Chapter 12

Romance Series 11726

Luth menggaru kepalanya yang tidak gatal. Fikirannya serabut sebaik sahaja mendengar maklumat yang disampaikan oleh Amy tadi. Memang dia boleh membantah, tapi dia tidak mahu Uncle Malik fikir yang dia suka campurkan hal peribadi dengan kerja.

"Aduh, kenapa la kau kena balik sini." bentak Luth seorang diri.

Luth mengemaskan dirinya apabila terdengar bunyi ketukan pintu dari luar.

"En Luth, ada apa apa yang En Luth nak sebelum saya balik ?" soal Amy.

"Nothing, you boleh balik. Erm you nampak Aira tak? Dia dah balik ke belum ?"

"Saya rasa Cik Aira dah balik. Saya nampak dia dekat lift tadi."

"Ouh okay, you boleh balik."

"Thank you bos." ujar Amy dengan senyuman walaupun dia tahu Luth takkan balas senyuman itu. Muka punya lah ketat. Nasib baik hati.

Luth mencapai telefonnya lalu mendail number Aira. Ini lagi sorang. Pagi tadi cakap sebelum balik nak jumpa. Ni dia dah balik dulu pulak. Nak masuk tiga kali dia menghubungi Aira, satu pun tidak berjawab. Jarang Aira berperangai macam ni. Bimbang tentang keadaan bakal isterinya, dia terus mengemas barang lalu menuju ke keretanya.

Luth memandu laju menuju ke rumah Aira, ingin melihat keadaan Aira selamat sampai ataupun tidak. Sampainya di kawasan rumah Aira dia memperlahankan kenderaan. Dia tiada niat untuk singgah pun, sekadar ingin melihat Aira sudah sampai atau belum.

Melihat kereta suzuki swift bewarna putih milik Aira elok terletak di dalam garaj, Luth melepaskan nafas lega. Mungkin Aira sedang mandi atau makan sehingga tidak dengar bunyi telefon. Dan mungkin Aira terlampau busy hari ini sehingga lupa tentang janji mereka untuk bertemu petang itu.

Luth terus memandu keretanya untuk pulang ke rumah. Dia juga letih hari ini. Letih kerana memikirkan Aisy Zulaikha yang kembali dalam hidupnya. Aisy Zulaikha cinta pertamanya, dia bimbang hatinya kembali bertaut kepada Aisy jika mereka sering berjumpa sedangkan dia bakal bernikah dengan Aira tidak lama lagi.

-------

"YaAllah banyaknya miss call. Tula kau Aira, silent phone lagi. Tak pasal kau kena habiskan kredit kau untuk call balik." bebel Aira seorang diri.

"Eh jap, kenapa semua call ni dari Abang Ian. Dia nak apa ?" lama Aira berfikir sebelum dia teringat janjinya untuk bertemu dengan Luth lepas waktu kerja.

Aira menepuk dahinya sendiri. Marahkan Luth sebab menipu tentang projek di Krabi itu, habis semua dia lupa. Dia pantas menghubungi Luth untuk memohon maaf.

"Hello husband to be. Assalamualaikum. Sihat ke bro? Tengah marah dekat someone ke tu? Nak Aira Zulaikha tolong pukulkan dia tak?" sapa Aira setelah Luth menjawab panggilannya.

"Waalaikumusalam. Haah tengah marah dekat someone. Rasanya you tahu kot sapa. Pergi la pukul dia."

"Ha kejap saya jentik telinga dia." kata Aira lalu menjentik telinganya sendiri. Dia tahu Luth marahkan dia.

Terdengar suara Luth ketawa di corong telefon. Lega hati Aira mendengar itu.

"Sorry ya Abang Ian. Aira betul betul terlupa. Banyak sangat benda yang Aira fikir. Aira janji lepas ni tak jadi dah macam ni."

"Find I maafkan, but next time jangan buat macam tu lagi. Kalau tak jadi nak jumpa, you boleh call je I. Takda la orang risau."

"Iya Aira janji."

"Ada apa you nak jumpa I tadi ?" tanya Luth.

"Nak bincang pasal majlis nikah kita. Mummy suruh. Dia nak kita bincang tema, tarikh, hantaran apa semua tu. Tapi mummy cakap kalau kita nak umi dan mummy handle semua pun takpe."

"Kita kan ada banyak masa lagi, kenapa nak rushing sangat."

Haih kau tak tau ke tiga bulan tu macam tiga hari je sekarang ni. Aku lastik dahi baru terbuka minda tu nanti. Kutuk Aira dalam hati.

"Mr Ian, lupa ka yang my family nak ke Jepun bulan depan. Jadi mummy nak uruskan mana yang sempat. Mummy taknak biarkan umi uruskan semua sendiri."

"Yaa I lupa pulak pasal tu. Lama ka you dekat sana ?"

"Hm adala dalam setahun, kenapa?"

"Seriously Aira, tak lawak!"

Aira yang dari tadi berdiri di tepi tingkap mengubah kedudukannya. Dia mengambil tempat duduk di atas sofa kecil dalam biliknya. Naik leguh dah kakinya berdiri.

"Ala Abang Ian ni, serius sangat. Tak lama pun Aira dekat sana. Abang Ian tak sempat nak rindu Aira pun. Jangan risau." kata Aira dalam tawa. Sengaja mahu mengusik Luth.

"Hei budak, kalau you duduk sana setahun pun belum tentu I rindu you tau." kata Luth dengan kasar, sengaja mahu sakitkan hati Aira.

"Eleh Aira tak heran la. Nanti Aira kat sana sibuk nak melayan si Faid tu tau, so kalau Abang Ian call Aira tak angkat tu faham faham la ye."

Ha amik kau. Aku tau la kau tak suka Faid, sengaja aku sebut. Nak sangat sakitkan hati aku kan.

"Ha dah dah. Back to our wedding. Aira macam mana? Nak decide sendiri or nak mummy dan umi uruskan?" sengaja dia mengubah topik. Tau sangat Aira tu. Kalau diajak sembang mengarut, dialah juara.

Aik terus tukar topik. Sakit perut Aira ketawakan Luth sebelum dia menjawab pertanyaan Luth.

"Kalau ikut Aira, Aira nak serah dekat mummy ja semua. Malas nak serabutkan kepala. Lagipun macam la Aira tak kenal Abang Ian macam mana. Nanti tak pasal Aira kena fikir sorang."

"Abang ikut Aira ja."

Aira ketawa mengekek mendengar Luth menbahasakan dirinya abang. Kali pertama dia dengar.

"Abang Ian salah cakap eh ?"

"Aira ni saja kan. Orang nak baik baik dengan dia, boleh pulak dia mengejek kita."

"Okayla sorry. Aira suka bila Abang Ian cakap lembut macam tu." kata Aira jujur.

"Aira, abang dah mengantuk ni. Pasal tadi tu kita bincang esok boleh? Waktu lunch."

"Ha boleh ja. Esok kita lunch sama. Goodnight Abang Ian."

"Goodnight Aira."

Aira mematikan panggilan itu lalu mencampak telefonnya ke atas katil. Dia terus berbaring di atas katil dan cuba untuk melelapkan mata. Namun fikirannya teringatkan Luth. Dia suka Luth yang sekarang.

"Tapikan, apa hubungan Abang Ian dengan Kak Aisy sebelum ni ha. Kenapa tengok diorang berdua macam pelik ja. Macam ada something wrong between Abang Ian and Kak Aisy." perkara itu kerap berlegar legar di fikirannya. Jauh dia mengelamun, Aira sendiri pun tidak sedar bila dia tertidur.

-------

Luth melabuhkan duduknya di atas sofa. Sepanjang bercakap dengan Aira tadi, tak lekang senyuman di bibirnya. Dia senang bersama Aira.

Tadi memang dia sudah mengantuk, tapi sekarang fikirannya tiba tiba teringatkan Aisy. Ini lah benda yang paling di tak suka. Jujur dia katakan dia rindu dengan suara, senyuman dan gelak tawa Aisy. Tapi hatinya sangat terluka dengan tindakan Aisy.

Luth melangkah menuju ke almari bajunya. Dia menbuka pintu almari lalu mengeluarkan sebuah kotak yang tersorok di bawah lipatan baju tshirtnya. Dia membawa kotak itu bersamanya lalu kembali duduk di sofa.

Dia membuka kotak itu lalu membelek satu per satu gambar dia bersama Aisy dalam kotak itu. Semua hadiah pemberian Aisy kepadanya semua disimpan elok di dalam kotak itu.

Sudah lama dia tidak membuka kotak itu. Memang dia pernah berniat untuk membuang tapi dia dapat rasakan hatinya akan lebih puas bila dia lemparkan semua barangan itu di depan muka Aisy bila mereka bertemu satu hati nanti. Sekarang Aisy dah balik, tetapi hatinya jadi berat pula untuk melakukan semua itu.

Adakah dia belum boleh melupakan Aisy sepenuhnya.

"No aku kena lenyapkan dia dari fikiran aku. Aku dah ada Aira. Aira dah cukup baik untuk aku. Aku akan cuba buka pintu hati aku untuk Aira. Aisy sejarah silam aku."

Luth menutup kembali kotak tersebut dan menyimpan kotak itu ke tempat asalnya. Dia menutup pintu almari lalu terus menuju ke katil dan merebahkan diri.

Baru dia hendak memejamkan mata tiba tiba telefonnya berdering. Melihat nama pemanggil di skrin telefon, Luth terus menekan butang merah.

Selang beberapa minit, satu pesanan daripada pemanggil tersebut masuk.

"Saya nak bercakap soal kerja."

Luth hanya memberi dan tidak memberi sebarang respon untuk pesanan tersebut.

"Apa la yang dia nak bincang malam malam ni. Tak tau ke malam waktu privasi." dia tak suka bincang pasal kerja pada waktu peribadinya.

Luth meletakkan telefonnya di meja sisi lalu mematikan lampu tidur. Tidak sampai berapa minit memejamkan mata, Luth hanyut dibuai mimpi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience