Chapter 2

Romance Series 11726

Majlis perasmian jawatan Dato' bagi Tuan Luqman berlangsung dengan meriah sekali. Antara yang hadir ialah Tuan Malik . Tuan Malik merupakan ayah kandung Aisy Zulaikha dan rakan kongsi Dato' Luqman. Selesai majlis Tuan Malik balik ke banglonya dengan perasaan tidak puas hati.

"Abang okey tak ni?" tanya Puan Aisyah lembut.

Melihat suaminya hanya berdiam diri Puan Aisyah mengajukan soalan lain pula.

"Abang ada jumpa Luth, tanya dia kenapa tinggalkan Aisy sampai Aisy lari ke New York."

"Haih awak ni, saya ajak awak ikut tak mahu. Kan kalau awak ikut awak boleh tanya budak tu sendiri . Takpun awak boleh tanya dengan kawan baik awak tu. Dah la abang nak naik atas dulu, lepas tu nak rehat. " balas Tuan Malik dengan sedikit dingin lalu terus mendaki anak tangga ke bilik.

"Dah kenapa pulak dengan suami aku ni . Anak lelaki tak reti nak melekat dekat rumah . Anak perempuan pulak lari sampai ke overseas sebab putus cinta. Suami pulak emosi tak tentu pasal. Apa sebenarnya yang tak kena ni." gumam Puan Aisyah perlahan.

Dia terus mendaki tangga untuk bertemu dengan suaminya. Ingin berbincang tentang masalah keluarga mereka. Tangan Puan Aisyah terhenti daripada memulas tombol pintu bilik apabila dia mendengar suaminya sedang berbual dengan seseorang melalui telefon.

"Aisy Zulaikha can you just listen to me. I'm your dad. When I say back home, then do it. Jangan bagi Papa banyak alasan." Terhenti seketika suara suaminya itu. Mungkin ada yang dibangkang oleh anaknya di talian itu.

" Yes memang Papa yang suruh Aisy putuskan hubungan dengan Luth tapi Papa buat tu sebab I think perniagaan Uncle Luqman tak sekukuh mana. But now I know that pengaruh dia dah semakin besar. Dah dapat pangkat Dato' pun. Jadi Papa nk Aisy balik sini dan dapatkan balik hati Luth. Alah baru tiga bulan korang putus takkan la dia dah ada pengganti." Menitis air mata Puan Aisyah. Sungguh dia tidak menyanggka bahawa semua yang berlaku kerana rancangan suaminya.

"Come on Aisy soalan apa ni, mestilah Papa buat semua ni sebab duit. I'm sure when you dah married dengan Luth he will give you anything. Directly you boleh tolong Papa jugak. Papa janji yang Papa takkan paksa Aisy berkawan dengan anak Dato' Razlan tu. Papa tahu Aisy pergi New York sebab nak lari dari anak dia kan. Bukan sebab nak sambung practical dekat sana sangat pun. "

Puan Aisyah tidak sanggup lagi mendengar segala rancangan rahsia suaminya. Terus dia memulas tombol pintu lalu meminta penjelasan dari suaminya. Terkejut Tuan Malik dengan kehadiran isterinya.

" Penjelasan ? Penjelasan apa sayang. Sejak bila sayang ada dekat luar." Tanya Tuan Malik cemas.

"Sejak abang mula berbual dengan Aisy dan saya dah dengar semua plan abang. Sanggup abang musnahkan kebahagiaan anak sendiri demi kepentingan diri abang sendiri. Ayah jenis apa abang ni ?" kata Puan Aisyah dengan air mata yang lebat menuruni pipinya.

" Aisyah abang buat semua ni untuk kesenangan keluarga kita. Abang taknak anak anak dan isteri abang susuh bila abang dah tak ada suatu hari nanti." pujuk Tuan Malik.

"Niat tak menghalalkan cara abang !" Kata Puan Aisyah lalu bergegas menuruni tangga.

Sedang Puan Aisyah laju menuruni tangga, pintu rumahnya terbuka dan terjengul wajah anak bongsunya Izz Mikail. Namun Puan Aisyah hanya melihat lalu bergegas ke dapur. Melihat situasi itu Izz Mikail terus mendapatkan mamanya namun langkahnya terhenti apabila terserempak dengan Tuan Malik yang mengejar Puan Aisyah. Terus dia berpaling lalu ingin keluar dari rumah.

" Izz Mikail, why are you being so rude. Dah tak kenal dengan ayah sendiri ka. Sampai bila nak keluar buang masa and then berhari hari tak balik rumah." belum sempat Izz menjawab apa apa papanya menyambung lagi .

"Dari dulu lagi papa cakap that I tak izinkan you busking. Syarikat tu perlukan pewaris." Leter Tuan Malik.

"Pa, sorry kalau papa rasa Izz kurang ajar. But I just want to tell you yang Izz ni bukan satu satunya anak papa. Kak Aisy lebih layak untuk tolong papa." kata Izz yang cuba membangkag.

"I know about that son. Jawatan papa memang papa akan serahkan pada kakak kamu but for now dia ada tugas yang lebih penting. So suka atau tak you must help me to handle the company. " ujar Tuan Malik dengan nada yang agak tinggi.

"Pa seriously Izz dah bosan kena paksa dengan papa. Izz nak jadi penyanyi nak ambil course muzik dekat universiti papa tak bagi. Papa cakap benda tu takda masa depan. Papa paksa Izz ambil bisnes. Okay fine Izz ikut walaupun muzik tu minat Izz. Tapi bila Izz nak buka kelas muzik, buka bisnes yang berkait dengan benda yang Izz minat papa nak halang jugak. What is your problems pa. Please la pa, tolongla faham Izz. Sikit pun jadi la papa. " Bentak Izz lalu melulu keluar rumah.

Beberapa ketika kemudian terdengar enjin keretanya bergerak laju meninggalkan rumah.

" Haih kenapa semua anak anak aku nak bangkang semua keputusan aku! Marah Tuan Malik seorang diri.

"Jawapan tu ada pada diri abang. Cuba abang muhasabah diri dan cari jawapan pada persoalan tu." Tegur Puan Aisyah dengan nada kecewa. Terdiam Tuan Malik mendengar itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience