CHAP 54

Romance Completed 23244

Bella mencari sosok tubuh suaminya di dalam bilik. Didapati bilik tersebut kosong, "Ma, Asad mana?" Soal Bella. Milia hanya tersenyum begitu juga Nek Lia.

"Sayang.. tak baik panggil macam tu, panggil Abang kan manis.." tegur Nek Lia. Bella hanya tersenyum, "alah Nek.. kami ni pasangan lain daripada yang lain. Kami ni lebih suka panggil nama berbanding gelaran." Kata Bella, menyelamatkan dirinya.

"Dah.. Nek tak nak dengar, biasakan panggil Abang ye sayang. Manis lah sikit. Okay?" Cadang Nek Lia. Bella hanya tersenyum kelat memikirkan perkara ini.
***
"There you are.." kata Bella melihat Asad sedang berada di tepi kolam ikan. "Why love? Did you miss me or worry about me?" Soal Asad. "Tak, saya cuma nak cakap pasal tadi." kata Bella sambil menyilangkan tangannya.

Asad hanya melihat Bella, dengan pakaiannya yang sesuai dengan perwatakan dirinya. "I just want to say, you look amazing in that outfit, so stunning.." puji Asad. Bella hanya tersenyum sinis, "dengar.. Awak dah sihat ke belum?" Soal Bella. Asad hanya mengendahkan soalan Bella dan terus berjalan melepasi Bella. Bella tidak memanggilnya dengan gelaran Abang.

"Asad Daryen! Asad!. Oh my god, Abang!" Jerit Bella. Terus Asad terpusing sambil tersenyum, "sayang panggil Abang ke tadi? Kenapa? Abang tak dengar lah.." senyum Asad.

"Bella cakap, errr.. hish! Abang dah sihat ke? Dah boleh masuk kerja?" Soal Bella. Asad senyum, "belum lagi love, minggu depan.. sihat lah abang. Kenapa?" Soal Asad.

"Abang jangan nak main-main. Mesti abang tahu kan. Esok, rakan kongsi abang datang jumpa abang kan?" Soal Bella. "Yes. You were right. Okay, gantikan Abang ye.." senyum Asad.

"Are you out of your mind, kalau Abang hilang projek ni, macam mana?" Soal Bella. "Prove me, that you are Ardani daughter. Takkan Bella nak malukan Papa dan Datuk Bella kan? They were known as successful entrepreneur, include your husband. Prove me, love.." senyum Asad.

Bella sudah terdiam. Ini melibatkan maruah seluruh keluarganya. "Fine!" Kata Bella.

Bella berdiri di sebelah Asad, "jom masuk.." kata Bella memapah Asad.
***
Bella sedang belajar tentang projek yang akan dibincangkan bersama rakan kongsi Asad. "You seems buzy, love. Need some help?" Soal Asad.

Bella memandang Asad. "I hope.." kata Bella. "You know the magic words, right?" Soal Asad.

"Can you help me, Master?" Soal Bella. Asad tersenyum terus mendekati Bella dan duduk di kerusi, ditariknya Bella untuk duduk di atas ribanya.

Bella hanya diam. "Look. Remember, you must have confident when you talk. And, knowledge also. Mesmerized them with your charm." Terang Asad.

Sampai ke pukul satu, mereka bercerita dan berbincang, seperti dahulu.
***
Tersedarnya Bella apabila dia tertidur di dada Asad. Dia melihat jam, pukul 6:30 pagi. Bella hanya memerhati wajah Asad yang begitu dekat dengannya.

"Thank you." Bisik Bella, dan entah kenapa, dia mencium suaminya itu. Namun, dia terasa rangkulan Asad.

Bella cepat melepaskan ciuman dan pantas berdiri, namun sempat ditahan oleh Asad. "You're welcome, love." Kata Asad.

Bella hanya menekapkan mukanya ke dada Asad, malunya bukan kepalang. "Can't you close your eyes. Bella malu." Kata Bella.

Asad hanya ketawa. "Okay love." Asad memejamkan matanya. Dia tahu Bella malu, tapi yang paling penting, Bella menciumnya. Memang satu hari ni. Dia akan tersenyum lebar sepanjang hari.

Bella mengambil briefcasenya. "Saya pergi kerja dulu." Kata Bella. "Salam Abang dulu." Kata Asad. Bella menghampiri Asad dan menyalam tangannya.

"Kiss me?" Soal Asad. Bella sudah terdiam, "err.. saya pergi kerja dulu." Kata Bella sambil mukanya menahan malu.

Asad hanya tersenyum melihat telatah Bella. Asad melihat Bella dari tingkap, sempat dia melayangkan flying kiss kepasa isterinya. Namun, sang isteri hanya beku. Selepas melihat kereta Bella berlalu pergi, telefonnya berbunyi.

"Yes, Master Asad speaking. What? When? Why I need bring Bella?" soal Asad, suaranya mulai meninggi. Kenapa Bella dipanggil dalam mesyuarat organisasi kali ini. Telefon dimatikan, Asad terduduk di birai katil.

"That's why, I don't want to include you to this world, Bella."bisik Asad. Bella dipanggil kali ini, berkemungkinan mengenai kejadian yang berlaku minggu lalu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience