Chapter 10

Romance Series 11726

Bunyi jam loceng berwarna biru muda yang sangat nyaring itu mengejutkan Aira daripada tidurnya. Dia meraba rabakan tangannya di atas meja di sisi katilnya mencari jam loceng itu. Dapat sahaja jam loceng tersebut dia terus menekan punat stop bagi menghentikan bunyi bising jam itu.

Dia membuka sebelah matanya melihat jarum jam. Sudah hampir pukul tujuh pagi. Dia agak terkejut. Bimbang tidak sempat solat subuh. Dia terus menolak kasar selimut tebal yang menutupi tubahnya lalu bergegas menuju ke bilik air untuk mandi dan mengambil wudhu'.

Tidak sampai lima minit dia sudah keluar daripada bilik air. Sah mandi kerbau. Dia terus memakai baju bersih dan mencapai telekung. Dia bergegas membentang sejadah mengikut arah kiblat lalu solat dengan khusyuk sekali.

Selesai sahaja solat dia menadah tangan memohon doa daripada yang berkuasa. Penuh bersungguh dia berdoa. Dia turut meminta agar Allah memudahkan dia untuk berbincang mengenai hal perkahwinan dengan orang tuanya dan memohon Allah melembutkan hati mereka untuk menerima keputusannya.

Selesai berdoa dia duduk berteleku di atas sejadah. Hatinya gusar memikirkan apa yang akan berlaku jika dia memberitahu keinginannya kepada mummy dan daddynya sebentar lagi. Sedang asyik mengelamun dia tersentak dengan ketukan pinta yang kuat dari luar. Dia mendengar suara makcik Sal memanggilnya dengan kuat dari luar.

Dia terus membuka telekung dan bergerak laju membuka pintu. Ingin tahu apa yang cemas sangat sampai ketuk pintu biliknya macam nak roboh.

"Ya kenapa makcik Sal ni. Nampak hantu ke apa. Macam nak roboh pintu bilik orang."

"Daddy cik Aira.."

"Kenapa dengan daddy ?" tanya Aira cemas.

"Tuan Zahil kena heart attack lagi. Dia jatuh dalam bilik air. Puan Dhia suruh makcik panggil Aira ke bilik mereka cepat."

"Ya Allah daddy! Aira pergi sekarang. Makcik Sal dah call ambulans ke belum? Kalau belum cepat call." kata Aira sambil berlari ke bilik mummy daddynya.

Kelihatan makcik Sal lari ke bawah untuk bawah untuk membuat panggilan ambulans menggunakan telefon rumah. Aira sudah merempuh masuk ke biliknya mummynya. Melihat mummynya menangis dia terus menjadi takut.

"Mummy calm down. Semua akan okay. Kejap lagi ambulans sampai." kata Aira lembut cuba memujuk mummynya.

"Mummy takut Aira. Mummy pergi dapur lepastu masuk bilik balik tengok daddy kamu dah terbaring atas lantai." kata Puan Dhia dalam tangisan.

"Mummy dah jangan nangis. Fikir yang baik baik. Kita doa banyak banyak okay."

Seketika kemudian mereka mendengar siren ambulans dari bawah. Petugas hospital masuk ke bilik lalu membawa Tuan Malik masuk ke ambulans. Puan Dhia menemani suaminya menaiki ambulans manakala Aira memandu kereta mengikut ambulans yang membawa daddynya dari belakang.

-------

Aira mundar mandir di hadapan pintu kecemasan. Dia sudah tidak senang duduk memikirkan keadaan bapanya manakala mummynya sedang menangis di kerusi penunggu. Sudah hampir sejam daddynya dimasukkan ke dalam bilik kecemasan. Dia tidak berhenti berdoa agar daddynya selamat.

"Aira, "

"Umi..." Aira bergegas memeluk Datin Hani yang baru sampai bersama Dato' Luqman dan Luth.

"Dah jangan nangis. Aira sabar ya, inshaAllag semua akan okay. Umi nk pergu bercakap dengan mummy mamu sekejap." kata Datin Hani sambil mengusap lembut kepala bakal menantunya.

"Jangan sedih ya dear. Baba kenal daddy Aira, he is very strong man." kata Dato' Luqman tenang.

Belum sempat Dato' Luqman mengambil tempat di sebelah isterinya, doktor yang merawat sahabatnya itu keluar. Puan Dhia yang tadinya hanya duduk lesu bingkas bangun untuk mendengar berita daripada doktor.

"Semua jangan risau. Keadaan Tuan Zahil dah stabil. Cuma kami perlu tahan beliau untuk memantau tahap kesihatannya dari semasa ke semasa. Petugas kami akan pindahkan Tuan Zahil ke bilik VIP. Jika tiada apa apa saya minta diri dulu ya." terang doktor yang sering merawat daddynya itu.

Semua yang ada di situ meluahkan rasa syukur. Sementara menunggu daddynya dipindahkan, Aira meminta umi dan babanya membawa mummynya bersarapan. Dia akan tunggu di sini hingga selesai. Puan Dhia hanya menuruti kehendak anaknya.

"Umi, baba, Luth teman Aira dekat sini. Korang semua pergi la sarapan dulu."

"Okay..nanti umi belikan makanan untuk kamu berdua."

Ketika hendak turun ke bawah mereka bertembung dengan Tuan Malik dan Puan Aisyah. Mereka berlima pergi sarapan bersama setelah Puan Dhia menerangkan keadaan suaminya.

-------

"Abang Ian dah sarapan ka? Kenapa tak turun sekalli. Aira boleh ja duduk sini sorang."

"Takpa, I sempat makan sikit dekat rumah tadi. You tak lapar ka?"

"Tak."

Perbualan mereka mati di situ. Luth dan Aira melayan perasaan masing masing. Tiba tiba Aira bersuara memecahkan kesunyian.

"Abang Ian, Aira mintak maaf sangat. Dengan keadaan daddy yang macam tu Aira tak sampai hati nak teruskan plan kita. Aira takut daddy terkejut and kesihatannya makin teruk."

" It's okay Aira. I faham. Lagipun umi I tu dah tak boleh bawak bincang. Dia nak jugak kita kahwin."

"Abang Ian, even kita kahwin macam ni Aira janji yang Aira akan jalankan tanggungjawab Aira dengan baik. Pasal perasaan kita letak tepi dulu. Aira harap Abang Ian pun akan buat benda yang sama."

"InshaAllah I pun takkan abaikan tanggungjawab I sebagai suami. I will take a good care of you."

Aira yang mendengar itu hanya tersenyum. Dia tahu Luth Arriyan seorang lelaki yang baik. Dia harap pintu hatinya akan terbuka untuk mencintai lelaki itu.

"Tapi Aira, how about your boyfriend. Erm Faid kalau I tak silap. Takkan you nak tinggalkan dia macam tu ja ?"

Aira ketawa mendengar hal itu. Memang dia nak berterus terang tapi Luth akan tahu sendiri jugak satu hari nanti. Biarlah.

"Abang Ian sebut pasal dia baru Aira teringat. Aira kena bagitau dia pasal daddy. Nanti habislah dia bebel dekat Aira. Kejap eh."

Luth hanya memerhati Aira yang bangun untuk membuat panggilan. Dalam hatinya ada sedikit perasaan geram. Lain yang dia tanya lain yang dijawab.

"Ya Allah semoga keputusan kami untuk berkahwin adalah keputusan yang terbaik untuk semua." doa Luth dalam hati.

-------

Seminggu kemudian

"Alhamdulillah daddy dah boleh balik rumah. Lepasni daddy kena janji dengan Aira untuk jaga kesihatan daddy baik baik. Tak payah nak buat kerja kerja berat dah. Ladang kelapa sawit daddy dekat kampung opah tu biar pekerja daddy je uruskan. Sebelum kita balik sini pun elok ja diorang jaga." nasihat Aira panjang lebar kepada daddynya sambil memimpin tangan daddynya untuk masuk ke kereta.

"Iyala sayang. Daddy akan jaga diri betul betul lepas ni. Jomla cepat masuk kereta, daddy tak sabar nak sampai rumah ni."

"Itula Aira ni. You membebel macam makcik makcik tau tak. Kalau iya pun nak nasihat tunggu la dalam kereta. Betul tak daddy ?" kata Luth semgaja mahu mengenakan Aira.

"Ha betul tu Luth. Nanti bila dah kahwin Luth kena ready la dengar Aira ni bebel setiap hari." usik Tuan Zahil.

"Ha sudah sudah. Tadi kalut sangat nak balik. Jom jom. Nak mengenakan kita pulak." kata Aira dengan wajah yang masam.

"Haish menyesal pulak ajak singa jadian ni. Dah sekepala pulak dengan daddy kenakan aku." gumam Aira dalam hati.

Sepanjang perjalanan balik Aira hanya mendiamkan diri. Sakit hati dengan Luth yang tidak habis habis mengejeknya.

"Aira, Faid dah habis belajar. Bila majlis konvo dia?" tanya Tuan Zahil memecahkan sunyi.

"Next month. Aira dah minta cuti, Aira ingat nak pergi awal sikit. Tak adalah kalut sangat nanti. Boleh tolong Faid kemas barang dia."

"Okay la macam tu."

"Patutla beria minta cuti haritu. Rupanya nak pergi jumpa kekasih. Cakap hal family. Tipu ja kerja." kata Luth perlahan.

Walaupun Luth hanya cakap dengan perlahan, Aira masih boleh mendengar dengan jelas butir bicara Luth. Sengaja dia tidak memberitahu hubungan dia dengan Faid yang sebenar. Suka pulak dia melihat muka Luth yang tidak puas hati itu.

"Ha Luth nak ikut sekali tak?" Tuan Zahil tiba tiba bertanya.

"Apa pulak dia ni nak ikut daddy. Tak payah la. Buat berat kapal terbang ja nanti." kata Aira selamba.

"Aira, kenapa cakap macam tu. Tak lama lagikan Luth akan jadi family kita."

"It's okay daddy. Dah biasa dengan mulut puaka anak daddy ni. Pasal Jepun tu sorry ya daddy. Luth tak boleh ikut sebab next month Luth kena ke Krabi. Pantau projek dekat sana."

"Projek apa? Kenapa Aira tak tahu pun."

"Adala projek baru dekat sana. Memang la you tak tahu. You kan dah tak jadi assistant my dad."

"Ya but still Aira kena tahu jugak. Nak jalankan projek tu pun pakai duit kan."

"Iya tapi hal projek tu dah ada orang lain uruskan. Lagipun mesyuarat tu diadakan masa you cuti."

"Oh, okayla kalau macam tu. Abang Ian pergi dengan siapa nanti?"

"Dengan projek manager Malik Holdings. Syarikat Uncle Malik. Husband Auntie Aisyah."

"Ya ya Aira tahu la. Tak payah la nak detailkan sangat. Siapa, Izz Mikail or Kak Aisy?"

"Of course Izz Mikail."

"Oo mana la tahu Abang Ian pergi dengan Kak Aisy."

"Kalau I pergi dengan dia kenapa? Tak boleh?"

"Haish Abang Ian ni. Buat buat tanya pulak. Mana boleh Abang pergi berdua ja dengan Kak Aisy. Tak elok orang lain tengok."

"I pergi dengan Adam sekali lah. So kalau Aisy pergi pun you tak perlu risau." kata Luth sengaja mahu mengusik Aira. Lagipun memang dia tak mahu Aisy pergi ke sana. Memang tak nak.

"Bila masa pulak Aira risau. Suka hati abang Ian la."

Sejak minggu lepas hubungan mereka sudah mulai baik. Mungkin kerana kedua dua mereka telah bersetuju untuk berkahwin dan cuba mengenali hati masing masing.

Tuan Zahil tersenyum melihat Aira dan Luth. Nampak serasi sangat. Dia dapat merasakan rancangan mereka menjodohkan Luth dan Aira adalah rancangan yang terbaik. Perkahwinan mereka juga dapat mengukuhkan lagu persahabatan antara keluarganya dan Dato' Luqman.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience