CHAP 37

Romance Completed 23233

Bella sedang mengemaskan barangnya. Esok hari terakhir dia di sini. Harap dia tidak akan bertemu dengan lelaki di sebelahnya ini. Pistol yang sentiasa dibawa di dalam beg dikeluarkan.

Bella memerhatikan pistol ini. "Use weapon or just a little fight?" Soal Bella. Dia memasukkan pistol itu kembali. Memang apa yang dirasakan dulu, akan terbayar pada saat ini.

Di bilik sebelah, Asad menghisap cerut dan melepaskan kepulan asap di udara. Isyarat telefon mengejutkannya, "It's done, Master." Kata pembantunya. "Thanks.." kata Asad.

Asad tersenyum, "janji saya.. untuk mengahwini Bella. Walau apa cara sekalipun." Senyum Asad. Dia tidak akan melepaskan lagi gadis ini. Tiga tahun dia bersabar.
***
Esoknya, Bella sampai awal di dewan tersebut. Dan, dia memastikan bahawa meja yang dia duduk itu, ada orang. Dia akan memastikan Asad tidak memperkecilkan dirinya lagi. Layanan dua hari yang lalu, seakan dia masih budak-budak.

"Wait... Hold up, Arliya Isabella. Right?" Soal lelaki di sebelahnya. Dan, dia melihat wajah lelaki tersebuf, seperti pernah dia nampak. Namun, dia sedikit terlupa.

"Looks like you don't remember me? Ain't you? I'am Eric.. from Cedric Organisation." Kata Eric. Bella sudah mulai tersenyum.

"Owh. You . Hai.." senyum Bella. Eric juga turut tersenyum, "kalau saya tahu, awak ada di sini. Ada juga kawan saya. Ni hari terakhir baru jumpa awak." Kata Eric.

Bella sedikit terkejut, "so, you know bahasa Melayu?" Soal Bella. "Of course, my ancestors from Malaysia. Sikit-sikit tu boleh kah cakap." Kata Eric.

"What a nice coincidence." Kata Asad, Eric terus tersenyum, "Woahhh.. pleasure to meet you, Master Asad Daryen, if i not mistaken, from Ryen Organisation. Have a seat." Jemput Eric. Baharu sahaja Bella cuba untuk lari daripadanya namun masih juga dia akan bertemu dengan lelaki ini.

Adakah ini jodoh atau sebaliknya.
***
Selepas sahaja seminar habis, Eric meminta nombor telefon Bella, entah mereka seakan serasi. Mungkin umur mereka yang tidak jauh beza. Eric baru berusia 23 tahun.

Namun, ini menimbulkan perasaan tidak senang kepada Asad, "nombor aku kau tak nak Eric?" Soal Asad. Eric tersenyum. "Boleh juga Master..." Senyum Eric. Entah dia boleh merasakan ada aura-aura cemburu dalam diri Asad.

Setahunya, Ryen dan Idgryl tidak meneruskan perkhawinan. Ini yang disampaikan oleh ayahnya. "Jumpa nanti, Bella." Senyum Eric lantas meninggalkan mereka.

Bella juga meninggalkan Asad. Namun, cepat Asad menangkap lengan Bella. "Jangan buat macam-macam Bella. Asad tak suka." Kata Asad.

"And, who are you?" Soal Bella. Mengingatkan Asad agar tidak mengongkongnya. Bella menarik lengannya dan meninggalkan Asad.
***

Bella bergegas meninggalkan hotel dan menuju ke kereta milik bapanya. Kereta Tesla kepunyaannya ditinggalkan di rumah kerana dia belum mahu menggunakannya.

Setibanya Bella di keretanya, dia mencuba menghidupkan enjin keretnya. Banyak kali dia cuba menghidupkan kereta. Banyak kali.

"Kenapa ni kereta aku?" Bisik Bella. Berulang kali dia menghidupkan kereta. Dia membuka hadapan kereta untuk melihat keadaan keretanya.

Dan, tidak semena-mena ada seorang lelaki di belakangnya merangkul pinggangnya dan menyuntik ubat pelali seketika.

Bella mengecam siapa lelaki tersebut namun pandangannya kelam dan gelap.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience