Chapter 22

Romance Series 11726

"Alhamdulillah finally sampai juga rumah, penatnya." laung Aira sejurus melabuhkan duduknya di atas sofa ruang tamu rumah mereka.

"Apa yang penat tah, bukannya kau yang bawak flight tu tadi pun. Ni haa, beg-beg yang banyak ni pun kau langsung tak reti nak tolong, huh." bebel Faid yang baru masuk ke dalam rumah sambil menolak bagasi besar, menjinjing beg di sebelah tangan lagi serta menggalas satu lagi beg di bahunya.

"Ala kecoh la, dah habis pun kan angkut semua beg tu. Akak ni kan perempuan, insan yang lemah. Tak kesian ke?" kata Aira sambil membuat mimik muka kesian untuk meraih simpati.

Faid membuat muka menyampah.

Melihat Tuan Zahil masuk ke dalam rumah sambil membawa beg, terus Aira bersuara

"Hey Faid! Engkau ni dah kenapa? Ada ka suruh daddy yang tua ni angkat beg. Teruk betul lah!"

Laju langkahnya mendekati daddy mereka untuk membantu. Tuan Zahil enggan memberi namun dah kalau Aira yang minta, terpaksa la dia bagi. Bebel anak daranya itu lebih merimaskan daripada bebel isterinya. Faid pula yang sedang menaiki tangga tersentak mendengar kata kakaknya.

"Haih ada juga orang makan kaki ni ha. Kau tak nampak ke kat tangan aku ni dah penuh hah!"

"Daddy tengok tu Faid marah Aira. Dia tak sayang Aira." muram wajahnya.

"Faid jangan la cakap dengan kakak macam tu." lembut teguran daddynya.

"Alah dia berlakon jela tu daddy. Haih mental aku dapat kakak macam ni."

Nampak Aira sedang menjelirkan lidah ke arahnya. Kan dah cakap, berlakon kuat budak ni. Malas melayan dia terus naik ke atas untuk menyimpan barang-barang. Kenapa la mummy tak suruh bibik mula kerja harini, kalau tak boleh la jugak tolong hm.

_____

"Assalamualaikum."

"Waalaikumussalam, lah Luth. Mana tau kami dah sampai rumah ni." jawab Puan Dhia yang terkejut melihat kunjungan bakal menantunya itu.

"Daddy yang bagitahu. Saja Luth datang, lama tak jumpa. Mana semua mummy?"

"Daddy dalam toilet tadi, kejap lagi mummy bagitau dia yang Luth datang. Mummy pergi buat air kejap ya."

"Eh mummy, seriously tak payah. Luth faham mesti mummy penat. Baru sampai kan. Luth baru ja lepas minum tadi. Sebenarnya Luth datang nak jumpa Aira ja. Aira ada?"

"Hm takpa la kalau Luth cakap macam tu. Kejap mummy panggilan Aira."

"Okay terima kasih mummy."

Luth sudah tak peduli apa pun. Lama dia tunggu untuk menjelaskan hal sebenar kepada Aira. Namun sekali pun Aira tak layan. Hatinya tidak tenang bila bergaduh dengan bakal isterinya itu. Dia tahu mesti Aira akan mengamuk sakan. Yela orang baru sampai, tak sempat melayan jetlag lagi dah ada orang kacau.

"Aira, ada orang nak jumpa." laung Puan Dhia sambil mengetuk pintu bilik anaknya.

Melihat tiada balasan yang diterima, terus Puan Dhia membuka pintu. Lah ingatkan tidur, rupanya sedang elok melayan movie sambil memakai headphone.

"Airaa!"

"Eh mummy, kenapa?"

"Tak dengar ke mummy ketuk pintu banyak kali tau."

Aira sengih sambil menayangkan headphone yang dipakainya.

"Tu Luth ada kat bawah. Nak jumpa Aira."

"Hah!" terkejut beruk Aira. Dia memang tak ready lagi untuk berjumpa dengan Luth. Bukan apa, dia malu kerana buat perangai berlebihan dengan Luth. Dia sedar kelakuannya tidak seiring dengan hubungannya dengan Luth. Dia bukan kekasih rasmi lelaki itu untuk cemburu berlebihan sebegitu. Mereka hanya setuju untuk berkahwin kerana kedua ibubapa mereka. Mesti Luth menyampah dengannya. Dia tidak tahu untuk membuat reaksi apa bila bertemu dengan Luth.

" Dengar tak ni, berkhayal pulak." Puan Dhia menepuk pipi anaknya perlahan.

"Dengar mummy, ish dia tu dah kenapa hah? Tak tau ka orang baru balik. Tak sempat nak rehat lagi. Ingat pergi Jepun tu mcm pergi Pulau Pinang. Cakap dekat dia jumpa dekat office ja. Aira taknak turun."

"Apa buat dekat Luth macam tu, tak baik la sayang. Dia rindu sangat la tu dekat anak mummy ni. Dah turun la, kesian Luth." pujuk Puan Dhia lembut.

"Aira taknak la mummy. Penat." Aira sudah ingin memulakan drama air matanya.

"Hey takkan nak suruh jumpa tunang pun nak menangis." kalut Puan Dhia mengesat air mata anaknya.

"Aira penat."

"Dah turun. Sekejap ja. Jangan sampai daddy yang datang panggil Aira."

Tiada pilihan lain, Aira keluar juga daripada biliknya. Mummynya pula masuk ke dalam bilik. Tidak mahu mengganggu katanya. Baru separuh tangga dia turun, dia sudah melihat kelibat Luth yang sedang duduk di sofa. Cantik daddy takda, bisik hatinya.

"Okay Aira, kau buat cool jaa. Marah ja dia macam kau takda salah apa-apa. Ingat perempuan selalu betul." Aira memberi semangat kepada dirinya sendiri.

"Nak apa?!"

Tiada salam,
Tiada senyum,
Terus dia menyergah Luth yang sedang leka menatap telefon. Dia nampak Luth agak terperanjat lalu terus menyimpan telefon dan melemparkan senyuman kepadanya.

"Aaa, duduk la dulu."

"Rumah Aira ke rumah Abang Ian ni? Suka hati Aira la." dengan muka garangnya Aira membalas.

"Asal balik dari Jepun jadi kerek semacam ni."

"Abang Ian nak gaduh ke!?"

"Tak bukan-bukan. Abang datang sebab nak berbaik dengan Aira la." ujar Luth lembut. Wah hilang terus ya baran dia bila bersama Aira.

Sudah penat berdiri, Aira melabuhkan punggung dia atas sofa bertentangan dengan Luth.

"Tau ka apa salah Abang Ian?"

Aira-Aira, betul-betul kerek kau ya.

"Sebab tak bagitau Aisy yang gantikan Izz untuk projek tu. Sumpah, masa abang bagitau Aira Izz yang pergi sana tu abang tak tipu. Abang taktau yang Uncle Malik dah pass projek tu dekat Aisy. Abang betul-betul tak tau. And takkan abang nak halang. Abang tak ada apa-apa hak pun. Abang taknak projek abang terganggu sebab benda-benda ni. Aira percaya kan?"

Aira pelik melihat sikap Luth. Kenapa Luth perlu menjelaskan sebegini sekali. Kenapa Luth perlu resah sampai sebegini apabila dia merajuk. Ahh Aira, jangan perasan lebih-lebih. Pesan Aira pada hatinya.

"Tu je salah Abang Ian?" marah dengan muka garangnya.

"Okay, next pasal gambar. Susah la nak cakap. Kalau abang sendiri fikir pun macam tak logik. Aira pun mesti taknak percaya." ujar Luth ragu.

"Cakap jela!"

"Iyalah nak cakap ni, sabar." geram pula Luth.

"Aisy terlandingkan kepala dia dekat bahu abang. Terlanding ja tau. Lepastu tak sampai lima saat pun abang dah tolak kepala dia balik. Tapi tak tau kenapa cepat sangat orang tangkap gambar. Percaya la Aira. Tapi abang dah settlekan, abang dah suruh orang tu delete."

Melihat raut wajah Luth, Aira tau dia jujur.

"Abang Ian kenal ka orang yang snap pic tu?"

"Ex girlfriend Izz. Maybe niat dia nak snap gambar Aisy ja kot." kata Luth.

"Okay."

"Itu je?"

"Dah tu, abang ada buat salah lagi ke?" Aira kembali membentak.

"Eh takda-takda." kata Luth sambil menyembunyikan riak wajahnya.

"Maksudnya Aira tak baca lah caption yang perempuan tu tulis. Fuh selamat aku. Benda tu la yang paling takut aku nak explain." kata hati Luth.

"Kenapa Aira marah sangat? Cemburu eh? Kalau cemburu tu tandanya sayang. Aira sayang abang ke?" Luth mula mahu mengusik.

"Abang jangan memandai eh, mana ada Aira marah."

Aira sudah agak. Luth mesti membangkitkan hal ini.

"Dah tu kenapa lansung tak jawab call abang masa dekat sana?"

"Suka hati Aira la. Kan Aira dah cakap, Aira busy dengan Faid!"

Langsung berubah muka Luth.

"Apasal nama Faid naik sekali ni?" kata Faid yang sedang menuruni anak tangga untuk mendekati mereka.

Dengan muka yang terkejut, Luth berpaling mencari arah suara itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience