CHAP 44

Romance Completed 23233

Bella terbangun yang tidurnya yang dirasakan panjang. Dia rasa Asad sudah sampai kerana terdengar suaranya bercakap di luar. Namun, mendengar satu suara ini. Terus dia keluar.

"Ya Master Dani, saya berjanji akan.." belum sempat Aeyman menghabiskan kata-katanya, percakapannya dipotong oleh seseorang.

"Kau!" Jerit Bella. Terus menerpa ke arah Aeyman. Inilah orang yang dia tunggu. Orang yang menangkapnya dulu tanpa menghiraukan persahabatan mereka. Sakit hati Bella dikhianati Aeyman.

Belum sempat Bella ingin menumbuk Aeyman, dengan pantas Asad menangkap badan Bella dan menahannya. Dia faham Bella masih belum boleh menerima semuanya.

"Berani kau tunjukkan muka kau depan aku? Atas semua kau buat? Kau perangkap Ekma. Kau khianati persahabatan kita." Jerit Bella. Asad memeluk badan Bella. Dia tahu.. Bella marah.

"Maafkan aku Bella." Aeyman hanya menundukkan kepalanya. "Kau buat apa dekat sini ahh??" Jerkah Bella.

"Bella.. please.. calm down. Bella.." kata Asad, sambil memeluk kijap badan isterinya yang bergegar menahan marah.

Bella didudukkan. Namun, bukannya dikerusi, namun di riba Asad, supaya memudahkan Asad mengawal tingkah Bella.

"Abang ambil dia jadi pengawal pribadi Bella." Tu sahaja kata Asad. Bella terus tertawa sinis.

"Wahh.. kerja pakai kabel ye? Sebab Aeyman adik Rania. Macam tu?" Soal Bella terus merentap pautan Asad.

Bella berdiri, "and both of you, can go die!" Jerit Bella dan masuk ke dalam bilik. Pintu dihempaskan.

Bella terus menyelimut badannya. Dia masih marah, kenapa begitu bodohnya Asad mempercayai Rania dan mengambil adik tirinya sebagai pengawal peribadinya.

"Entah-entah dia masih cintakan si Rania tu.." kata Bella, entah mengapa dia terus diasak perasaan cemburu.
***
Asad hanya mengurut pelipis dahinya. Dia agak terkejut dengan sikap Bella sebenarnya.

"Apa kita nak buat Master? She still hate me?" Soal Aeyman. "It's okay. She needs time. Nanti saya terangkan kepada Bella. Anyway, kamu dua rehat lah dulu." Kata Asad terus meninggalkan mereka berdua.

"Saya terkejut sebenarnya Aeyman, tak sangka Madam boleh ke tahap macam tu. Saya sebenarnya rindukan Bella yang dulu. Bella yang manis." Kata Aaliyah.

"Saya pun kak. Mungkin sebab keadaan sekarang, dia berubah. Saya harap dia maafkan saya." Kata Aeyman.
***
Asad masuk ke dalam bilik, dia melihat Bella sedang berbaring di katil. Asad mendekatinya.

"Love..." Panggil Asad, sambil tangannya diletakkan di bahu isterinya. "Tak payah sentuh. Apa awak nak?" Soal Bella memandangnya Asad dengan penuh benci.

"Abang dah arahkan Aeyman untuk menjadi pengawal Bella. It's for you own safety. Kalau Bella tak maafkan dia pun tak pe. Cuma, pastikan dia selalu ada dengan Bella untuk jaga Bella." Kata Asad.

"Kenapa Aeyman? Awak dah takda orang lain? Kak Aaliyah boleh jaga saya lah. Saya boleh jaga diri saya sendiri. Ni nak juga ambil Aeyman. Ke awak tak boleh nak move on daripada Rania.. ahh?! Perlu ke nak suruh Aeyman jaga saya." Kata Bella.

Asad sedikit tersenyum, bila Bella menyebut nama Rania, dia tahu gadis di hadapannya ini cemburu.

"Apa awak senyum-senyum tu, saya ada buat lawak? Ke awak rindu dengan Rania tu, dah kalau awak rindu dengan dia. Pergilah rujuk.." belum sempat dia meghamburkan marahnya. Bibirnya sudah dipagut oleh Asad.

Berhabis Bella melarikan wajahnya, namun ditahan oleh Asad. Agak lama Asad mengucup bibirnya.

Asad melepaskan bibir Bella, "i'm not breathing, you fool!" Jerit Bella dan dia ingin menumbuk dada Asad namun pantas ditangkap oleh Asad.

Diraihnya tangan Bella dikucup. "You lips sweet like cherie." Senyum Asad. Bella terus menundukkan wajahnya.

"Lepaslah. Saya nak tidur!" Kata Bella. Cepat-cepat dia meloloskan dirinya di dalam selimut. Dia malu sebenarnya.

Asad mendekatkan dirinya kepada Bella, "abang mandi dulu ye. I love you." Senyum Asad.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience