CHAP 61

Romance Completed 23233

Eric mengisyaratkan semua orangnya untuk berlakon seperti pelanggan di hotel berkenaan. Tidak lama selepas itu, pesanan ringkas daripada Bella terbalas.

"Abang, tunggu Bella tau. Abang nak ajak candle light dinner ke? Bella pakai cantik-cantik ye. Can you wait me for an hour?" pesanan Bella dalam telefon milik suaminya yang ada dalam genggaman Eric. Eric sudah tersenyum, malam ini Bella miliknya.
***
Cedric yang masih menyeksa Asad ketika itu, walaupun sebenarnya Asad sudha sedikit lemah dengan peluru elektrik yang melekat di badannya. Dia kesakitan, namun dia masih menunjukkan wajah senyumannya.

"I want you to die. But, die will be a easy way to you, Asad Daryen." kata Cedric. Asad hanya tersenyum. Cedric mendengar bunyi bising dari atas. Seakan bunyi orang berlari dan kemudiannya semuanya diam.

Cedric merasa pelik. Namun, dibiarkan sahaja. Belum lagi Cedric menembak peluru elektrik ke badan Asad. Tiba-tiba Cedric muntah darah. Dan terjatuh di hadapan Asad.

Asad terkejut melihat Bella di hadapannya. "Love..." Senyum Asad walaupun dia kesakitan sebenarnya.

"Bella banyak nak tanya Abang, selepas ini.. Bella selamatkan Abang dulu." Kata Bella bergegas membuka tali yang melingkari Asad.

"Thanks once again. Love.." kata Asad, lemah. Bella memapah Asad dengan berhati-hati. "Wait.. dia, macam mana?" Soal Asad. Bella hanya tersenyum. "He's died. Let him be. Dah memang tu yang dia nak." Kata Bella.

Asad terkejut namun dia tahu, memang tu yang mereka akan dapat jika berhadapan dengan Bella. Kerana, Bella tidak akan membiarkan satu orang pun hidup.

"Love... Bella ada minta bantuan orang ke?" Soal Asad.

Bella mendudukkan Asad di dalam kereta. "Nanti Bella jawap soalan Abang. Sekarang, just sit back and relax. Bella hantar Abang ke rumah mama dulu. Bella ada lebih kurang tiga puluh minit lagi." Kata Bella, terus memandu kereta.

"Before that.." kata Bella sambil menekan satu punat. Letupan kuat kedengaran sehingga ke langit.

"Cedric?" Soal Asad. Bella hanya tersenyum nipis. "Anggap je tempat tu jadi abu macam tempat Ramos. Now, can you please.. stop talking. you seems hurt abang." kata Bella, sempat mencium bibir Asad dalam pemanduannya.
***
Bella menarik nafas, memang dia sedikit lelah, namun terpaksa berlakon. Asad sudah selamat dalam jagaan ibu mertuanya. Sekarang, Eric..

"Habislah aku oleh Papa, kalau dia tahu anak perempuan dia macam ni. Maafkan Bella, Papa.." kata Bella dalam hati.

Dia masuk ke ruangan hotel dan bertanya kepada penyambut tetamu, namun dia tahu.. semua yang berada di dalam ruang makan ini ialah orang yang tersisa daripada Cedric Organisation. Dia harus berhati-hati.

"sorry, Mr Asad Daryen is here?" soal Bella, masih mengekalkan air mukanya. Penyambut tetamu tersenyum, sambil memberikan isyarat kepada yang lain. Bella dihantar ke ruangan yang sangat jauh. Dan, terpaksa berlakon terkejut.

"Eric? What are you doing here?" soal Bella. Eric sudah tersenyum, "sebenarnya Asad takda pun di sini, saya yang nak jumpa Bella." kata Eric.

Bella terdiam, "where is my husband?" soal Bella. "Duduklah dulu.." kata Eric. "Where's my husband?" jerit Bella, sambil dia mengacahkan pistol ke arah Eric.

"Bella ingat, Bella seorang je yang pandai. Eric seribu kali lebih pandai dari Bella." kata Eric. Dan, semua orang di dalam ruangan makan mengacukan pistol ke arah Bella.

"Hahahha.. aku terperangkap nampak gayanya." kata Bella melihat sekelilingnya. "Saya rasa Bella masih lagi belum tahu apa-apa mengenai organisasi. And, yes.. Eric rasa Bella ni taklah sehebat yang dikatakan. Now, why don't you just sit and let's talk." kata Eric.

Bella hanya mengikuti arahan Eric. "Apa yang kau nak?" soal Bella. "Be my wife.. simple." kata Eric.

"Saya tak nak, saya dah ada suami." kata Bella, tegas. "Nak atau tak, saya akan paksa." kata Eric. Eric mengeluarkan ubat pelali dari kocek seluarnya. "So, any last word?" soal Eric.

Bella hanya tersenyum, "No... tapi, Bella yang akan tanya Eric, any last word?" soal Bella tersenyum sinis. Kedengaran ruang makan hotel sudah diceroboh masuk.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience