira.

Sampai saja di bilik Aira, Amy terus mengetuk pintu untuk meminta kebenaran masuk ke dalam. Selepas mendengar suara Aira yang mengarahkan dia masuk dari dalam, Amy terus menolak pintu.

Belum sempat Amy bersuara Aira terlebih dahulu meluahkan rasa tidak puas hatinya mengenai peristiwa tadi.

"Awak pergi mana tadi. Awak tahu tak sebab awak tak ada la saya main rempuh masuk ja bilik En Luth. Awak tahu tak saya malu bila client dia tengok saya atas bawah waktu saya selamba ja masuk without permission. Lagi satu, awak juga yang bagitau saya meeting En Luth habis pukul sebelas kan. Saya pergi tadi hampir pukul dua belas tau. Diorang tak habis bincang lagi pun. Haish awak ni kan, karang En Luth tak potong gaji awak saya yang potong gaji awak. Saya malu tau tak. Mesti nanti En Luth marah saya." selesai meluahkan semua rasa sebalnya, Aira menarik nafas panjang. Penat juga cakap banyak ni kan.

"Sorry Cik Aira, saya rasa waktu Cik Aira masuk bilik En Luth tu saya ada dalam toilet. Saya pun tak tahu apa yang diorang bincangkan sampai lama sangat. Sorry." rasa bersalah pula dia.

"Tak apa lah, saya cuma nak lepaskan geram ja. Bukannya saya marah awak pun. Awak jangan terasa hati pula ya. Nanti tak pasal-pasal awak berhenti kerja. Mati saya nak menjawab dengan bos awak." kata Aira jujur. Dia memang tiada niat untuk memarahi Amy. Sekadar mahu melepaskan geram.

"It's okay Cik Aira, saya dah biasa dengan perangai ting tong Cik Aira ni. Saya tak ambil hati pun." ujar Amy. Benar, dia tidak langsung kecil hati dengan Aira. Dia tahu Aira seorang yang baik.

"Eh kejap, kenapa awak masuk bilik saya ya? Ada apa-apa ka?" baru dia perasan yang Amy jarang masuk ke biliknya tanpa sebarang tujuan.

"Ya ada. En Luth minta Cik Aira masuk ke bilik dia sekarang." Amy juga hampir terlupa akan perkara itu.

"Aduh, ni mesti nak marah saya pasal tadi." Aira sudah membuat penilaian sendiri.

"Tak tahu la Cik Aira. Okay, kalau tidak ada apa-apa saya keluar dulu ya." Amy sudah meminta diri untuk keluar.

Aira membuat isyarat okay kepada Amy. Dia sudah bangun dari duduknya untuk bertemu dengan Luth. Dia cuba membuat muka kasihan supaya Luth tidak jadi untuk mengamuk.

Aira melangkah keluar dari biliknya. Dia sedang menyusun ayat yang sesuai untuk memohon maaf pada Luth. Dia tahu Luth tidak suka diganggu apabila dia sedang bekerja. Aira mengetuk perlahan pintu bilik Luth sebelum masuk. Selepas mendapat arahan untuk masuk, Aira terus menolak pintu bilik itu.

"Abang Ian, sorry. Aira tak tahu yang tetamu abang Ian tak balik lagi. Abang jangan serius sangat. Takut la." kata Aira kepada Luth. Dia sudah takut melihat muka Luth yang tegang itu.

"Tau pun takut abang marah. Lain kali sebelum masuk tu cuba la ketuk dulu. Ni tak, main rempuh ja. Dah tak pasal si Akif yang playboy tu minat dekat Aira." tegur Luth. Namun ayat terakhirnya hanya disebut dengan perlahan. Takut pula Aira soal lebih-lebih mengenai Akif.

"Okay Aira janji lepas ni Aira tak buat dah. Betul." janji Aira.

"Dah la tu, duduk la. Kerusi dekat bilik ni belum nak roboh lagi. Yang berdiri tercegat dekat situ kenapa." arah Luth. Kesian pula apabila melihat Aira berdiri di bucu mejanya sambil buat muka kesian.

"Abang Ian marah Aira lagi tak?" tanya Aira sambil melabuhkan punggungnya di atas kerusi.

"Tak." jawab Luth sepatah.

"Betul ni?" tanya Aira lagi.

"Sekali lagi Aira tanya, mungkin abang akan marah lagi." kata Luth geram.

"Okay kalau macam tu, Aira pula nak marah Abang Ian." kata Aira sembil menepuk meja. Sudah lama dia pendam rasa kesalnya apabila Luth lupa akan janji mereka tengah hari ini.

"Dah kenapa pula ni. Abang buat apa?" tanya Luth kalut. Dia rasa dia tiada buat apa salah dengan Aira.

"Pasal tengah hari ni. Kan abang dah janji dengan Aira nak bincang pasal weeding kita waktu on call semalam. Tapi tadi bila Aira tanya Amy, dia cakap Abang Ian ada hal lain pula lunch nanti. Abang ni memang tak serius langsung kan pasal weeding ni kan. Lagi satu, Aira ni confuse la. Apa sebenarnya kaitan abang dengan Kak Aisy eh? Bukan ka baru semalam dia datang sini, hari ni datang lagi. Dah la abang tipu Aira pasal projek di Krabi tu. Abang cakap Izz yang handle projek tu, tapi apasal Kak Aisy pula yang sibuk berbincang dengan Abang Ian." Aira melepaskan semua persoalan yang terbuku dalam hatinya.

Luth sudah menepuk dahinya sendiri. Jujur dia memang lupa bahawa dia telah berjanji dengan Aira. Ini semua kerana perbualan dengan Aisy semalam. Dia juga mula risau apabila Aira mula mempersoalkan hubungannya dengan Aisy.

"Aira, abang betul-betul minta maaf. Banyak sangat abang fikir sampai abang terlupa. Macam ni la, apa kata Aira minta mummy dan umi ja yang uruskan. Sebab rasanya abang memang tak sempat nak fikirkan soal tu." kata Luth. Dia memang benar-benar sibuk. Banyak sangat projek yang baru masuk.

"Kalau abang cakap macam ni semalam kan senang. Senang Aira cakap terus ja dengan mummy semalam. Ya, Aira tahu perkahwinan kita ni memang atas aturan keluarga. Tapi please abang, jangan tunjuk sangat tak suka tu."

Entah kenapa Aira menjadi terlebih emosi pada waktu itu. Sebelum ini dia tidak kisah langsung jika Luth tidak mengendahkan hal perkahwinan mereka. Dia pun malas hendak fikirkan soal perkahwinan mereka. Tapi apabila dia merasakan bahawa Luth tidak kisah tentang perkahwinan mereka kerana memikirkan orang lain, dia terus angin.

"Abang tak ada niat pun nak buat macam tu. Abang betul-betul minta maaf sebab buat Aira terasa hati. Abang janji nanti dah free sikit, abang pergi rumah Aira. Duduk bincang pasal weeding kita sama-sama, okay?" Luth cuba memujuk.

Dia langsung tidak mempunyai niat untuk main-main soal ini. Sebaik sahaja dia setuju untuk bernikah dengan Aira, dia memang benar-benar ikhlas menuruti kehendak orang tuanya.

"Hm okay la." Aira mengalah.

"Tapi abang tak jawab lagi soalan Aira pasal Kak Aisy. Apa hubungan Abang Ian dengan Kak Aisy sebelum ni?" tanya Aira tiba-tiba. Dia memang benar-benar ingin mengetahui kisah antara bakal suaminya dengan Aisy Zulaikha.

"Kenapa Aira fikir abang ada hubungan dengan Aisy?" soal Luth kembali. Dia memang tidak mahu Aira mengetahui kisah silamnya.

"Aira nampak la abang. Macam mana cara Kak Aisy pandang abang. Plus cara abang bercakap dengan Kak Aisy memang nampak yang abang ada masalah dengan Kak Aisy." kata Aira. Sudah lama dia perasan, sejak kenduri di rumahnya dulu lagi.

"Tak ada apa la. Perasaan Aira ja tu. Abang memang kenal Aisy. Tapi just sebagai kawan biasa ja." bohong Luth.

"Kenapa susah sangat Abang Ian nak bagitau Aira. Trust me, Aira nak tahu ja. Aira takkan persoalkan apa-apa pun lepas abang cerita." desak Aira.

"Masalahnya tak ada apa yang abang boleh ceritakan, Aira." Luth masih berlembut. Dia tidak mahu marah pada Aira walaupun dia sejenis yang tidak suka didesak.

"Abang tak payah tipu Aira la. Walaupun Aira ni tak pernah bercinta, Aira tahu tau macam mana orang bercinta and Aira dapat rasa abang pernah ada hubungan istimewa dengan Kak Aisy dulu."

"Aira tak pernah bercinta? Habis tu Faid?" soal Luth keliru. Jika Aira tidak pernah bercinta, habis siapa Faid?

Aira menelan air luarnya. Tersalah cakap pula. "Itu abang tak perlu tahu. Sekarang ni Aira tanya abang, siapa Kak Aisy pada abang?"

"Dia bukan sesiapa pada abang."

"Abang Ian, please." rayu Aira.

"Aira enough, berapa banyak kali abang kena bagi tau? Kenapa susah sangat Aira nak faham!" Luth mula berkeras.

"Penipu!" jerit Aira.

"Aira! Apa yang Aira nak sebenarnya. Sudah, kalau Aira tak ada apa lagi nak cakap, Aira boleh keluar sekarang. Abang banyak kerja ni." marah Luth lalu terus berpaling dari melihat muka Aira. Kesabarannya sudah menipis. Begang apabila Aira menggelarnya penipu.

Aira ingin menangis. Aira memang seorang yang degil kadang kala, tapi hatinya sangat lembut. Tambahan pula dia jarang dimarahi begitu oleh sesiapa pun. Air mata yang ingin jatuh ditahan.

"I'm sorry." usai saja Aira memohon maaf, dia terus melangkah keluar dari bilik Luth. Kali ini, dia betul-betul terasa hati dengan Luth.

Luth mengangkat muka apabila bayang Aira hilang dari biliknya. Dia menghembuskan nafas berat. Dia tiada niat untuk memarahi Aira. Dia takut Aira akan fikir bukan-bukan jika dia menceritakan perkara sebenar. Selepas ini, dia akan kerap berjumpa dengan Aisy atas urusan kerja, pasti Aira akan salah faham dan mereka akan bergaduh. Dia ingin menjaga hati Aira. Dia sedar cintanya untuk Aira masih belum berputik, tapi dia akan cuba mencintai Aira.

"Amy, cancelkan appointment saya dengan Malik Holdings." arah Luth kepada Amy melalui interkom.

"Tapi bos.."

"Just cancel it." kata Luth apabila Amy cuba membantah. Dia tahu, tidak sepatutnya dia buat begitu. Tapi dia risau rajuk Aira akan berpanjangan.

"Baik bos."

Luth meneruskan kerjanya yang tertangguh. Dia bercadang untuk keluar makan bersama Aira tengah hari nanti. Biarlah Aira mengamuk sekali pun, dia akan hadap. Entah kenapa, dia tidak boleh berkeras dengan Aira. Dia tidak tenang selagi tidak memujuk Aira. Marahnya pada Aira juga selalunya tidak bertahan lama. Mungkin itu permulaan yang baik sebelum mereka bergelar suami isteri.

Seketika kemudian, telefon Luth berdering. Melihat nama pemanggil itu ialah Aisy Zulaikha, Luth terus mengeluh malas. Namun diangkat jika kerana dia yakin Aisy ingin bercakap soal kerja.

"En. Luth Arriyan, apa masalah you? Boleh tak tolak ansur sikit? I nak jumpa you soal kerja la."

"Yes, I know about work. Tapi I ada hal lain lunch nanti. Don't worry, I akan suruh Amy buat appointment baru dengan you." balas Luth. Malas mahu bertekak.

"You fikir busy you ja kan. Dari semalam I tunggu nak bincang dengan you pasal ni tau. Kerja I tertangguh sebab nak tunggu approvel dari you tahu tak?"

Suara Aisy kedengan sedikit marah di corong telefon.

"Macam ni la, kalau penting sangat, you email je benda tu pada I. Settle masalah kan?"

"But I need to see you."

"Then tunggu la next appointment. Dah la, i have to go." kata Luth lalu terus mematikan panggilan.

Luth yang sudah menghadap laptop kembali terganggu apabila ada bunyi di telefonnya yang menandakan ada pesanan baru. Luth membuka aplikasi Whatsapp lalu membaca pesanan tersebut.

Aisy Zulaikha : I don't care. I nak settle kerja I hari ini juga. Lagi ten minute I sampai office you.

Luth yang membaca itu menumbuk meja geram. Dia sudah penat berdebat lalu terus membuka fail projek di Krabi sementara menunggu Aisy sampai.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience