"Aira, why this guy should be here!?" bisik Luth perlahan ke telinga Aira.
"Lah apasal pulak this guy tak boleh ada sini?" dia memulangkan semula soalan kepada Luth.
Tidak cakap banyak, Luth terus mengangkat kaki keluar dari rumah bakal isterinya itu. Faid yang baru hendak menghulur tangan untuk bersalam terus terbantut niatnya. Apa lagi dia, memang makan kutukanlah si Luth Arriyan tu.
"Akak, don't tell me this is guy that you will be married soon." Faid dengan muka ketatnya melabuhkan duduk di hadapan kakaknya.
"Yes he is." ringkas padat tepat jawapan Aira.
"Are you serious, he is so rude. Akak, mana kau jumpa lelaki ni ha?"
"Ish kau ni. He is totally nice person laa. Cuma dia tak suka lelaki yang namanya Faid jaa." kata Aira tenang.
"Lah pulak, kenapa?" serius Faid bertanya.
"Sebab dia ingat Faid tu scandal aku kot hahaha. Plus dia taktau aku ada adik."
"Lailahaillah, kau dah kenapa Aira Zulaikha. Kang betul-betul dia sentap terus korang tak jadi kahwin."
"Alah chill lah, bukan aku taknak bagitau. Dia yang tak nak tau dan tak nak tanya. Lagipun kitorang kahwin sebab.."
"Sebab apa? Jangan cakap 100% sebab parents kita. Kak, this is your life. Walaupun aku annoying dengan kau, tapi aku tetap nak yang terbaik untuk kau. Kalau kau tak boleh nak go dengan dia kau cakap kak. It's okay kalau kau takut aku boleh tolong pujuk mummy daddy." terus serius jadinya perbualan mereka.
"Sayang jugak kan kau dekat aku." kata Aira sambil membuat hidung kembangnya. Langsung tidak endah dengan jelingan tajam adiknya.
"Alah kau ni, aku okay jela kalau kahwin dengan mamat beku tu. Lagipun kakak kau ni single and available. Sekarang ni aku just nak ikut flow jaa and orang cakap kalau ikut cakap orang tua ni hidup berkat. So kau doa jela yang baik-baik. Mana tau nanti tak sampai setahun kakak kau ni kahwin kau dah dapat anak buah. Anak buah yang semestinya comel and bijak macam ibu dia."
Aira kalau berangan haih. Tau la suka budak-budak.
"Kalau kau dah cakap macam tu legalah sikit hati aku. Sebab aku tak nak kau rasa terpaksa je kahwin nanti. And alang-alang kau cakap pasal anak buah, ni aku nak order anak buah setiap tahun sorang tau. Ish tak sabar pulak nak dengar kids panggil aku paksu. Mesti diorang mewarisi wajah elok aku ni. Eh jap, paksu ke? Macam tua sangat pulak. Erm Daddy Cu? Papa Cu? Abi Cu? Acu? Ay..."
"Hei dah-dah. Lebih-lebihnya kau. Taucu kau tak nak ke hah? Suka hati nak order setahun sorang. Kau ingat aku kisah ke dengan kau punya angan-angan tu. Dah sah-sah lah nanti aku kena dengar cakap laki aku. Mana tau dia nak anak setiap setahun dua orang. Aku kena ikut la."
"Biol la kau ni, nak cakap bebal belajar tinggi. Dah la aku nak naik atas. Turun ni pun sebab nak minum ja. Entah macam mana la boleh join drama korang pulak. Ni kak, kau jangan lupa pulak explain kat dia siapa aku. Kang tak pasal benjol kepala aku ni ha." ucap Faid serius lalu terus meninggalkan kakaknya yang masih tidak hilang tawa sedari tadi.
__________
"Aisy, come." seru Puan Aisyah.
"Ya ma, kenapa?" dia yang baru saja balik dari jogging itu langsung duduk di sebelah ibunya.
"Look, Aisy rasa design mana yang cantik?" tanya wanita yang berumur hampir separuh abad itu sambil menghulurkan telefon pintarnya.
"Mama nak beli baju? Untuk apa ni?" tanya Aisy sambil membelek gambar yang terpampang di dalam telefon pintar tersebut.
"Mama nak tempah baju untuk majlis Luth dengan Aira. Kan dah tak lama lagi. So ni few design yang mama dah tengok dekat butik Aunty Kasmah tadi. Mama tanya Aisy ni sebab mama nak sedondon dengan anak dara mama ni, boleh kan sayang. Aisy pilih la yang mana Aisy suka. Senang esok mama pergi butik tu balik untuk comfirmkan."
Langsung hilang mood seorang Aisy Zulaikha. Terasa lemah pengangannya ke atas smartphone ibunya itu. Tapi mengingatkan mamanya yang ada di sebelah, langsung dia berpura-pura kuat.
"Oh ya, betul jugak kan majlis tu dah nak dekat. Erm ma, Aisy tengok semua design cantik. Macam nak semua pulak hahaha boleh tak ma." gurau Aisy yang cuba menceriakan hati.
"Alah Aisy ni, keringla poket mama nanti." Puan Aisyah melayan sahaja kerenah si anak.
"Takda la mama, Aisy okay ja mana-mana pun. Mama pilih ja. Aisy trust your taste."
"Ala Aisy ni."
"Ni ma serius, maa badan Aisy ni dah masam bau peluh dah ni. Aisy naik dulu eh? Mama pilih ja anything Aisy pakai."
"Hm yelah."
"Aisy naik dulu ni?"
"Yee."
Sampai sahaja di dalam bilik, Aisy terus melepaskan tangisnya. Mana mungkin dia akan boleh tersenyum girang apabila dia dapat tahu yang dia bakal kehilangan Ian sepenuhnya tak lama lagi. Cukup banyak kenangan indah bersama Luth Arriyan yang masih kekal segar di dalam ingatannya.
"Ian, awak belum pulangkan lagi kunci hati saya yang saya berikan dulu. Saya masih sangat sayangkan dan cintakan awak Ian. Kenapa Ian langsung tak mau dengar penjelasan Ika."
Aisy sedar bahawa keputusan untuk lari dari masalah dahulu adalah keputusan yang paling salah dia telah lakukan. Tambahan pula kebencian lelaki itu terhadapnya cukup membuatkan hatinya terhiris pedih.
Flasback di Krabi
~ Luth dan Aisy jalan beriringan untuk menuju balik ke bilik selepas habis perbincangan dengan manager resort di cafe resort tersebut.
"Jalan jauh sikit boleh tak. I tak selesa. Adam ni pulak entah hilang ke mana." kata Luth. Semestinya dengan nada dingin.
"Ika nak cakap dengan Ian sikit boleh?"
"I told you, jangan panggil I Ian. "
"Fine, Luth. I nak pi cakap dengan you boleh?"
"About what? Kerja?"
"No, it's about us."
"Sorry, I tak minat." terus semakin laju langkahnya menjauhi Aisy Zulaikha.
"Luth Arriyan!" jerit Aisy.
"What!?" jawabnya lalu terus berpaling ke belakang.
"You memang langsung taknak tau ke sebab apa I tinggalkan you dulu." bicara Aisy yang kini semakin menghampiri Luth Arriyan.
"Haish you nak buat lawak apa ni, I malas la nak layan." kata lelaki itu sambil memicit dahinya.
"Dekat mana yang you rasa lawak Luth?" tanya Aisy serius.
"Okay maybe you lupalah kot or you saja buat-buat lupa. Let me remind you. Few years ago, you cakap you nak breaking up with me sebab you dah tahan dengan sikap I. I repeat, you tak tahan dengan sikap I. Jadi apa lagi sebab lain selain ni yang I tak tau Aisy?"
Mata Aisy Zulaikha sudah bergenang, hanya menunggu waktu untuk air mata mula muncul kan dirinya. Luth perasan akan hal itu, dia tidak dapat nafikan bahawa dia benci untuk melihat air mata wanita itu, dulu sebolehnya dia akan menjaga hati dan perasaan wanita itu daripada dilukai agar tiada setitis pun air mata wanita itu gugur. Sudah semestinya kerana besarnya cinta dia kepada wanita itu. Namun kini tidak lagi. Dia kentalkan hati untuk tidak merasa apa-apa.
"I terpaksa cakap macam tu Luth Arriyan. Sebab I sayang you."
"You ni betul-betul buat lawak lah. Fine lah sekarang I betul-betul terhibur, so you boleh stop." sinis Luth dengan ketawa puranya.
"I go first Miss Aisy Zulaikha, nak call Aira pulak ni. Rindu sangat dengan dia. Btw, you know who Aira is right? Esok jangan lambat datang meeting, bye."
Luth terus melangkah pergi tanpa menunggu balasan dari Aisy yang sedari tadi menatap sayu wajahnya. ~
Aisy menghapuskan air matanya, dia bangun lalu terus menuju ke bilik mandi.
"Enough Aisy, buat apa ingat perkara yang melukakan hati sendiri. As long he happy, you going to be happy to." sidikit bisikan semangat Aisy kepada dirinya sendiri.
Share this novel