Chapter 31

Romance Series 11726

Nampak sahaja Aira turun, terus Aisy mendapatkan Aira. Tidak dia hiraukan muka masam isterinya bekas kekasihnya itu.

"Aira, akak minta maaf. I'm sure Ian dah cerita dekat Aira, and please percaya apa yang dia cakap tu semua betul. Akak tak sengaja Aira." ikhlas Aisy memohon maaf.

"Ya takpa. Aira memang sentiasa percayakan suami Aira. Harapnya dengan kepercayaan Aira ni dia dengan orang lain tak ambil kesempatan la. Ye tak kak?" sengaja dia menduga Aisy.

"Aira jangan risau, Ian manusia yang paling setia dan kalau dia dah cintakan seseorang tu, dia takkan pernah berpaling. Percaya la cakap akak, akak kenal Ian."

"Dia cintakan aku pun tak, jadi tak mustahil dia boleh berpaling." bisik hati Aira sendiri.

"Aira tak gaduh dengan Ian kan? tanya Aisy bila melihat Aira hanya diam.

"Tak-tak. kami okay ja. Takpa, kalau akak tak bagitau pun saya tau dah akak. Dia kan suami saya."

"Iya akak tahu Ian sekarang suami Aira, tapi korang kan tak bercinta sebelum kahwin. Itu yang akak kongsi dengan Aira sikit-sikit Ian ni macam mana orangnya."

"Sapa cakap kami tak bercinta sebelum kahwin? Abang?"

"Eh tak, akak dapat agak sendiri la. Yela macam akak cakap, akak kenal dia."

"Kenal tak semestinya akak tahu semua pasal abang kan. Lagi satu, boleh tak Aira nak minta akak jangan bahasakan Abang dengan nama Ian. Dia tak suka, kalau abang dengar mesti dia marah. Dah la akak, jom makan. Umi dah tunggu tu."

Terdiam Aisy mendengar ucapan Aira. Jujur apa yang dia cakapkan langsung tiada niat untuk sakitkan hati Aira. Dia hanya ingin berkongsi. Diam dia mengikut langkah Aira je meja makan.

"Eh semua belum makan lagi?" sapa Luth yang baru saja turut serta di meja makan.

"Belum, tunggu Luth la makan sekali." balas Puan Aisyah.

"Oh yaka, kalau macam tu jom la makan."

"Eh Luth, tadi baru lepas mandi umi rasa. Tukar baju lagi?"

"Iya umi, taktau kenapa rasa panas pulak. Itu yang mandi lagi." ujar Luth menutup perkara sebenar.

"Ish kamu ni, mesti dekat rumah Aisy jenuh nak membasuh baju. Umi offer maid taknak. Nak privacy."

Serentak Aisy dan Aira mengangkat muka. Luth pula menelan liur kelat. "Ish boleh pulak umi tersalah cakap, dah la mood maharani aku ni tak berapa baik." gumam Luth.

Melihat semua orang memandangnya, lantas umi menepuk mulut. "Aira...maaf sayang umi tersasul. Umi tak senjaga sayang."

"Takpa umi, tersalah sebut ja kan. Jangan umi tertukar or terlupa sudah la." ujar Aira dengan cuba menyelitkan jenaka walaupun hatinya tetap ada gusar.

__________

Tegang.

Itulah suasana di dalam kediaman Luth Arriyan dan Aira Zulaikha sekarang. Aira hanya diam, mencerna kata-kata Aisy padanya di rumah Datin Hani tadi. Luth juga diam, kerana risau tersalah cakap memandangkan Aira masih lagi kelihatan marah.

"Abang, Aira nak tidur ni. Abang ada nak apa-apa tak before Aira tidur?"

Begitulah selalunya, marah atau terasa hati sebanyak mana pun, tanggungjawab tetap Aira tidak lupakan.

"Abang nak kita bincang dulu pasal siang tadi boleh? Abang tak nak Aira tidur dalam keadaan masih marahkan abang." lembut Luth cuba memujuk.

"Aira okay ja. Kan Aira cakap Aira percaya abang." balas Aira sambil menegangkan alas katil. Kebiasaannya untuk memastikan semua benda kemas.

"Tapi kenapa Aira taknak cakap dengan abang?"

"Sekarang ni bukan tengah bercakap dengan abang ka?" Aira memulangkan semula soalan.

"Aira sini. Duduk sebelah abang."

Agak tegas kedengaran suara suaminya kali itu dan membuatkan Aira terus menurut. Mengambil tempat di ruang rehat dalam bilik mereka. Sebelah suaminya.

"Abang nak Aira bagitau abang. Semua yang ada dalam fikiran Aira. Apa-apa ja. Please Aira Zulaikha."

"Kenapa Aira kena bagitau abang." duga Aira.

"Sebab abang tak suka Aira macam ni. Aira buat tak endah ja pada abang. Tak manjakan abang. Tak mengekor abang ke sana sini macam yang selalu Aira buat. Aira kan jenis pantang tengok abang duduk sorang tak buat apa-apa, mesti Aira nak menyibuk. Tapi sekarang dari tadi abang termenung dekat sini, Aira pandang pun tak. Aira dah tak sayang abang ka?" panjang lebar Luth menyatakan rasa hatinya.

"Aira sayang abang. Of course. Sangat-sangat."

"Then, kenapa tak nak bercakap dengan abang."

"Tapi.."

"Tapi apa sayang?" tidak sabar dia menunggu.

"Abang sayang Aira. Betul-betul sayang Aira?"

"Mestilah. Kenapa tanya macam tu sayang." terus Luth merangkul pinggang isterinya.

"Okay fine abang sayang Aira. How about cinta? Love? Do you Love me?"

Terdiam Luth.

"Tadi cakap nak bincang, sekarang diam pulak." tegur Aira. Tidak dapat dinafikan, hatinya bergetar sayu.

"Aira tau abang sedang usaha nak cintakan Aira seikhlas hati abang kan. Aira sendiri cakap nak bagi abang masa. Kenapa nak desak abang pulak sekarang ni. Yang penting Aira tahu abang ni untuk Aira sorang ja. Kita dah terikat dengan perjanjian yang takkan boleh kita mainkan. Abang takkan boleh mainkan atau berpaling dari Aira dah. Tu dah cukup untuk buat Aira untuk rasa tenang kan." balasnya tanda sedar ada kata-kata yang menyakitkan.

"Oh abang rasa terikat dengan perkahwinan ni? Rasa terkongkong?"

"Bukan tu maksud abang Aira. Abang cuma..."

Belum Luth habis bicara Aira memotong lagi. "Macam mana Aira boleh yakin abang takkan berpaling kalau dalam diri abang tu dah sedari dulu tetapkan yang abang akan setia dan takkan berpaling dengan orang yang abang cinta ja. Tapi rasa cinta abang dekat Aira tu tak ada, macam mana Aira nak yakin?!"

"Apa Aira cakap ni, abang tak pernah cakap macam tu pun kan!" ternaik sedikit oktaf suara Luth.

"Memang abang tak cakap tapi abang pernah cakap dekat bekas kekasih yang abang cintakan sangat-sangat dulu. You know what, Aira sedih sangat tau bila dia lebih kenal abang dari Aira, isteri abang yang sah!" berdiri Aira mengucapkan itu. Juga mengikut rentak Luth yang meninggikan suara. Terlupa sudah dia dengan siapa dia bercakap.

Mengeluh Luth mendengar itu, sedar dia terlalu emosi. Sepatutnya dia lebih tenang kerana dia sedia tahu emosi Aira tidak begitu baik sejak tadi. Bertambah perit hatinya melihat takungan air mata Aira. Air mata yang sedaya upaya wanita itu tahan.

"Abang tak tahu macam mana nak cakap dengan Aira. Abang tak tahu apa yang Aisy cakap dengan Aira. Tapi sayang, Aira kena ingat. Manusia berubah. Diri abang dulu dengan sekarang dah tak sama. Sekarang Aira yang lebih kenal abang. Lebih dari siapa pun. Sini sayang duduk sini." Luth cuba memujuk lembut.

"Kalau awak rasa terikat dengan perkahwinan ni, awak bagitau saya. Saya boleh terima Luth. Perkahwinan kita masih awal. Tak terlambat untuk kita stopkan semua ni."

Tersentak Luth mendengar itu. Terus dia bangun menarik Aira dalam dakapannya.

"Sayang apa cakap macam ni, abang tak pernah terfikir pun ke arah tu. Abang tak nak fikir pun pasal tu. I'm happy now. Sangat-sangat happy. Abang minta maaf. Abang tersalah cakap sayang. Bukan maksud abang untuk cakap perkahwinan ni buat abang terkongkong."

"Abang cuma nak Aira sedar yang perkahwinan ni satu tiket yang boleh buat kita berdua bersama sampai bila-bila. Dan abang bersyukur dengan perkahwinan kita. Jujur abang tak tipu Aira sayang."

"Abang sayang Aira sangat, tolong bagi abang peluang untuk pupuk cinta abang pada Aira. Tolong sabar untuk tunggu abang lafazkan cinta abang pada Aira. Abang tak nak Aira rasa dimainkan. Cinta bagi abang satu benda yang sangat istimewa. Bagi abang masa sampai abang yakin rasa cinta abang pada Aira ni lebih dari apa pun dalam muka bumi ni sayang. Tolong tunggu abang sayang please."
Pujuk Luth panjang lebar dalam keadaan Aira masih dalam pelukannya.

"Dan Aira pun kena sedia terima la kan, mungkin dalam tempoh abang cuba nak cinta Aira tu abang gagal. Dan Aira terpaksa lepaskan abang untuk orang lain."

"Doa sayang, kita doa supaya Allah SWT tak bolak-balikkan hati kita okay. Abang akan sedaya upaya usaha untuk tak kecewakan sayang."

Hanya diam Aira, perasaan hatinya tidak tenang lansung sekarang. Nalurinya merasakan akan ada sesuatu yang terjadi.

"Kita tidur okay sayang, Aira dah penat sangat ni."

__________

Selepas kejadian semalam, Luth tekad untuk berjumpa dengan Aisy di Malik Holdings. Lantaklah tiada appointment, yang penting dia mahu bersemuka dengan Aisy. Berani dia cerita kisah lama dengan Aira. Luth tahu, Aisy la punca Aira jadi begitu semalam. Kali ini dia memang tak akan lepaskan Aisy.

"Good morning sir, can I help you?" sapa penyambut tetamu mesra.

"I want to see Miss Aisy Zulaikha right now, where is she's room."

"Miss Aisy room at level 4 but sir, have you make an appointment?"

"No." balas Luth ringkas lalu terus menuju ke lift untuk ke tingkat 4.

"Kalau macam tu saya tak boleh benarkan encik masuk, maaf encik stop please." laung pekerja itu sambil mengejar Luth yang sudah jauh kedepan.

Sampai dia tingkat 4 Luth terus mencari bilik Aisy dan merempuh masuk. Pembantu peribadi Aisy yang melihat itu terkejut lalu terus meluru masuk.

"Sorry Cik Aisy, encik ni terus masuk. Saya tak sempat nak cakap apa-apa"

"Takpa akak, ni Encik Luth Arriyan. Dari Luq Building." balas Aisy yang berlagak tenang seperti tiada apa yang berlaku.

"Oh kalau macam tu, akak keluar dulu la."

"You kenapa, cari I sampai macam ni sekali? By the way, have a seat." kata Aisy selepas pembantunya keluar.

"I datang sini bukan nak duduk Aisy Zulaikha. You tak payah nak buat muka innocent you macam tak ada apa yang berlaku." kata Luth tegas sambil menumbuk kuat meja.

"Hey you kenapa, jaga adab you eh. Ini pejabat I. Jangan nak buat besar kepala dekat sini. You ingat I takut sangat ke dengan you. I buat apa hah? Yang you nak marah sangat ni?"

"Kau tanya aku apa kau buat? Kau tu, apa kau cakap dekat wife aku?!"

"I cakap apa?! I tak tahu apa-apa lah?!"

Izz yang kebetulan melalui bilik Aisy terdengar suara jerit-jerit di dalam langsung menyapa pembantu peribadi kakaknya.

"Apa hal kat dalam tu? Kak Aisy dengan siapa?"

"Katanya Encik Luth Arriyan. Saya pun tak tahu apa yang diorang cakapkan. Sebab setahu saya Luq Building tiada appointment dengan kita hari ini."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience