Chapter 8

Romance Series 11726

"Aisy Zulaikha, dah siap ka belum? Mama nak pergi awal ni. Boleh tolong apa yang patut." suara Puan Aisyah kedengaran dari luar.

"Ya ma. Aisy tengah siap ni. Nanti dah siap Aisy turun." balas Aisy malas. Mendengar balasan okay daripada mamanya. Dia sambung bersiap.

Bukan apa. Sebenarnya dia memang tak ikhlas pun ikut mamanya ke majlis kesyukuran tu. Letih satu hal. Nak pulak ada majlis Ian dengan anak kawan mamanya itu. Dia terpaksa ikut untuk membuktikan kepada papanya bahawa dia telah melupakan Ian. Itu pun selepas papanya menegur tentang kelakuannya yang tidak ceria dan tak mahu makan malam bersama semalam.

Melepaskan cinta pertama. Satu perkara yang sangat perit.

"Selagi Ian tak kahwin dia bukan milik sesiapa. Aku kena jumpa dia. Aku kena jelaskan perkara sebenar. Belum cuba belum tentu. Mana tahu Ian masih sayangkan aku. Tapi apapun aku akan redha. Kalau Ian tetap tak boleh terima aku lepas tahu perkara sebenar aku boleh tarik diri. Mungkin Ian bukan untuk aku. Tapi bukan harini. Tunggu la waktu yang sesuai." tekad Aisy.

Entah apa yang telah memasuki fikiran dia. Dia yang sebenar bukan begitu. Dia tidak akan mementingkan dirinya sendiri. Tapi tentang hal ini dia menjadi lain. Mungkin kerana terlalu sayangkan Ian.

Selesai saja bersiap,dia terus menuruni tangga. Dia mengenakan jubah moden bewarna biru gelap dan selendang bewarna hitam. Mata dia meliar mencari mamanya di ruamg tamu.

"Mana mama ni, tadi nak cepat sangat." katanya perlahan.

" Maaa, where are you? Aisy dah siap ni! " jerit Aisy.

Belum sempat dia menjerit untuk kali kedua dia tersentak dengan bunyi hon dari luar.

"Lah dah kat luar rupanya mama aku. Penat aku cari. Excited sangat ni." ujarnya sendiri sambil tertawa.

Dia keluar dari rumah dan menyarung kasut. Selasai mengunci pintu dia terus masuk ke kereta di sebelah tempat duduk penumpang. Terus kereta mewah milik Puan Aisyah itu bergerak laju.

"Amboi mama, excited sangat ni. Tak lari kemana pun rumah diaorang tu ma." ujar Aisy bersahaja.

"Alah mama nak cepat ni. Dah pukul sebelas ni. Majlis nak mula lagi sejam. Nanti apa pulak kata Aunty Dhia kita datang lambat." balas Puan Aisyah.

"Iyala mama." balas Aisy yang sudah malas mahu bertekak dengan mamanya.

"Ha Aisy diam kan senang. Aman sikit mama nak drive." gurau Puan Aisyah. Mendengar itu terus Aisy menarik muncung panjang.

Perjalanan mereka mengambil masa lebih kurang setengah jam. Sampai sahaja di rumah sahabatnya itu dia terus menghembuskan nafas lega kerana tiada lagi kereta tetamu yang datang. Yang ada cuma kereta Datin Hani dan suaminya.

"See ma. Mana ada orang lagi. Mama tu kalut sangat." tegur Aisy kepada ibunya.

Mana taknya. Dia yang duduk di sebelah tempat pemandu itu tidak berhenti beristigfar kerana mamanya itu memandu laju bukan main lagi. Macam ada kecemasan. Takut nanti tak dapat makan nasi kenduri, yang dapat nasi hospital.

" Yela yela,Aisy menang. Dah jom masuk. Boleh tolong apa yang patut." arah Puan Aisyah lalu bergerak keluar dari kereta.

Mereka berdua berjalan beriringan masuk ke dalam rumah banglow mewah itu. Aisy baru perasan kereta yang ada di tempat letak kereta rumah itu. Kereta Uncle Luq. Hatinya terus berdebar. Ian terus bermain difikirannya. Dia menarik nafas panjang dan meneruskan langkah. Dalam hatinya berdoa agar semuanya baik baik sahaja. Bimbang juga bila Ian naik marah apabila melihat mukanya.

"Assalamualaikum." salam diberi oleh Puan Aisyah.

Beberapa saat kemudian mereka disambut dengan senyuman manis Puan Dhia. Setelah berpelukan dan bertanya khabar, Puan Dhia menjemput sahabatnya itu masuk. Tak lupa juga pada Aisy. Sejujurnya Puan Dhia tidak rapat sangat dengan Aisy kerana sebelum mereka berhijrah ke US, keluarga Aisyah menetap di Kedah. Jarang jarang jumpa.

"Eh lupa tanya, mana Malik. Tak datang sekali ka ?" soal Puan Dhia kepada Puan Aisyah.

"Tak, dia ada emergency tadi dekat site. Itu yang dia tak datang. Dia wakilkan Aisy la untuk ganti dia." terang Puan Aisyah.

Puan Dhia hanya mengangguk mendengar itu.

"Ni ada apa apa yang nak kami tolong tak? tanya Puan Aisyah ikhlas.

"Dah takde apa. Semua pihak catering dah uruskan. Lagipun kami panggil ni bukan nak suruh buat kerja. Datang makan je." ujar Puan Dhia sambil menepuk lembut tangan Puan Aisyah.

Sedang mereka berbual, terjengul wajah Datin Hani dari dapur. Entah apa yang dibuatnya. Dia berpelukan dengan Datin Hani yang baru nampak muka.

Tiba tiba Datin Hani teringatkan Luth dan Aira. Dah lama mereka berdua keluar untuk membeli sedikit pencuci mulut tambahan. Memang takda kerja budak berdua tu. Dah banyak makanan pun tetap rasa tak cukup. Dah tak larat nak dilarang Puan Dhia dan Datin Hani biarkan saja.

"Dhia, mana budak berdua tu ? Tak balik lagi ?" tanya Datin Hani kepada Puan Dhia.

Puan Aisyah hanya mengelengkan kepala dan tersenyum. Hatinya senang melihat Aira dan Luth semakin rapat. Sekurang kurangnya takdalah mereka mengamuk sangat pasal majlis merisik tu.

"Dah lama ka Luth dengan Aira tu bercinta. Hani tak bagitau saya pun kan." kata Puan Aisyah memecahkan sunyi.

Aisy yang diam sedari tadi berasa tidak sabar untuk mendengar jawapan daripada umi Ian. Entah kenapa dia terlalu berharap.

"Diaorang tak bercinta pun." ujar Datin Hani bersahaja.

Terkejut Puan Aisyah dan Aisy. "Habis tu diaorang tahu ke pasal plan ni ?" tanya Puan Aisyah bimbang.

Puan Dhia menenangkan Puan Aisyah. Dia menceritakan perjanjian dia dengan Datin Hani dahulu. Kata Datin Hani rancangan itu telah dilupakan sewaktu Luth bercinta dengan Aisy. Tapi selepas mereka putus Datin Hani meneruskan rancangannya kerana Luth seakan sudah tidak mahu bercinta lagi. Dia juga tidak menyalahkan Aisy. Mungkin mereka tiada jodoh.

Sedang rancak mereka berbual, kedengaran salam dari luar. Aira dan Luth masuk ke rumah dengan senyuman namun senyuman Luth mati apabila melihat Aisy Zulaikha berada di dalam rumah.

-------

"Hai mummy, umi, aunty, akak." Aira menegur semua orang yang berada di ruang tamu.

Daddy dan babanya entah hilang ke mana. Dia bersalaman dengan aunty dan akak yang tidak dikenalinya itu. Selepas mummynya memperkenalkan diri baru dia faham. Rakan karib mummy dan umi rupanya. Akak itu pulak anak Aunty Aisyah, Aisy Zulaikha. Aira terfikir bagaimana nama mereka nak dekat sama. Namun dia abaikan saja.

"Abang Ian. Yang termenung tu kenapa. Teringat aunty yang minat dekat abang Ian tu ke?" usik Aira.

Dia teringat ada seorang makcik yang tidak berhenti memandang muka Ian sewaktu berada di cafe Secret Resepi tadi. Marah Luth apabila Aira tak habis habis mengejek dia dengan makcik itu.

"Tak payah nak memandai mandai. I termenung tengok bila you ni nak berhenti bercakap and tolong I angkat semua kek kek ni. Ingat ringan ka. Time pilih tadi bukan main,time nak bawak, macam macam alasan. Nah pergi suruh Makcik Sal hidang." bebel Luth tanpa berhenti.

Dengan wajah yang mencuka kerana dimarahi Luth, Aira mengambil beg plastik di tangan Luth dan menuju ke dapur. Dimanggil nama pembantu rumahnya Makcik Sal dengan mulut tidak henti henti memerli Luth. Abang Ian poyo lah, Abang Ian monyet lah, Abang Ian singa lah. Macam macam. Mereka yang mendengar hanya menggelengkan kepala.

Sebenarnya Luth bukan termenung menunggu Aira. Dia termenung melihat Aisy Zulaikha. Tipulah kalau dia kata dia tak rindu. Cinta pertama kot. Namun dia dah berjanji kepada dirinya supaya tidak mudah jatuh cinta kembali.

Hati Aisy sedih melihat keakraban Luth dan Aira. Dia tahu yang Luth tidak suka melihat dia ada di sini. Langsung Luth tidak memandang wajahnya. Benci sangat agaknya.

Lamunan Aisy terhenti apabila mamanya mengajak dia pergi ke dapur kerana tetamu sudah mulai datang. Mereka akan membaca yassin di ruang tamu.

Walaupun keluarga Tuan Zahil sangat kaya dan dia mempunyai gelaran Dato Sri, dia tidak suka berlebihan. Baginya tamat sahaja kerja dia dengan syarikat kedutaan, tamatlah gelaran itu. Keluarga mereka sangat merendah diri. Majlis ini pun diadakan dengan cukup sederhana.

-------

Semua tetamu sudah mula makan sejurus sahaja selasai majlis bacaan yassin tadi. Tidak putus putus rumah Tuan Zahil dikunjungi tetamu. Luth sibuk membantu menambah lauk yang telah yang telah berkurangan di dalam tray.

Sedang dia berjalan laju membawa gulai daging ke hadapan, tiba tiba...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience