CHAP 53

Romance Completed 23233

Bella sedang menikmati sarapan paginya bersama Asad. Asad yang masih memerlukan rehat akibat bekas tembakan perlu mendapat rehat yang secukupnya.

"Bella, can you do Abang a favor?" Soal Asad. Bella memikirkan soalan Asad, "sepatutnya saya yang cakap benda tu... Sebab saya ada selamatkan nyawa awak. Remember, you own me, Asad.." kata Bella.

Asad hanya tersenyum, "well.. Abang tak pernah pun minta tolong Bella. Bella yang datang selamatkan Abang.." kata Asad. Bella menarik muka, "yelah.. kalau saya tak selamatkan awak, siapa nak selamatkan awak? Kalau saya tak sampai sana.. entah apa jadi dengan awak." Kata Bella.

"Kalau ada yang terjadi dengan Abang, kenapa?" Soal Asad, sedikit memancing perasaan Bella. "Yelah.. sebab awak tu suami saya... Takkan saya nak kena duduk diam bila suami saya kena kacau?" Tinggi suara Bella. Namun, dia baru menyedari kata-katanya.

"Kalaulah Abang sihat, dah lama Abang angkat Bella. Remember, we still not be husband and wife secara sebetul-betulnya.." tutur Asad sambil mengenyitkan matanya.

"Ahh.. apa yang awak minta tolong.." kata Bella, cuba menukar topik. Dan, Asad tersenyum dengan Bella.
***
"Ye Pa, hari ni Bella tak masuk ke office, Bella kena paksa Asad pergi office dia." Kata Bella. Papanya hanya ketawa di hujung talian.

Bella memakirkan keretanya dan mulai masuk ke pejabat milik organisasi Asad. Sangat besar dan sangat berkelas. Bella menuju ke kaunter.

"Hai.. sorry, My name is Arliya Isabella. And I.." belum sempat Bella bercakap..

"Madam Bella.. nice to meet you. Come.. Master Asad had inform me about Madam Bella." Kata penyambut tetamu tersebut.

Dan, akhirnya mereka berhenti di sebuah bilik dan terpampang besar namanya di hadapan pintu bilik ini.

"Arliya Isabella bin Ardani Luthfi, Penolong Pengarah"

Terlopong mulut Bella. "What the heck?" Kata Bella. Penyambut tetamu tersebut hanya tersenyum.

"Bilik ini dah ada sejak Master Asad ambil alih syarikat ni. Madam Bella tak payah risau, pekerja kami akan sentiasa bersihkan bilik ini dari dulu sehingga sekarang. Dan sekarang, pemilik bilik ini dah ada. Selamat datang, Madam." Kata penyambut tetamu lantas membuka pintu bilik kerja Bella.
***
"Saya ingatkan awak cakap haritu, saya kena buktikan dekat awak, yang saya boleh uruskan projek atau tidak, baru awak boleh bagi saya jawatan dalam syarikat awak. What happen?" Soal Bella bertalu-talu.

"Anggap ia sebagai hadiah, sebab selamatkan Abang.." gelak Asad. "Master Asad Daryen, that girl say that you being prepared this room three years ago. Apa sebenarnya ni?" Soal Bella lagi.

"Sebab Abang tak nak Bella jauh lagi dari Abang macam dulu.. Bella boleh terima alasan tu?" Soal Asad.

Bella terkesima. Sebegitu cintakah suaminya kepada dirinya? Dia tiada jawapan tersebut.
***
Dia memikirkan dokumen yang berada di hadapannya dengan setiausaha syarikat melihatnya sambil tersenyum.

Kontrak itu dipandang sangat dalam. 50% dalam syarikat import eksport Asad miliknya dengan syarat menjadi isteri "sebenarnya" kepada Bella. Dan, jika dia tidak menandatangani kontrak ini, projek Bella akan ditarik serta-merta begitu juga kerja di perusahaan Papanya.

"This two men... Aisyhh!" Keluh Bella. Entah-entah sekarang, Papanya mentertawakannya dan begitu juga Asad. Memang ngam kepala otak dua ketua organisasi ini, ada sahaja yang dirancangkan.

"Dan, seperti Cik Alicia kata, jikalau saya tidak menandatangani kontrak ini, secara automatiknya.. saya tidak akan mempunyai apa-apa. Betul?" Soal Bella setelah mengetahui rupanya seluruh pekerja di syarikat ini perlu belajar bahasa Melayu sebagai bahasa kedua mereka.

"Ya Madam." Kata Alicia. "Can you please, give me a second." pinta Bella. Bella menghubungi Papanya, "why you so cruel to your daughter, Pa?" Soal Bella. Dani sudah ketawa, " apa susah. Tandatangan jelah kontrak tu." Cadang Papanya.

"Kalau saya tak tandatangan pun.. saya boleh kerja dekat Malaysia lah. Saya boleh pergi tempat Nek Sophie dengan Atuk Alan." Kata Bella.

Dani hanya tersenyum, "ingat.. Asad nak lepaskan Bella macam tu sahaja ke? Dah baca kesemua kandungan kontrak itu betul-betul? Papa rasa kamu ada tertinggal kut. Cuba baca betul-betul. Okay, sayang.." kata Dani mematikan panggilan.

Bella sekali lagi membaca kontrak ini dengan penuh teliti, apa yang dia tertinggal.

Dan, sememangnya betul.. ayat yang berbunyi.

"Sekiranya Madam Arliya Isabella tidak menandatangani kontrak ini, segala kewangan, rumah, dan kereta akan ditarik menyebabkan Madam Arliya Isabella tidak mempunyai apa-apa. Perniagaan keluarga juga adalah dilarang sama sekali untuk membenarkan Arliya Isabella bekerja di perusahaan mereka."

Bella menghentak mejanya sehingga menyebabkan Cik Alicia terkejut, "sorry.." senyum Bella.

"Pandai suami aku ni. Kurang asam!" Marah Bella dalam hati.
***
Asad sudah ketawa di hujung talian, "thanks Alicia. Make sure, guide Madam." Kata Asad.

Akhirnya, kontrak itu pun telah ditanda tangani, tidak lama selepas itu, masuk pesanan ringkas di telefon Asad.

"Puas hati??!!!. Saya harap sekarang awak boleh tersenyum lebar!" Ringkas pesanan Bella.

Asad hanya tersenyum, "sudah semestinya, rakan kongsi. Now.. let's practice. Panggil Abang, bukan Awak.." balas Asad.

"Nope.. in your dreams.." balas Bella. Asad sudah tersenyum, "so.. your Tesla. Should I destroy it?" Soal Asad.

Bella sudah menahan marah, "okay.. Abangku.. dah lah, saya banyak kerja. See you(Abang) at home." Kata Bella.

Asad sudah tersenyum, "sekarang.. misi Abang nak dapatkan hati Bella balik." Katanya dalam hati.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience