Chapter 3

Romance Series 11726

Setahun telah berlalu. Setahun dari peristiwa yang menyakitkan itu. Kini Luth telah berjaya menghabiskan kuliahnya dengan cemerlang sekali. Dia lebih matang kini. Dia juga hampir berjaya melenyapkan nama Aisy Zulaikha daripada ingatannya.

"Luth, termenung apa tu sayang ?" tanya Datin Hani lembut.

Risau hatinya apabila Luth termenung jauh di tingkap rumah.

"Eh umi, takde apalah. Luth saja ja nak relax relax. Esok dah start kerja." balas Luth lalu menghadiahkan senyuman manisnya kepada Datin Hani.

"Oh kalau macam tu takpe la. Erm, Luth dah ready?" soalan uminya itu lantas membuatkan hatinya gementar kembali.

"Luth tak yakin la umi. Luth dah cakap dengan baba yang Luth nak mula dari bawah. Nak belajar slow slow. Tapi baba tetap nak Luth terus ambil alih jawatan COO tu. Peningla umi." Luth cuba mengadu nasib kepada uminya.

"Luth Arriyyan, baba bagi Luth jawatan tu sebab dia tau dan dia yakin dengan Luth. Jadi tugas Luth sekarang ni adalah untuk buktikan yang baba tak salah buat keputusan. Lagipun Luth tu bukannya baru habis diploma. Dah ada ijazah kelas tinggi kan. Dah bertahun Luth belajar bisness dekat uni. Umur Luth tu pun bukannya muda lagi. Dah layak sangat dengan jawatan tu. Siapa lagi yang baba nak harapkan." pujuk Datin Hani lembut.

"Hah itula umi, dulu masa muda taknak bagi Luth adik ramai ramai. Kalau tak takdelah baba nak harapkan Luth sorang. " ujarnya dengan muka nakal.

"Hish dia ni umi ingatkan dah hilang perangai budak budak tu. Ada lagi eh. Nak menyakat oramg ja kerja. Umi cubit nanti tahulah. " ujar Datin Hani geram.

Dua beranak itu ketawa bersama dan terhenti apabila terdengar bunyi hon kereta di luar rumah.

"Siapa tu umi" tanya Luth hairan.

"Itulah umi pun taktau, jom kita pergi tengok." ajak Datin Hani.

Mereka berjalan beriringan ke luar rumah dan Datin Hani tersenyum apabila melihat kereta yang terletak elok di hadapan rumah mereka.

"Lah Aira. Ada apa datang ni. Baba mana ?" soal Datin Hani sambil menyambut huluran salam daripada gadis tersebut.

Luth pelik apabila uminya mencium dahi gadis tersebut. Kelihatan seperti mereka berdua amat rapat.

"Dato' pergi melawat site area sini. Dia tak kasi Aira ikut, Dato' suruh Aira datang sini hantar barang Dato'. Lepas habis melawat site tu Dato' terus balik." Terang gadis itu panjang lebar.

"Oh, kalau macam tu jom la masuk dulu. Umi ada masak lunch. Kita makan sekali eh." ajak Datin Hani.

Dia memang membahasakan dirinya umi dengan orang yang dia selesa. Contohnya Aira Zulaikha. Dia sangat selesa dengan gadis tersebut. Walaupun baru dua bulan Aira bekerja dengan suaminya, namun sikap Aira yang jujur, rajin dan sentiasa ceria itu berjaya membuatnya sayang kepada gadis comel itu.

" Eh takpelah Datin. Aira datang nak hantar barang je. Aira dah janji dengan officemate Aira. Nanti tak pasal Aira kena tembak dengan diaorang." ujar Aira dengan ayat tiga sukunya.

Tersenyum Datin Hani dengan kerenahnya.

"Aira ni, asyik datin datin datin. Kan umi cakap panggil Umi. Umi sayang Aira tau." ujar Datin Hani sedikit berjauh hati.

"Alah alah uuummmiiii kesayangan Aira merajuk pulak. Apa nak buat ni hah. Erm umi tunggu kejap Aira pergi beli coklat." Dia berpura pura untuk melangkah pergi namun dihalang Datin Hani.

"Haih tak payah. Umi ni bukannya budak budak nak dipujuk dengan coklat. Kalau Luth iya. Kalau dia merajuk Aira pujuk je dia dengan coklat. Mesti terus baik." ujar Datin Hani sambil memandang anaknya yang langsung tidak berkata apa dari tadi.

" Eh umi ni. Mana ada Luth suka coklat. Sorry umi Luth nak tanya. Siapa budak ni. Tak pernah nampak pun. Suka hati ja buat umi Luth ni macam umi dia." tanya Luth tidak puas hati. Baru Datin Hani hendak menjawab Aira memintas.

" Hai assalamualaikum. First nama saya Aira Zulaikha binti Zahil. Second, saya ni setiausaha Dato' Luqman merangkap pekerja kesayangan beliau. Third, memang Encik Ian tak pernah jumpa saya sebab saya bekerja di pejabat. Kalau saya datang sini pun saya kita tak pernah terserempak. Dan pada pengetahuan saya encik Ian memang tak suka menempek di pejabat kan. Sebab tu tak pernah jumpa saya yang cun ni. And last answer, umi encik Ian yang suruh saya anggap dirinya sebagai umi saya sendiri. Jadi Encik Ian tidak berhak sama sekali untuk mempersoalkan perkara ini." terang Aira panjang lebar dengan membuat gaya seperti peguam bela di makhamah.

Jujur Luth sedang menahan gelak. Dia tidak tahan dengan perlakuan comel wanita di hadapannya ini. Tapi ada perkara yang menggetarkan hatinya. Gadis dihadapannya ini seolah olah jelmaan Aisy Zulaikha. Namanya Aira Zulaikha dan Aira memanggilnya Ian. Panggilan Aisy kepadanya. Namun personaliti Aira dan Aisy amat berbeza. Aisy seorang yang lembut dan sopan bila berbicara. Sentiasa serius dengan sesuatu perkara. Tetapi Aira perempuan yang baru dia temui ini seperti seorang yang ceria, nakal dan gila gila. Hatinya terjentik sedikit rasa suka namun cepat dia menepis perasaan itu. Dia telah bertekad untuk tidak jatuh hati kepada sesiapa sahaja yang baru dikenalinya.

"Siapa suruh awak panggil saya Ian. Saya Luth. Saya tak suka nama panggilan tu faham ?." Jujur Luth berkata.

Dia tidak mahu mendengar sebarang perkataan yang boleh mengingatkan dia kepada Aisy Zulaikha.

"Sorry Encik Ian. Ini mulut saya. Suka hati saya lah. Dah memang Ian tu ada dalam nama panjang encik kan. Kalau takda sapa yang panggil, penat jela umi dan baba encik Ian letak nama Arriyan tu. Bazir dakwat pen ja. Kalau Encik Ian taknak saya panggil Ian, Encik Ian pergi tukar nama encik Ian dekat IC, baru saya panggil Luth." kata Aira dengan penuh selamba.

Tidak takut langsung dia dengan anak bosnya itu. Datin Hani yang mendengar perbualan mereka itu hanya tersenyum. Faham benar dengan gelagat Aira. Aira ada persamaan dengan anaknya Luth. Keras kepala. Kalau nak itu, itulah. Takda siapa boleh ubah.

"Seriously I ni anak bos you tau. Berani you nak lawan I. I boleh suruh baba I pecat you tau." Marah Ian.

Nampaknya baran Luth Arriyan yang dulu masih ada.

"Eleh encik Ian ingat saya takut. Try la suruh. Werk." Kata Aira sambil menjelirkan lidahnya kepada Luth Arriyan.

Belum sempat Luth membalas uminya memintas.

"Luth kenapa ni. Luth cakap nak buang perangai lama kan. Kenapa bergaduh pulak ni. Taknak la macam ni. Aira ni anak best friend baba dan umi. Diaorang baru balik dari overseas. Dah lama kami tak jumpa diaorang. Luth tak ingat ka Uncle Zahil dan Aunty Diya. Dulu Luth manja tau dengan diaorang. Tak silap umi masa umur Luth tiga tahun diaorang berhijrah ke US. Aira ni pun lahir dekat sana. Sekarang Uncle Zahil dah pencen daripada kerja dengan kedutaan. Dah balik menetap dekat sini." Terang Datin Hani panjang lebar.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience