CHAP 36

Romance Completed 23244

Bella mencari tempat duduk lain agar dia tidak akan bertembung dengan musuhnya. Dia benci melihatkan muka itu.

Namun, baru sahaja dia melangkah, dia sudah ditahan oleh seseorang dan memaksanya untuk duduk di sebelahnya. Siapa lagi kalau bukan, Asad Daryen!

"Perangai kau ni macam sampah, memalukan kaum lelaki, tak malu ke tarik anak dara orang? Ahh?!" Marah Bella. Asad hanya menunjukkan muka selambanya.

"Saya tarik ni bakal isteri saya juga.." kata Asad. "Siapa yang nak jadi isteri kau? Kau ingat aku nak bermadu ke? Kalau diri tu dah berkahwin, buat cara dah berkahwin.. Master Asad.." tegas nada suara Bella, dia sekali lagi ingin meningalkan tempat tersebut namun masih ditegah oleh Asad.

"Don't make a scene here, love. Nanti apa orang kata, tak malu ke? Awak tu bawa nama syarikat Papa awak." Ugut Asad. Bella sudah rimas.

"Cepatlah seminar ni habis.." gumam Bella. "kenapa nak cepat habis?" Soal Asad. "Supaya aku tak jumpa kau lagi! Rimas!" Benci Bella. Dia sudah mengeluarkan plannernya dan memasang airpod di telinganya supaya dia tidak diganggu lagi oleh Asad.

Asad hanya tersenyum melihat Bella.
***
Seharian Bella terasa penat. Sangat penat sebenarya. Kakinya juga lenguh memakai kasut tinggi. Mereka hari ni diajak untuk mengelilingi pameran daripada kesemua syarikat di Asia.

Dan, di mana sahaja Bella berada, sememangnya Asad akan mengikutinya. Bella menapak ke dalam lif dan mengurut betisnya.. dan, tanpa dia sedar Asad sedang merenungnya.

"It's that hurt?" Soal Asad. Bella hanya mengendahkannya. Asad mendekati Bella terus mencempung badan milik Bella.

"Ahhh??!!! Let me go, your pervert!" Marah Bella. Dia menekan butang 40. Dan, diam sahaja sementara Bella sudah memarahinya. Dia menuju bilik Bella. Dan, terkejutnya dia apabila Asad mengetahui nombor bilik dia.

"How did you know?" Soal Bella. Asad tersenyum, "bilik Asad sebelah Bella je.." kata Asad, sambil tersenyum.

Dalam hati Bella menyumpah dirinya. "Cepatlah buka.. Asad nak urut kaki Bella ni." Kata Asad. Bella memandang mukanya dengan perasaan marah.

"Turunkan aku. Kau tak tahu malu ke, masuk bilik orang.. turunkan saya Asad!." Teriak Bella. Asad menurunkan Bella.

"Kan bagus kalau kita khawin.. taklah macam ni." Kata Asad. Bella terus membuka biliknya. "Siapa nak kahwin dengan kau.. lebih baik saya jadi lelaki yang masih bujang. Daripada saya kahwin dengan suami orang." Kata Bella. Terus menghempaskan pintu di muka Asad.

"She haven't say thank you.." kata Asad, tersenyum. Dia masih belum berani bercakap mengenai hal perkhawinannya. Biar hanya sedikit orang yang tahu. Lagipula, ni pun untuk kebaikkan Bella.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience