CHAP 41

Romance Completed 23244

"Aeyman, tak makan dulu ke?" Soal Rania menyediakan sarapan untuk mereka sekeluarga. "Tak kak, saya dah mula kerja dah.. Asad dah call." Kata Aeyman bergegas menolak bagasinya.

"Aeyman dah mula kerja?" Soal Raisha. Rania menganggukkan kepalanya, "maksudnya.. Asad dah.." Raisha tidak perlu menyambung ayat tersebut. Mereka sudah mengetahuinya.
***
Tiga tahun lalu.

Aeyman berjumpa dengan Asad di coffee house. "Selamat pengantin baru." Senyum sinis Aeyman. Asad hanya tenang di kerusi yang diduduknya.

"Ya adik ipar. Terima kasih. Tapi, adik ipar.. perkhawinan kami tak akan kekal lama, hanya sekadar menutup mata bapa kau yang tamak tu." Kata Asad, lantas mencampakkan gambar ke atas meja. Aeyman melihat gambar itu. Ada Raisha dan Rania di bangku hospital.

"Kau nak balik keluarga kau kan?" Soal Asad. Aeyman sudah terdiam, dia teringat kata-kata ibunya sebelum ibunya meninggal, jaga kakak tirinya daripada ayah tirinya yang jahat. Balas dendam jika boleh untuk kematian ibunya.

"Janji aku, untuk satukan keluarga korang kembali. Tapi, memandangkan kau ada buat sesuatu dengan Bella. Aku tak akan senang-senang bagi kau jumpa keluarga kau." Kata Asad, lantas berdiri, dia ingin meninggalkan Aeyman.

"What do you want, Asad?" Soal Aeyman. Asad sudah tersenyum, "now, we talk."

Dan, janji sudah dimeterai. Sekiranya Aeyman ingin berjumpa kembali dengan ahli keluarganya, syaratnya ialah Bella kena menjejakkan kakinya ke UK, baru dia diizinkan untuk bertemu keluarganya. Selagi Bella di Malaysia, dia tidak dibenarkan berjumpa dengan ahli keluarganya.

Dan, sekiranya Bella sudahpun menjadi isteri kepada Asad, secara automatik kerjanya sebagai pengawal pribadi Bella.
***
(Sekarang)

Bella sedikit lapar selepas dia bangun dan mandi tadi. Dan, yang pelik.. kesakitan di perutnya akibat ditumbuk oleh Asad, tidak lagi terasa.

"Abang rasa mesti Bella lapar kan?" Soal Asad. Bella hanya diam menuju ke kerusi dan makanan terus disediakan oleh Aaliyah.

"Jemput makan, Master and Madam." Senyum Aaliyah. Selepas doa dibacakan, Asad menyuap Bella makanan sebelum dia menjamah makanan miliknya.

"What?" Soal Bella. Asad hanya tersenyum, "well. I want this thing become a habit to our family. Sebelum kita makan, kita kena suap pasangan kita dulu." Senyum Asad.

"Dan kenapa saya kena ikut cakap awak?" Soal Bella. "Simple.. because, you are my wife." Senyum Asad.

Bella hanya mengikuti rentak Asad. Dan, menyambung makan mereka. Dia sememangnya sangat lapar. Seharian rasanya dia tidak makan.

Setelah mereka habis makan, "Abang rasa sakit dekat perut Bella dah sembuh kan?" Soal Asad. Bella hanya diam.

"Boleh lah.." tu sahaja balasan Bella. "Lama lagi ke kita nak sampai ni?" Soal Bella. Asad hanya tersenyum, "sekijap lagi.. dalam satu jam, kita sampai. Abang ada urusan nak diselesaikan. Jadi, Bella dengan Kak Aaliyah dulu ye. Selepas urusan Abang habis, baru kita jalan-jalan." Terang Asad.

Bella hanya tersenyum sinis, "hermm.. nak lama-lama pun takpe, Master. Ingat saya suka sangat tengok muka awak." Kata Bella, meninggalkan Asad.

Asad hanya tersenyum, "Kinda cute, she call me Master." Senyum Asad kepada Aaliyah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience