Chapter 6

Romance Series 11726

Empat bulan kemudian

"Assalamualikum." satu suara lembut memberi salam dari luar.

Puan Aisyah yang sedang membaca majalah di ruang tamu terus bergegas menuju ke muka pinta melihat siapa yang datang.

" YaAllah Aisy." jerit Puan Aisyah dalam tangisan dan lantas memeluk satu satunya anak perempuannya.

Rindu. Rindu yang teramat kepada anaknya yang seorang ini. Mana taknya. Hampir setahun setengah anaknya tidak balik ke Malaysia. Dia mengajak Aisy masuk ke dalam rumah untuk berbuat panjang. Banyak perkara yang ingin mereka bualkan.

"Mama sihat?" tanya Aisy dalam sendu tangisnya.

"Sihat sayang. Aisy sihat tak ? Kenapa mama tengok makin kurus ni. Tak makan ke kat sana? Tak cukup duit?" bertalu talu pertanyaan Puan Aisyah kepada Aisy.

"Maa Aisy okay. Sihat. Alhmadulillah semua cukup dekat sana." jawab Aisy tenang.

"Erm,Aisy marah mama lagi ke sebab tak bagi Aisy balik Malaysia. Mama takde niat pun nak halang Aisy. Mama buat macam ni sebab taknak Aisy ikut plan bodoh papa tu. Memang dia papa Aisy tapi tak semua yang dia arahkan tu Aisy patut ikut. Ada batasnya. Kalau benda tu tak baik jangan ikut. Mama taknak Aisy sakitkan hati Luth lagi. Dia dah cukup tersiksa sejak Aisy tinggalkan dia. Mama tahu kali pertama Aisy jumpa dia pun atas aturan papa kan. Mama taknak Aisy siksa perasaan Aisy untuk sukakan dia." nasihat Puan Aisyah panjang lebar.

Aisy teringat kembali perbualan dia dengan mamanya mengenai plan papanya dahulu.

"Mama taknak Aisy balik. Mama nak Aisy habiskan amali Aisy dekat sana. Hal papa biar mama uruskan. Papa takda hak nak arah Aisy buat semua ni. Mama sayang Aisy. Mama taknak Aisy tersiksa paksa hati Aisy untuk suka orang yang Aisy tak suka. Lagipun tak baik menipu sayang." tegur Puan Aisyah.

Aisy hanya diam mendengar sambil mengalirkan air mata mendengar kata kata mamanya melalui telefon.
"I truely love him ma." namun kata kata itu hanya mampun dikatakan dalam hati.

Dia sedar mamanya tidak mahu persahabatan yang akrab antara mama dan umi Ian terjejas.

"Baik ma. Aisy dengar cakap mama. Bye and I love you so much. Sampaikan salam Aisy dekat Izz dengan Papa." ujar Aisy dan menamatkan perbualan.

"Aisy ? Aisy ?" panggil Puan Aisyah apabila melihat anaknya termenung.

" Ya maa. Sorry. Mama cakap apa tadi ?" soal Aisy.

" Mama cakap mama bersyukur sebab papa dah tak macam dulu. Sekarang dia dah pandai untuk berusaha sendiri untuk berjaya. Adik kamu pun dah lembut hatinya. Dah nak dengar cakap papa untuk bantu dia dekat Malik Holdings." kata mama dengan nada gembira.

"Alhamdulillah la kalau macam tu. Takpe lepasni Aisy pun akan bantu papa untuk majukan syarikat kita. Eh ma..harini hari ahad kan. Mana papa? Kerja jugak ke?" tanya Aisy yang baru menyedari hanya mamanya ada di rumah.

"Eh tak. Papa pergi main golf dengan Uncle Luqman. Kejap lagi balik la tu. Izz pulak pergi tengok kelas muzik dia. Ada tenaga mengajar baru nak masuk katanya." jawab Puan Aisyah.

"Wait what ? Izz buka kelas muzik ? Papa kasi ke?." tanya Aisy sedikit teruja.

Dia tahu adiknya telah lama meminati muzik. Namun ditegah papanya.

"Ye papa kasi. Kan mama cakap papa dah banyak berubah lepas enam bulan Aisy duduk dekat New York. Dia dah sedar yang dia terlampau mengongkong kamu dengan Izz. Perlahan lahan dia cuba faham minat Izz. Plus dia yang bagi modal dekat Izz untuk buka kelas tu. Tapi dengan syarat Malik Holdings is main focus Izz." kata Puan Aisyah gembira.

"Tak sangka disebabkan Aisy lari ke New York banyak benda dah berubah. Lepasni kalau ada masalah lagi Aisy kena lari lagilah. Kena plan ni nak lari mana lepas ni." kata Aisy cuba mengusik mamanya.

"Ha jangan nak mengada. Orang kat sini separuh mati rindukan dia tau tak." ujar Puan Aisyah tegas.

Dah tak sanggup untuk berjahuan dengan anaknya lagi.

"Aisy main main jela ma. Ilove you and I will never left you again okay." kata Aisy lalu mencium kedua dua belah pipi mamanya.

"Yaa I love you too sayang." balas mama lalu memeluk anak daranya.

"Aisy nak ikut mama tak esok. Mama nak pergi rumah Aunty Dhia. Bestfriend mama dengan Aunty Hani. Dia ada buat makan makan sikit. Sempena anak dia Aira dapat pentauliahan sebagai akauntan profesional." tanya Puan Aisyah.

"Tengok esok macam mana ya ma. Kalau Aisy tak penat Aisy ikut." jawab Aisy jujur.

Dia memang merancang untuk tidak ke mana kerana ingin menghilangkan penat setelah berjam jam dia dalam flight.

"Assalamualaikum." Tuan Malik yang baru pulang daripada bermain golf tidak meneruskan langkahnya masuk ke dalam rumah apabila terlihat kasut perempuan di hadapan pintu rumahnya. Belum sempat dia membuka mulut bertanya siapa pemilik kasut itu, dia dikejutkan dengan suara yang amat dia rindui selama ini.

"Waalaikumusalam Pa. Pa sihat? Aisy rindu papa." kata Aisy dalam takut.

Takut papanya tidak menerima dan akan memarahinya. Melihat papanya mendepangkan tangan terus dia berlari memeluk papanya. Kali terakhir dia mendengar suara papanya ialah ketika papanya menelefonya untuk menyuruh dia pulang ke Malaysia dan dapatkan kembali Luth Arriyan. Sungguh dia rindu dengah papanya.

"Papa pun rindu Aisy. Maafkan papa ya sayang. I had made a lot of mistake with you. I'm sorry. Please forgive me." ujar papanya dalam tangisan.

Ini kali pertama dia melihat papanya menangis.

"Pa don't mention it. Aisy dah lama lupakan tu. Kita tutup buku lama and kita buka buku baru okay. I love you." kata Aisy yang masih berada dalam pelukan papanya.

Puan Aisyah yang hanya menjadi pemerhati dari tadi menitiskan air mata kebahagiaan melihat hubungan suami dan anaknya telah pulih.

"Alhamdulillah syukur yaAllah." tuturnya perlahan sambil mengesatkan air mata.

Mereka berjalan beriringan ke sofa.

"Aisy betul tak sukakan Ian dah kan?" tanya Tuan Malik.

"Abang kenapa pulak ni." tanya Puan Aisyah risau. Bimbang suaminya menyambung plan lama.

"Aisy papa tanya ni." tanya Tuan Malik sekali lagi.

"Tak papa,kenapa?" bohong Aisy.

Macam mana dia hendak membuang rasa cinta terhadap orang yang sangat dia cintai. Membuang cinta pertama sejujurnya mengambil masa.

"Kalau macam tu takpelah sebab uncle Luq bagitau papa yang mereka nak satukan Aira dengan Luth. Esok waktu jamuan tu mereka rancang nak buat majlis merisik Aira untuk Luth. Awak tak tahu ke Aisyah." tanya Tuan Malik kepada Puan Aisyah.

Hairan, kata kawan baik tapi takkan tak tahu mengenai hal ini.

"Haa baru saya ingat. Waktu kami keluar ada la mereka sebut pasal merisik. Tapi waktu tu abang call suruh balik sebab ada orang nak datang rumah kita. Jadi saya tak sempat dengar habis la perbualan mereka." kata Puan Aisyah yang mengimbas kembali pertemuan dia dan dua rakan karibnya tiga hari lepas.

Bagai nak luruh jantung Aisy mendengar perkara itu. Ian dah boleh lupakan dia. Nampaknya niat dia untuk berbaik semula dengan Ian perlu dibatalkan saja. Dia meminta diri untuk naik ke bilik. Malas untuk mendengar tentang majlis merisik itu.

"Selamat tinggal Ian. Semoga awak bahagia. Saya memang tak pandai menghargai awak." kata Aisy sambil menahan air matanya daripada jatuh.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience