Chapter 30

Romance Series 11726

Luth membelok masuk ke dalam kawasan penthouse miliknya dan Aira. Selepas sebulan dari tempoh perkahwinan mereka bergilir-gilir tidur di rumah orang tuanya dan orang tua Aira. Mereka telah berpindah masuk ke rumah baru Luth yang baru sahaja siap diubah suai. Penthouse yang boleh tahan mewah yang dibeli dari hasil wang kerja keras Luth lah tempat mereka berteduh sekarang.

Benar seperti apa yang di kata oleh Luth, pulang sahaja dari kampung lelaki itu akan terus masuk kerja dan sibuk seperti biasa. Hubungannya dengan Aira sudah lebih empat bulan. Sama seperti hubungan suami isteri yang lain. Semuanya baik-baik sahaja oleh kerana sikap masing-masing yang sentiasa mengalah. Pertengkaran kecil itu biasa, adat rumah tangga.

Sayang? Semestinya Luth sayangkan Aira, isterinya. Cinta? Itu belum dapat dipastikan lagi. Sikap Aira yang taat, ceria dan matang membuatkan Luth semakin hari semakin sayang pada isterinya. Soal anak, bukan menjadi keutamaan mereka namun sedia menerima jika tiba waktu yang ditetapkan oleh Allah SWT.

"Assalamualaikum." laung Luth sejurus membuka pintu rumah dan melangkah masuk.

Aira selalunya akan sampai rumah dahulu sebelum Luth. Walaupun berkerja dalam satu banggunan, mereka lebih memilih untuk memandu secara berasingan. Mudah untuk mereka bergerak ke mana-mana. Lagipula Luth kerap pulang lebih lewat daripada isterinya itu.

"Waalaikumussalam abang. Lambatnya sampai, miss you lah." sahut Aira yang datang dari arah dapur sambil menghulur tangan untuk mencium tangan suaminya. Begitulah rutinnya hari-hari. Menunggu suami pulang dan menyambut kepulangan suami dengan kata-kata yang mengada atau manja.

Luth menyambut tangan Aira lalu terus mengucup lembut ubun-ubun isterinya. Hilang lelah kerjanya apabila disambut ceria oleh isteri di rumah. Begitulah yang selalu uminya lakukan terhadap babanya. Tidak hairanlah hubungan ibubapanya tenang dan bahagia sahaja.

"Sorry Aira. Esok kan cuti, so abang nak settlekan semua yang boleh settle. Tak nak nanti masuk kerja minggu depan dah kena stress fikir kerja bertimbun."

Balas Luth yang kini hanya mengikut langkah Aira yang mengheretnya ke ruang makan.

"Takpe, Aira faham. Saja ja nak usik abang. Harini Aira tak masak hehe. Aira beli ja nasi ayam ni. Aira penatlah. Takpa kan abang." kata Aira sambil tersengih.

"Takpa la Aira. Abang pun tak minta Aira masak, Aira sendiri yang nak buat. Abang dah cakap kan, kalau letih bagitau ja Abang. Abang boleh belikan makan dekat luar. Aira boleh terus balik rumah, rehat." kata Luth sambil tangan menyambut pinggan yang dihulur Aira.

"Alah takpala abang, Aira kan nak jaga abang baik-baik. Nanti kalau Aira tak jaga, abang cari orang lain pulak untuk jaga abang. Pastu Aira macam mana? Dah la Aira tak boleh tidur kalau tak bau badan ketiak masam abang." gurau Aira.

"Ish apa pulak cakap macam tu. Takdanya abang nak cari lain. Aira jaga abang tiptop tau tak. Lagipun taknak lah cari bini lagi, kena dapat yang mulut becok macam sayang abang ni, tak ke pening abang nak melayan."

"Hm abang penat ke layan Aira?" berubah mendung muka Aira. Sensitif sungguh.

"Abang gurau je la Aira Zulaikha. Alolo cebik dah muka tu. Takda la, abang mana pernah pening layan Aira. Happy lagi adalah. Thank you for everything that you have done for me sayang. Walaupun Aira tahu, cinta abang belum begitu utuh tapi tetap Aira tak nafikan hak abang sebagai suami sayang."

Ikhlas Luth meluah sambil menggenggam erat tangan Aira.

"Abang jangan cakap macam tu. Walaupun pada abang cinta tu belum cukup kuat, tapi Aira tetap dapat rasa debu-debu cinta abang tu hehe. It's enough to make me happy."

Tersenyum bahagia Luth mendengarnya.

__________

"Aira tak pernah cakap I love you kat abang."

"Eh dah kenapa tiba-tiba pulak ni? tanya Aira pelik.

"Yela, abang pun nak tau Aira betul-betul sayang abang ke tak."

"Cinta tu tak semestinya diucapkan dengan kata-kata abangku sayang. Some goes like you, abang pun tak pernah cakap macam tu rasanya but still, I felt your love.

"Kalau sayang kenapa layan mamat acah kpop kat office tu?"

Luth merebahkan tubuh di atas katil. Segar badannya setelah mandi tadi.

"Layan siapa pulak ni Luth Arriyan oi ?"

Berdiri bercekak pinggang Aira sambil mata melirik tajam Luth yang di atas katil.

"Budak intern tu lah, sapa lagi yang mengada-ngada tarik perhatian sayang kat office tu. Dengan rambut belah tengah, spec bulat, apa ingat dah elok sangat la tu."

"Lah, Haq ke. Ish abang ni, apa pula dia mengada-ngada dengan Aira. Dia tu kan memang under department Aira lah. Memang Aira yang kena pantau dia. So memang la selalu dia jumpa Aira. Kerja ja bang." terang Aira tenang lalu bergerak ke katil dan merebahkan badan.

"Tau la dia kerja under Aira. Abang kan boss." balas Luth bongkak.

"Tapi dia tau tak Aira tu isteri boss?" sambung Luth lagi.

"Entah, Aira tak pernah bagitau pun. Staf-staf lain pun, yang tahu-tahu la. Yang tak tahu tu tak tahu la. Aira bukannya suka nak canang satu office tu yang boss diorang semua ni suami Aira."

"That's why lah.."

"That's why apa?"

"From the way he look at you, Abang tahu apa maksud dia. Only man know the meaning of lelaki lain punya cara pandang perempuan."

"Apa maksud dia bang. Dia minat Aira kaa?" teruja Aira ingin tahu.

"Kalau betul kenapa? Aira suka? Tau kan awak tu abang punya." kata Luth tegas.

"Alah abang ni, relax la. I'm just happy to hear that. It's means Aira still nampak macam single women yang meletop lah walaupun pun the fact is Aira ni bini orang. Takla, Aira risau sebab kalau Aira dah nampak tak menarik, tak cantik, abang cari lain nanti." kata Aira bersahaja lalu memeluk ketat suaminya.

"Tak habis-habis cakap abang cari lain. Aira nak kena denda ka. Abang gigit mulut tu nanti tau la." tegur Luth.

"Aira cuma beringat ja." balas Aira tetap tidak mahu kalah.

"Ish betul-betul nak kena ni."

Langsung Luth menggomol Aira yang sememangnya geli dengan janggut Luth yang sejemput itu. Tidak cukup dengan itu habis bibir, leher dan pipi isterinya digigit. Menjerit sakan Aira kerana tidak tahan geli jika diperlakukan begitu.

"Abang dah laaa.."rayu Aira yang sudah kehabisan suara kerana menjerit dan ketawa.

"Hah apa tak dengar!!" sengaja dia buat-buat tak nampak dengar. Bini dia ni kena ajar sikit.

__________

"Aisy, jom ikut mama pergi rumah Aunty Hani. Mama nak bincang pasal investment emas kami tu. Mama malas drive lah." minta Puan Aisyah kepada anak perempuannya yang sedang ralit menonton televisyen.

"Boleh ma, petang japgi ke?" tanya Aisy yang mata masih tidak beralih dari televisyen.

"Apa pulak petang japgi. Sekarang lah. Dia ajak lunch dekat rumah dia."

"Ma...asal tak bagitau awal. Nak keluar sekarang pastu sekarang jugak baru bagitau.Aisy nak siap lagi. Tak suka la rushing-rushing macam ni. Nanti kalau Aisy lambat mama bising. Padahal mama yang suka bagitau last minit." mula Aisy membebel. Ibunya itu suka sangat seperti itu.

"Alah sorry la. It's okay, take your time. Tapi jangan sampai berjam-jam pulak."

"Hm yelah." alah Aisy yang telah bangun naik ke bilik.

Aisy turun setelah hampir sejam dia bersiap. Paling laju yang dia boleh lakukan. Terus dia menyapa ibunya yang sudah lama menunggu.

"Jom ma."

Hampir setengah jam memandu, mereka sampai ke rumah banglo Datin Hani dan Dato' Luqman. Mereka terus masuk ke ruang tamu setelah pembantu rumah Datin Hani memberitahu wanita itu sudah menunggu di ruang tamu.

"Assalamualaikum Hani." ucap Puan Aisyah sambil bersalam dengan Datin Hani.

Eh hye Luth, Aira. Lama tak jumpa. Sihat?" sapa Puan Aisyah yang baru perasan kehadiran mereka berdua di ruang tamu itu.

"Hye Aunty. Alhamdulillah terlebih sihat dah ni, isteri saya jaga saya tiptop." ramah Luth.

Aira? Hm, senyum sahaja la. Perempuan kan, nampak ex girlfriend husband. Takkan nak terkinja-kinja suka.

"Come Aunty, Kak Aisy, have a seat." pelawa Aira yang sedari diperhatikan oleh tetamu.

"Aisyah jom, kita bincang dekat garden. Budak-budak ni biarlah diorang sembang. Bukan diorang minat pun dengan topic kita." ajak Datin Hani yang sudah bangun dari duduknya.

"Ha iyalah. Aisy, duduk elok-elok. Jangan gaduh-gaduh." pesan yang sepatutnya lebih sesuai kepada kanak-kanak dipesan kepada anaknya yang sudah lebih usia.

"Yelah ma."

"Erm, Kak Aisy minum la." jemput Aira memandangkan Luth buat tidak endah sahaja dengan kehadiran tetamu mereka itu.

"Puan Aira, telefon puan dekat dapur tu berbunyi dari tadi. Nak saya bawakan ke sini ka?" kata pembantu rumah keluarga mentua sopan.

"Takpa kak, saya pergi ambil. Jap eh abang."

Terus Aira mengatur langkah ke dapur sejurus melihat anggukan Luth. Tak sedar pula dia telefon tertinggal di dapur. Mungkin sewaktu membantu uminya memasak tadi dia tidak sengaja tinggal telefon di situ.

"You apa khabar?"

"Tak dengar tadi I cakap apa masa your mom tanya." jawab Luth sinis.

"Kerap ke you balik sini lepas pindah keluar?"

"Penting ka untuk you tahu?"

"Takda la dulu waktu kita together, you pernah cakap taknak tinggal umi baba you dekat sini. That's why I tanya."

"Its my problem, not yours."

"I tak faham betul la dengan you ni. Kenapalah kita tak boleh jadi kawan kan. Boleh tak you cakap baik-baik dengan I."

"Baik la ni, bukannya I maki you pun."

"You're so annoying you know. Dari dulu masa kita in relay until now." marah Aisy.

"Sebab tu la you tinggal I kan. But thanks to you. Because of that, I married Aira."

"Many times I told you, I want to tell you the real thing. But you refuse. Pastu nak serkap jarang. Penat la gaduh dengan you ni. Baik I duduk luar, cakap dengan burung." Aisy mendengus marah lalu bangun untuk keluar.

Entah bagaimana dia boleh terlanggar bucu meja kopi di situ lalu jatuh terduduk di atas Luth. Bayangkan reaksi Luth. Terkejut teruk lelaki itu memandang Aisy yang ada di atas ribanya. Lantas dia menolak Aisy untuk bangun. Bimbang Aira melihat perkara itu.

Tapi mereka terlambat, Aira sempat lihat. Lantas dia meluru ke arah Luth lalu menarik lelaki itu masuk ke dalam bilik.

"Sayang, dia terlanggar meja. Then terjatuh atas abang. Aira tau kan abang tak tipu Aira." pantas Luth menerangkan situasi sebenar sebelum api kemarahan Aira keluar. Isterinya ini kalau mengamuk boleh tahan juga.

"Tahu!"

Ya dia tahu, dia nampak semua.

"Tapi kenapa nak kena biar dia duduk situ lama-lama. Then tatap mata dia lama-lama. Saja nak biar cinta lama berputik kembali? Aira dengar eh apa yang korang sembang. Oh waktu Aira ada dekat situ, sorang pun taknak berbunyi. Bila Aira takda rancak pulak korang berbual." luah Aira yang jujurnya ada sedikit terasa hati.

"Kami tak berbual sayang, kami bergaduh."

"Tak kisah la apa pun, but why waktu Aira takda. Tak seronok sembang waktu Aira ada?" naik sedikit nada suaranya.

"Aira Zulaikha, slow down your voice. Tau kan tengah cakap dengan suami ni. " tegur Luth lembut. Tidak terdetik untuk memarahi isteri.

"I told you so many times. Aira and anak-anak kita nanti ja yang boleh duduk dekat riba abang. Tapi kenapa abang biar dia duduk tempat Aira." kata Aira sambil tahan nangis.

"Ya Allah, Aira. Abang tak bagi dia duduk pun tempat awak sayang. Dia terjatuh. And abang tolak dia bangun. Boleh cuba bezakan tak benda tu."

Diam sahaja Aira. Bimbang jika ikutkan hati marahnya sekarang, perkataan tidak elok keluar dari mulutnya kepada Luth.

"Sayang.."

Luth cuba memeluk Aira, perkara yang selalu dia lakukan apabila Aira marah kepadanya. Namun laju Aira menepis. Terbayang situasi Aisy duduk atas suaminya tadi membuatkan Aira tidak boleh dekat dengan Luth. Rasa tidak selesa disentuh dengan bekas sentuhan orang lain.

"Pergi mandi dulu, tukar semua baju and seluar. Aira turun dulu." selesai ucapkan itu, Aira terus membuka pintu dan keluar dari bilik.

"Sayang.."

Sekali lagi Luth memanggil.

"Siap la kau Aisy kalau Aira tak maafkan aku. Tak habis-habis bagi masalah dekat aku." kata Luth sendiri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience