Chapter 11

Romance Series 11726

Luth memarkirkan keretanya elok di dalam garaj rumah Tuan Zahil. Dia tersenyum kepada Puan Dhia yang telah sedia menunggu di depan pintu rumah. Luth ingin membantu Aira memimpin Tuan Zahil ke dalam rumah namun dihalang Aira.

"It's okay, Aira boleh pimpin daddy. Abang Ian boleh tolong keluarkan beg baju daddy dalam kereta?"

"Okay boleh boleh. Kejap lagi I bawa masuk."

"Thank you."

Puan Dhia meminta Aira membawa daddynya terus naik ke bilik. Dia menunggu Luth di muka pintu. Dia berjalan beriringan dengan Luth masuk ke dalam rumah. Dia meminta Luth duduk dia ruang tamu sementara pembantunya menyediakan minuman.

"Luth tunggu dulu ya. Kejap lagi mummy minta Aira turun. Mummy naik dulu nak tengok daddy." kata Puan Dhia lalu meninggalkan Luth sendirian.

Tidak lama kemudian Aira turun. Dia mengambil tempat di sebelah Luth.

"Aira, can I ask you something?"

"Abang Ian ni dah kenapa? Tanya jela." ujar Aira pelik.

"Pasal Faid. Kenapa Aira tak kahwin ja dengan dia. Lagipun your parents memang dah tahu pasal dia."

"Entah la..Aira pun tak tahu. Mungkin diorang lagi suka kalau Abang Ian jadi menantu diorang kot." kata Aira sengaja mahu menyembunyikan status Faid dalam keluarga mereka.

"Ee jawapan gred C. Takda jawapan lain ke?"

"Takde." balas Aira selamba.

"Dah lama ka you bercinta dengan dia?"

Aira menahan ketawa mendengar perkara itu. Jujur dia merasakan yang Luth Arriyan ni bendul jugak kadang kadang.

"Erm lama jugak la. Dari kecik."

"Nampak sangat menipu jawapan tu Aira Zulaikha."

"Betul la, terpulang la nak percaya atau tak." ujar Aira dalam tawa.

"I balik dulu la Aira, plan nak masuk office lepas lunch." pinta Luth.

"La tak sempat minum lagi. Lunch jela dekat sini."

"Takpa. Lagipun I memang nak balik tukar baju. Takkan nak pakai tshirt masuk office."

"Okay apa pakai tshirt. Handsome je." kata Aira perlahan.

"Wait you cakap apa tadi?"

"Nothing." kata Aira cuba menutup malu.

Selepas meminta izin untuk pulang dari Puan Dhia, Luth terus menghidupkan enjin keretanya untuk pulang. Dia sempat melambai tangan kepada Aira yang menghantarnya pulang hingga ke luar rumah.

"Drive safe" pesan Aira kepada Luth. Hilang saja bayang kereta Luth dia terus masuk ke rumah. Dia juga mahu bersiap dan masuk ke office. Sudah lama dia bercuti kerana menjaga daddynya di hospital.

-------

Aisy Zulaikha mengeluh panjang di dalam kereta sebelum masuk ke dalam bangunan Luq's Buildings. Pelbagai perasaan yang dia rasakan waktu itu. Perasaan yang paling banyak ialah takut. Ya dia takut untuk berjumpa dengan Luth Arriyan. Walaupun dia berjumpa hanya soal kerja. Teringat pula peristiwa adiknya meminta dia menggantikan Izz Mikail untuk menghadiri temujanji dengan Luth.

"Akak please tolong adik. Adik kena keluar sekarang ni. Bolehla kak." rayu Izz kepada kakaknya.

"Ala adik ni. Selalunya siapa yang cover kerja adik bila adik ada emergency?" tanya Aisy malas. Bukanya dia tak mahu tolong. Tapi bila berurusan dengan syarikat Uncle Luq dia jadi malas. Malas untuk berjumpa dengan Luth.

"Selalunya adik cancel ja. Tapi dah akak tak ada kerja lagi nak kena handel, akak tolong la adik. Boleh la. Adik bukan apa, kalau akak tak pergi nanti takut Abang Luth marah. Sebab dah last minute sangat kalau nak cancel pun. Lagipun dia memang serius bab kerja."

"Alaa kau ni kan. Yala yala akak tolong. Bagi semua fail dekat akak. Akak nak tengok. Meeting lagi sejam kan."

"Haah lagi sejam. Thank you akak. I love you. Bestnya akak dah balik."

"Ha tak payah nak lebih lebih. Nanti sampai turn akak nak minta tolong adik, jangan berani nak mengelat pulak ya." kata Aisy lalu terus keluar dari bilik adiknya. Geram pulak dia.

Aisy melangkah keluar dari keretanya apabila melihat jam sudah hampir pukul tiga petang. Dia terus ke kaunter utama untuk bertanya di mana bilik Luth. Maklumla ini kali pertama dia ke sini. Selepas mendapatkan maklumat dia terus menaiki lift ke tingkat 16. Dia berjumpa dengan PA Luth bagi meminta kebenaran untuk masuk.

"Hai miss. Boleh saya jumpa dengan En Luth?"

"Cik dah buat appoiment ka?"

"Saya wakil dari Malik Holdings, gantikan En Izz Mikail. Saya rasa boss awak dah tahu pasal appoiment ni."

"Oh wakil dari Malik Holdings. Maaf ya. Silakan masuk, En Luth telah menunggu."

"Okay terima kasih." ucap Aisy dengan memberi senyuman ikhlas kepada PA Luth.

Aisy menolak pintu bilik Luth lalu terus menyapa Luth. "Mr Ian. Boleh saya masuk?"

Luth memberi isyarat tangan tanda menyuruh orang itu masuk tanpa melihat orang yang meminta izin itu. Dia menyangka orang itu ialah Aira kerana hanya Aira yang memanggilnya Ian.

"Aira nak apa cari I ni. I ada meeting dengan wakil Malik Holdings. Dah tak ada kerja sangat ke nak buat dekat tempat awak tu. Potong gaji nanti." kata Luth bersahaja sambil matanya tidak berhenti memandang skrin laptopnya.

"Sorry En Ian, saya Aisy Zulaikha, bukan Aira."

Luth terus memandang wajah orang yang berada di depannya. Dia agak terkejut. Kenapa Amy langsung tidak memberitahu ada orang yang tidak membuat temujanji ingin berjumpa dengannya. Memang nak kena potong gaji Amy ni.

"You buat apa dekat sini. I ada meeting dengan orang lain. You boleh keluar."

"Saya wakil dari Malik Holdings "

"I deal dengan Izz Mikail, not you."

"Izz tak dapat hadir, dia minta saya gantikan."

"Kenapa dia tak inform I."

"Dia takut awak marah sebab cancelkan last minute."

"It's okay, bagitau dia meeting tunda esok. Saya tak selesa berbincang dengan orang lain."

"Mr Luth Arriyan. Boleh tak profesional sikit. Saya atau Izz sama ja. Kita berbincang mengenai projek syarikat sahaja. Tolong jangan buang masa saya." kata Aisy sedikit marah. Benci betul dengan orang yang tak boleh bezakan hal kerja dan hal peribadi.

"Find." Luth tahu tiada guna dia bertekak. Aisy tetap Aisy. Seorang yang tegas.

Mereka memulakan perbincangan mengenai projek di Krabi. Luth sangat serius dan ingin menghabiskan perbincangan mereka dengan cepat. Tidak hampir setengah jam, perbincangan mereka selesai.

"So I hope your team can do the best untuk projek kali ni. Satu lagi, tolong ingatkan Izz Mikail tentang lawatan projek ke Krabi next month. Kalau dia tak dapat pergi minta Izz Mikail hantar wakil sebab your team pun kena tengok keadaan di sana."

"Okay saya akan remind Izz pasal ni. Ada apa apa lagi?"

"No, itu saja. Nice to work with you."

"Thank you." kata Aisy dengan senyuman. Sedang dia mengemas barang untuk keluar dari bilik Luth Arriyan, pintu bilik Luth terbuka. Terjengul wajah Aira di situ.

"Sorry ganggu. Tak tahu pulak Abang Ian ada tetamu sebab Amy takda dekat depan. Aira masuk sebab nak hantar fail ni."

"It's okay. Meeting dah habis. Ni wakil dari Malik Holdings. Kami bincang pasal projek dekat Krabi." terang Luth kepada Aira. Bimbang Aira salah faham. Pelik pulak Luth dengan dirinya sendiri. Kenapa dia nak jaga hati Aira. Jangan cakap dia dah jatuh hati dengan Aira.

"Abang Ian dah kenapa. Aira tak cakap apa pun. Kalau Abang Ian nak berdating sekali pun terpulangla abang." kata Aira. Dia teringat kata kata Luth dua minggu lepas semasa mengambil daddynya dari hospital. Bukanka wakil dari Malik Holdings tu Izz Mikail, bukan Aisy.

"Hai kak Aisy. Lama tak jumpa, akak sihat?" tanya Aira dengan ikhlas.

"Hai Aira, I'm fine thank you. Sorry Aira, akak rushing ni. Nanti kita jumpa okay." bohong Aisy, sebenarnya dia malas mahu melihat Aira dengan Luth. Dia cemburu melihat Aira rapat dengan Luth.

"Okay I have to go." kata Aisy sambil mengambil semua barangnya. Dia bangun lalu berjalan keluar dari bilik Luth.

"Aisy, jangan lupa pasal site visit dekat Krabi." Luth sempat berpesan.

"Alright."

Aira yang mendengar itu memandang Luth dengan geram. Pandai menipu jugak rupanya Luth Arriyan ni. Kalau nak menipu pun jangan la sampai kantoi depan aku. Cakap pergi dengan Izz tapi deal dengan kakak Izz. Bagi makan selipar jepun baru dia tau.

"Okay Aira pun nak keluar dah."

"Aik cepatnya. Busy sangat ka?"

"Haah." kata Aira lalu terus meninggalkan Luth yang terpingga pingga.

Luth hanya melihat wanita itu keluar tanpa bertanya mengapa dia berkelakuan seperti itu. Malas mahu fikir Luth terus menyambung kerjanya dengan menyemak fail di atas mejanya.

-------

"Cik Aisy, Tuan Malik minta cik masuk ke biliknya sekarang." Aisy hanya mengangguk kepada pembantunya, Kak Eyra.

"Kalau tiada apa apa lagi, saya keluar dulu."

"Okay akak, terima kasih."

Aisy mematikan laptopnya lalu mengambil buku catatannya. Dia menuju ke bilik papanya yang berada di tingkat paling atas. Dia mengetuk pintu bilik papanya sebelum menerima arahan untuk masuk.

"Yes papa. Ada apa papa nak jumpa Aisy?"

"Duduk dulu Aisy, tunggu Izz sampai." pelawa Tuan Malik kepada anaknya.

"Okay pa."

Baru saja Aisy duduk, Izz Mikail sampai. Dia terus mengambil tempat duduk di sebelah kakaknya.

"Izz, berapa banyak projek yang Izz sedang handel sekarang?"

"Erm dalam lima projek papa. Why?"

"Termasuk projek di Krabi?"

Izz mengangguk.

"Papa nak Izz serahkan semua detail projek tu kepada kakak. Papa nak kakak mula belajar untuk handel projek."

Terkejut Aisy mendengar itu, projek yang paling dia tak mahu la dia kena uruskan.

"Boleh, nanti Izz uruskan." kata Izz Mikail dengan senyuman. Seronoklah kerana dah lepas satu beban.

"Papa, Aisy kan baru lagi. Lagipun tu projek besar. Bagi Aisy projek lain lah."

"Aisy cuba la dulu. Papa yakin Aisy boleh buat. Masa ni la Aisy tunjuk kemampuan Aisy. Lagipun projek lain dah lama mula. Projek dekat Krabi ni baru nak start. Papa nak Aisy uruskan semuanya dari awal."

"Papa tahu kan projek tu dengan kerjasama Luq's Buildings. Aisy tak selesa lah."

"Aisy, sepatutnya Aisy tak boleh campurkan hal peribadi Aisy dengan kerja. Papa percaya Luth tu profesional. Dia takkan campur personal dengan kerja. Lagipun papa dah inform pembantu Luth pasal ni."

Aisy mengeluh panjang. Profesional la sangat si Luth tu, tadi pun dah menunjukkan yang dia tu tak profesional langsung. Tiba tiba dia teringat pasal site visit di Krabi.

"Wait pa, kalau Aist take over projek ni, next month punya site visit Aisy la yang kena pergi ?" soal Aisy bimbang.

"Pandai pun." balas Tuan Malik.

Aisy diam tidak terkata. Geram dia melihat adiknya yang tersengih dari tadi. Apapun dia kena terima kerana dah menjadi tanggungjawab dia sekarang. Dari sudut positif, mungkin dia boleh pulihkan hubungan dia dengan Luth melalui projek ini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience