Chapter 21

Romance Series 11726

"Luth !"

Luth nak sedang menghirup minuman kopi kegemarannya itu tersentak. Dia berpaling mencari punca suara yang tidak disenanginya itu. Dahinya berkerut melihat Aisy bersama seorang wanita yang tidak dikenalinya itu.

"Ada apa, you nak apa and siapa ni?" soal Luth dingin.

"Sofea. Dia yang post gambar kita dekat public tu. Dia datang nak minta maaf dengan you and gambar tu pun dah didelete." jawab Aisy terus.

Dia terpaksa tebalkan muka menarik kerusi untuk duduk di kerusi yang bertentangan dengan Luth kerana lelaki itu langsung tidak mempelawanya duduk. Jangankan mempelawa, memandang ke arahnya juga tidak. Benci sungguh lelaki itu terhadapnya.

Luth terus mengangkat muka apabila mendengar perkara itu. Dengan pandangan mata yang tajam, dia terus menunding jari tepat ke arah muka wanita yang bernama Sofea itu.

"You know what, you dah betul-betul menyusahkan hidup I harini?! I tak kesah you siapa, artis ka, model ka, cleaner ka but one thing I nak nasihatkan you, jangan suka-suka share gambar orang dekat public!"

"Sa..sa..saya tau salah saya. Saya betul-betul minta maaf. Saya ingat En Luth masih together dengan Kak Aisy. " tergagap-gagap Sofea membalas. Dia masih menundukkan wajah, tidak berani memandang wajah bengis Luth. Patutla Kak Aisy kalut mencarinya tadi, rupanya ada gunung berapi yang nak meletup.

Sofea yang sedang mengemas bajunya terhenti daripada aktivitiny apabila telefonnya berdering.

"Kak Aisy?" hatinya berbunga kerana sangkanya Aisy masih mahu berbaik dan berkawan dengannya.

"Hello akak!" ceria suaranya.

"Sofea what you have done?"

"Eh akak, kenapa ni?" terus berubah raut wajah Sofea.

"Kenapa Sofea post gambar akak dengan lelaki tu dalam Instagram. Sofea tau tak dia dah mengamuk tu."

"Akak...sorry. Tapi Sofea ingat lagi, itukan boyfriend akak. Sofea ingat akak dengan lelaki tu tak kisah."

"Kami dah putus, sekarang akak nak Sofea delete post tu. And lepas ni ikut akak jumpa dia minta maaf. Baik Sofea delete cepat sebelum Izz pun dapat tau. Lagi susah Sofea nak baik dengan dia nanti."

"Baik akak, Sofea delete sekarang. Kat mana Sofea nak jumpa akak ni."

"Loby Indah Resort. Sofea stay sini jugak kan?" tanya Aisy. Tidak silap dia ada nampak Sofea waktu sampai tadi.

"Iya akak."

Talian ditamatkan.

Sofea rasa bersalah sekarang.

"You dengar tak apa I cakap?!"

"Hah apa, maaf I tak dengar." tersedar terus Sofea dari khayalannya.

"Haish, I cakap kalini I maafkan you. Lepas ni kalau jadi lagi jangan harap I akan lepaskan you!"

"Baik-baik. Saya janji benda ni tak akan jadi lagi. Terima kasih sangat-sangat." kata Sofea jujur.

"Dah you all boleh pergi since I yang duduk sini dulu. I nak sorang-sorang dekat sini." kata Luth tanpa memandang langsung ke arah dua wanita di hadapannya.

_____

"Mummy..." panggil Aira

"Mummy..." panggil Aira lagi apabila Puan Dhia tidak menyahut. Puan Dhia hanya berdehem tanpa memandang anak manjanya itu kerana sedang sibuk memasak makan malam untuk mereka sekeluarga.

"Ish mummy ni dah tak sayang Aira la." rajuk Aira.

"Ya Allah sayangku Aira Zulaika binti Zahil. Awak nak apa sebenarnya ni, kenapa?" Puan Dhia mula menumpukan perhatian kepada anak gadisnya itu. Kalau tak dilayan mahu sampai ke KL rajuknya itu.

Aira tersengih, saja dia mahukan perhatian dari ibunya.

"Mummy, bila kita nak balik Malaysia?"

"Anak mummy ni dah kenapa, kita duduk sini tak sampai seminggu lagi tau."

"Alah Aira tanya ja mummy, salah ke hm." kembali menarik muncungnya.

"Esok majlis habis belajar Faid, lusa daddy nak settlekan post barang Faid ke Malaysia, so tulat kita balik lah. Mummy rasa daddy dah bagitau kan sebelum ni, takkan tak ingat."

"Ya erk? Hehe Aira lupa la kot."

"Mananya nak ingat kalau kepala tu asyik ingatkan tunang dia jaa. Mummy suruh call taknak. Ego macam tu la."

"Mula dah mummy ni. Orang tanya sebab orang dah boring menghadap muka anak kesayangan mummy ni." kata Aira sambil menjeling ke arah adiknya yang baru sahaja keluar dari bilik.

"Kau dah kenapa kak?" jeling Faid semula.

"Kau tau tak dik, sampai sekarang aku tak percaya yang kau ni dah jadi doctor. Pada aku kau tu berhingus lagi tau." Aira mula mengusik.

"Ada ka muka macam oppa Korea ni kau cakap berhingus, kau tau tak, walaupun aku ni orang Malaysia, tapi semua student perempuan kat sini crush kat aku tau." ujar Faid dengan bangganya.

"Aku rasa kadar kematian dekat Malaysia nanti akan meningkat. Kau tau kenapa?"

Faid mengangkat kening

"Sebab semua doctor-doctor lepasan uni dekat sini buta. Ada ka muka pecah rumah macam kau diorang jadikan crush." kutuk Aira selamba.

"Uish kau punya mulut. Ingat kau cantik sangat ke?!"

"Ada ke aku cakap aku cantik. Tapi kalau kau dah cakap macam tu, aku kena perasan sikit la yang aku ni lawa." kata Aira sambil mengelip-ngelipkan matanya.

"Haih kenapala aku ada kakak yang annoying sangat." Faid sudah memicit kepala.

"Dik..,"

"Apa lagi dia ni."

"Kau dah apa makwe?"

"Kenapa kau nak tau."

"Iyalah, kalau ada aku kena interview dulu perempuan tu. Ingat senang ke akak kau ni nak benarkan perempuan lain masuk dalam family dia."

"Kalau macam tu, memang tak la aku nak bagitau apa-apa dekat kau."

"Oi mana boleh macam tu."

"Boleh laa, tengok macam bakal husband kau. Ada aku amik tau ke?"

"Tu sebab kau tak sayang aku, kau tak kesah pun sapa jadi abang ipar kau. Samseng ka, penyamun ka kau buat tak endah ja kan."

"Memang pun.." kata lelaki itu selamba lalu terus melarikan diri.

"Mummyyy tengok la dia tuu, dia tak sayang Aira." adu Aira.

Puan Dhia hanya diam sambil menggeleng kepala. Sudah masak dengan perangai anak-anaknya yang suka menyakat antara satu sama lain.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience