CHAPTER TWELVE

Romance Completed 23233

Botol dipusingkan.. dan berhenti di Aeyman. Ekma mulai menanya Aeyman, "truth or dare?" Soal Ekma. "Dare.." kata Aeyman. "Okay.. aku cabar kau teriak suara abang-abang. Dan, perkenalkan diri kau guna suara macho. " Tulah dare Aeyman. Aeyman membetulkan suaranya.

"Haaaaaa... Hai, nama saya Aeyman, umur 18 tahun. Saya jadi macam ni sebab.. saya ada dua kakak." Kata Aeyman. Terus Bella, Ekma, dan Aryan ketawa dengan suara Aeyman. "Macho suara kau. Barulah sesuai dengan kau." Kata Bella. "Dah, aku lagi yang putar." Dan botol itu terbehenti di hadapan Aryan. "Okay, Abang Aryan.. truth or dare?" Soal Aeyman. "I pick truth." Kata Aryan.

"Okay.. apakah rahsia Abang Aryan yang kami tak tahu.." soal Aeyman. "Rahsia ye.. hurmm, Abang Aryan bukanlah seperti yang korang sangkakan. Abang Aryan ialah seorang manusia yang kejam dan tidak berhati perut." Kata Aryan dan secara tiba-tiba mukanya serius. Terdiam tiga orang di hadapannya. Secara tiba-tiba Aryam ketawa, "rahsia itu tak semestinya betul atau tidak kan.. Aeyman tak cakap pun tadi." Kata Aryan.. kedengaran ketawa yang dibuat-buat oleh mereka bertiga, "kecut perut nyah, tau." Kata Aeyman. "Giliran Abang kan pula.. abang pusing ye." Kata Aryan, dan botol itu berhenti depan Bella.

"Truth or dare Bella." Kata Aryan. "I pick truth." Kata Bella. Aryan sudah tersenyum, "antara Abang Aryan dan Mr.A, kalau tinggal kami dua je lelaki tinggal di bumi ini, Bella pilih siapa? Abang Aryan atau Mr.A?" Soal Aryan. Bella sudah terdiam. Ekma dan Aeyman menantikan jawapan Bella.

"Bella pilih..." Kata Bella.
***
(UK)

"Ye Pa.. Dani rasa mereka nak treasure tulah." Kata Dani. Dia berbual dengan papanya, Haider.

"Treasure tu, kata Tok Puan dulu, semua organisasi menginginkannya. Dan bila Dani lahir, darah dan tapak tangan Danilah kunci kepada treasure tu, dan bila Bella lahir..." Kata Haider.

Milia menyambung ayat tersebut, "darah dan tapak tangan Bella yang akan jadi kunci kepada treasure tu kan." Kata Milia. Dia ingat di mana umur Bella sepuluh tahun dibawa ke bilik tersebut.

"That's why.. keputusan korang supaya Bella di Malaysia tepat ayah rasakan. Dan, dengan Asad menjaga Bella. Pihak musuh takkan tahu.. kunci untuk membuka treasure tu." Kata Haider.

"Treasure tu... Semua orang nak.." kata Dani. Haider sudah tersenyum, "siapa je yang tak nak, jongkong emas, red ruby, berlian-berlian yang jarang dijumpa semua ada di dalam bilik tu termasuklah peta di mana kumpulan terdahulu menyorokkan harta yang lain. It's part of the plan. And, that's why it called treasure.." kata Haider. Dia juga turut mengetahui mengenai bilik tersebut setelah Lia melahirkan Ardani. Di situlah dia baru tahu mengenai kewujudan bilik itu.
***
(Malaysia)

"Bella pilih ... Mr. A" senyum Bella, sedikit muram Aryan mendengarkan jawapan Bella. Ekma yang melihat cuba memujuk Aryan.

"Alah.. Abang Aryan, Bella tak nak. Saya kan ada.. Hahahha.." gelak ketawa mereka. Bella cuba untuk menutup gugupnya dengan ketawa sekali. "Dah, aku lagi kan yang putar.. okay.. " Bella memutarkan botol dan kena kepada Ekma.

"Okay.. truth or dare?" Soal Bella. "aku pilih truth." Kata Ekma. "Antara Aeyman dengan Abang Aryan, kau pilih siapa?" Soal Bella. "Aku pilih Abang Aryan lah." Kata Ekma. Dan, mereka bermain permainan tersebut sehingga lewat malam.

Kelihatan Ekma sudah tidur. Bella mengambil keputusan untuk keluar dari khemah dan merenung bintang di atas langit.

"Siapa Mr. A?" Soal Aryan yang berada di belakang Bella. "Eh, ingatkan Abang belum tidur." Kata Bella.

"Saya kurang baik ke Bella?" Soal Aryan. "Abang Aryan memang baik, saya suka Abang Aryan.. betul. Tapi, Bella dah berjanji.. walau apapun.. Bella tetap kena jaga perasaan orang lain iaitu Mr.A. Bella doakan Abang Aryan akan berjumpa dengan perempuan yang lebih baik dari Bella." Kata Bella.

"Bella dah pernah jumpa Mr.A tu?" Soal Aryan. "Belum.. tapi, walau pun kami belum bersua muka. Tapi, dia sentiasa ada untuk Bella." Kata Bella.

"So, you love him? How it's possible you loving someone yang belum Bella jumpa?" Soal Aryan. "Yes.. I love him.. walaupun Bella belum pernah jumpa dia." Kata Bella.

"Habis tu, yang dulu.. yang Bella peluk Abang di depan lif, apa maksudnya.. Kenapa Abang rasa Bella sebenarnya cintakan Abang?" Soal Aryan. "Abang Aryan. Anggap yang Bella peluk Abang tu mungkin sebab terlampau risaukan Abang. Tapi, betul... Bella cintakan Mr.A dan Bella tak nak khianati janji kami. Maafkan Bella, Abang.." kata Bella, panjang.

Aryan hanya tersenyum, "it's okay.. tapi, kalau misal kata Mr.A ni tak menghargai Bella, bagitahu Abang Aryan.. okay?" Soal Aryan. Bella sudah tersenyum.

Selepas dia melihat Bella sudah masuk ke khemah, Asad mulai tersenyum, "you still with your promise.. it's time to confess that i'am Mr.A . Asad Daryen... Or you can call me Aryan.." bisik Asad.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience