CHAP 33

Romance Completed 23244

"Pa, 3 days 2 night?" Soal Bella melihat aturcara program di sebuah hotel di UK. Ardani hanya menganggukkan kepalanya. "Well, it's convention Bella. Mungkin Bella boleh dapat one or two ideas for company. Supaya Bella boleh fikirkan satu lagi company yang Bella boleh bangunkan sendiri." Kata Papanya.

Bella bersetuju dengan Papanya. "Anyway, sayang.. mesti sayang kena tinggalkan sesuatu untuk anak Bella juga." Kata Papanya. Sedikit tersentak dia mendengar perkataan anak.

"Papa nak cucu ke? Cakap pasal anak ni? Bella still young Papa. Baru 21 tahun." Kata Bella.

"Mama kamu pun khawin muda Bella. That's nothing wrong with that. Bella takda calon ke? Papa boleh kenalkan one of my friends." Kata Dani.

Bella banya tersenyum pahit.
***
Asad memerhati kertas di tangannya. "Why not Raisha je yang pergi?" Soal Asad. Raisha terus ketawa. "Asad ni mengelak daripada seseorang ke?" Soal Raisha.

Asad hanya ketawa, "Mengelak daripada seseorang? Tak tepat tu. Saya cuma nak dia bersedia. Tapi, kalau Raisha tak dapat pergi, tak pe.. sebab, memang dah tiba masanya pun saya jumpa bakal isteri saya tu." Senyum Asad.

"Asad rasa adakah Bella masih marah?" Soal Raisha. Kadang kala, kalaulah Ramos tidak tamakkan harta yang bergelar treasure mungkin mereka baik-baik sahaja.

"Dia berhak marah Raisha. Tapi, Asad akan buat dia jatuh cinta semula dengan Asad." Kata Asad.

"Anyway, hari ni.. Rania jumpa Papa.." kata Raisha. Asad sedia maklum dengan perjumpaan tersebut. Terus muka Asad serius. "Ya, saya tahu.." kata Asad.
***
"Papa.. belum rezeki lagi, nak buat macam mana?" Kata Rania. "Dah tiga tahun kamu berdua khawin, takkan belum ada isi lagi? Papa nak keturunan supaya boleh ikat dua organisasi ni. Kamu bolot semua harta organisasi mereka." Kata Papanya.

"Apa tak cukup ke lagi apa yang Abang Asad bagi. Berlian, programmer yang Papa dah jual dengan syarikat lain. Apa lagi Papa nak?" Soal Rania.

Ramos berdecit, baginya belum cukup lagi semua ni. Dia mahu semuanya organisasi tunduk kepadanya. Dan, semestinya dia masih pelik.. kenapa walau pun organisasi Asad dan dia bergabung, namun Idgryl masih lagi di atas.

Adakah disebabkan treasure? Dia sendiri tidak pasti kerana dia sudah tidak berminat dengan treasure, dia lebih berminat dengan apa yang ada pada Ryen organisasi.

Rania mencapai begnya, "Pa.. Papa dah semakin tua. Why not, sementara masih ada masa untuk insaf, Papa insaf. Harta takkan dibawa ke mana." Kata Rania meninggalkan Papanya.
***
Bella mengemaskan pakaiannya. Neneknya membantu Bella. "Nek Lia.. Nek Lia dulu pun kahwin muda ke?" Soal Bella. Terhenti perlakuan Lia. Dia mengingati lantas tersenyum.

"Boleh lah. Tak lah muda sangat, dan tak lah tua sangat." Kata Lia. "Macam mana Nek Lia jumpa Atuk?" Soal Bella.

Lia tersenyum lagi, "kami sama-sama berasal dari rumah anak yatim yang sama. Cuma, waktu tu.. Atuk kena ambil oleh seorang keluarga." Kata Lia.

"Nenek sayang Atuk?" Soal Bella. Lia tersenyum lagi, "sangat... Banyak juga yang kami lalui. Sebab, itulah alam perkhawinan sebenar. Ada masa kita gembira, dan ada masa kita bersedih. Tapi, walau apapun berlaku, tetaplah dengan pasangan kita, Insha Allah.. kita boleh hadapi segalanya." Kata Lia.

Bella turut tersenyum, "Bella harap sangat dapat jumpa lelaki yang sayangkan Bella sepenuhnya, dan menjaga Bella dalam apa jua keadaan." Kata Bella.

Nek Lia hanya tersenyum melihat cucunya.
***
Asad sedang bercakap di telefon, "baik.. terima kasih." Kata Asad mematikan panggilan.

Dia juga turut mengemaskan pakaiannya dibantu oleh Mamanya. "Asad, jangan terlalu paksa dia ye." Kata Madam Helen.

"Baik Ma. Jangan risau.." kata Asad, tersenyum. Dia tidak sabar untuk bertemu dengan Bella.
***
Bella keluar ke taman bunga Nek Lia. "Bella..." Panggil Milia. "Ye ma? Kenapa?" Soal Bella.

"Papa panggil." Kata Milia. Bella membersihkan tangannya dan bergegas ke arah Papanya.

Dan terkejutnya dia apabila terdapat satu kereta putih jenama Tesla di parkir kereta.

"Waw... Papa, siapa punya kereta ni?" Soal Bella. Papanya tersenyum, "for you." Kata Dani menyerahkan kunci kereta kepada Bella.

"Ahh??!! Biar betul. Papa.. this is my dream car actually. Thanks Pa." Kata Bella terus memeluk Papanya.

Papanya hanya tersenyum namun yang tidak ketahui oleh Bella. Yang memberikan kereta ini ialah bakal suaminya, Asad Daryen.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience