CHAP 45

Romance Completed 23233

Asad dan Bella sedang menikmati makan malam bersama. Hanya senyap mereka di meja makan tersebut. Masing-masing melayan perasaan.

"Saya akan terima Aeyman jadi pengawal saya." Kata Bella, terus Asad sedikit senyum.

"Tapi, saya tak akan maafkan dia, buat masa sekarang.. suruh dia jarakkan diri dia daripada saya kalau tak nak dia cedera oleh saya." Arah Bella.

"Alright Madam Arliya Isabella." Kata Asad. Bella menarik muka..

"Takde dessert ke atau buah?" Soal Bella. Asad tersenyum, "kenapa Bella nak makan buah atau kek? Asad boleh minta dengan service room." Kata Asad.

"Saya nak makan buah." Kata Bella. Asad menghubungi hotel untuk menghantar Bella buah. "Awak? Takkan awak pun tak nak dessert?" Soal Bella, pelik hanya dia yang akan makan salad fruit yang ditempah oleh Asad cuma satu.

"Tak payah. Abang dah ada buah ceri." Kata Asad sambil tersenyum. "Mana ada buah ceri dalam peti ais tu. Saya tak minta dengan awaklah kalau ada buah dalam peti ais tu." Kata Bella.

Asad mendekati Bella, "ni buah ceri Abang." Sambil mengusap bibir Bella.

Bella terus menepis tangan Asad, "it's not funny. Okay?" Soal Bella terus ke arah ruang tamu dan membuka saluran.

"Kita nak ke mana esok?" Soal Bella. "Jalan-jalan. Honeymoon. Habiskan masa dengan Bella." Kata Asad sambil memeluk badan Bella. Bella hanya membiarkannya sahaja. Entah kenapa.

"Berapa hari kita dekat sini? Awak jangan lama-lama sangat. Saya pun ada kerja nak urus dekat office Papa. Minggu depan, saya ada projek dengan klien kami." Kata Bella.

"Empat hari je. Anyway, Bella.. nanti dekat UK, kita tak boleh sangat terlalu rapat. Takut Ramos tahu yang kita dah berkahwin. Jadi, Bella tinggal rumah Papa Bella dulu ye." Kata Asad.

"Yes!! Yahoo.." gembira Bella. Asad sudah masam mencuka. "I'm gonna miss my wife, Bella tak rindu Abang ke nanti?" Soal Asad.

Bella hanya diam. "siapa entah nak rindukan awak. Dahlah, saya nak tidur." Kata Bella menutup tv.

Bella merebabkan badannya dan baru sahaja Asad ingin merebahkan badannya. Dia ditolak oleh Bella.

"Why Bella push Abang?" Soal Asad. Bella terus tersenyum, "katil awak dekat sofa. Ni katil saya. Selamat malam." Kata Bella terus mengelimutkan badannya.

Asad terus tersenyum, dia terus mencempung badan Bella dan membawanya kita sofa. Muat untuk mereka berdua.

"Hey! Saya bukan tidur dekat sinilah.. ahh, let me go!!" Kata Bella, pelukan Asad yang begitu kuat sehingga Bella tidak dapat melepaskan dirinya.

"Bella cakap katil Abang dekat sini. Jadi, dekat mana Abang tidur, dekat situlah Bella pun tidur." Kata Asad.

"Tapi.. saya..." Belum sempat dia bercakap, Asad sudah mencium perlahan pipi Bella dan mengusap rambut Bella.

"Good night, Love.. I love you since you still in your mummy tummy. I love you since i look your picture when you still baby.. I love you, my wife.." bisik Asad.

Lama kelamaan, Bella tertidur begitu juga Asad.
***
Bella terbangun apabila ada sentuhan di wajahnya. Dan, dia menyedari dia memeluk tubuh suaminya itu. Bella cepat-cepat bangun.

"Good morning, love." Kata Asad, sedikit seksi suaranya apabila dia menuturkan begitu pada pendengaran Bella. "Hurmm. Dah, saya nak mandi." Kata Bella. "Okay.." senyum Asad.
***
Bella sedang menunggu Asad untuk bersiap, sempat dia membuat panggilan telefon kepada Papanya untuk menanyakan mengenai keadaan mereka di sana. Dia sedikit merindukan keluarganya.

Selepas sahaja panggilana dimatikan, keluar Asad dengan gaya kasual. Rambutnya yang sedikit panjang tu sudah dipotong, jambang di muka juga sudah dibersihkan. Tampan betul Asad pada penglihatannya.

"Love.. jom." Kata Asad, tersentak Bella seketika. Asad memegang tangan Bella dan keluar dari hotel mereka.

Mereka berjalan di sekitar Venice, menaiki perahu dan menyelusuri lorong demi lorong kota tersebut. Cantik dirasakannya.

Mereka tiba di kedai cenderahati. Bella ingin membelikan kedua ibu bapanya, datuk dan nenek sedikit buah tangan, begitu juga Madam Helen.

Asad hanya melihat isterinya. Cantik dirasakan isterinya ini. Dia mendekati isterinya dan merangkul pinggang isterinya.

"Oh mak.. awak dah kenapa?" Soal Bella, terkejut dengan sentuhan suaminya. "Just miss you, love." Senyum Asad.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience