CHAP FIVE

Romance Completed 23233

"Hai.. saya Arliya Isabella. Nice to meet you, guys." Perkenal Bella dalam kuliah pada hari ini, dia duduk di sebelah Aeyman, dan Ekma. "Bella.. psst.. kau ni ada darah campuran ke? Muka kau macam minah Salleh weh." Kata Aeyman yang sedikit lembut. Bella hanya tersenyum, "takdelah..cuma, aku dibesarkan dekat UK. Mungkin Ma aku terkenan lah kut orang sana." gurau Bella.

"Owh.. macam tu. Dah, harap kita boleh jadi kawan baiklah. Anyway, Bella kau dekat blok mana tinggal? Boleh lah nanti kalau aku bosan, aku pergi blok kau." Soal Ekma. "Alah Ekma, aku tinggal luar lah. Tak tinggal dekat dalam kolej ni." Kata Bella. "ahh, kira elok lah tu. Kalau ada apa-apa.. kita lepak rumah Bella. Nanti kau bagi alamat, aku dengan Ekma pergi terjah." Kata Aeyman.

Dan, inilah permulaan perkenalan Bella, Aeyman, dan Ekma.
***
"Ahh.. macam mana kolej first day. Okay?" Soal Aaliyah. Bella sedang menikmati makan malam yang disediakan oleh Aaliyah, "okay Kak. Dapat kawan baru.. best." Kata Bella. "ahh, teringat zaman akak belajar juga. Biasanya, mula-mula ni tak buzy sangat, tapi.. pertengahan mulalah esaimen berlambak. Kena pandai bahagi masa juga." Nasihat Aaliyah.

"Baik Kak. Anyway, terima kasih sebab masakkan Bella. Kesian pula dekat adik Kak Aaliyah, mesti mereka rindukan masakan Akak." Kata Bella. Aaliyah hanya tersenyum, "dah.. makan Bella." Kata Aaliyah.

Apabila selesai makan, Bella mengambil keputusan untuk membayar kembali duit Aryan yang dipinjamnya pagi tadi. "Err.. akak, Aryan ada dekat rumah ke sekarang? Ni Bella nak ganti duit dia. Bella guna duit dia tadi, beli kopi." Kata Bella.

"Rasanya ada. Bella pergi je ye.." kata Aaliyah. Bella meninggalkan Aaliyah dan mengetuk pintu di hadapan rumahnya.

"Ahh.. Bella, yes.. anything?" Soal Aryan. Bella hanya tersenyum, "ni nak ganti balik duit awak. Terima kasih." Kata Bella menyerahkan not RM50 di tangan Aryan. Sedikit getaran dirasakan oleh Aryan saat Bella memegang tangannya.

"Nope, you take back. I don't accept cash." Kata Aryan menyerahkan kembali duit Bella. "Ahh.. kenapa pula? Habis tu, awak nak apa?" Soal Bella. Aryan sudah tersenyum, "sabtu ni.. jom keluar. Kita tengok wayang." Kata Aryan. "Tapi..." Belum sempat Bella bercakap, Aryan memotong percakapannya.

"Aryan tak nak tahu keputusan Bella. Aryan cuma terima ya sahaja. Boleh kan? Jumpa Sabtu ni ye." Senyum Aryan. Bella hanya terdiam.
***
"Err... Akak, nak tanya. Aryan ni okay tak?" Soal Bella. Aaliyah sudah tersenyum, "kenapa? Aryan ada buat apa-apa ke dekat Bella?" Bella menjawab, "takdelah. Dia ajak keluar tengok wayang sempena bayaran kopi dia." Kata Bella.

"Alah.. pergi jelah. Aryan tu okay, mungkin dia nak release stress.. bella pergi ye." Pujuk Aaliyah. "Tapi, kak.. saya takut." Kata Bella. "Takut apa? Bella dah ada boyfriend ke Bella takut-takut ni?" Soal Aaliyah. Terkejut Bella. Bukan boyfriend. Namun, dia sudah berjanji dengan Mr.A untuk menjaga diri untuk Mr.A.

"Hemm.. nantilah fikir, nak pergi ke tak. Anyway.. akak. Ni Bella nak tanya. Akak dengan adik-beradik akak ada mixed ke? Sebab tengok muka macam ada.." kata Bella. Aaliyah membalas, "ada.. mama kami ada campuran Irish, dan dia dibesarkan di UK." Kata Aaliyah.

"UK.. eh, Papa pun membesar dekat UK. Mungkin, mana tau Papa kenal Mama Kak Aaliyah." Kata Bella. "Tak kut, sebab UK kan besar.." kata Aaliyah. "Eh, ye tak ye juga kan." Sengih Bella.

"Okay lah. Bella tidur dulu ye. Bye kak Aaliyah." Kata Bella. Dia masuk ke bilik dan terus menghantar e-mel kepada Mr.A

Are you buzy, Mr.A? Actually, Bella nak minta pendapat Mr.A lah. Ada jiran depan rumah Bella ajak Bella keluar tengok wayang sebab dia dah bayarkan kopi Bell pagi tadi. Bella nak pergi ke tak?

E-mel dihantar kepada Mr. A. Selang beberapa minit.. e-mel dibalas.

Pergi je.. asalkan Bella pandai jaga diri. Hutang budi ni kena bayar juga...

Balas e-mel Mr.A

Baik Mr. A. Anyway, I miss you... Walaupun Mr.A jauh dan kita tak pernah bersua muka. Mr. A sibuk ke?

Soal Bella.

I miss you too Arliya Isabella. Yes, buzy sikit dekat sini. Make sure Bella jaga diri ye. Don't worry. Our promise i still remember. Bella jaga diri Bell untuk Mr. A. And, i will take care myself for you.. dah, pergi tidur. Sleep tight, love.

Balas e-mel Mr. A . Bella terus mematikan laptop dan memeluk patung kepunyaannya.

Asad hanya memerhati Bella tidur. "Janji kita... Asad akan sentiasa pegang. Harap Bella pun macam tu." Bisik Asad.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience