CHAP FOUR

Romance Completed 23233

P.O.V
(Asad Daryen)

"Uncle.. is that true.. Bella, she moving out from your house?" Soal Asad. Ardani sudah tersenyum, risau betul bakal suami Bella ini. "Ya Asad, dia nak sangat berdikari. Lagi uncle tak suruh, lagi dia memberontak." Kata Ardani.

"Can you give me the address please?" Pinta Asad. "Asad nak buat apa? Jangan cakap dengan Uncle kamu nak tinggal depan rumah dia.." soal Ardani. Asad tersenyum, "that's right." Senyum Asad.

Pembantunya mendapatkan Asad, "master.. saya dapat makluman, dah memang ada orang tinggal di depan rumah Cik Muda Bella." Kata pembantunya. "bayar je berapa dia nak. Saya sanggup. Dan, saya nak rumah tu sekarang." Arah Asad. "Baik Master." Kata pembantunya. "Ahh, lagi satu.. bawa satu pembantu, yang fasih berbahasa melayu, perempuan. Untuk temankan bakal isteri aku dekat rumah dia nanti." Arah Asad.
***
(Malaysia)

Selesai mandi, kedengaran lonceng di pintu rumahnya. Apabila dia buka, dia dapati.. Bella di hadapan matanya. Sempurna, dia menunggu gadis ini begitu lama, dari dalam perut ibunya. Hampir tidak bercakap dia melihat kecantikan gadis ini.

"Arliya Isabella... Finally i meet you already." Kata Asad, dan terpaksa melakonkan watak sebagai Aryan. Dan, dia melihat Bella yang ramah dan sebagainya. Ikutkan hatinya, ingin sahaja dia memeluk gadis ini. Namun, ya.. dia perlu lulus 'ujian' yang sudah diatur oleh Asad untuk bakal isterinya. Ramahnya dia dan mukanya yang sentiasa tersenyum itu sudah pun mencuri hatinya.

Selepas sahaja dia berjumpa Bella, dia ingin sekali lagi berjumpa dengan Bella, tawa dan senyumannya meruntun jiwanya. Sempurna... Itulah kata yang tepat menggambarkan Arliya Isabella.

"Master..." Kata pembantunya. "What?" Soal Asad. "Ini jadual kuliah Cik Muda Bella, dan keretanya pun saya sudah pasangkan pengesan untuk Master mengetahui di manakan lokasi Cik Muda." Kata pembantunya.

Gelaran Cik Muda digunakan kerana jika mereka di UK, semestinya Bella akan dipanggil Young Miss Bella. Hanya yang tahu siapakah mereka berdua, menghormati dan memanggil mereka dengan gelaran yang sudah ditetapkan.

"Good... Now, where to begin?" Soal Asad. Dia ingin menguji kesetiaan seorang gadis bernama Arliya Isabella ini. Betulkan janjinya untuk memberikan hatinya kepada Mr.A atau Aryan?

Jika dia memilih Aryan? Apa tindakan Asad, dan jika dia memilih Mr. A? Apakah keputusan Asad.

Dart di tangan Asad dilontarkan mengenai titik merah di papan dart. Asad terkenal dengan ketangkasannya dan ketepatannya serta tidak dilupa gadis yang bernama Arliya Isabella itu bukannya sembarangan, mahir menggunakan senjata seperti ayahnya. Seperti yang dilihat di kem yang mereka berdua pergi, cuma dia mengenali Bella namun Bella tidak mengenali dia.

"We gonna build an empire.. Arliya Isabella. Together." Kata Asad.
***
Dia melihat wajah Bella yang pucat apabila dia tidak mempunyai duit. Dan, ujian sudah dimulakan oleh Asad. Dia akan membantu gadis ini, dengan menggunakan identiti Aryan. Dan bagaimana pula Mr.A yang mengabaikannya.

"The test start now!" Bisik Asad.

enjoy.. tunggu next chapter Isnin ne. hari ni double chapter supaya readers tak tertunggu-tunggu... hehehhe

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience