CHAP 20

Romance Completed 23233

Bella menghidupkan pancuran air di bilik mandinya dan dia terduduk di bilik air tersebut sambil menangis. Asad pula di rumah sewanya menghisap cerutnya dan melepaskan kepulan asap ke udara.

"Master... Semua dah selesai." Kata pembantunya. "Bila aku takda dekat sini, pastikan korang berdua, jaga Bella baik- baik."arah Asad. Dia belum kecewa rasa kecewa sebegini namun, walau apapun yang berlaku.. dia harus fokus. Untuk keselamatan Bella.
***
Bella bangun pada awal pagi tu. Dia terkejut melihat di lehernya ada rantai berlian. Dia bangun dan membuka telefonnya. Ya, semalam dia mematikan telefonnya agar dia tidak diganggu sesiapa pada pagi ini.

Terdapat satu mesej daripada Papanya menyuruh dia berpindah ke rumah mereka serta-merta untuk keselamatan dia. Dan, Bella hanya membalas okay dengan pesanan tersebut.

Sudah tiba masanya dia melupakan apa yang terjadi. Baru sahaja dia ingin bangun, dia terlihat ada sepucuk surat di meja. Dia membuka dan membacanya. Dia mengumpalkan surat tersebut dan membuangnya ke tong sampah.

"We will meet again.. Master. See you in three years." Senyum sinis Bella. Apa yang berlaku, sudahpun berlalu.
***
(Imbas kembali)

Asad memasuki bilik Bella, sebelum dia berlepas pada pagi ini. Dia harus meninggalkan sesuatu di meja milik Bella. Dia menyelimutkan Bella dan mengusap kepala Bella.

"Asad tak pernah rasa kecewa macam ni, Bella. Asad harap Bella membesar menjadi wanita yang sempurna. Sebab, tiga tahun dari sekarang, Bella akan menjadi isteri kepada Asad. I hope your will be a prefect woman i ever see. Take care of yourself, love. Asad akan sentiasa ada untuk Bella." Bisik Asad sambil mengusap rambutnya. Asad memberanikan diri mencium pipi Bella.

Isi surat berkenaan mengenai arahan Asad untuk sentiasa memakai set berlian dan Aaliyah sentiasa ada bersama dia. Selepas tiga tahun, dia akan berjumpa kembali Bella dan di situlah sama ada Bella memungkiri janji atau Asad yang akan memungkiri janji. Dan, seperti sebelum perjanjian dibuat. Hutang darah wajib dibayar dengan hutang darah.

Bella tersenyum melihat dirinya di cermin.. "tiga tahun Bella.. dan, kau akan tahu apa nasib kau.." kata Bella.

Asad yang mendengar apa yang dikatakan oleh Bella, tersenyum. "Tiga tahun... Dan, aku pun akan tahu apa nasib aku." Kata Asad yang ketika itu sedang dalam perjalanan ke UK.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience