Chapter 7

Romance Series 11726

"Abang Ian. Nak tanya boleh?" takut takut Aira menyuarakan keinginannya.

"Hm apanya?" jawab Luth malas.

Mulanya dia memang tidak puas hati apabila uminya meminta dia meneman Aira mengambil doorgift yang telah ditempah untuk esok. Tapi setelah dipujuk dia akur juga. Bukannya dia belum baik dengan Aira, tapi peristiwa dia ofis semalam membuatkan dia sakit hati. Dia teringat kembali peristiwa yang memalukan tempoh hari.

Sementara menunggu makanan sampai Aira meminta diri ke toilet. Tiba tiba telefonnya berdering. Pada mulanya dia tidak mahu nengambil tahu tapi setelah hampir tiga kali telefon itu berdering dia melihat nama pemanggil.

Ingin tahu siapa yang tak faham bahasa itu. Kalau dah orang tak angkat tu maknanya orang sibuk la. Melihat nama pemanggil itu,moodnya terus hilang. Nak tahu sapa yang call. FAID. Hey dia ni nak apa. Taktau ke kami nak lunch ni. Nanti nanti lah call. Potong betul la. Dia tak kata dia sukakan Aira. Hubungan mereka tetap sama. Hari hari bergaduh.

Tapi dia selesa dengan Aira yang sentiasa ceria dan berterus terang tu. Tapi takde lah semua benda dia share. Terus terang tu maksudnya kalau dia tak suka something dia akan cakap tak suka. Contoh kalau haritu aku busuk. Direct je dia cakap dengan aku. Takda pusing pusing dah.

Tengah dia membebel seorang dia Aira datang.

"Aik makanan tak sampai lagi ke. Lapar ni." tanya Aira.

"Ada nampak makanan ke atas meja ni. Lagi mau tanya." balas Luth dingin.

"Dah kenapa singa jadian ni." kata Aira dalam hati.

" Ni yang nak sentap kenapa. Orang tanya ja kot. Benci la. Ni apasal telefon Aira ada atas meja ni. Skodeng eh?" tanya Aira keliru.

" Heh takde maknanya I nak skodeng. Tadi tu ada orang mana tah call. Apa pahit entah." kata Luth dengan selamba menukar nama Faid kepada pahit.

Aira tahu bahawa pahit yang dimaksudkan Luth itu Faid setelah dia memeriksa panggilan yang tidak dijawab di telefonnya.

"Lah yaka kenapa tak angkatkan. Mana tau emergency ke." kata Aira.

Adiknya itu memang susah nak telefon dia kalau takda benda penting. Kononya busy.

"Eh kalau aku angkat nanti tak pasal pasal pakwe kau ingat kau curang. Tu takpe lagi. Kalau dia cari aku pastu pukul aku sapa nak jawab." jawab Luth sedikit marah.

Orang dah tolong selamatkan dia tapi dia nak salahkan kita pulak.

"Pakwe sapa ?" lama dia berfikir baru dia teringat yang mungkin Luth salah faham.

Memang dia akan letakkan emoji love di setiap nombor ahli keluarganya. Termasuk umi baba. Luth dia letak emoji singa. Sebab dia singa jadian. Aira tersenyum sorang.

"Dah kenapa senyum sorang. Baru teringat ada pakwe." kata Luth yang semakin tidak puas hati.

"Ya sorry sorry Aira lupa. Kejap eh Aira nak pergi call PAKWE Aira semula." ujar Aira sambil ketawa geli hati melihat muka tidak puas hati Luth.

Dia bangun untuk menelefon adinya semula namun dihalang Luth.

"Aira duduk. Duduk I cakap." tegas dia berkata.

Entah kenapa dia tidak mahu Aira bercakap dengan si pahit tu. Dia tidak suka.

"Dah kenapa abang ni. Aira nak cakap sekejap ja. Mana tau ada hal penting." bantah Aira.

"Kalau Aira call jugak si pahit tu abang balik ofis sekarang jugak. No I mean I balik ofis sekarang jugak." haih nak marah tapi tersasul pulak. Mana pernah Luth bahasakan dirinya abang dengan Aira.

" Yang abang Ian tak bagi kenapa. Bukannya kacau abang Ian pun. Aira nak pergi cakap dekat sana bukan depan mata abang Ian. Ke abang Ian cemburu. Cemburu tu tandanya suka tau. Abang Ian ni tak suka Aira kan. So tak payah la nak halang halang Aira." bentak Aira dengan tegas.

Geram pulak dia dengan perangai Luth yang tiba tiba naik angin. Sebelum dia ke toilet okay ja. Ke aku ada bawak balik hantu dari toilet tadi lepas tu hantu tu pergi rasuk dia.

"Fine suka hati you la nak buat apa pun." dengan perasaan geram dia bangun dan melangkah keluar dari cafe. Dia hanya pekakkan telinga apabila Aira menjerit memanggil namanya.

"Aku cemburu ke ?" tanya Luth kepada dirinya sendiri.

"Lah tadi bagi orang tanya,bila orang tanya dia mengelamun pulak. Abang Ian dengar takk !" Aira sedikit menjerit mamanggil Luth.

Luth tersentak daripada lamunannya.

"Ha sorry sorry. Apa you tanya tadi." tanyanya ikhlas.

"Aira tanya abang Ian marah Aira lagi ka pasal kejadian dekat cafe tu. Aira mintak maaf. Faid tu sebenarnya.." belum sempat Aira menghabiskan ayatnya Luth terus memotong.

"Ha dah dah, I dah maafkan you. Tak payah sebut lagi pasal si pahit tu. I okay." kata Luth.

Dia dah mengalah. Luth sudah malas mahu bertekak tentang orang yang tidak dikenalinya.

"Betul ni, alhamdulillah la kalau macam tu. Tapi untuk Aira sedapkan hati Aira meh Aira belanja abang Ian coklat. Boleh ? Kalau betul abang dah maafkan Aira." pinta Aira.

Dia membuat muka comel untuk meraih simpati Luth. Luth terpaku melihat wajah comel Aira. Dia tidak menjawab pertanyaan Aira dan membuat gadis itu marah.

" Abang Ian ni memang spesis pekak ke ? Penat la panggil. Dari tadi asyik mengelamun je. Tak cukup besar ke lubang telinga tu. Ke nak Aira tukar dengan telinga gajah baru nak dengar hah?" ujar Aira dengan penuh perasaan geram.

"Ish apa pulak nak tukar dengan telinga gajah. Orang dengar lah. Tengah fikir ja nak mintak dekat you coklat apa. Kalut sangat dah kenapa. Baru tadi mintak maaf." kata Luth untuk menutup rasa malunya.

" Ouh ya eh. Ingat abang Ian termenung ingat dekat girlfriend lama. Dah jom sambil jalan pun boleh fikir nak coklat apa. Kalau abang Ian tak tahu sangat nak coklat apa. Aira belikan semua coklat dekat mall ni. Aira banyak duit tau." offer Aira.

" Eleh banyak mana sangat duit tu haa? Kerja pun tak sampai setahun." ejek Luth.

"Banyaklahh. Tapi duit daddy la. Tapi Aira boleh pinjam. Nak tak ?" lurus Aira bertanya.

Luth ketawa tidak henti mendengar offer Aira tadi. Seperti budak baru lepas habis tadika ja ayatnya.

" Tak payah la Aira. I main main je. Dah jom pergi ambil doorgift tu. Nanti baru kita fikir nak buat benda lain." ujar Ian dengan senyuman di bibir.

Dia menggosok gosok kepala Aira dengan lembut lalu jalan mendahului Aira menuju ke dekat doorgift itu. Aira terpaku sekejap.

Tidak percaya apa yang dia lihat. Seriously Luth Arriyan ketawa depannya. Dia tidak menyangka Luth mempunyai lesung pipit. Nampak comel je bila ketawa.

" Hm nampaknya satu skru dekat muka abang Ian dah tercabut." Aira bercakap seorang diri.

Dia tersedar yang dia telah mengelamun jauh. Dia terus mengejar abang Iannya yang telah jauh meniggalkan dirinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience