CHAP 19

Romance Completed 23233

Akhirnya, setelah berhempas pulas. Bella berjaya menamatkan peperiksaan akhir semnya. Dia mengambil keputusan untuk terus menuju ke rumah Mama dan Papanya. Dan, kali terakhir dia melihat Asad sebenarnya selepas mereka makan malam bersama keluarganya.

Selepas sahaja kejadian tu, dia tidak pernah lagi berjumpa Asad. Bella ada menanyakan mengenai Asad kepada Aaliyah, namun.. Aaliyah hanya mengatakan Master sibuk dengan beberapa hal yang melibatkan organisasi. Selepas Bella tamat peperiksaan, Asad akan bertemu dengan dirinya.

"Mama..."laung Bella. Milia mendapatkan anaknya. "Hai Bella. Mari masuk." Kata Milia. "Papa mana?" Soal Bella. "Err... Bella boleh tolong Mama tak? Hidangkan kopi dekat Papa ye. Dia ada tetamu." Kata Mamanya. "Boleh.. siapa?" Soal Bella. "Err.. kawan Papa, Asad pun ada sekali tu. Tolong Mama ye.. lepas tu, kita buat makan malam untuk tetamu Papa." Kata Mamanya.

Yang tidak diketahui oleh Bella, perbincangan di atas adalah mengenai dirinya.
***

"I just need three years for gain trust from other organisations.." kata Asad. Tegang isi bilik ini, apabila mesyuarat kali ini dihadiri oleh Asad, Dani, dan ketua organisasi yang lain.

"But, remember Asad... Ramos punya tawaran. The treasure. Macam mana Asad nak yakinkan mereka semua? Itu bukannya mudah." Kata seorang lelaki, daripada organisasi yang lain.

"Mereka lupa yang... Kunci kepada treasure ialah bakal isteri saya... Arliya Isabella.. so, with that... Saya tahu macam mana nak mainkan emosi orang yang menyokong Ramos. Sebelum mereka nakkan treasure, mestilah mereka mencari kunci. Dan, untuk mendapatkan kunci, mereka kena berhadapan dengan saya dan Master Ardani." Tegas Asad.

Dua lelaki tersebut hanya menganggukkan kepalanya. "Ingat, Bella akan menjadi isteri saya selepas tiga tahun saya di sana. Saya akan kembali, untuk mengahwini dia. Kerana janji yang dahulu, Master Ardani wajib tunaikan untuk menjamin kedua belah organisasi. Tanpa janji ini, mungkin pengaruh kedua kumpulan ini tidak akan besar seperti ini." Kata Asad.

Dani sudah menganggukkan kepalanya. "Janji harus ditunaikan." Kata Dani. Dua lelaki itu sudah keliru lantas seorang lelaki berkata, "that's why Idgryl dan Ryen bergabung... Because of this.. perkhawinan... Perkhawinan yang akan menyatukan dua buah organisasi." Kata lelaki tersebut. Dan, mereka terus berbincang tanpa disedari ada seseorang mendengar semua perbincangan tersebut.
***
Setelah habis semua makan malam, kini Asad mengajak Bella untuk bersiar-siar sebelum dia berangkat ke UK esok. "I miss you.. Bella." Bisik Asad.

Bella hanya diam. Sememangnya Asad sedikit pelik dari makan malam tadi, wajah Bella sedikit muram. "Boleh tak kita berhenti sekijap. Saya ada nak bincang dengan awak." Kata Bella, sedikit serius.

Asad memusingkan kenderaannya dan memarkir kenderaan di kawasan bukit. Bella keluar dari kereta dan menikmati permandangan. Dia harus mengawal kemarahannya. Namun, dia tidak boleh.

"Betul ke apa yang aku dengar." Kasar percakapan Bella. Asad sedikit terkejut. "What's wrong Bella. Apa yang Bella dengar?" Soal Asad. Bella sudah mengambil pistol kecil yang disorokkan di belakang pinggangnya dari tadi dan mengacuh ke dahi Asad.

"Aku... Aku rupanya galang ganti supaya organisasi Papa dengan kau bersatu. Selama ini, kau lindung aku rupanya ada sebab. Dan, aku tak tahu, apa sebab kau.. adakah sebab aku ni hanya galang-ganti, aku ni kunci untuk treasure tu atau apa? Kalau sebab cinta, aku tak percaya. No wonder.. kau lindungi aku sebab aku ni galang-ganti.. dan, kau ingat aku akan tunduk dengan semua ni.. ahhh?! Jerit Bella.

Asad sudah tersenyum, "so... Bella dengar tadi apa yang kami bincangkan?" Soal Asad. Bella sudah mengalir air matanya. "Kalau kau rasa, apa yang kau dengar tadi, betul.. betul lah. Kau galang ganti untuk semua selepas ini.. kau akan jadi isteri aku." Kata Asad.

"Apa maksud kau, aku... Aku galang ganti untuk semua ini. I will not accept it. Saya ada kehidupan dan ingin hidup bebas." Teriak Bella, terkejut rupanya ini sebabnya.

"Kau jangan cuba merosakkan hubungan kedua belah pihak, Bella. Stop being childish. I give you three years for your freedom and your study. After that, we will be married.. sama ada tanpa kerelaan kau sekali pun." Kata Asad.

Pistol sudah ditarik picunya, "jangan cabar aku, Asad." Kata Bella. Asad terus menangkap pergelangan tangan Bella dan memutarkan badan Bella. Pistol yang dipegang jatuh dan Asad sedang memeluk Bella dari belakang dan mengunci Bella dalam pelukannya.

"Stop Bella.. jangan paksa aku untuk aku jadi a very bad person infront of you.." bisik Asad di telinga Bella. Bella hanya mengalirkan air matanya, sedikit dia rasa dikhianati oleh Asad. Dia ingatkan perkenalan mereka kerana perkenalan seperti biasa.

Namun, dia rasa tertipu apabila Asad akan melindungi dirinya disebabkan oleh pergabungan dua organisasi dan dia ialah benda terpenting dan bukannya disebabkan cinta.

"Listen Arliya Isabella. Asad nak Bella dengar apa yang akan Asad cakap malam ni. Sebab, esok.. Asad akan bertolak ke UK. Kita akan berjumpa semula selepas tiga tahun dari sekarang. Dan, bila semuanya dah selesai.. terpulang kepada Bella." Kata Asad.

"Bella nak acuhkan pistol di dahi Asad macam Bella buat tadi pun takpa. Dan, disitulah... You will meet a real Asad. Asad Daryen didn't have mercy to anyone who try to kill him." Bisik Asad.

"I try to hold my grudge right now.. because you still 18 years old. Asad rasa kalaupun Asad jahat.. Bella tak akan ada peluang untuk hidup macam sekarang. Jadi, selepas tiga tahun.. make sure, you capable of anything sebelum lawan dengan Asad because i'am a fair man.." kata Asad

Bella masih diam dan mengalirkan air mata. "Memang betul, kita dua sudah ditakdirkan sebagai galang-ganti supaya dua organisasi ini bergabung. Kalau Bella ingat, Bella ialah mangsa. Asad pun rasa benda yang sama. Asad pun akan cakap Asad pun mangsa. Tapi, kenapa Asad tak cakap perkara ini. Sebab, Asad dah lama sukakan Bella.. Asad tak nak buat Bella percaya dengan semua ini. Tapi, satu perkara yang Bella kena simpan sampai bila-bila... Asad sukakan Bella dari dulu lagi. Dari Asad bergelar Mr.A yang selalu memberikan hadiah kepada Bella. " Bisik Asad.

Bella hanya diam dan menangis.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience