CHAP 60

Romance Completed 23233

Bella memandu menuju ke arah lokasi telefon milik suaminya. Dia sudah memasang tracker selepas dia berkhawin dengan Asad. Inipun atas saranan ibu mertuanya. Dan, memang tepat...

Rumah agam ini. Adakah milik salah seorang organisasi lagi? Adakah perlu dia menjadi pembunuh sekali lagi. Dia hanya seorang ke sana.

Bella melihat telefonnya, perlukah dia meminta bantuan daripada orang Papanya atau bagaimana. Dia tiada masa, dia perlukan selamatkan suaminya.

"Takkan suami aku selemah tu? Aku tak yakin Asad selemah tu.." bisik Bella. Bella hanya diam di dalam kereta, menunggu apa-apa sahaja kebarangkalian.

Telefonnya tiba-tiba berbunyi, pesanan daripada suaminya, namun dia tahu. Tu bukan suaminya. Cara pesanan ringkas juga dihantar agak pelik.

"Bella, boleh jumpa Abang di hotel? Abang rindu Bella." Kata pesanan ringkas tersebut bersama dengan lokasi.

"Aku tahu ni bukan Abang. Abang lebih suka panggil aku love berbanding Bella. What is happening?" Soal Bella. Tidak lama selepas itu, dia melihat kereta keluar dari rumah agam tersebut. Bella menundukkan kepalanya.

"Eric?" Soal Bella. "Jadi, Abang dalam tahanan Eric? Apa yang dia nak sebenarnya? Or apa yang Cedric Organisation nak?Perlu ke aku ikut kereta tu?" Soal Bella bertalu-talu dalam hatinya.

"Think Bella.. Think!" Jerit Bella geram.
***
(Imbas Kembali)

Asad diikat sekali lagi di kerusi. Dia tahu, dia boleh sahaja melawan, namun jika dia terlalu awal bertindak, dia tidak akan mengetahui apa yang diinginkan oleh Cedric Organisation.

"Master Asad, Pleasure to meet you." Kata Cedric. Asad hanya tersenyum.

"Saya teringat masa lalu Uncle, now tell me.. where is your son, Edry?" Ejek Asad.

Cedric terus menampar muka Asad. Asad hanya ketawa kuat. "Tampar saya pun kuat-kuat, takkan kembalikan anak Master yang dah lama mati." Kata Asad.

Cedric menghembuskan asap cerutnya. Dia harus bertenang. "Kau tahu kan, kenapa kau ditahan. Bella. She's so special. I want her.." kata Cedric.

"Langkah mayat aku dulu.." kata Asad, tegas.

"Jangan risau. Kau tak perlu buat apa-apa pun. Kau hanya perlu duduk sahaja. Dan lafazkan cerai dekat Bella. Dan, biarkan Bella berkahwin dengan Eric." Kata Cedric.

Asad hanya ketawa, "ketawa selagi boleh Asad, sebab aku dah suruh anak lelaki aku perangkap Bella. Dengan cara apa? Cara pengsankan dia. Dan tahulah anak aku nak buat apa dengan isteri kau." Kata Cedric

Asad sudah menahan geram, dia tahu apa yang ingin dilakukan oleh mereka. Cedric menyuruh Eric memperkosa isterinya.

"Kau sentuh isteri aku. Aku akan pastikan semua keturunan kau aku buru." Kata Asad, sambil matanya merenung tajam menembusi Cedric.

"We'll see." Kata Cedric. Dalam hati Asad, dia berharap agar isterinya bijak. Namun, dia tidak takut. Bella sangat bijak.. sangat.. dia tahu itu.

"So, sementara itu.. aku nak berhibur terlebih dahulu." Kata Cedric mencapai pistol dan menembak ke arah badan Asad.

Peluru tu melekat di badan Asad dan Asad menahan jeritan,.peluru itu sangat sakit kerana ada elektrik di peluru yang terkena di badannya.

Killa dah update double chapter ye :)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience