CHAP 3

Romance Completed 23244

"Master.. anything?" Soal pembantunya. Asad sudah membuka dua butang bajunya. Sedikit panas dirasakan berbanding di UK.

"No.. you may leave now.. I want to take a shower. And, take a rest.." kata Asad. Pembantunya meninggalkannya. "Panas betul.. Habis merah muka aku. Baik, pergi mandi dulu." Kata Asad sambil mencapai tuala dan berlalu ke kamar mandi.
***
Petang itu, Bella sedang memasak lasagna daging untuk diberikan sedikit kepada jiran di depan rumahnya. Memandangkan dalam tingkat ini, hanya dua buah rumah sahaja. Dia dan jiran di hadapannya, tidak salah untuk berbuat baik kepada jirannya.

Telefon berbunyi, dan dia mengangkatnya. "Hello.. nenek... " Jerit Bella gembira, Nenek Lia menghubunginya. "Cu.. apa khabar?" Soal neneknya. "Nenek.. sihat, ni Bella tiga hari lagi nak belajar dah.. Nenek doakan Bella tau. Atok mana?" Soal Bella.

Lia menyerahkan telefon kepada Haider, "Bella.. cucu Atok.. sihat?" Soal atuknya. "Sihat.. Atuk buat apa dekat sana?" Soal Bella. "Takdelah buat apa sangat. Tolong nenek kamu tengokkan kebun bunga dia. Ni, kalau ada masa, jenguklah nek ngah kamu tu, dia pun dekat sana kan.." kata Haider.

"Ada jenguk juga dulu. Awet muda betul nek ngah tu, apalah dia pakai waktu dia muda.. atok tahu tak rahsia nek ngah masih muda..?" Soal Bella. Haider ketawa, "nek ngah kamu tu, dia selalu senyum.. tulah awet muda... Ni, nenak ada nak cakap dekat kamu ni." Kata Haider menyerahkan telefon kepada Lia.

"Apa dia nek?" Soal Bella. "Nenek ada kirimkan duit dekat akaun bank kamu tu, guna dengan berhemah tau." Nasihat neneknya. "Alah, nek ni. Susah-susah je. Terima kasih.. Kirim salam juga Elaine dan Aaron ye.. Bella rindu mereka. " Kata Bella.

Setelah perbualan ditamatkan, Bella bergegas untuk memeriksa lasagna dagingnya dan meletakkan ke dalam bekas untuk diberikan kepada jirannya.
***
"Ting Tong..Ting Tong.."

Keluar seorang lelaki, agak tinggi daripadanya.

"Err.. maaf ye, kenapa?" Soal lelaki tersebut. "Owh.. ni saya ada buat lasagna daging. Memandangkan awak jiran saya. Saya bagi sikit dekat awak." Kata Bella.

"Owh.. awak baru pindah sini ke? Selamat datang.. nampak masih muda, awak kerja ke belajar?" Soal lelaki tersebut. Bella hanya tersenyum, "owh.. saya belajar dekat kolej berdekatan dekat sini. Owh lupa nak kenalkan, nama saya Arliya Isabella. Boleh panggil Bella." Kata Bella.

"Saya Aryan. Owh.. lupa, akak.. owh kak.. adik.." laung Aryan. Muncul seorang lelaki dan seorang perempuan dari muka pintu.

"Ni adik saya, Amsyar dan ni kakak saya, Aaliyah." Kata Aryan. "Owh.. korang adik-beradik lah ye. Nasib saya buat banyak lasagna daging ni. Nanti boleh makan sama-sama dengan mak ayah awak." Kata Bella.

"Owh.. mak ayah kami, tak tinggal dengan kami. Kami cuma tiga adik-beradik je.. tinggal sini. Marilah masuk. Kita boleh makan bersama." Jemput Aryan. Bella hanya tersenyuma manis, dirasakan jiran baik-baik sahaja.
***
"Owh.. Kak Aaliyah cari rumah sewa ke?" Soal Bella. "A ah Bella. Bukan apa, tak selesa juga kadang kala tinggal dekat sini walaupun akak paling tua. Yalah, nak jaga adik-adik akak ni. Tapi, mereka kan dah besar. Boleh dah kut jaga diri sendiri." Kata Aaliyah.

"Ahh.. apakata, akak tinggal dengan Bella. Lagipun, Bella pum belum ada kawan dekat rumah tu. Akak nak?" Soal Bella. Aaliyah sudah gembira, "betul ke ni? Kalau macam tu, okay boleh. Malam ni akak pindah." Kata Aaliyah. Dan, Bella sudah gembira.. akhirnya dia mempunyai teman rumah yang baharu.
***
Setelah mereka mengemaskan pakaian dan dibantu oleh kedua adiknya Aryan dan Amsyar.. akhirnya Bella menemui rakan serumahnya, dia tidak akan merasa bosan lagi.

"Yayyy! Bella happy sangat. Dah ada kawan. Anyway, maaf tau kalau Bella nak tanya.. Akak kerja dekat mana?" Soal Bella.

"Akak kerja dekat sini-sini juga, Amsyar tu masih belajar dan Aryan tu dah kerja." Kata Aaliyah. "Owh.. yeke.. okay lah Akak. Mesti akak pun nak rehat, Bella nak masuk bilik dulu ye. Akak jangan malu-malu ye.. bye kak.." kata Bella.

Bella masuk ke biliknya. Dua hari ni selalunya Mr.A akan mengirimkan pesanan kepadanya, namun entah ke mana Mr.A nya itu.

Bella mandi dan terus mengambil teddy bearnya. "Teddy.. Mr.A sibuk ke?" Kata Bella dan lama-kelamaan matanya tertutup, sedikit penat dia membantu Kak Aaliyah tadi.
***
Keesokannya, Bella sudah bersedia untuk mendaftarkan dirinya ke kolej. Kedua ibu bapanya ada menawarkan diri untuk menemaninya namun Bella menolak dengan mengatakan dia perlu berdikari.

"Eh.. akak.. awal bangun.. "kata Bella melihat Aaliyah membuat sarapan pagi. "Dah terbiasa dah, Bella. Bella suka western breakfast ke? Atau nak yang berat..?" Soal Aaliyah. "Bella suka western breakfast. Wahh.. dah siap, terima kasih akak." Kata Bella.

"Sama-sama.. " kata Aaliyah. Selepas sahaja Bella menghabiskan sarapannya, dia bergegas untuk ke kolej memandangkan hari pertamanya di kolej berkenaan.

"Terima kasih breakfast kak. Bella pergi dulu." Kata Bella. "Good luck, Bella." Laung Aaliyah.
***
Sebelum dia pergi ke kolejnya, dia ke Starbucks untuk membeli kopi terlebih dahulu. Setelah memesan kopi, dia mengira duit di dalam dompetnya. "Adui.. aku belum keluarkan duit lagi, aku lupa.." kata Bella.

"Err.. sorry Miss. Did you accept the card?" Soal Bella. Pelayan itu membalas, "so sorry miss.. unfortunately our machine broke early this morning." Kata pelayan berkenaan.

"Alamak.. alamak .." pucat lesu muka Bella. "How much the price for this coffee?" Soal lelaki di belakangnya. Bella memusing belakang dan mendapati Aryan di belakangnya.

"12.90 cent."kata pelayan berkenaan. "Okay, I pay for this lady.. " kata Aryan. Bella sudah tersenyum malu dan mengucapkan terima kasih kepada Aryan.

Mereka berjalan keluar dari Starbucks. "Terima kasih awak.. err.. saya tak tahu nak balas apa dekat awak.." kata Bella. Aryan hanya tersenyum, "tak payah lah balas-balas. Asalkan awak rajin nak masakkan saya lagi.." kata Aryan.

Bella sudah tersenyum, "boleh.. takda masalah. Err, nanti saya masakkan awak ye. Terima kasih sekali lagi. " Senyum Bella.

Dan, dia sedikit tertarik sebenarnya dengan perwatakan Aryan. Sedikit misteri, namun good-looking, tinggi lampai dan mukanya sedikit ada campuran. Adakah mereka berdarah kacukan, kerana dia melihat Aaliyah dan Amsyar juga begitu.

"Nanti tanya dengan Kak Aaliyah lah. Oh shoot! Bella.. cepat." Kata Bella melihat jam di tangannya.
***
Setelah sampai, mereka dikumpulkan di dewan besar, masuk satu e-mel daripada seseorang.

"Good luck on your study.. take care."

E-mel daripada Mr. A.

Bella sudah sedikit gembira,

"Where have you been? Mr. A sibuk ke?" Soal Bella dalam e-melnya.

"A little bit. Okaylah.. bye Bella." Kata e-mel Mr.A

Bella sedikit sedih namun mungkin betul Mr.A sedikit sibuk.
***
"Master.. anything?" Soal pembantunya lagi.

"Nope.. cuma pastikan.. kau kemas rumah dia, masakkan dia setiap pagi, tengah hari, petang dan malam. Faham?" Arah Asad.

Dan, siapa sangka sebenarnya Aryan ialah Asad dan Aaliyah serta Amsyar merupakan pembantunya yang tugasnya khusus untuk menjaga Bella. Sesuai dengan rancangannya bersama Uncle Ardani.

sabtu dan ahad killa rest tau :). stay tuned.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience