Chapter 26

Romance Series 11726

~"Patutla kau tak bagi aku dekat dengan dia, rupanya kau yang nak kebas dia dulu. Apa sebenarnya yang kau cuba tunjuk ni Luth. Kau nak tunjuk kau lebih hebat dari aku? Sejak bila kau ada sikap macam ni hah? Kau tau aku suka dia kan!?"

"Akif, kau kenal aku kan. Aku takkan dan taknak pun bersaing dengan kau. Tapi Aira tu dah memang tunang aku sebelum kau jumpa dia lagi. Family kami yang rancang semua ni. Dan takkan aku nak biar kau musnahkan impian umi aku untuk bermenantukan Aira."

"Kau takpayah nak guna alasan umi lah Luth. Kau saja reka cerita kan? Kalau betul pun aku tak rasa kau ikhlas dengan Aira. Aku ni kawan kau. Aku tau kau sayangkan Aisy lagi. Kau ingat kahwin ni main-main ka? Kau ingat aku akan duduk diam tengok kau gunakan Aira untuk sakitkan hati Aisy. Aku nampak la kau pandang Aisy tadi. Pandang dengan maksud yang mendalam. Aku tahu Luth. Kau dah tau aku suka Aira tapi kenapa kau tak mengalah ja?!" kata Akif dengan suara yang makin lantang.

Mujur mereka duduk di sudut yang agak terasing dari tetamu. Luth sudah menjangka perkara ini akan terjadi. Sejurus sahaja dia pandang Aira sewaktu majlis nikahnya tadi, riak wajah Akif langsung terus berubah. Dengan keluhan berat Akif bangun keluar dari dewan itu. Baru kali ini mereka bertemu semula dan terus bertekak.

"Akif, please jangan jerit-jerit. Hormat sikit majlis aku. Ya memang aku anggap kau kawan baik aku dan kau tau semua pasal aku. Tapi rupanya aku salah kan. Kawan aku ni belum cukup kenal aku. Aku dah cakap. Aku dah tak ada hati dekat Aisy. Hati aku dah tutup untuk dia. Sampai bila-bila. Boleh faham tak benda tu."

"Kalau betul, kenapa kau tak mengaku yang kau tu tunang dia waktu awal-awal aku jumpa dia dekat office kau dulu. Kalau kau terus terang. Kau rasa benda akan jadi macam ni ka?"

"Sebab waktu tu kami pun still dalam fasa nak terima antara satu sama lain. Baru lagi tunang. Hubungan kami pun tak baik sangat waktu tu. Jadi aku tak nak la bagitau kau awal-awal. And of course sebab aku takut kau rampas dia dari aku." jujur Luth menjawab.

"Tipu. Kau tipu. Kau tak bagitau sebab kau masih harap yang kau dengan Aisy masih ada harapan kan. Kau tak nak pun dekat dia Luth." suara Akif yang sudah menepuk meja.

"Hei kau jangan nak lebih-lebih Akif. Sabar aku pun ada had juga. Aku sayangkan Aira dan aku bencikan Aisy !" kata Luth dengan wajah yang merah menahan marah.

"Huh benci?" sinis Akif menyindir.

"Macam mana pulak dengan nasib Aira bila one day kau dapat tau cerita sebenar kenapa Aisy tinggalkan kau. Ingat eh, sekali ja kau lukakan Aira. Sekali ja Luth. Aku akan rampas dia dari kau. Marks my word." selesai bicara, Akif terus bergerak pulang ke rumahnya. Ibu bapanya akan pulang bersama dengan keluarga yang lain.~

"Apa sebenarnya yang Akif nak sampaikan ni? Cerita sebenar?" gumam hati Luth perlahan. Gusar hatinya mengingatkan pergaduhannya dengan sahabat baiknya itu. Tidak pernah mereka bertekak seteruk itu.

"Abang fikir apa ni, dari tadi Aira tengok abang dekat balkoni ni asyik termenung ja. Jomlah turun. Umi panggil lunch. Abang Akif, pakngah and makngah pun ada. Jom."

"Ha? Akif ada?"

"Yela, sepupu abang tu. Akif kan nama dia?"

"Masa kita sampai tadi dia tak ada pun. Bila dia datang?"

"Oh dia baru ja sampai tadi. Dia ada cari abang tadi. Tapi Aira cakap abang tengah rest dekat atas." tutur Aira yang semakin sopan percakapannya apabila bersama Luth.

"Dia ada cakap apa-apa lagi tak dengan Aira? Aira okay?" tanya Luth sambil memegang kedua belah bahu Aira.

"Abang ni kenapa? Aira okay lah."

"Betul?"

"Iyaaa, dah jom turun."

Mereka berdua berjalan beriringan keluar dari bilik menuju ke meja makan. Benarlah kata Aira. Akif sudah sedia menanti makan di meja. Peliknya, Akif boleh tersenyum pula melihat dia. Lupakah lelaki itu tentang pergaduhan mereka kelmarin.

"Kau asal tengok aku macam tu Luth. Tak bagi aku makan dekat sini ka?"

"Ish takda lah, kalau aku tak bagi pun. Ada kau kisah ka."

"Tau takpe."

Hati Luth terdetik sedikit lega kerana Akif kelihatan sudah tidak marah. Di betul-betul sayangkan persahabatan mereka.

"Dah-dah jom makan. Aira, sini duduk. Biar Mak Jah ja nak senduk kan nasi tu."

"Takpa umi, Aira boleh buat." kat Wira dengan senyuman. Selesai tugasnya, dia terus mengambil tempat duduk di sebelah Luth.

"Kamu berdua bila plan nak pergi rumah Nek Lang? Dengar cerita ada orang tu nak honeymoon dekat kampung." usik baba kepada menantu tunggalnya.

"Hehe ingat nak ajak abang pergi esok. Boleh stay lama sikit. Bolehkan abang?"

Luth hanya mengangguk dan tersenyum.

"Honeymoon korang Luth bawak pergi kampung ja. Ish kedekut jugak kau ni Luth. Kalau dengan ex kau dulu, bukan main pemurah lagi." sengaja Akif ingin menimbulkan curiga Aira.

Luth yang mendengar itu apa lagi. Memang terkejut lah. Ingatkan Akif sudah terima kenyataan.

"Hish kamu ni Along. Biarlah diorang. Kan paklong cakap tadi, Aira yang nak pergi situ. Asal kamu pulak yang sibuk ni."

"Alah ayah ni, Akif saja ja gurau-gurau dengan Luth. Macam la tak biasa, kan Luth?"

Luth melihat riak Aira yang sudah seperti tidak selesa itu terus mencelah.

"Ya pakngah, Luth okay ja. Lagipun benda lepas biar lepas kan. Lagipun sekarang ni, Luth nak fokus bahagiakan sayang Luth sorang ni ja. Akif ni ha pakngah, suruh dia cepat-cepat sikit kahwin. Mesti makngah suka kan?"

Perang mulut sudah tercetus.

"Ha bagus idea kamu tu Luth. Akif macam mana, nak mak carikan?"

"Anak kawan-kawan maklong pun ramai lagi. Maklong boleh tolong." offer Datin Hani pula.

"Eh tak payah. Akif boleh cari sendiri. Lagipun haritu dah jumpa sorang. Tapi tu lah, kena kebas pula." kata Akif lalu melirik ke arah Luth.

"Eh apa ni Akif, cakap haritu playboy berjaya. Takkan la kena kebas kot." Dato' Luqman yang sememangnya ayah saudara yang sporting hanya melayan kerenah anak buahnya itu.

"Paklong sokong tak kalau Akif sailang balik." sengaja Akif menjentik bara api dalam hati Luth.

"Kalau orang tu dah kahwin kamu jangan buat hal. Tapi kalau belum.. paklong sokong hahaha."

" Mantap paklong." kata Akif dan menunjukkan isyarat ibu jari pada paklongnya.

"Kamu kalau bab tu kan Akif, haih." Puan Latifah sudah tidak terkata dengan sikap anaknya.

"Wife, okay tak?" bisik Luth kepada Aira.

"Okay ja, abang tu yang tak okay. Dari tadi tanya Aira soalan ni."

Luth membalas dengan senyum dan usapan di kepala Aira. Sejak berkahwin. Dia gemar melakukan perkara itu kepada isterinya.

"Alah-alah, jeles pulak tengok pengantin baru ni bermanja depan kita." ujar Akif yang pura-pura bergurau tetapi sebenarnya memang sakit hati.

"Abang Akif ni kalau jeles takyah tengok. Kan abang?" kata Aira sambil menjelir lidah ke Akif.

Perangai Aira memang tak berubah. Dia hanya bersikap lebih baik dengan suaminya sahaja. Itu bentuk hormat dia kepada Luth. Iyalah takkan nak layan suami seperti layan kawan-kawan seperti dahulu.

__________

"Aira kalau nak tidur dulu tidur la. Nanti dah sampai abang kejut."

"Tak apalah, Aira boleh teman abang. Erm abang, nak tanya boleh?"

"Siapa nama girlfriend abang eh? Abang tak pernah bagitau Aira pun abang pernah couple sebelum ni" tiba-tiba kata-kata Akif sepupu suaminya semalam terlintas di fikiran.

"Kenapa pula Aira nak tanya pasal ni, bukan sebelum ni Aira tak pernah kisah ka?" gusar hati Luth.

"Saja ja tanya, nak cari topik untuk berbual. Kalau abang taknak share Aira tak kisah." jujur dia membalas. Dia faham itu semua adalah masa lalu. Sekarang Luth Arriyan miliknya.

"Abang bukan taknak bagitau, cuma abang malas nak ingat benda lepas. Abang takut Aira salah faham atau marahkan abang."

"Eh buat apa pulak Aira nak marah. Dia ex abang ja kan. Bukannya abang ada scandal dengan dia lagi sekarang. Ke memang abang ada affair lagi dengan dia sekarang ni?!" tanya Aira sambil menjeling tajam ke arah suaminya.

"Eh takdanya sayang. Abang dah lama lupa dia lah. Betul Aira nak tau siapa dia." Luth sudah tekad untuk berterus terang. Lebih baik Aira tau dari mulutnya sendiri daripada mulut org lain.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience