CHAP 63

Romance Completed 23233

Bella secara perlahan menyelinap masuk ke dalam rumah. Selepas dia berkunjung ke rumah mama mertuanya untuk melihat keadaan suaminya. Madam Helen akan menjaga suaminya kerana dia mendapat pesanan ringkas daripada ibunya menyuruh untuk pulang.

Bella ingin naik ke tingkat atas namun dia melihat kelibat orang berdiri di ruang tamu.

"Arliya Isabella binti Ardani Luthfi." Laung Dani. Bella sudah sedikit takut. Tapi, dia tahu... Sebab apa Papanya menunggunya.
***
Diceramah oleh Papanya untuk kesekian kali.

"Bella bertindak seorang diri, panggil orang Papa tanpa pengetahuan Papa dan letupkan rumah milik Cedric, what's wrong with you, Bella.." sedikit tegas suara Dani.

Bella sedikit gerun, melihat Papanya begitu. "Dani... Dengar dulu penjelasan Bella. Jangan marah dia macam tu.." tegur Haider.

Bella sudah tersenyum, nasib baik ada Atuknya,.kalau tidak.. bertambahlah ceramah Papanya malam ini.

"Izinkan Bella jelaskan. Kalau Bella tak buat macam tu, Papa nak Bella diceraikan oleh suami Bella. Bella dah cakap, jangan sesekali cari pasal dengan Bella." Kata Bella.

Haider hanya tersenyum, perlakuan Bella mengingatkan dia tentang Tok Puan.

"But, ada Papa ajar macam ni ke? Apa Papa nak terangkan lagi dekat mesyuarat organisasi? Ingat Bella. Bella pun akan disoal siasat." Kata Dani.

"Dah tu Dani, Bella mesti penat. Tu nanti Dani fikirkan. Bella pergi mandi ye, Bella mesti penat." Kata Haider.

Dani hanya mendengus, dia kalah dengan Papanya, memang dimanjakan cucunya tunggalnya ini.

Bella meninggalkan Papa dan Datuknya. "Pa, saya takut dengan keselamatan Bella selepas ni, Papa janganlah halang saya nak nasihat anak saya." Kata Dani.

"Papa tahu cucu Papa tu, Dani. Dia buat benda yang betul. Prilaku dia macam Tok Puan kamu. Cuma, cara Bella ni lebih bahaya dibandingkan dengan Tok Puan kamu." Kata Haider.

"Saya nak buat macam mana ni, Pa?" Soal Dani. Buntu dia dengan sikap anak perempuannya ini.

"Hanya seorang je yang boleh didik dia supaya tidak menjadi terlalu bahaya, Dani." Kata Haider.

"Siapa?" Soal Dani. Haider tersenyum terus menepuk bahu Dani.

"Suaminya, Asad Daryen." Kata Haider.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience