CHAP 46

Romance Completed 23233

Setelah hari berlalu dengan bulan madu mereka, akhirnya mereka kembali ke UK. Asad melihat Bella tertidur di katil dalam pesawat. Dia keluar untuk brief Aeyman.

"Aeyman.." sahut Asad. "Ya Master.." kata Aeyman. "Bella boleh terima awak jadi pengawal peribadi, cuma.. jarakkan diri daripada dia ye. Bella, she's not our sweet Bella anymore. Saya akui, dia berubah.. saya sebagai suami pun sebenarnya mengharapkan Bella kita yang dulu.." senyum tipis Asad.

"Maafkan aku, kalau semuanya berpunca daripada aku dan keluarga aku." Kata Aeyman. Asad hanya tersenyum. "Kita semua ada cerita dalam keluarga kita.. dan, kita sebagai penerus, sama ada nak teruskan cerita itu atau buat cerita yang baharu supaya orang boleh lupakan kisah lama." Kata Asad.

Aeyman bersetuju dengan pendapat Asad. "Adakah kalau bapa saya tiada, organisasi kami akan berkubur?"soal Aeyman.

"Selagi masih ada pewarisnya, sesebuah organisasi tidak akan berkubur, cuma lainlah kalau semua keturunan kamu habis. Tu dikira organisasi kamu sudah tamat. Dan, organisasi yang melawan kamu, akan mewarisi semua kawasan organisasi yang kamu jaga." Terang Asad.

Aeyman sedikit kagum dengan Asad, "you seems know everything. That's why you was the best leader that organisation had."

Asad hanya tersenyum nipis. "Benda ni yang perlu kita tahu. Macam kes kamu, kalau Ramos dah takde, Rania lah yang akan menguasai organisasi kamu." Kata Asad.

Aeyman sudah sedikit risau, "what if... Rania tipu Master. I mean, selepas Rania ambil alih organisasi, dia lancarkan perang dekat organisasi kamu? Macam mana?" Soal Aeyman.

Asad membalas, "benda sebegitu tak akan berlaku Aeyman. Sebab, your sister know very well who she against with." Kata Asad.
***
Bella terbangun apabila dia perasan ada tangan sedang melingkar di badannya. Siapa lagi jikalau bukan Asad Daryen.

Lama Bella melihat wajah Asad. "Penat betul aku tengok dia ni.. kesian.." kata Bella. Dia perlahan mengalihkan tangan Asad. Bella bangun untuk pergi keluar.

Kelihatan Aeyman dan Aaliyah sedang duduk lantas berdiri apabila ternampak Bella. Aeyman hanya menundukkan wajahnya.

"Madam.. what can i do for you?" Soal Aaliyah. "Err.. kak Aaliyah, boleh tak sediakan Bella minum petang?" Soal Bella.

"Baik Madam." Gegas Aaliyah. Aeyman masih statik di tempatnya. "Lama lagi ke kita nak sampai?" Soal Bella kepada Aeyman.

"Err... Ada lebih kurang tiga jam lagi Madam." Kata Aeyman. Bella sedikit kekok dengan panggilan tersebut. "Panggil je aku Bella, Aeyman. Aku tak biasa kau panggil aku macam tu." Kata Bella membaca majalahnya.

"Baik Bella." Kata Aeyman. "So, kenapa Asad ambil kau bekerja sebagai pengawal aku? Selain keselamatan aku?" Soal Bella.

Aeyman menelan air liurnya. "Sebab untuk membayar apa yang aku dah buat dekat kau." Kata Aeyman.

"Buat apa kau nak buat macam tu? Kau boleh je lari daripada tugas ni." Cadang Bella.

"Sebab, Aeyman nak keluarga dia balik." Kata Asad yang baru bangun dari tidurnya. Bella sudah menarik muka, tidak boleh kah dia dibiarkan seketika dengan Aeyman.

"Dan, keluarga dia sebagai cagaran, supaya dia jadi pengawal Bella." Kata Asad.

"You may go now, Aeyman." Perintah Bella. Aeyman membalas, "sebelum tu, saya harap Bella dapat maafkan saya. Betul kata Asad, saya cuma nak keluarga saya seperti dahulu . Dan, sama seperti apa yang dihajati oleh arwah ibu saya sebelum mati, untuk menjaga kakak tiri saya." Kata Aeyman terus meminta pamit.

Asad melihat Bella. Bella pula melihat Asad. "Sejak bila nama awak Aeyman, saya tanya tadi soalan dekat Aeyman, yang awak jawab untuk dia kenapa?" Soal Bella.

"Salahkah? Saya jawab untuk dia?" Sengih Asad. Bella malas melayan Asad.

"Nanti Papa Dani ambil Bella di lapangan terbang, kita tak akan pulang bersama. Bella boleh kan?" Soal Asad.

"Saya sangat boleh..." Ejek Bella. "Tapi, abang yang tak boleh. Nak Bella tidur sebelah Abang.." sedih Asad.

"Mengada.." kata Bella. Asad hanya ketawa.. dan berbisik di telinga Bella, "and i gonna miss my cherie.."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience