CHAP 2

Romance Completed 23244

"Asad, are you sure that your decision to go to Malaysia?" Soal Mamanya. Asad sudah tersenyum, "kenapa Ma?" Soal Asad. "Bukan apa, lebih baik kita tunggu sahaja Bella habis belajar, tu kan janji mereka. Selepas sahaja Bella habis belajar. Kamu akan berkahwin." Kata Mamanya, Puan Helen yang masih ada pelat Melayu-Britishnya. Asad hanya tersenyum, "i just want to give her some test. Neither she royal to me or not." Kata Asad. "Test? Asad nak test apa dengan Bella?" Soal mamanya. "We'll see." Kata Asad.
***
(Malaysia)

"Bella... " Laung Mamanya. "Ya Ma." Kata Bella sambil menuruni anak tangga. "Papa tanya, Bella nak tinggal dekat kolej ke atau Bella nak ulang-alik. Mama tak kisah kalau Bella nak stay dekat sini. Biar Papa hantar kamu." Kata Mamanya. "Hurmm.. Bella ingat nak sewa rumah lah mak. Yang dekat dengan kolej. Boleh?" Soal Bella, dia ingin berdikari sebenarnya.

"Betul ke ni? Tak terbeban ke, lagipun kamu tu baru 18 tahun, takkan dah berani tinggal sorang. Papa pula yang risau." Kata Papanya. Bella hanya ketawa, " I'am a daughter of Ardani Luthfi, why should i get scared, and i know how to protect myself. Remember, that camp i go when i was 10 years old." Kata Bella. Milia hanya merenung suaminya. Suaminya sudah bertepuk tangan, "yes.. that' s my daughter. Okay, you get my permission. Dah ada ke rumahnya?" Soal Papanya. "Dah ada daa.. Lusa kita pergi tengok ye." Senyum Bella.

Milia hanya mencerlungkan matanya selepas sahaja Bella naik ke atas biliknya, "Abang ni memang tak sayang anak ke apa? Biarkan Bella tu tinggal sorang, saya tak berani abang oii.." bebel Milia. Ardani sudah ketawa, "ma cherie ni.. biarkan lah. Lagi kita tak izinkan, lagi dia memberontak, saya percaya anak saya tu. Jangan risau." Senyum suaminya.
***
(UK)

Asad sedang mengemaskan pakaiannya untuk ke Malaysia. Dia tidak sabar untuk memulakan rancangannya untuk melihat sejauh mana kesetiaan Bella terhadap dirinya.

"Master, I had done your task." Kata pembantunya. "Bagus.. terima kasih." Kata Asad. Sedang dia mengemaskan pakaiannya. Dia menerima pesanan daripada bakal isterinya melalui emel.

Mr. A

What are you doing? I am a little bored here.

Asad membaca dan membalasnya.

Doing a work. Why? Bukan ke Bella akan ke kolej minggu hadapan?

Soal Asad.

"Yayyy! Saya happy sangat, tapi mama.. dia macam tak suka je dengan keputusan Bella.

Balas Bella. Asad yang membacanya sudah pelik.

Keputusan apa?

Bella membalas.

Bella nak tinggal rumah sewa sendiri sebenarnya. Nak berdikari. Malas Bella nak menyusahkan Mama dengan Papa. Lepas tu, Bella nak cari kerja sendiri. Macam selepas belajar, Bella nak kerja part-time. Macam dalam filem tu.

Asad membaca terus berfikir.

Agak bahaya sebenarnya Bella tinggal seorang. Tapi, kalau dah Bella nak sangat. Pastikan Bella jaga diri tau. Okaylah, Mr. A ada nak buat kerja sikit ni. Stay safe, dear. If you had any problem, just tell me, i will be there for you. See you soon.

Bella membaca dan membalas

Okay. Bye Mr. A

Asad sudah berfikir, dia terus menghubungi seseorang.

"Assalamualaikum, Uncle..." Dan perbualan terus berlarutan.
***
(Malaysia)

"Bagus rumah ni.. dekat je dengan kolej Bella. Okaylah, mama setuju. But, make sure that no guys will enter this house. Kalau anak mama ni dah gatal sangat, Mama hantar balik Bella ke UK, biar Datuk dengan Nenek yang jaga Bella." bebel mamanya.

"Mama.. saya tak terfikir pun macam tulah. Nanti kalau contohnya Bella dah ada kawan, Bella suruh mereka menyewa dekat sini. Boleh kan?" Soal Bella.

"Boleh sayang.. dah jom kita kemas sama-sama rumah ni." Kata Papanya. Dan, dia dibantu oleh Mamanya.
***
(Paris)

"Jaga diri di sana, Asad. Jaga juga bakal menantu mama tu, jangan terlalu nak test dia sampai dia tak suka kamu. Okay?" Kata Mamanya.

"Asad akan jaga dia Ma, after all of this, saya jatuh cinta dari dia dalam perut ibu dia kan.. Jaga kawasan kita. Kalau ada apa-apa, Saya rasa Uncle Aaron and Aunty Elaine ada untuk bantu Mama." Kata Asad.

"Kami dah tua.. Asad, we need young generation to take care of this place. Especially you and Bella. Still young and fierce." Kata Mamanya. "Aww.. you don't worry. Asad pergi tak lama. Hanya untuk mengingatkan Bella, that after she finished her study, we will get married." Kata Asad.

"Okay.. hati-hati ye.." kata Helen. Asad menyalam tangan mamanya.
***
(Malaysia)

"Settle.. okay, Mama dan Papa dah boleh balik. You don't worry about me. Okay?" Kata Bella.

Milia sudah hampir mengalirkan air mata. Ardani sudah memeluk bahu isterinya, "ma cherie.. kita masih boleh jenguk Bella kalau kita rindu. Tak jauh pun.. dah, Bella jaga diri baik-baik. Jangan lupa kunci pintu. Faham?" Arah Papanya.

Bella terus memeluk kedua mama dan papanya, mungkin dia agak sedikit jahat meninggalkan kedua mama dan papanya, namun dia ingin berdikari.

"Telefon Mama tau." Ingatkan Mamanya lagi. "Okay Ma.." kata Bella. Dan, kereta mereka pun meluncur pergi.

Bella membersihkan dirinya dan memakai baju untuk tidur. Lusanya, dia akan pergi ke kolej untuk memulakan hidup baru, kawan baru. Teringat dia apabila dia di UK, memang dia dihormati dan disegani kerana Papanya. Namun, di Malaysia.. dia bukanlah sesiapa.

Bella mencapai teddy bearnya dan bercakap dengannya, "Teddy.. Bella kena bersungguh-sungguh untuk Papa dan Mama.. I can't wait to go to college and meet new friends.." kata Bella. Dan, lama-kelamaan Bella tertidur.
***
(Kapal Terbang UK-MAS)

Asad hanya tersenyum mendengar suara Bella bercakap dengan patung pemberiannya.

"We will see each other soon. And i hope you will be prepared with the test i arrange just for you, my sweet Bella." Kata Asad melihat Bella tidur.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience