Chapter 18

Romance Series 11726

"Hye beautiful. I think kita pernah jumpa sebelum ni, dekat pejabat Luth. You ingat I tak?"

Akif mengambil tempat di sebelah Luth. Matanya tidak lepas memandang Aira.

"Yeke, sorry I tak ingat." kata Aira jujur.

"No, it's okay. By the way, I'm Akif Danial sepupu your boss." kata Akif sambil menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan Aira.

"I'm Aira, favourite staff your cousin." kata Aira sambil menyambut huluran tangan Akif. Dia juga melirikkan pandangan pada Luth. Melihat Luth membuat muka menyampah, Aira terus tergelak kecil.

Lama Akif mengengam tangan Aira sambil ralit menatap wajah Aira. Aira juga kelihatan cuba menarik tangannya namun gagal. Luth yang perasan keadaan itu terus bersuara.

"Ehem, tak nak lepas ke tangan tu."

"Owh sorry-sorry. Lembut sangat tangan you, sayang nak lepas."

Aira sudah buat muka. Geli dia mendengar. Dia dapat rasakan yang lelaki depannya ini seorang kasanova. Sungguh dia benci sejenis lelaki sebegini.

"Ni kenapa tiba-tiba muncul sini?" soal Luth kepada Akif.

"Aku ada lunch meeting tadi area sini, lepas tu aku ternampak kau dalam cafe ni, tu yang aku tegur. Tak sangka rezeki aku dapat jumpa Cik Aira yang cun ni." ayat terakhir itu hanya dibisikkan di telinga Luth.

Luth sudah tak senang duduk. Dia takut Akif akan cuba takle Aira. Yela dia tahu sangat perangai Akif, pantang nampak perempuan cantik.

"Both of you sembang la dulu eh, Aira nak ke ladies jap." pamit Aira. Gerun dia dengan sepupu bakal suaminya itu.

"Kalau nak ngorat aku pun tak payah la tunjuk sangat." omel Aira dalam hati.

Aira bangun dan mencapai tas tangannya. Dia mengatur langkah menuju ke toilet, tapi entah bagaimana dia tersepak kaki meja. Aira yang hendak tersadung itu sempat disambut oleh Akif.

"Are you okay?" tanya Akif bimbang.

"I'm okay, thank you." kata Aira sambil melepaskan tubuhnya daripada pegangan Akif. Dia terus menuju ke toilet tanpa memandang kiri atau kanan kerana malu dengan incident tersebut.

Luth yang sedari tadi memerhati sudah tidak terkata apa. Cemburu? Ada la sikit. Dia sendiri belum pernah memegang Aira seperti yang Akif lakukan. Ingin saja dia beritahu Akif tentang hubungannya dengan Aira.

"So, lepas ni kau pergi mana?" tanya Akif memecahkan kesunyian.

"Balik office la, kenapa?" tanya Luth bingung.

"Kau balik sorang la, aku nak pinjam staff kau kejap, boleh?" Akif mencuba nasib.

Luth ketawa sebelum menjawab pertanyaan Luth.

"Apa kau ni, memang tak boleh la jawapannya. Lepas ni kan waktu kerja."

"Alah."

"Eee, kau tak payah mengada sangat."

"Fine, eh ni kau keluar makan berdua dengan dia kenapa?" baru dia perasan. Kenapa Luth tak ajak orang lain untuk lunch bersama, kenapa mesti Aira?

"Suka hati aku la." kata Luth bersahaja.

"Akif, aku just nak bagitau kau yang Aira tu dah tunang. So aku tak nak kau simpan perasaan dekat dia. Aku taknak sepupu aku ni frust nanti. Yela orang tak pernah kena reject kan." sambung Luth lagi.

Dia ingin mengambil jalan selamat. Jika tidak dikenangkan janji yang telah dia dan Aira setuju itu, sudah lama Luth memberitahu bahawa Aira adalah tunangnya.

Dia teringat kembali janji yang dia sendiri cipta sewaktu di hospital dulu sewaktu mereka berdua setuju untuk meneruskan pernikahan dan menerima antara satu sama lain.

"Aira, if you don't mind, boleh tak kita rahsiakan dulu pertunanagan kita ni daripada orang lain? Biar orang tahu waktu kita kasi kad jemputan ja." tanya Luth lembut.

"Aira okay ja, tapi boleh tak Aira nak tahu kenapa?" tanya Aira sangsi. Padanya lebih baik mereka hebahkan daripada menimbulkan fitnah di antara orang lain.

"I minta maaf, tapi I sendiri tak ada jawapan untuk soalan tu. Tapi antara sebabnya mungkin kerana I'm not ready yet." kata Luth lemah. Jujurnya dia masih tidak percaya bahawa dia bakal berkahwin dengan orang yang baru sangat dia kenali.

"Owh." jawab Aira pendek.

"Aira, don't get me wrong. I bukannya tak boleh terima you sebagai tunang I, I just.."

Kata-kata Luth dipintas Aira

"It's okay abang Ian. Aira tak kisah. Tak payah nak rasa serba salah."

"Betul Aira okay?" tanya Luth meminta kepastian. Dia tahu, dia bersikap pentingkan diri. Dia sendiri tak tahu apa sebab dia ingin merahsiakan hubungan mereka. Tapi itu perkara yang dia inginkan.

"Iyaa. Hai, Aira tak sangka pulak Abang Ian ni sejenis yang prihatin dengan perasaan orang lain. Sebab selalunya Aira tengok Abang Ian ni tak kisah pasal orang lain, kira abang ja betul." kata Aira sambil tertawa kecil.

Luth merenung Aira geram. Aira memang tidak mengenalinya dengan lebih mendalam lagi. Iyalah, mereka juga baru berkenalan. Luth memang seorang yang prihatin dengan orang lain. Terutama perasaan ahli keluarganya. Dan disebabkan sikap itulah dia setuju untuk berkahwin dengan Aira. Semua yang dia lakukan hanya untuk memastikan hati orang tuanya tidak terluka. Tetapi, sifat itu sedikit tenggelam kerana kecewa dengan cinta pertamanya.

"Hey, suka hati aje kan. Abang memang caring tau. Aira ja tak tahu." kata Luth sambil memeluk tubuh. Mata dijelingkan pada Aira.

"Ha yala-yala. Aira malas nak bertekak dengan abang sekarang ni walaupun Aira ada banyak benda nak debat dengan Abang Ian. So, kali ni Aira kasi Abang Ian menang."

Luth sudah tersengih. Luth tidak jadi meneruskan apabila seorang nurse datang menghampiri mereka. Mereka berdua terus menuju ke wad Tuan Zahil setelah nurse memberitahu bahawa daddy Aira telah selesai dipindahkan.

"Seriously Luth. Aku bercakap sorang ke dari tadi. Luth!" panggilan terakhir Akif disertakan dengan ketukan meja sekali. Dia sudah gelisah ingin mengetahui mengenai Aira, Luth boleh termenung pula.

"Apa!" tanya Luth pura-pura marah. Ingin menutup malunya kerana berkhayal.

"Eh kau marah aku pulak. Kau yang tak dengar. Dah nak masuk sepuluh kali tau aku panggil kau." balas Akif.

"Iyalah sorry. Ha kau tanya apa tadi." alah Luth. Sudah malas mahu bertekak.

"Aku tanya betul ke Aira dah tunang? Mana kau tahu?" tanya Akif terus.

"Betul la, dia sendiri bagitau aku." kata Luth yakin. Tidak mahu menimbulkan perasaan sangsi pada Akif.

"Kau tahu dengan siapa?"

"Kalau aku tahu pun, apa kaitan dengan kau? Kenapa kau nak tahu sangat ni?"

"Takdelah, aku nak tengok apa lebihnya mamat tu. Mana tahu, aku ni lagi helok dari tunang dia. Boleh la aku try." kata Akif selamber. Itu memang sifatnya, jika itu yang dia mahukan, itulah yang dia akan kejarkan.

"Dah la Akif, cari la perempuan lain. Dia tu tunang orang." usul Luth. Sungguh, dia agak takut jika Akif akan merampas Aira daripadanya.

Luth ada terfikir, apakah reaksi Akif jika dia tahu bahawa sepupunya ini adalah tunang Aira. Adakah Akif boleh terima? Adakah hubungan baik mereka akan terjejas? Perlukah dia berterus terang dari awal?

"Alah kau ni, baru tunang. Sedangkan orang yang dah kahwin pun boleh bercerai, inikan pulak baru bertunang. Kau tak payah la risau sangat. Staff kau ka kot." kata Akif yang kedengaran agak tekad.

"Serius lah Akif. Kau baru dua kali jumpa dia, takkan kau dah jatuh cinta dengan dia sampai macam tu sekali. Ini bukan drama melayu lah Akif, cinta pandang pertama kononnya."

"Kali ni aku tak main-main, biarlah nampak macam klise ka, drama ka, teater ke, hati aku dah bagi isyarat yang Aira adalah orang yang aku cari selama ni." serius Akif meluahkan perasaanya. Jujur hatinya telah jatuh suka pada Aira. Kenapa? Dia sendiri tak tahu.

"Hebat hati kau kan? Baru dua kali jumpa dah boleh detect pemiliknya." kata Luth cuba berjenaka, dalam masa yang sama ingin menutup kegusaran hatinya.

"Kau cakap ajelah apa-apa Luth. Aku tetap nak dia. Dan the important thing is kau kena tolong aku." Akif sudah menyuarakan hasratnya. Dia ingin Luth merapatkan dirinya dengan Aira.

"Akif, aku taknak kau jadi perosak hubungan orang. Ramai lagi orang yang nak dekat kau kat luar sana. Jangan cari pasal la Akif." nasihat Luth. Dia tak tahu untuk bercakap apa lagi.

"Kenapa kau nak sangat aku berhenti harapkan Aira eh? Kau ada apa-apa dengan dia ka?" Akif mula sangsi.

Tapi jauh di sudut hati, dia yakin bahawa Luth belum boleh terima perempuan lain. Jadi mustahil untuk Luth mempunyai hubungan dengan Aira. Dia tahu, cinta Luth untuk Aisy masih ada kerana dia tahu betapa dalamnya cinta Luth untuk Aisy. Dia kenal sepupunya itu.

"Ish kesitu pulak kau, aku ambik berat pasal Aira sebab dia anak angkat umi baba aku." hanya itu yang mampu Luth katakan. Tidak berani untuk bercakap lebih-lebih.

"Wow, kalau dia anak angkat paklong and maklong, lagi senanglah kerja aku." Akif sudah tersengih senang. Dia sudah bercadang untuk meminta bantu umi dan baba Luth untuk dapatkan Aira. Entah kenapa, dia tetap inginkan Aira.

"Akiff," Luth sudah hilang kata.

"Kenapa kau ni, kenapa kau nak sangat halang aku ni?" Akif mula berasa geram dia reaksi Luth.

"Okay macam ni, kau cuba bayangkan yang tunang Aira tu aku. Sanggup tak kau nak rosakkan hubungan sepupu kau sendiri?" kata Luth cuba memancing reaksi Akif.

"Kau buat lawak ka? Tak mungkin la kau tunang dia, aku tahu siapa yang kau cinta. Kau takkan boleh terima orang lain. Orang lain kau boleh tipu, tapi bukan aku." kata Akif dengan sedikit ketawa.

"Aku tak cakap aku tunang dia, tapi aku suruh kau bayangkan kalau aku jadi tunang Aira, sanggup ke kau kacau hubungan kami? Yang kau melalut ke topik lain dah kenapa?" kata Luth sedikit marah.

"Ish kau ni, yela. Okay kalau kau tu tunang Aira mestilah aku tak kacau. Aku nak tengok sepupu aku bahagia." kata Akif sedikit teragak-agak.

Separuh daripada hatinya berkata yang dia takkan biarkan Aira bersama Luth jika betul Luth adalah tunang Aira. Dia tidak mahu Aira terluka kerana dia pasti Luth tidak dapat mencintai Aira sepertimana Luth mencintai Aisy. Dia takkan biarkan Luth melukakan hati Aira.

Luth yang mendengar kata-kata Akif sudah sedikit lega. Paling tidak pun dia tahu yang Akif tidak akan bermasam muka dengannya apabila dia berkahwin dengan Aira nanti.

"Tapi kenapa kau tanya aku soalan tu, kau bukannya tunang Aira pun. So apa kaitannya?" sambung Akif.

"Aku nak sedarkan kau je. Apa perasaan kau kalau kau tahu ada orang cuba rosakkan hubungan aku dengan tunang aku?" tanya Luth lagi.

"Mesti la aku marah. Kau kan family aku."

"So sama jugak dengan situasi kau sekarang ni. Kalau kau taknak aku terluka, aku pun taknak tunang Aira tu terluka. Walau siapa pun dia, kita tetap kena ada ihsan terhadap perasaan orang lain."

Akit hanya diam mendengar.

"Kalau betul jodoh Aira bukan dengan orang tu, one day mereka akan berpisah jugak. Tapi itu biarlah antara dia dengan tunang dia. Aku taknak kau jadi penyebab. Aku taknak orang pandang buruk dekat kau sebab cuba nak rosakkan hubungan orang lain."

"Habis, aku nak biarkan je perasaan aku ni. Tu maksud kau."

"Kau jangan salah faham, aku nak sangat tengok kau bahagia, tapi bukan bahagia atas derita orang lain."

"Hm." hanya itu balasan Akif. Dia masih cuba menghadam kata-kata Luth.

"Kalau betul jodoh kau dengan Aira, buatlah macam mana pun, dia akan balik pada kau. Mungkin juga jodoh kau dengan orang lain. Orang yang lagi baik pada Aira."

"Tapi bukan ka kalau kita betul- betul jatuh cinta, kita kena fight untuk dapatkan dia."

"Entahla Akif, terpulang pada kau. Aku dah tak tahu macam mana nak nasihatkan kau. Cuma pesan aku, bahagia atas derita orang lain takkan kekal lama." kata Luth sudah mengalah.

"Hai, bincang apa yang serius sangat ni." tegur Aira yang baru pulang dari toilet.

Petanyaan Aira tidak diendahkan oleh Luth dan Akif. Dia pandang Luth, muka Luth seperti sudah diskru dengan skru 5 inci. Dia pandang Akif, jejaka iti hanya tersenyum melihatnya.

"Okayla Akif, aku balik office dulu. Next time kita jumpa lagi." kata Luth sambil berjabat tangan dengan Akif.

"Okay, jumpa nanti." balas Akif.

"Aku minta maaf kalau apa yang aku cakap tadi buat kau terasa." pohon Luth ikhlas.

"Takde apalah. Apa yang kau cakap tu ada betulnya. Balik ni aku hadam betul-betul apa yang kau cakap tadi." kata Akif sambil tersenyum. Dia tidak mahu perkara itu menjejaskan persahabatannya dengan Luth.

Aira yang mendengar hanya diam. Ingat hari raya ke apa dok bermaaf-maafan. Seloroh Aira dalam hati.

"Jom Aira." panggil Luth.

Sempat Aira melambai ke arah Akif sebelum mengikut langkah Luth keluar daripada cafe itu.

Masuk saja dalam kereta, Aira terus menyoal Luth.

"Kenapa tadi tu? Serius ja."

"Tak ada apalah. Hal lelaki. Sibuk ja nak tahu." balas Luth dingin.

"Mesti ada apa-apa ni. Tiba-tiba pulak nak angin dengan Aira." kata Aira sedikit marah. Tak pasal pula dia yang kena marah.

"Sorry, abang tak marah Aira pun. Tak ada apa pun tadi." pinta Luth. Rasa bersalah pula dia kerana bersikap dingin dengan Aira.

"Hm tak apa. Aira faham mood abang kan selalu tak betul." kata Aira bersahaja.

"Eh-eh, suka hati ja cakap kan. Pukul nanti." gurau Luth.

"Ha pukul lah, Aira bagitau umi." ugut Aira.

"Haisy orang main-main jela."

"Tau takut, itulah cakap lagi macam tu. Baru tunang dah nak pukul, kahwin nanti entah apa la jadi dekat Aira. Mesti habis lebam badan dengan muka cun Aira ni." kata Aira. Sengaja ingin mengusik Luth. Dia tahu, Luth tidak akan berperangai begitu.

"Ish apa Aira ni. Abang takkan buat macam tu la dekat Aira. Habis kuat abang jentik telinga ja kalau abang geram sangat." balas Luth.

Aira sudah tertawa mendengar reaksi Luth.

"Abang Ian ni, jangan la serius sangat. Aira gurau ja."

"Jangan cakap macam tu lagi, kalau ada orang dengar macam mana?"

"Sebab Aira tahu tak ada orang dengar la Aira cakap macam tu." balas Aira masih melawan.

Luth sudah mengelengkan kepala. Malas mahu bercakap lagi, jika dia balas juga, mesti Aira akan ada idea lain untuk mengenakannya lagi.

"Erm abang, En. Akif tahu ke kita dua dah bertunang?" tanya Aira tiba-tiba. Iyalah, dia ada terfikir. Jika Akif tahu Aira tunang Luth, takkan Akif boleh selamber saja mengoratnya di depan Luth.

"Dia tak perlu tahu. Kan kita dah setuju nak rahsiakan dulu." kata Luth tanpa memandang Aira. Dia hanya fokus membawa kereta.

"Owh patutla.."

"Patutla apa?" tanya Luth.

"Takda apa." bohong Aira.

"Patutla Akif tu selamba badak ja ngorat aku." kata Aira dalam hati. Dia ada sedikit tercuit. Adakah Luth langsung tidak merasa apa-apa melihat Akif cuba mendekatinya? Tapi lantas dia pujuk hati, dia ingat kembali bahawa perkahwinan mereka hanyalah atas dasar ketaatan kepada orang tua mereka.

Tunggu next chapter next week yaa! Love all, as always:)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience