CHAP 50

Romance Completed 23233

"Master Ramos!" Jerit orang suruhannya. "What?!" Soal Ramos. "Rumah agam kita diserang." Kecoh orang suruhannya. "Mana semua orang?" Jerit Ramos.

"Semua dah tak sedarkan diri. Mereka serang kita pakai gas yang tidak kelihatan." Kata orang suruhannya. Ramos melepaskan Asad dan mengheret Asad dekat dengannya. Sambil pistol diacukan di kepala Asad.

"Siapa yang datang agaknya. Adakah Dani? Atau Mama kau?" Soal Ramos. "Well.. it's me." Kata Bella, diikuti oleh Aeyman dan Aaliyah.

"Bella!" Jerit Asad. Kenapa isterinya yang datang. "Hai Ramos dan goodbye Rania." Kata Bella terus melepaskan tembakan ke arah Rania. Mereka tidak bersedia.

Tersungkur jatuh Rania. Terkejut Ramos melihat anaknya Rania jatuh ke lantai dengan darah yang berlumuran. Bella terus duduk di kerusi. Aeyman dan Aaliyah terus bergegas ke arah Shania dan Raisha untuk dilepaskan.

Orang suruhan Ramos berada dekat dengannya. Dia harus melindungi Ramos. "Now, we talk. Master Ramos. Kenapa kau tangkap dia?" Soal Bella sambil tangannya diselangkan.

"Kau tak takut ke suami kau mati? Kau jangan main-main dengan aku, Bella." Amaran Ramos.

Bella terus ketawa, "saya pun nak dia mati. Siapa suka berkhawin dengan dia?" Soal Bella. Ramos terdiam, "jadi, kenapa kau datang sini? Kalau bukan pasal suami kau?" Soal Ramos.

"Sebab aku berdendam dengan kau dan keturunan kau. Kau yang buat aku hidup macam ni. So, aku balas lah." Kata Bella, sambil itu dia mengambil dart yang disangkutkan di sanggul rambutnya dan melepaskannya ke arah orang suruhannya. Tersungkur orang suruhannya.

"Bagi aku Asad Daryen. Sekarang!" Garang riak wajah Bella. Asad hanya diam, dia masih terasa apa yang dikatakan oleh Bella.

"Kau nak Asad kenapa?" Soal Ramos. Bella terus berdiri, "kau banyak cakap!" Kata Bella terus menembak Asad di dada. Tersungkur Asad di lantai. Ramos terkejut melihat badan Asad yang berlumuran darah. Dia masih terkejut, dia menjangka bahawa perempuan ini akan lemah apabila suaminya ditangkap, namun tidak. Dia sendiri yang menembak mati suaminya.
"Master Asad!!" Teriak Aaliyah. "Jangan masuk campur, Aaliyah. Kau dah kerja dengan aku!" Marah Bella.

Bella tanpa membuang masa menembak Ramos. Shania dan Raisha hanya terdiam melihat gadis di hadapan mereka ini. Penuh dengan kejahatan dan tidak menghiraukan orang lain.

Bella hanya tersenyum melepasi mereka, "we meet again, Miss Raisha. Now. I need to go home. Semua dah settel. Aaliyah, Aeyman.. uruskan semuanya." Kata Bella meninggalkan mereka semua.

Aaliyah dan Aeyman cepat menuju ke arah Asad. Itu yang paling penting sekarang.

Namun, apabila memegang bekas luka tembakan Bella. Aeyman dan Aaliyah menarik nafas lega. Peluru itu hanya ubat pelali dan cecair merah yang keluar seperti darah hanyalah palsu.

"Apa lagi korang tunggu? Cepatlah. Letakkan Ramos dan Rania ruangan bawah tanah Rumah Madam Helen. Dan, Asad.. bring him to my house. Call the doctor. Pastikan semua orang berkumpul di rumah Madam Helen." Arah Bella.

Shania dan Raisha hanya terdiam. "She's prefect!" Kata Shania. Tepat sekali Asad memperisterikan orang seberani ini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience