Chapter 29

Romance Series 11726

"Assalamualaikum Nek Lang?" kedengaran suara Sarah memberi salam.

Sarah merupakan wanita berumur 21 tahun. Bekas anak asuhan dahulu yang tinggal tidak jauh dari rumah Nek Lang. Sarah kerap menjenguk Nek Lang pada waktu lapangnya.

"Waalaikumussalam Sarah. Meh masuk." sambut Nek Lang dari atas rumah.

"Nek, dekat luar tu kereta siapa?"

"Oh tu kereta abang Luth. Ingat lagi tak Abang Luth? Dia datang honeymoon kat sini la kononnya." terang Nek Lang serba sedikit.

"Ingat-ingat. Abang Luth dah kahwin? Dengan Kak Aisy ka? Mana Kak Aisy nek. Lama tak jumpa dia. Rindu la." kata Sarah yang matanya mula melilau mencari Aisy yang sememangnya tidak akan dijumpai di rumah itu.

Aira yang baru keluar ke ruang tamu hanya senyum nipis mendengar pertanyaan Sarah.

"Biarlah Aira, dia tak tau." pujuk Aira pada hatinya. Dia mengambil langkah menyapa tetamu yang datang itu.

"Aisy tak ada. Kalau Aira ada la. Hai Sarah!" sapa Aira sambil menghulurkan tangan untuk bersalam.

Lambat-lambat Sarah menyambut huluran tangan Aira.

"Err maaf Kak. Sarah tak tahu." pinta Sarah takut-takut. Dia mengerling ke Nek Lang yang hanya tersenyum itu.

"Tak apa." balas Aira ringkas.

"Nek, mana Abang Ian?" tanya Aira kepada Nek Lang kerana memang sedari tadi dia tidak melihat lelaki itu.

"Luth pergi air terjun. Dia tak ajak Aira ka?"

"Oh yaka. Erm Aira bangun lambat sikit tadi Nek Lang. Dia malas nak ganggu la tu kot."

"Takpa la macam tu, Aira pergi makan dulu. Luth ada beli sarapan dulu tadi sebelum dia pergi air terjun tu."

"Okayla Nek. Ni Sarah dah makan?"

"Dah kak dekat rumah tadi. Akak makanlah."

Aira mengangguk dan tersenyum lalu bergerak menuju ke dapur. Malu pula bila jadi orang terakhir yang bangun. Itulah malam semalam rancak sangat berbual dengan Nek Lang. Sampai terlajak tidur.

Melihat kelibat Aira sudah hilang ke dapur, Sarah langsung menyoal bekas pengasuhnya itu mengenai Aira.

"Nek macam mana boleh bertukar orang ni? Sejak bila? Bukan Abang Luth tu sayang sangat ka dengan Kak Aisy?"

"Takda jodoh la tu."

"Alah Nek Lang. Jawapan tu klise sangat la. Tipu la Nek Lang tak tau apa-apa. Kak Aira tu perampas eh?" serkap jarang Sarah. Dia memang kaki bergosip. Pantang ada cerita baru. Semua dia hendak tahu.

"Haih apa cakap macam tu. Dengar dek Kak Aira nanti. Kecil pula hati dia." tegur Nek Lang.

"Ha kalau bukan macam tu Nek Lang cerita la." masih lagi cuba mengorek cerita.

"Abang Luth kamu tu dah lama putus dengan Kak Aisy. Dan dia putus tu takda kena mengena dengan Aira. Diorang dua tu baru ja kenal. Acik Hani yang nak diorang kahwin cepat-cepat." akhirnya mengalah juga Nek Lang. Rimas didesak oleh Sarah.

"Oh macam tu. Kiranya Kak Aira tu baik la eh?"

"Baik lah. Ada pulak tanya macam tu."

"Takda la. Sebab kalau Kak Aisy dulu kita boleh nampak aura dia tu. Senang selesa dengan dia."

"Sudah la tu Sarah. Benda dah lepas. Asal Abang Luth bahagia sudah. Kita doakan saja walaupun kita semua tahu. Macam mana kuatnya kasih sayang mereka dulu."

"Mesti Nek Lang sedih kan. Nek Lang kan rapat sangat dengan Kak Aisy dulu. Sampaikan Abang Luth tak balik sini pun takpa. Asal Kak Aisy balik." tiba-tiba Sarah membuka cerita lama.

"Itukan dah lama. Macam Nek Lang cakap tadi. Asal Abang Luth bahagia sudah. Sudah la cakap pasal ni. Ingat sikit, Kak Aira tu isteri abang Luth sekarang. Jaga hati dia."

"Okay Nek Lang. Sarah tak cakap pasal Kak Aisy lagi. Jom Nek Lang ke dapur. Sarah nak kenal-kenal dengan Kak Aira."

"Ha jom lah."

Maka berjalanlah mereka berdua beriringan ke dapur. Tersenyum manis Aira melihat ke arah mereka berdua.

Luth yang duduk di luar rumah tadi hanya sudah melepaskan keluhan kecil. Ya dia dengar. Dia dengar semua perbualan Sarah dan Nek Lang dari awal hingga habis mengenai Aisy. Kenapa makin kerap nama Aisy disebut semenjak dia berkahwin ini.

Tadi sewaktu di air terjun juga, dia tidak dapat duduk lama. Terlalu banyak kenangan bersama perempuan itu di situ. Kampung ini seolah tempat mekarnya kasih sayang mereka. Oleh sebab itu la dia sudah jarang balik ke sini setelah dia putus dengan Aisy.

Tidak sanggup untuk melihat reaksi Nek Lang jika dia hanya pulang seorang diri tanpa Aisy. Nek Lang amat rapat dengan Aisy. Kerana jujurnya Aisy amat pandai melayan dan mengambil hati orang tua. Nek Lang tahu mereka sudah putus pun daripada umi. Dah dia akan mengelak untuk bercakap mengenai Aisy dengan Nek Lang.

Namun dia yakin. Aira mampu mengambil hati Nek Lang dan membuat Nek Lang senang dengannya.

"Aira..!" tegur Luth yang melihat Aira masuk ke dalam bilik tanpa melihat dirinya yang sudah melabuhkan duduk di sofa ruang tamu.

Aira hanya memandang lalu terus melangkah masuk ke dalam bilik. Hatinya sedikit terasa apabila Luth tidak mengajaknya keluar ke air terjun. Sejujurnya dia tidak kisah jika Luth ke tempat lain. Tapi mengingatkan kata Amir yang itu merupakan tempat kesukaan Luth dan Aisy. Hatinya terdetik sedikit cemburu.

Dia berfikir Luth ke sana kerana rindu dan ingin mengingat kembali kenangan bersama Aisy di sana. Dia tidak suka perasaan ini. Dia tidak mahu bermasam muka dengan Luth. Dia hanya ingin menjalani hidup yang bahagia dan aman. Namun naluri seorang isteri yang menolaknya untuk berperasaan begini.

"Kenapa pulak tu, dia marah ka aku keluar sorang. Kelmarin dia pergi round sawah dengan Amir tinggal aku boleh pulak. Nasib Amir dah balik rumah dia. Kalau tak harini pun silap-silap aku yang kena tinggal."

Teringat pula Luth kejadian kelmarin. Dalam dia larang untuk keluar berdua dengan Amir. Tetap juga dia keras kepala nak pergi. Alasannya ialah kerana Nek Lang juga juga ada sekali. Langsung dia tidak mengajak Luth sekali. Malas nak bertekak, dia benarkan juga Aira pergi. Jadi hari ini memang sengaja dia balas dendam.

"Aira, abang panggil kan tadi." tegur Luth yang menyusul Aira masuk ke dalam bilik.

Melihat Aira yang duduk di hujung katil langsung tidak berkutik, terus Luth menghampiri.

"Kenapa pula ni?" tanya Luth lembut. Masih bersabar dan berlembut dengan isterinya.

"Kita datang sini nak honeymoon kan, tapi kenapa Abang datang sini macam nak ingat balik kisah lama abang dengan Kak Aisy?" tanya Aira perlahan tanpa memandang wajah Luth.

"Aira cakap apa tadi pula ni?! Ingat kisah lama apa pulak?!" sudah naik sedikit tinggi suara Luth Arriyan.

"Kenapa abang nak marah? Aira tanya ja kan?" kata Aira, masih menahan hati.

Luth melepaskan keluhan kecil. Sedar salahnya.

"Abang tak marah sayang, abang cuma terkejut dengan soalan Aira. Kenapa tiba-tiba nak cakap pasal tu. Aira sendiri yang cakap taknak ungkit pun pasal ni kan. Lagipun apa kena mengena tempat ni dengan Aisy."

"Abang sendiri tahu kenangan apa abang dengan dia dekat sini kan. Aira bukan apa. Aira cuma tak selesa sikit ja bila semua yang Aira jumpa sebut nama Kak Aisy. Tambah-tambah waktu ronda kampung semalam. Sebabnya diorang tau yang abang dengan dia couple terpaling sweet, terpaling serasi. Semua ingat abang kahwin dengan Kak Aisy. Abang nak Aira rasa apa? Kenapa tak ada satu orang pun yang tau abang dah putus dengan dia?" soal Aira.

"Why not abang bagitau orang kampung pasal ni. Buat makan-makan ka?" sambung Aira lagi.

"Abang minta maaf, tapi abang malas nak bahas tentang ni. Biarlah apa orang cakap, yang penting abang tau, Aira tahu. Kita tau, yang kita ni suami isteri. Cukup. Sudahla sayang, kita datang sini nak cuti-cuti, happy-happy. Bukannya nak bergaduh. Bermasam muka."

Agak jelas terpancar riak kecewa di wajah Aira. Namun Luth biarkan sahaja.

"Aira rasa macam nak balik KL esok. Boleh tak abang?"

"Kenapa pula. Kan dah plan nak duduk sini dua minggu. Jangan la macam ni. Nanti apa kata Nek Lang." pujuk Luth.

"Takpa, kejap lagi Aira sendiri yang cakap dengan Nek Lang. Kalau abang taknak balik, it's okay. Aira balik sendiri." kata putus Aira.

Bohonglah jika hati perempuannya langsung tidak terusik dengan perkara ini.

"Find kita balik esok. Tapi Aira jangan merungut kalau lepas ni dah susah nak keluar bercuti. Sebab balik ja dari kampung ni abang terus kerja."

Pujuk Luth yang lantas memeluk Aira dari belakang yang sudah sedia untuk membuka pintu keluar dari bilik. Dagunya diletakkan betul dia atas bahu Aira. Satu perkara yang gemar Luth lakukan terhadap Aira. Langsung terlepas genggaman Aira dari tombol pintu. Aira membiarkan saja tangan sasa milik Luth melilit pinggangnya. Reda sedikit hatinya mengenai perkara tadi oleh kerana pelukan hangat Luth itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience