CHAP 39

Romance Completed 23233

Asad menunggu Bella di gelanggang. Mendengar pintu dibuka, Bella sudah sampai. Bella masuk di gelanggang.

"So, you want to fight me? Ain't you? Are you ready?" Soal Asad. Bella hanya tersenyum sinis, "tiga tahun.. dan aku dah sedia." Kata Bella.

Perlawanan dimulakan.. antara mereka berdua.
***
"Milia, siap! Mak dengan Papa pun bersiap. Hari ni anak kita bernikah." Kata Dani.

"Apa? Apa yang Abang cakap ni?" Soal Milia. Namun, Dani hanya mendiamkan dirinya. "Bella... Apa dah jadi dengan Bella sebenarnya?" Soal Milia.

"Dah Milia.. meh siap." Kata Lia. Milia masih keliru dengan apa yang berlaku sebenarnya.
***
(Imbas Kembali)
10 minit yang lalu.

Bella sedaya upaya mencapai tubuh Asad untuk dia tumbuk. Namun, Asad pandai mengelak daripada terkena penumbuknya.

Perkara ini membuatkan Bella sedikit penat sehingga dia lari fokusnya. Dan, tidak semena-mena. Asad menumbuk perut Bella sehingga Bella merasa sedikit sakit.

"I not having any mercy to you! Jangan cakap Asad tak beri amaran. Asad dah bagi amaran sebelum kita memulakan perlawanan." Kata Asad sambil mencapai tangan Bella dan diputarkan. Bella terjerit kesakitan.

"Saya mengaku kalah." Tangis Bella. Ada dua penyebab dia sakit, satu kerana dia akan bernikah dengan Asad, malam ni. Dan dua, sakitnya apabila Asad menumbuknya dengan betul tanpa menghiraukan dia perempuan.

Dia kalah segalanya. Asad melepaskan Bella dan terus memeluknya. "Call medic, now!" Jerit Asad. Baru dia dirasuk dengan rasa bersalah akibat tumbukannya yang kuat.
***
Dani, Milia, Haider, dan Lia berada dalam satu kereta menuju ke rumah agam milik Madam Helen.

"Anak perempuan kita dah kalah. Mereka buat rundingan, kalau Asad menang, mereka akan bernikah malam ni." Kata Dani.

Milia sudah dipagut rasa risau. Manakala lain ekpresi kedua datuk dan nenek Bella. "Kahwin juga cucu kita ye. Sempat juga kita tengok, kan sayang.." kata Haider. Lia hanya tersenyum.

"Tapi, Dani minta jasa baik semua untuk merahsiakan pernikahan Bella dan Asad. Keadaan pun belum berapa nak baik. Jadi, Ma dan Papa. Dani minta maaf kalau perkhawinan cucu perempuan Ma dan Pa tak segah perkhawinan Dani dulu." Kata Dani.

"Yang penting nikah, Dani. Ma dan Pa faham tu." Kata Lia.
***
Bella masih kesakitan akibat tumbukan Asad di perutnya. Memang dia tidak diberikan peluang langsung. Dia sedikit kesal dan marah pada dirinya.

Masuk Madam Helen ke dalam bilik Bella dirawat, "Bella okay?" Soal Madam Helen. Bella duduk di birai katil. "Masih sakit, Madam Helen. But, it's okay." Senyum kelat Bella.

Madam Helen menyerahkan bakul pakaian kepada Bella, "ni untuk Bella pakai malam ni. Nanti jurumekap akan datang ye." Kata Madam Helen terus memeluk Bella.

"Maafkan anak mama, tapi, Mama boleh janji yang Asad akan jaga Bella sebaik yang mungkin." Bisik Madam Helen.
***
Asad mengemaskan butang baju Melayunya dan dia dibantu oleh Madam Helen. "Jaga Bella baik-baik, Asad." Pesan ibunya. Asad hanya tersenyum.

"No worries. She is mine. Lama saya tunggu dia, Ma." Senyum Asad, janjinya dia akan melayani Bella seperti ratu.
***
Bella hanya mundar-mandir di dalam biliknya. Apa yang akan dia lakukan untuk tidak bernikah dengan Asad.

Dia ingin lari namun penangan akibat tumbukan Asad di perutnya sakit. Dia tidak mampu bergerak.

"Bella. Jom." Kata Madam Helen. Dia dipimpin keluar oleh Madam Helen. Sesampainya dia di ruang tamu, dia melihat keluarganya juga turut berada di sana.

Dia menangis, "Ma... Bella tak nak khawin, Ma.. Bella tak nak kahwin. Bella tak rela nak jadi isteri kedua dia. Bella tak nak, Ma." Kata Bella sambil menangis.

Asad hanya tersenyum, entah kenapa dia merasakan Bella yang cantik dengan persalinan baju kurung putih tu, comel menangis.

Tahukah Bella yang dia tidak akan bermadu dan dia seorang sahaja isteri kepada Master Asad Daryen. Yang ditunggunya sejak sekian lama. Yang akan melahirkan zuriat yang baik untuk kedua-dua keturunan Idgryl dan Ryen.

Asad hanya tersenyum nipis. "Kita mulakan sekarang!" Kata Asad.

Tok kadi di hadapannya. Akad nikah sudah dilafazkan dengan senafas.

"Aku terima nikahnya Arliya Isabella binti Ardani Luthfi dengan mas kahwinnya satu juta ringgit, tunai." Kata Asad.

"Sah!"
"Sah!"

"Alhamdulillah." Lafaz syukur Asad Daryen.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience