CHAP 34

Romance Completed 23233

Bella memasuki lobby hotel untuk mengurus segala penginapannya pada esok sehinggalah seminar habis.

"Young Miss Bella." Kata penyambut tetamu di hadapan. Ya, dia tidak perlu memperkenalkan siapa dia. Semua sedia maklum, lagipula hotel tersebut di dalam kawasan organisasi Papanya.

"Err.. yes, so.. everything ready? Can i check-in now?" Soal Bella. Penyambut tetamu memberikan kunci kepada Bella. "Do you need helpers for bring your things?" Soal pekerja tersebut. "No need, thank you." Kata Bella.

"Anything you need, just inform us, Young Miss Bella. And, again.. Welcome to our hotel." Kata penyambut tetamu tersebut.
***

Bella membuka langsir. Selama tiga hari dua malam, dia akan berada di sini. Dia perlu mempersiapkan dirinya untuk esok.
***
8:00 PG
(Breakfast)

"Young Miss Bella, sorry for interrupting. But, Master Ardani say to me for asking Miss Bella about breakfast, do you want western or Malay breakfast?" Soal salah satu pekerja hotel.

Bella yang sedang menulis sesuatu di planner terhenti dan berfikir, ya.. lama sudah dia tidak merasai sarapan pagi Melayu seperti nasi lemak dan kuih-muih.

"Good idea, just give me a Malay breakfast. Thank you." Senyum Bella. Pekerja tersebut melemparkan senyuman sebelum meninggalkan Bella.

Bella menyambung kembali penulisannya. "Sorry, may I seat here?" Soal satu suara, mamun suara ni... Bella mengenalinya.

Dia mengangkat kepalanya dan tergamam melihat lelaki di hadapannya... Rambut yang sedikit panjang, diikat sedikit. Mukanya sedikit cerah dan ada jambang yang tumbuh di mukanya, sedikit maskulin dengan pemakaian kot biru tersebut.

Bella masih terkesima melihatkan lelaki ini. Lelaki yang ditunggunya selama tiga tahun. Dan, apabila mereka bertemu... Ya, janjinya masih dia pegang. Janji untuk memusuhi lelaki tersebut dan tidak akan ada belas kasihan kepada lelaki yang mengecewakannya.
***
(Imbas Kembali)

Asad meletakkan beg bagasinya di dalam bilik. Dia tahu bilik Bella di sebelahnya. Hati sedikit berdebar menantikan hari esok.

Dia akan bertemu kembali dengan Bella. Walau apapun, Bella akan menjadi isterinya walaupun Bella membencinya.

Dia akan menjadikan Bella sebagai isterinya walaupun terpaksa menggunakan jalan yang lain. Asalkan Bella menjadi kepunyaannya.

Itu janjinya.
***
(Sekarang)

Asad terus duduk di sebelah Bella. Dia melihat Bella memakai skirt hitam paras lutut, kasut tinggi hitam, blazzer hitam serta rambutnya diikat tinggi.

Sangat terserlah kewibawaan dan kewanitaannya.

"I didn't even say that you can seat here." Kata Bella dengan mukanya yang serius.

Asad terus menikam mata Bella dengan matanya, mereka berlawan pandang dan ia sedikitpun tidak menjejaskan pandangan Bella terhadapnya.

"Furious and brave." Itu sahaja Asad katakan. Bella hanya tersenyum sinis, "of course, if no one here, i will kill you without mercy, Master Asad Daryen." Tutur kata Bella tanpa melihat wajah Asad.

"Wow.. i'm waiting, Young Miss Bella. And, after all this time, I missed how you call me, Master. It's remind me the old good time." Kata Asad.

Bella hanya mencebik. "Anyway, Young Miss Bella. Kita bertemu kembali. Dan, sudahpun tiga tahun.. saya harap kita tepati janji kita." Senyum sinis Asad.

"Janji yang mana? Janji kahwin kau atau lawan kau. I prefer, lawan kau. Sebab, selama-lamanya aku akan anggap kau musuh aku." Kata Bella, dan sejurus sahaja dia menuturkan kata-kata tersebut, dia berdiri untuk meninggalkan Asad.

Namun, laju Asad menahan Bella dan mendudukkannya kembali. "Just seat here Bella. Kalau Bella pindah tempat, I consider you as weak person." Ugut Asad sambil tersenyum.

Bella menghempaskan begnya di mejanya. "Never call me a weak person and never underestimate me. Just wait and see." Kata Bella.

Asad hanya tersenyum.. dia tidak sabar bermain dengan Bella. The fierce girl that grow because of his mistakes.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience