Chapter 27

Romance Series 11726

"She's Aisy, yes Aisy anak Uncle Malik and Aunty Aisyah."

Diam, hening, sunyi. Hanya bunyi suara coleteh penyampai radio sahaja yang kedengaran.

Aira memandang Luth dengan pandangan yang keliru. Luth yang sudah tidak berani menatap Aira hanya fokus terhadap pemanduannya.

"Oh !" respon Aira.

"Oh? Itu ja? Aira tak nak tanya abang apa-apa lagi?" Luth yang sememangnya terkejut dengan respon itu lantas memandang sekilas ke arah Aira.

"Aira dah agak dah abang memang ada something dengan Kak Aisy sebelum ni. Tapi takpelah, Aira tak kisah. Benda dah lepas kan."

"Aira tak takut abang jumpa dia. Yela abang kan ada projek sama dengan dia."

"Tak. Sebab Aira tau, cara abang layan Kak Aisy pun dah tunjuk yang abang betul-betul dah tak sukakan dia. Aira percaya abang." kata Aira sambil menghadiahkan senyuman manis kepada suaminya.

"Fuh leganya abang bila dengar Aira cakap macam tu. Terima kasih Aira." lepas satu beban yang ditanggung selama ini. Aira yang dilihat seperti keanak-anakan itu boleh menjadi sematang ini.

"Nak tau lagi tak sebab apa Aira tak takut?" segaja Aira ingin memanjangkan perbualan mereka.

"Sebab apa?" polos Luth bertanya.

"Sebab Aira ni lagi cute lagi cantik.." gurau Aira yang sudah mendekatkan wajahnya dengan ingin untuk menayangkan kecomelan dia itu.

"And sebab Aira yakin abang sayangkan Aira lebih daripada ex girlfriend abang tu. Kan kan." dengan muka tak tahu malu dia menguis-nguis lengan Luth untuk menyokong kata-katanya tadi.

"Hek eleh perasaan lah dia ni kan. Yelah-yelah betul la tu. Tapi sayang dengan cinta tak sama. You have to work harder untuk dapatkan cinta abang." kata-kata Luth yang padanya hanya dianggap gurauan.

Aira yang ada sikit terasa hati itu hanya diam. Dia hanya tersenyum dan ketawa untuk selindungkan perasaannya.

"Lagi satu, Aira yakin dengan Kak Aisy. Dia takkan ambil kesempatan dengan abang sebab Aira tahu dia hormatkan perkahwinan kita. Aira nampak Kak Aisy tu baik. Kadang Aira tertanya juga, macam mana korang boleh berpisah. Tapi, Aira hormat abang dan Aira tak minta abang cerita pada Aira." ikhlas dia berkata.

"Untung abang dapat isteri macam Aira. Dah la kelakar, comel, taat. Tapi ingat semua tu untuk abang tau. Orang lain takboleh tengok perangai gila-gila Aira lebih-lebih."

"Hahaha abang tahu tak abang tengah puji Aira sekarang ni. Abang dah campak mana ego abang yang sebelum ni." Aira langsung tidak mengambil serius dengan kata-kata Luth malah dia memilih untuk tertawa.

"Kan kita dah janji nak jadikan perkahwinan kita ni satu cerita yang indah. Abang tahu sifat-sifat tu boleh rosakkan ikatan suci ni. Abang janji selagi Aira tak melebihi had, abang akan sentiasa berlembut dengan Aira. Aira pun kena buat benda yang sama."

"Baik abang."

"Hm aku rasa aku yang nak tackle dia dulu lepas kahwin. Apasal pula macam terbalik ni. Tapi takpelah, asalkan dia boleh terima aku." bisik hati Aira.

__________

"Aira bangun. Kita dah nak sampai ni. Aira.."

Aira yang mendengar namanya sayup-sayup dipanggil perlahan-lahan membuka mata. Dia terus mengeliat untuk menegangkan semula urat-uratnya. Dia punya mengeliat memang tidak pandang kiri kanan. Habis muka suaminya menjadi mangsa. Luth yang ketika itu masih memandu hanya menepis lembut tangan Aira sambil menggeleng kepala.

"Wah cantiknya abang tempat ni. Tengok tu banyaknya sawah padi. Aaa nak tangkap gambar lah."

Aira lantas mengeluarkan telefon pintarnya untuk merakam beberapa gambar sawah. Sempat juga dia berselfie dengan berlatar belakangkan sawah padi.

Luth memarkir kereta betul-betul dihadapan rumah tunggal di tanah itu. Jarak antara rumah ke rumah agak jauh di kampung ini. Rumah Nek Lang yang memang kampung habis yaitu berdindingkan papan serta mempunyai tangga itu cukup membuatkan Aira menjerit teruja. Namun bukanlah keseluruhannya papan. Hanya sebahagian rumah.

Mungkin sengaja Nek Lang membiarkan bahagian itu berpapan agar feeling rumah kampung itu tetap ada di rumah mereka. Mendengar enjin kereta masuk ke halaman rumah. Nek Lang terus turun untuk menyambut cucu saudaranya itu. Aira yang sememangnya sangat penyayang berlari ke arah Nek Lang lalu memeluk wanita tua itu.

"Nek Lang, kenapa cantik sangat rumah Nek Lang ni." ramah Aira sambil bersalam menyium tangan Nek Lang.

"Apa ke peliknya kamu ni Aira, rumah kayu buruk Nek Lang ini dikatanya cantik." ujar Nek Lang sambil menyambut huluran tangan Luth.

"Mana ada buruk Nek Lang. Cantiklah ni. Mana nak jumpa rumah macam ni dengan KL."

"Dah nama pun bandar Aira. Memang la takde. Ni Nek Lang sorang ja ka? tanya Luth yang sempat lagi menyindir Aira. Menjeling Aira ke arah suaminya.

"Taklah. Si Amir ada. Dia cuti semester, itu yang dia teman Nek Lang dekat sini. Lepas tu Si Sarah tu ha, kerap-kerap datang sini."

"Oh yaka, okaylah tu. Ada juga Nek Lang berteman. Taklah sunyi. Ni Amir mana?" tanya Luth mengenai sepupunya yang berusia 19 tahun itu. Tidak salah dia, Amir tidak datang sewaktu hari pernikahannya. Hanya diwakili dengan Pak Uda dan Mak Udanya sahaja.

"Amir tu bukannya nak lekat kat rumah sangat waktu-waktu macam ni. Pergi memancing la dia tu."

"Ha mancing? Dekat mana tu Nek? Nak pergi!! Abang jomlah." minta Aira sambil terlompat-lompat.

Luth sudah tak terkata dengan keterujaan Aira.

"Kejap lagi lah. Ni tengok barang-barang kita pun tak bawa masuk rumah lagi. Ni sate ni, tadi sibuk cakap nak makan dengan Nek Lang.

Nek Lang merupakan ibu saudara kepada umi Luth. Ibu kandung Datin Dhia sudah lama meninggal. Umi babanya juga baru meninggal tiga tahun lepas. Jadi dengan Nek Langlah dia menumpang kasih sayang seorang nenek. Nek Longnya juga telah lama meninggal.

"Alah takpala Luth, kejap lagi boleh makan. Tengok Aira tu ha, muncung dah mulutnya."

Mereka melihat ke arah Aira yang sedang menguis tanah dengan kakinya.

"Kesian dekat abang, dah la penat drive jauh. Lepas tu orang tu tak nak bagi abang rehat dulu." kata Luth yang cuba memancing emosi Aira.

"Yela jom masuk dulu. Sini Aira tolong bawakan makanan." kata Aira yang telah merebut sate dari tangan Luth.

"Abang bawa beg, jom nek." arah Aira lalu menarik tangan Nek Lang untuk menuju masuk ke dalam rumah.

Pijak saja kaki Aira dalam rumah, terus ternganga mulutnya.

"Wah nek, ini la yang orang cakap don't judge a book by its cover. Luar macam tipical rumah kampung. Dalam macam rumah bandar. Nice la nek." melambung-lambung pujian Aira kepada Nek Langnya.

Nek Lang apa lagi. Memang kembang semangkuk la dia. Tak sia-sia dia menggunakan wang yang diberikan anak anaknya setiap bulan untuk menghias rumah.

"Biasa ja Aira. Jom duduk. Nek Lang ambik bekas kejap, nak hidang sate tu."

"Eh biar je la Aira buat." tawar Aira.

"Takpa, Aira duduk ja." kata Nek Lang lalu terus menuju ke dapur.

"Boleh tak tu."

Terdengar suara suaminya di luar rumah. Aira bingkas bangun.

"Abang cakap dengan hantu ke?" tanya Aira sambil menjenguk ke luar.

"Hantu apanya, ni ha Amir. Amir, ni kak Aira."

Entah bila Si Amir ni balik. Tiba-tiba muncul. Yang tahu dia selamat membantu Luth membawa beg yang berat itu ke dalam bilik. Kemudian keluar semula ke ruang tamu.

"Wah cantik eh bang. Hai Aira." sapa Amir dan lantas menghulurkan tangan untuk bersalam.

"Ha ya, memang tak batal pun wuduk kalau kau sentuh tangan dia kan Amir. Aku cakap Kak Aira. Bukan Aira." tegur Luth yang melihat riak Aira yang serba salah untuk menyambut tangan Amir.

"Dengar tadi macam ada orang tu sentap sebab tak boleh tengok Amir mancing." sewaktu dia sampai tadi, tiada siapa yang perasan kerana dia tidak menunggang motosikal. Jadi dia terdengar perbualan mereka tanpa sengaja.

"Abang Luth awak ni la yang tak bagi. Orang balik kampung nak jalan-jalan, dia suruh duduk rumah pula."

"Kan abang cakap tadi kita rehat dulu, bukannya tak bagi awak keluar langsung. Lagipun baru pukul empat lebih kan. Si Amir ni ja pelik, hari tengah panas lagi dia dah pergi mancing. Tunggu la teduh dulu. Tak takut sunburn ka?"

"Saya pakai losyen lah, mana ada terbakar. Awak apa tau."

"Amboi saya awak pulak." tegur Luth sambil mencekak pinggang.

Aira yang sedar akan kesilapannya itu terus bergerak memeluk pinggang Luth tanda minta maaf.

"Hahaha dah la abang, lawan dengan perempuan memang takkan dapat menang. Abang terima jela. Ok beautiful, dah teduh japgi Aira ikut Amir. Amir bawak Aira round kampung sekali."

"Panggilan tu Amir." tegur Luth lagi.

"Betul ke boleh?" Aira sudah menepuk-nepuk tangannya.

Melihat Amir mengangguk, langsung dia melompat girang.

"Alah abang takyah la serius sangat. Amir kan muda lagi. Aira pun muda lagi apa. Biarlah dia panggil macam tu."

"Tapi Aira ni isteri abang dia. Jadi kena la ikut pangkat."

"Apa-apa jela abang. Amir, jom makan. Kejap lagi kita keluar eh."

"Hahaha jom-jom."

Luth yang berdiri di sebelahnya langsung tidak dihiraukan. Panas hatilah dia.

"Amir gurau ja bang, takpa la Amir temankan Kak Aira. Abang mesti penat drive jauh." kata Amir sambil menepuk-nepuk bahu abangnya.

"Jangan merayau jauh-jauh pulak kejap lagi. Dah jom makan, abang ada beli sate. Nek Lang dah tunggu kat dapur rasanya tu." pesan Luth kepada Amir. Bukan Amir yang dia risaukan, sudah tentu Aira. Budak bandar first time masuk kampung kan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience