Chapter 28

Romance Series 11726

"Kak Aira dah lama kenal Abang Luth? tanya Amir memecah sunyi.

Aira telah mendapat kebenaran Luth untuk mengikut Amir memancing selepas mereka minum petang tadi. Walaupun pada awalnya dia keberatan untuk membiarkan Aira berdua sahaja dengan Amir. Luth memilih untuk hanya berehat di rumah kerana kelelahan memandu daripada Kuala Lumpur ke Perak.

"Nak kata lama sangat pun tak. Kejap sangat pun tak. Tapi InshaAllah boleh la untuk kami kenal diri masing-masing serba sikit. Kenapa Amir tanya macam ni?"

"Takda la. Setahu Amir Abang Luth tu dah tak berminat dengan siapa-siapa lepas dia putus dengan Kak Aisy. Akak kenal kan Kak Aisy?"

"Kenal, ex girlfriend Abang Luth kan? Amir tau kenapa diorang putus?" pernyataan Amir membuatkan Aira ingat tahu lebih mengenai hubungan Luth dan Aisy sedangkan sebelum ini dia memang langsung tidak peduli.

Amir sempat melontar jorannya ke dalam sungai sebelum menjawab soalan Aira.

"Sebab apa putus jujur Amir tak tau. Tapi yang Amir tau waktu diorang couple dulu memang diorang sweet habis. Diorang selalu datang sini sebab Kak Aisy tu suka kampung. Abang Luth pun lagi happy la sebab boleh selalu datang sini. Air terjun dekat hujung kampung tu memang port favourite diorang."

Cerita Amir serba sedikit.

"Tapi Amir tak tau banyak la. Yela budak lagi kan waktu tu. Sibuk dengan sekolah tuisyen. Kalau Kak Aira nak tahu lebih better tanya Nek Lang. Kak Aisy rapat dengan Nek Lang." sambung Amir lagi.

"Erm untung Aisy kan, macam mana la eh karakter Abang Luth yang sebenar. Yang dulu." ada nada sayu sedikit lepas dari percakapan Aira.

"Alah akak tak payah fikir banyak la. Kak Aisy tu dulu makwe dia ja. Akak sekarang ni wife dia. Mestilah lagi berlipat ganda sweet abang Luth tu."

"Apa ja yang Abang Luth buat untuk Kak Aisy yang Amir rasa sweet?" Aira cuba untuk mengorek rahsia."

"Eh akak ni soalan, nanti tak pasal cemburu. Pastu gaduh. Kalau Abang Luth tanya siapa punca? Tak pasal ja Amir kena."

"Alah tak ada la. Kak Aira ni open ja tau. Janji Kak Aira tak petik pun nama Amir kalau apa-apa jadi."

Aira mengangkat tangan seperti berikrar.

"Banyak la kak. Pada Amir Abang Luth ambilkan makan untuk awek dia, tunggu awek dia habis makan, pimpin awek dia waktu jalan atas batu dekat air terjun, betulkan tudung Kak Aisy semua tu sweet ja. And Amir as lelaki akan buat macam tu untuk orang yang Amir sayang ja."

"Hm berangan jela Aira Luth nak buat semua tu. Nak dia betulkan tudung kau? Kau tudung pun tak pakai." gumam Aira dalam hati.

"Ha kenapa diam. Ni tak best ni. Tadi kata open."

"Ish Kak Aira okay jela. Kan Kak Aira tengah dengar Amir cerita ni."

"Jom la ubah topik. Boring la topik ni. Erm akak ada adik perempuan tak?" tanya Amir sambil mengangkat sebelah keningnya sambil tersengih.

"Amboi kau punya topik. Takde. Ada adik lelaki ja sorang. Kalau kau ni manusia yang jenis minat kaum sendiri. Boleh la try. Akak nak tengok juga adik akak tu lurus ka tak." sempat juga Aira mengata adiknya Faid.

"Ish toksey, kak Aira jangan macam-macam." marah Amir lalu memercik air sungai ke arah Aira. Aira apa lagi balas balik la. Terhambur ketawa mereka berdua yang kelihatan sangat mesra itu.

Luth yang baru sampai dia situ tidak jadi menghampiri mereka dan hanya melihat dari jauh kemesraan mereka berdua. Jauh di sudut hati, dia rindukan sifat Aira yang nakal dan suka mengusik itu. Dia cemburu dengan sesiapa sahaja yang dapat bergurau dengan Aira seperti itu.

Sebulan sebelum mereka berkahwin dan sehingga kini, Luth perasan yang Aira sudah berubah dengannya. Tidak ada lagi perangai kebudak-budakan yang dipamerkan kepadanya yang sejujurnya sifat itu membuatkan Luth selesa. Dia tahu itu cara untuk Aira menunjukkan hormat kepadanya. Mungkin padanya sifat lembut itu hanya sesuai untuk Aisy Zulaikha.

Dia mengatur langkah pulang untuk sambung rehatnya. Niat untuk menemani Aira dia batalkan.

"Kau baru kahwin Luth. Jangan bandingkan dia dengan sesiapa. Especially Aisy." marah Luth dalam hatinya.

__________

"Nek Lang!!!" laung Aira dari luar rumah. Gembira sungguh dirinya kerana penantian menunggu mata kail disambar ikan berhasil. Ada la beberapa ekor ikan sungai di dalam kantung yang dijinjingnya.

"Tengok ni Aira dapat ikan banyak." laungnya lagi sementelah melihat kelibat Nek Lang di muka pintu.

"Wah pandainya cucu Nek Lang sorang ni memancing." puji Nek Lang lalu mengambil kantung di tangan Aira dan melihat isinya.

"Alah kecoh ja si Aira ni Nek. Bukan dia yang mengail. Tunggu ja yang benarnya. Tu pun dah komplain itu ini. Cakap situ takda ikan lah, Amir tak pandai memancing lah. Dia tak tahu Amir tinggal sini lagi kerap dari Amir tinggal dengan Ibu Ayah kat pekan tu. Dah pro dah kerja-kerja kampung ni."

"Ish diam la Mir, kau tau tak ayat tu ja yang kau ulang dari tadi. Dah naik hafal dah akak ni." balas Aira semula.

"Dah Kak Aira tu tak faham-faham bahasa, Amir ulang la." balas Amir lagi.

"Amir ni tak puas gaduh lagi ka. Kalau bukan sebab akak teman Amir tadi. Silap-silap 20 minit Amir tunggu ikan tak muncul. Terus Amir balik."

"Akak Amir ni mancing sebab hobi. Bukan sebab ikan. Kalau duduk sana dua jam pun Amir tak kisah. Akak juga yang sibuk nak balik. Rindu Nek Lang lah. Rindu abang Luth lah. Padahal bosan kan? Apalah kata suka kampung?!"

"Memang la suka. Tapi akak ni ada tanggungjawab dengan suami. Mana boleh tinggal lama-lama."

"Lah dia pusing ke situ pulak. Akak ni patut jadi lawyer lah."

"Hey lawyer jangan main. Kalau bukan sebab lecturer dia garang time tu, dah lama akak jadi lawyer tau. Takda la akak minta tukar course."

"Huh lemah. Takpa la akak. Jadi lawyer buruk pun jadi lah." masih lagi Amir mahu mengusik.

Nek Lang sudah naik ke atas rumah membawa ikan-ikan untuk dijadikan lauk untuk makan malam. Letih dia mendengar dua ketul itu berdebat.

"Ish Amir ni kan! Nampak tak penumbuk akak ni." marah Aira sambil mengangkat penumbuknya.

"Besar ni ja, eleh meh sini tumbuk dekat sini." kata Amir sambil menarik gengam Aira itu lalu diletakkan di pipinya.

"Amir!" Luth yang sedari tadi hanya memerhati mereka bertingkah lantas terus bersuara melihat Amir memegang tangan isterinya.

"Lepas tangan Kak Aira tu. Hormat sikit. Nak bercakap pakai mulut." sambungnya yang sudah ada dia bawah rumah.

"Ala relax la abang. Dulu abang selalu juga pegang tangan Kak Aisy. Bukan muhrim juga tu kan." sengaja Amir membakar hati Luth. Sengaja ingin menduga hati abang sepupunya itu.

"Kau cakap apa ni Amir."

"Takda apa-apa. Abang Luth faham kan Amir cakap apa." balas Amir dengan tersenyum sinis.

"Amir!" Luth yang sudah tercabar semakin mendekat.

"Amir, sikit-sikit sudahlah gurau tu. Abang Luth bad mood ni. Takda masa nak layan kau punya lawak." ujar Aira yang ingin meredakan keadaan. Tidak mengambil serius kata-kata Amir.

"Itulah Kak Aira. Abang ni sejak-sejak putus cinta dulu. Serius kemain. Nak gurau pun sudah. Harap kak Aira sabar la ye. Amir naik dulu. Esok pagi kita round sawah padi." kata Amir yang hanya memandang wajah Aira itu.

Aira hanya membalas dengan menunjukkan isyarat okay.

"Abang sayang Aira ni dah lama bangun. Dah mandi dah. Masam ja Aira tengok." tanya Aira sambil mengikut langkah Luth menuju ke bilik.

Sampai di bilik Luth terus mengunci pintu lalu duduk di hujung katil.

"Abang Aira tanya ni kan." Tanya Aira lembut sambil menyentuh bahu Luth.

"Esok nak pergi mana-mana tunggu abang. Abang bawa. Tak elok orang kampung tengok Aira berdua ja dengan Amir. Sini kampung, orang selalu nilai perbuatan kita. Tak sama macam bandar. Nak bertepuk tampar dengan lelaki bukan muhrim pun orang tak kisah." tegas kata Luth dan langsung tidak menghiraukan pertanyaan Aira.

"Alah Aira kan dah janji dengan Amir. Dia siap cancelkan lagi plan dia nak lepak dengan kawan dia esok. Lagipun orang mesti kenal siapa Amir pada Aira. Kan abang cakap orang kampung tahu semua benda."

"Kenapa nak kena bantah apa abang cakap. Haritu janji nak jadi isteri yang baik kan." kata Luth yang masih lagi dengan egonya.

Aira menarik nafas panjang lalu mengiakan sahaja kata-kata Luth. Malas mahu memanjangkan cerita. Walaupun sifat debatnya masih tebal dalam diri.

"Abang rehat la dulu. Aira nampak macam tak cukup rehat ja. Habis semua orang abang pandang macam nak telan. Aira nak mandi dulu lepastu terus tolong Nek Lang masak." pamit Aira lalu terus masuk ke bilik mandi
Luth hanya diam memerhati langkah Aira.

"Kalau dengan orang lain bukan main kau nak bergurau. Dengan suami sendiri dia perli. Sampai hati." kata Luth sendiri. Cemburu dia dengan Amir.

Ting..

Aira Zulaikha : Aira tau abang cemburu dengan Amir. Cemburu la. Aira tak kisah pun. Lagi Aira suka. Means abang ni ada feeling la jugak dekat Aira.

Pesanan Aira berjaya membuat Luth tersenyum.

"Apa punya perangai la bawak phone pergi toilet. Aira-Aira. Ni la sifat Aira yang abang rindu."

Share this novel

Miss Nd
2022-11-02 23:37:58 

sorry saya terlepas pandang comment ni. Chapter baru dah upload, boleh gi baca hehe. Tq support ^⁠_⁠^

husmafiq enterprise
2022-10-22 13:46:53 

next please...tq Miss Nd akak suka novel ni...


NovelPlus Premium

The best ads free experience